Kecantikan Rama-Rama Dari Penderitaan dan Kehinaan: Assalamualaikum... Tiada manusia di dunia ini yang tidak sukakan sesuatu yang cantik dan berwarna-warni.
Ianya pasti menjadi tarikan dan kesukaan setiap insan. Begitulah juga dengan kecantikkan rama-rama atau butterfly ini.
Ianya pasti menjadi tarikan dan kesukaan setiap insan. Begitulah juga dengan kecantikkan rama-rama atau butterfly ini.
Serangga cantik ini mempunyai jangkayat yang berbeza-beza mengikut spesis iaitu dari seminggu hinggalah setahun.
Kitaran hidup rama-rama juga sungguh unik. Ianya adalah spesis yang bertelur. Telur rama–rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder.
Kita ikuti pejalanan hidup seekor rama-rama yang terpaksa melalui penderitaan dan kehinaan sebelum ia dapat mengecapi kebahagiaan.
Kita ikuti pejalanan hidup seekor rama-rama yang terpaksa melalui penderitaan dan kehinaan sebelum ia dapat mengecapi kebahagiaan.
Kisah Si Rama-Rama
Rama–rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek–objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.
Telur yang menetas menjadi ulat beluncas. Beluncas (larva) adalah peringkat dimana ia kelihatan seperti cacing.
Ia selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok–tompok dan juga mempunyai rerambut halus seakan–akan duri–duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran.
Di kala ini hidupnya penuh kehinaan dan penderitaan. Rupanya yang hodoh amat menakutkan dan tidak disukai oleh semua orang.
Ramai yang geli akan rupa dan bentuk badannya. Pasrah dengan keadaan dirinya, hanya dengan percaya akan ketentuan Ilahi.
Ia terus berjuang dan berusaha menjalani kehidupan ini. Bertambah malang apabila ia juga dianggap makhluk perosak kepada tumbuhan. Seringkali ia dibunuh dan hidupnya terancam.
Ia selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok–tompok dan juga mempunyai rerambut halus seakan–akan duri–duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran.
Di kala ini hidupnya penuh kehinaan dan penderitaan. Rupanya yang hodoh amat menakutkan dan tidak disukai oleh semua orang.
Ramai yang geli akan rupa dan bentuk badannya. Pasrah dengan keadaan dirinya, hanya dengan percaya akan ketentuan Ilahi.
Ia terus berjuang dan berusaha menjalani kehidupan ini. Bertambah malang apabila ia juga dianggap makhluk perosak kepada tumbuhan. Seringkali ia dibunuh dan hidupnya terancam.

Seterusnya, ia akan merubah kepada Pupa atau kepompong. Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu–tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.
Dikala ini adalah masa yang sungguh memeritkan dan menyeksakan. Tinggal di dalam satu ruang yang sempit bersendirian. Tanpa makan mahupun minum. Mengharap hanya dari bekalan yang tersimpan didalam badan.
Terdedah kepada ancaman, malapetaka dan pelbagai keadaan cuaca tanpa dapat bergerak kemana-mana mahupun untuk mempertahankan diri. Berserah ia kepada yang esa. Yakin...pastikan sinar menjelma akhirnya.
Terbanglah ia menjadi seekor rama-rama. Terbang bebas keudara bagaikan melepaskan segala penderitaannya selama ini... meraikan kejayaan dengan penuh kegembiraan.
Dikala ini adalah masa yang sungguh memeritkan dan menyeksakan. Tinggal di dalam satu ruang yang sempit bersendirian. Tanpa makan mahupun minum. Mengharap hanya dari bekalan yang tersimpan didalam badan.
Terdedah kepada ancaman, malapetaka dan pelbagai keadaan cuaca tanpa dapat bergerak kemana-mana mahupun untuk mempertahankan diri. Berserah ia kepada yang esa. Yakin...pastikan sinar menjelma akhirnya.
