Menara Jam Kemerdekaan Malaysia: 31 Ogos 1957 tarikh bersejarah, hari kemerdekaan negara Malaysia. Pelbagai acara sambutan di jalankan setiap kali tarikh keramat ini tiba. Yang paling dinantikan adalah detik 12:00 malam di malam 30 Ogos. 

Pastinya menara-menara jam seluruh negara (Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014) menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk menanti detik 12:00 malam menandakan bermulanya sambutan hari kemerdekaan negara. Bila tiba saatnya, semua orang meraikannya dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Percikan bunga api di udara menggamatkan dan memeriahkan suasana.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Sambutan Kemerdekaan Malaysia
Sambutan tidak terhenti hanya di malam hari. Seawal jam 8.00 pagi 31 Ogos, orang ramai sudah berkumpul di Dataran Merdeka. Menara Jam di Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi saksi kepada sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan. 

Pemimpin negara yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri serta para menteri kabinet turut berkumpul bersama-sama orang ramai bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta disamping pasukan keselamatan dan unit pakaian seragam. 

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Disini terserlah keunikan kebudayaan dan kemegahan kemajuan negara. Segalanya di tonjolkan sebagai simbol perpaduan dan kejayaan negara sebagai sebuah negara yang merdeka.

Kini ianya menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga kepada pelancong-pelancong luar negara yang amat terpesona dengan keunikan budaya dan perpaduan penduduk negara ini yang hidup bersatu dan penuh harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

Sejarah Pembinaan Menara Jam Kemerdekaan Negara

Disebalik sambutan meriah ini, mungkin ramai yang tidak ketahui bahawa 56 tahun dahulu, rakyat negara ini mempunya cara tersendiri dalam menyambut hari kemerdekaan pertama negara. Semangat patriotik dan cintakan negara yang merdeka ini telah diabadikan melalui pembinaan menara jam yang menjadi simbol kemerdekaan negara (Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014)

Menara jam ini kebanyakannya dibina hasil dari derma orang ramai. Tahukah anda bahawa bukan sebuah tetapi ada tujuh buah menara jam yang telah dibina! Sejarah yang mesti ketahui oleh setiap generasi masa kini. 

Sempena sambutan Kemerdekaan ke 56 Negara Malaysia tercinta ini dan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014, saya cuba menjejaki ke tujuh-tujuh buah menara yang menjadi simbol semangat patriotik rakyat negara ini dan memperkenalkannya agar menjadi salah satu tarikan bersejarah untuk pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara agar lebih mengenali negara ini.

Kembara Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Kembara mencari tujuh buah menara jam ini umpama mencari tujuh keajaiban dunia. Ianya sedikit mudah kerana lokasinya hanya terletak di sebuah negeri...Ya! Negeri Perak Darul Ridzuan. Negeri yang kaya dengan khazanah, sejarah, budaya dan keindahan alam semulajadi yang masih banyak perlu di terokai

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Perjalanan kembara bermula dari selatan negeri Perak iaitu di bandar Teluk Intan. Disini terletaknya satu mercu tanda yang menjadi simbol unik bandar ketiga terbesar di negeri Perak ini. Hanya dua buah bangunan seumpamanya wujud di dunia ini. 

Selain menara Pisa di Rome, Menara Jam Condong Teluk Intan merupakan menara condong semulajadi seumpamanya. Senibina unik berupa pagoda ini menjadi tarikan utama pelancong di dalam dan luar negara di bandar yang dulunya di kenali sebagai Teluk Anson ini. 

Bangunan indah ini telah siap di bina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong pada tahun 1892 dan berfungsi sebagai menara air.

Kini ianya masih kukuh berdiri dan dijaga dengan baik oleh MDTI sebagai daya tarikan pelancong, Namun menara ini tidak termasuk dalam senarai tujuh menara yang menjadi Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 carian saya.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Kembara bergerak pula menuju ke bandar seterusnya iaitu ke bandar Kampar. Sampai sahaja di bandar ini, sudah terlihat sebuah menara jam di persimpangan Jalan Iskandar dan Jalan Station sebelum masuk ke pusat bandar Kampar.

1. Menara Jam Kampar 
Ya..kita telah temui menara jam yang pertama dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 iaitu Menara Jam Kampar. Jelas terpahat tulisan di bangunan menara jam ini "Merdeka 1957".

