بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ketenangan Kekuatan Menghadapi Tekanan & Dugaan: Assalamualaikum... Alhamdulillah, bertemu kembali... Di kesempatan yang seketika ini, ingin saya berkongsi kepada anda sesuatu yang amat berguna buat anda yang ingin mencari atau mendapatkan ketenangan...
Ketenangan yang memberi anda kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala cabaran, tekanan dan dugaan. Nikmat yang tidak ternilai, hikmah dari Allah SWT...
Benarlah firman Allah, "Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan" Surah Ash Sahrh (Alam Nasroh)....
Islam mengajar kita cara-cara untuk menghadapi tekanan dan dugaan agar kita sentiasa bertenang dan tabah dalam menghadapinya...
Ketenangan yang memberi anda kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala cabaran, tekanan dan dugaan. Nikmat yang tidak ternilai, hikmah dari Allah SWT...
Islam mengajar kita cara-cara untuk menghadapi tekanan dan dugaan agar kita sentiasa bertenang dan tabah dalam menghadapinya...
1. Keimanan
Kembali kepada Allah SWT melaui ibadah-ibadah fardu dan sunat. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang akan memberi jalan keluar kepada hambanya yang meminta dan mengharap.
Lakukan amalan secara konsisten supaya ianya bukan sekadar di buat tatkala menghadapi masalah tapi kerana Allah SWT dan tanggungjawab kita kepadaNya.
2. Tadabbur
Benar, kita tidak dapat melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh Allah SWT tetapi kita mempunyai butik-bukti jelas akan kewujudan dan kebesaranNya. Lihatlah alam yang terbentang luas dan makhluk-makluk yang menghuninya.
Memikirkan betapa Penyayangnya Allah SWT apabila makhluk di dalam batu pun mampu hidup, inikan pula kita manusia yang terpilih menjadi khalifah, paling mulia dikalangan makhluk ciptaanNya menadah tangan memohon bantuan dariNya.
3. Zikir
Allah SWT berfirman, " (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang." surah al-Ra'd 13:28.
4. Berimaginasi
Bukan dengan angan-angan kosong tapi, bayangkanlah keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, mendapat layanan yang terbaik disamping bidadari yang cantik.
Tiada rasa sedih dan buruk sangka. Semuanya adalah keceriaan, ketenangan dan kedamaian.
Fikirkanlah...layakkah kita menghuninya? Bagaimana untuk kita menjadi ahli syurga? Ya...dengan memikirkan dan mengimaginasi Syurga, kita boleh motivasi diri agar lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi segala tekanan, cabaran dan dugaan hidup ini.
5. Doa
Inilah bezanya antara Mukmin dengan yang lain. Senjata terbesar kita. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dan tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." Surah al-Mukmin 40:60.
Berdoalah...setelah berusaha dan tawakkallah...
Andai kita menghadapi tekanan dan dugaan...hanya padaNya tempat kita mengadu. Hanya dengan mengingatiNya kita akan beroleh ketenangan yang dapat memberi kekuatan dan semangat untuk menempuh segala cabaran.
Semoga anda beroleh ketenangan dan kekuatan untuk menempuh segala tekanan, cabaran dan dugaan dalam menempuh kehidupan ini... Hikmah di sebaliknya itu adalah nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai....
Terima kasih kerana Relaks Minda anda seketika di sini ;)
23 comments - "Ketenangan Kekuatan Menghadapi Tekanan & Dugaan"
Semoga semuanya baik2 saja BM. Tiada diantara manusia yang terkecuali dari sebarang halangan hidup.
Terima kasih berkongsi gambar2 yang cantik ini :)
tiada msnusia di dunia ini yg x di uji oleh Allah .. semoga BM kembali seperti sebelum..kuatkn hati dan bersangka baik pada Allah
Semangat2. When the going gets tough, let the tough gets going.
doa senjata kuat untuk kita teruskan hidup ini....
Memang menenangkan... entry BM ni buat kita berada di suatu tempat yg tenang sambil bersyukur dgn nikmat Allah..
walau macam mana pun, dan di mana pun kita berada, kita perlu kembali pada Dia.. agar kehidupan kita tak terpesong jauh :)
ketenangan itu anugerah ALLAH buat hambaNya. begitu ramai manusia yg inginkan ketenangan. walau hidup dikelilingi kemewahan dan keglamouran tetapi kerana gagal mencari ketenangan mereka mengambil benda terlarang dengan alasan untuk tenang tapi hakikatnya mereka lupa masalah waktu khayal dengan dadah dan arak, namun selepas itu ketenangan tetap gagal menjelma. Syukurlah, buat manusia beriman, mereka ada Allah untuk mengadu dan memperoleh ketenangan. Harga ketenangan tidak mampu dibeli oleh manusia.
Alhamdulillah..smoga bro BM diberi ketenangan & kekuatan dlm hidup
Alhamdulillah...dengan membaca Al-Quran juga kita beroleh ketenangan..=)
Salam Tn.
La tahzan..
Betul tu Bm bukan mudah nk menerima ketenangan dari DIA.....! Harus dirayu harus dimana.... Satu nikmat yg tidak ternilai
Assalamualaikum,
selamat kembali BM... tiada sorang pun yang tak tertekan dan di uji oleh Nya...cuma ujian dari Nya berbeza2 antara kita...
kuatkan semangat dan lalui dengan mengingatiNya... Dia sentiasa bersama kita..
Salam. Moga encik khairi tenang dan bersabar dgn apa saja ujian drNya. Ya..berdoa semoga kita diberi kekuatan dan kemudahan menempuhinya. Wallahualam.
Doa dipermudahkan segalanya..
bla tenang perkara serabut blh jd xserabut...
betul tuh, bila kita bertenang kita dapat cari penyelesaian dgn baik
Alhamdulillah....
Kadangkala bila kita dijentik dengan musibah, kerana Allah SWT rindukan kita berzikir bertasbih memuji namaNya..
selepas baca ada kurangnye..
Sgt berterima kasih......
Sgt bertrima kasih......
Tq admin blog..sudi share doa ni.sy dlm ujian Allah..suami bakal menceraikn sy kerana dia penagih ddah tegar,dh berubat,tp ttap x b'hnti spenuhnya.sy redha jika ini takdirNya utk sy.ank2 ada 2 org,si kakak mnangis teresak2 bila mngetahui berita ni,kakak drjah 3(9thun).sedih dgn nsb ank2..apa boleh buat,itu ujian drNya..
Sya sngt takot dan menyesal selamatkanlah yaallah dri dugaan becana yg besar ni "kunfayakun"
Sya sngt takot dan menyesal selamatkanlah yaallah dri dugaan becana yg besar ni "kunfayakun"
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”