Penderitaan Berakhir Dengan Sinaran Kebahagiaan
Bila tiba masanya...perlahan-lahan ia keluar dari kepompong. Terdiam seketika...Setelah mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi, ia mula mengembangkan sayapnya. Bermulalah satu kehidupan baru...Terbanglah ia menjadi seekor rama-rama. Terbang bebas keudara bagaikan melepaskan segala penderitaannya selama ini... meraikan kejayaan dengan penuh kegembiraan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Begitu menakjubkan peringkat kehidupan rama-rama. Dari seekor ulat yang hodoh dan menggelikan, berubah kepada bentuk yang sungguh memikat dan menawan.
Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi untuknya membesar lalu menjadi bidadari dalam dunia serangga. Kecantikan rama-rama yang menggoda setiap mata yang memandang.
Dengan rupanya yang cantik dan menawan, disukai oleh setiap insan, tergolonglah ia dalam dunia yang di pandang mulia. Hidup penuh kebahagiaan. Makanannya juga terpilih. Hanya manisan dari bebunga yang cantik, harum dan mekar.
Tidak akan sama sekali ia mengingati akan makanannya dulu semasa ia menjadi ulat beluncas. Itulah ganjaran hasil dari kepayahan, kehinaan dan penderitaan.
Dengan rupanya yang cantik dan menawan, disukai oleh setiap insan, tergolonglah ia dalam dunia yang di pandang mulia. Hidup penuh kebahagiaan. Makanannya juga terpilih. Hanya manisan dari bebunga yang cantik, harum dan mekar.
Tidak akan sama sekali ia mengingati akan makanannya dulu semasa ia menjadi ulat beluncas. Itulah ganjaran hasil dari kepayahan, kehinaan dan penderitaan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Dengan bergayanya ia mencari pasangan yang sepadan buatnya untuk memadu kasih. Bila tiba di penghujung hayatnya ia perlu meneruskan kelangsungan generasinya. Kini ia terpaksa kembali di tempat asal kejadiannya untuk bertelur.
Kitaran Kehidupan Berulang Kembali
Sebelum ia meninggalkan telurnya...berdoalah ia kepada yang Maha Esa agar anak-anaknya nanti di beri kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Dengan itu bermulalah sekali lagi kitaran kehidupan seekor rama-rama.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Cukup menarik sekali catatan perjalanan kehidupan seekor rama-rama. Ia berusaha menempuh pelbagai halangan dan penderitaan untuk berjaya.
Satu contoh yang boleh di ambil untuk dijadikan iktibar. Percaya dan yakin akan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk berjaya!
Jangan diambil cara penyanyi dan pelakon Korea yang menggunakan pembedahan plastik untuk menjadi cantik agar menjamin kejayaan yang singkat. Pastinya ia membawa musibah yang besar suatu hari nanti.
.jpg)
Renungkanlah hadis ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” [Riwayat Ibn an-Najjar]
Berusaha, beramal, berdoa dan tawakal... Insyaallah... kerana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambanya.
Terima kasih bersama Relaks Minda >__<
Admin...
31 comments - "Kecantikan Rama-Rama Dari Penderitaan dan Kehinaan."
nice info tntg rama2 ni, unik je..kdg2 bnda yg hodoh 2 la yg cntik..mmbuktikan kebesaran Allah..betol 2, korea ni rmai yg xori..bersyukur jelah dengan ciptaan dn kurniaan Allah
Terima lah seadanya. Bersyukur dah ada mata telinga hidung..cukup sifat.
Waa meremang bulu roma tgk ulat.. tp suka tgk rama2..pandai BM olah ttg kehidupan rama-rama. Terkenang kisah hidup zaman kecil sehingga menjadi manusia yg ceria skrg.. amat sukar utk ceria..dulu..
Teringat kem motivasi yg kakak hadiri bersama anak kakak kisah rama-rama dan kektus. Ramai dah tahu kisah ini. Masa ulat semua geli dah jadi rama-rama cantikkan. Maha berkuasa Allah..
smua ciptaanNya mmg cantik.. bersyukur n xyah ubah apa2 un :))
entry penuh dengan maksud tersirat dan surat.. suka entri nie.. bersyukrlah dengan apa yang kita ada :)
Assalammualikum...