Rekabentuknya berbentuk segitiga yang mempunyai jam di setiap permukaannya. Menara jam ini sempat beroperasi pada 31 Ogos 1957 walaupun tidak siap sepenuhnya.

Ianya terbina hasil dari derma penduduk setempat sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang pertama agar menjadi tanda yang berkekalan sebagai kenangan untuk generasi hadapan. Ianya telah menjalani proses pemulihan dan memperindahkan tapaknya pada tahun 2009.

Dari Kampar kembara saya bergerak terus ke Bandaraya Ipoh. Di bandaraya ini terdapat beberapa buah menara jam. Yang mana satukah yang menjadi salah satu dari tujuh menara yang menjadi Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014? Menara Jam Besar Birch, sebuah menara jam yang di bina khas bagi memperingati kejadian Residen Inggeris pertama di Perak yang mati di bunuh di Pasir Salak.

Siap di bina pada tahun 1909 oleh kerajaan British. Ianya menjadi monumen bersejarah tentang kebangkitan pejuang-pejuang Bangsa Melayu dalam menentang penjajahan. Walaupun ianya ada kaitan dengan sejarah perjuangan tetapi ia bukanlah menara jam yang saya cari.

Menara Jam Kemerdekaan Negara #VMY2014Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014

Sebuah lagi menara jam ini pula masih baru lagi di bina di kawasan Bandar Baru Ipoh. Sudah tentu ianya tidak termasuk dalam senarai.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Dari jauh sudah kelihatan sebuah menara yang cukup tinggi di tengah-tengah Dataran Bandaraya Ipoh di kawasan Geentown. Ianya amat menarik perhatian saya. Lokasi yang amat strategik dan menjadi tumpuan orang ramai di bandaraya ini

Rekabentuknya yang unik dengan tiga kakinya yang memanjang tinggi menyokong sebuah kubah besar di puncaknya. Sungguh menawan sekali rekaan Menara Jam Dataran Ipoh ini. Di bawah kubah pula terletak jam besar di ketiga-tiga permukaan.

2. Menara Jam Dataran Ipoh
Ya...inilah menara jam yang saya cari Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 yang kedua! Menara jam ini menjadi tumpuan penduduk setiap kali menanti detik 12:00 malam setiap tahun pada malam 30 Ogos. Bertepatan dengan matlamat pembinaannya yang menjadi simbol kemerdekaan tanah air kita dan telah berdiri megah sejak 56 tahun dahulu.

Menara jam kedua yang menjadi Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 ini terus terjaga dan menjadi simbol kebanggaan seluruh warga Ipoh. 

Puas sudah meneroka Bandaraya Ipoh yang semakin maju dan moden, bergerak pula naik ke utara iaitu ke bandar Sungai Siput. Ramai yang tidak mengetahui, di pekan kecil inilah terletaknya salah sebuah menara jam yang menjadi simbol kemerdekaan negara Malaysia.

3. Menara Jam Sungai Siput
Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014Menara Jam Sungai Siput yang terletak di jalan besar merupakan menara jam ketiga dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014. Jelas tertera di menara jam ini, "Merdeka 1957" menjadi saksi perpaduan penduduk disini yang menghulurkan derma untuk pembinaannya.

Ianya telah di rasmikan dengan meriahnya oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman pada 20 Januari 1958. Rekaannya hampir sama seperti menara jam di Pekan Kampar.

Namun malangnya ia agak terbiar dan ramai yang tidak mengendahkan lagi kewujudannya. Satu warisan sejarah yang perlu dijaga dan dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang sebagai lambang yang menjadi kebanggaan penduduk Sungai Siput.

Dari Sungai Siput, kembara terus ke Kuala Kangsar. Bandar di Raja di tebing Sungai Perak ini sungguh cantik dan mempersonakan. Pelbagai bangunan bersejarah yang cukup indah rekaannya terdapat disini seperti Istana Kenangan, Istana Bukit Chandan, Pavilion dan Masjid Ubudiah. 

Tapi yang pastinya yang menarik perhatian saya adalah sebuah menara jam di tengah-tengah bandar ini. Inilah menara jam keempat dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014. Rekabentuknya sungguh menawan dengan kubah emas di puncaknya. 

