Keindahan alam semulajadi ciptaan Allah swt ada pelbagai rupa dan bentuknya... Setiap satunya mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri dalam mengimbangi rupa bentuk dan kestabilan bumi ini. Seganya cukup indah dan mengagumkan.
Air terjun dan sungai, pergunungan, pepohon, pantai dan lautan serta tasik memberi variasi alam yang unik dengan pelbagai rupa, bentuk, warna dan memberikan keindahan yang tersendiri. Semuanya menjadi pelengkap antara satu sama lain. Itulah kenikmatan keindahan, ketenangan, kedamaian dan keamanan yang dapat kita nikmati...anugerah dari Ilahi...
Sungai yang mengujakan
Pulau yang menakjubkan
Ais yang menyejukkan
Semua ini untuk dinikmati oleh semua makhluk di bumi ini. Syukur diatas kurnian Ilahi... Tidak ternilai dan terbanding akan kekuasaan dan kebesaran Mu...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”