Terima kasih BM kerana sudi kongsi entry nie... gambar rama2 ni2 aje sudah membuat hati mselim3 tenang memandangnya.... isi nya sarat dengan ilmu yang tersirat..dan tersurat... Ciptaan-Nya sungguh indah...subhanallah....
mselim3
pls: gambar kat blog nie cantik2 belaka.... suka sangat...
menarik entry tentang rama2 ni.. teringat pgalaman melihat dari ulat jadi kempompong jadi sutera..nak pegang ulat pun geli, dah jadi sutera..ribuan tangan ingin menyentuh dan membelainya.
namun keindahan rama2 juga musnah atas kerakusan manusia. dijadikan hiasan dan dibingkaikan di cermin dan key chain. malang si rama2, kecantikannya memusnahkan dirinya..
p/s sebab tu sekali pandang muka artis korea (dan gadisnya juga) sama saja...
Kalau rama rama tu manusia, warna warni tu macam baju pelbagai fesyen. :)
cantik tapi usianya singkat sahaja . itulah rama - rama ...
Thx SKA, jangan memandang pada rupa, kecantikan dalaman yg lebih utama...betul tak? Ya...kita perlu bersyukur.
Mengubah kejadian Allah itu besar dosanya, umpama tidak percaya kpd ketentuan Ilahi. Bersyukur jika segalanya cukup...kecantikan itu datang dari dalam.
Pertama kali fakta saya olah menjadi satu kisah. Poning juge lah.
Bersyukur Mieza krn mempunyai ibu bapa yg mendidik anda dgn baik.
Terima kasih Meiza...:)
Dah ada rupanya kisah ni...jenuh perah otak, kalau tau...google jer, hehe Thanks kakzakie...
Setuju sangat dgn anda...Bersyukur dgn kurnianNya krn ianya adalah yg terbaik utk anda.
Terima kasih Acik...setiap kejadian Allah itu boleh kita jadikan pengajaran dan panduan...hanya perlu bijak mencari dan membongkar rahsianya.
Waalaikumsalam,
Gambar2 hanya tarikan dan untuk santapan mata. Ada kalanya jika isu terlalu sarat dgn tulisan akan mudah membosankan dan terasa berat utk pembaca. Saya cuba untuk bersantai sambil memberi isu secara ringan tapi ada pengisian walaupun sedikit... Kena sesuai dgn tema blog ni.
Hmmm...satu perlambangan yg menarik..."kecantikan memusnahkan diri" Tapi memang benar, kecantikan luaran itu tiada maknanya jika tiada disertakan dgn kecantikan dalaman...akhirnya akan musnah dan kecewa.
p/s: rasanya diorang guna contoh yg sama kot...hehe
Menarik sekali perlambangan anda...Hmmm
Tq Fairul :)
Betul tu...sesuatu yg cantik itu tidak kekal lama, hanya utk tatapan buat seketika.
So cute all those butterflies..and this one kalau tengok they all sure boleh leka punya..kalau kat taman rama-rama lagi lah..
Peminat ye... bukan akak saje, saya pun sama... :)
Huraian yang amat menarik dan mendalam sekali. Cukup bermanfaat buat panduan.
Terima kasih cik akak dan amat2 saya hargai...
salam. kagumnya saya dgn ciptaan Allah,
Waalaikumsalam, thx abe kie
Banyak pengajaran yg boleh dapat dpdnya kpd mereka yg berfikir....
Jika kita mengagumi sesuatu kejadian itu dan kembali kepada penciptanya pasti byk hikmah yg kita akan perolehi...
Suka baca post BM ni...teringat lagu Rama-rama pula.
Sehalus-halus zarah itulah kebesaran dan keagungan yang maha pencipta. Semua mempunyai fungsi tertentu.
Bijak sekali huraian anda dan tepat sekali.
warna warni kehidupan
cantik pic rama2 tu...terima kasih perkongsian yg bagus
Terimakasih atas informasinya,,
bermanfaat banget
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”