4. Menara Jam Kuala Kangsar
Menara Jam Kuala Kangsar ini telah siap dibina pada tahun 1939 menggunakan dana kerajaan negeri Perak dan sumbangan rakyat Kuala Kangsar sebagai satu peringatan sambutan pertabalan King George VI di England namun ianya di ubah kepada menara jam sambutan kemerdekaan negara Malaysia mulai 31 Ogos 1957. Menara indah ditengah Bulatan Bandar ini kini menjadi simbol kebanggaan pembebasan negara ini dari penjajah.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014

Singgah pula di Kolej Melayu yang terkemuka dan ternama sebagai tempat terlahirnya ramai tokoh-tokoh pemimpin dan tonggak pembangunan negara. Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK cukup gah namanya. Sebuah menara jam di puncak salah sebuah bangunannya menjadikan simbol betapa berharganya masa kepada setiap manusia. 

Dari Kuala Kangsar, menuju pula ke Bandar Taiping. Bandar kedua terbesar di Perak ini menjadi bandar yang sangat bersejarah dalam negeri Perak mahupun negara Malaysia. Pernah menjadi ibu negeri Perak, Bandar Taiping menjadi tonggak kemajuan dan ekonomi terbesar negara di zaman kegemilangannya. Banyak sekali bangunan bersejarah dan lokasi daya tarikan pelancong berada di sini.

Menara jam tidak terkecuali dan Menara Jam Besar Taiping menjadi tarikan dengan senibina indah kolonial British. Pernah di jadikan Balai Bomba sebelum ianya berfungsi sebagai Pejabat Penerangan Pelancongan Taiping di kala ini. Walaupun bangunan ini sangat bersejarah dan berusia lebih dari 100 tahun, ianya bukanlah Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 dalam pencarian saya.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014

Sebuah lagi menara jam di bandar Taiping ini juga menarik perhatian saya. Dengan menggunakan angka digital sudah tentu menara jam ini bukan di bina pada tahun 1957. 

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Dari bandar Taiping, kembara diteruskan ke bandar Parit Buntar. Sebuah menara jam yang sungguh indah dan menarik terletak di persimpangan Bulatan Jalan Peh Kong, Jalan Taiping dan Jalan Dewan.

5. Menara Jam Parit Buntar
Menara jam kelima dalam carian Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014. Menara Jam Parit Buntar ini telah siap pada tahun 1959 dan dibuka oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961.

Ianya di bina sebagai simbol kemakmuran dan kemerdekaan negara Malaysia yang bebas dari penjajah. Rekaan umpama sebuah menara masjid ini sangat mengagumkan. Terdapat 4 buah jam besar di letakkan di setiap permukaan atas menara ini.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Perjalanan kembara saya kini menghala balik semula ke arah selatan. Singgah pula di Pekan Parit. Menurut sejarah, Ngah Sagor merupakan orang pertama membuka kawasan ini dan menamakannya "Parit" sempena lokasi mendarat beliau disekitar kawasan parit/alur sungai lalu membuka penempatan disekitar alur tersebut yang sekarang terletak berhampiran pasar Parit.

6. Menara Jam Parit
Di pekan inilah terletaknya menara keenam Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 iaitu Menara Jam Parit. Rekaan dengan senibina Moor dan inskripsi "Amaran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu," telah dirasmikan pada 20 Januari 1963 oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menara jam ini telah dibina dengan kos sebanyak 3,370 USD daripada wang yang dikumpulkan hasil derma penduduk tempatan. Ianya masih tersergam indah di jalan besar di Pekan Parit, menjadi simbol kebanggaan dan kemerdekaan penduduk tempatan dan menjadi mercu tanda utama pekan ini.

Kini saya bergerak ke pula ke lokasi terakhir dimana Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 telah dibina. Lokasi di pinggir laut Selat Melaka iaitu di Bandar Lumut. Lokasi tumpuan dan amat terkenal di negeri Perak. Di sinilah terletaknya jeti iaitu laluan utama untuk ke Pulau Pangkor, salah satu pulau pelancongan terkenal di Malaysia.

Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014
Lumut juga dikenali sebagai pelabuhan perdagangan dan pengkalan terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia. Arus pembangunan di sini sungguh pesat. Menjadi sub pelancongan dan perkilangan di pinggir pantai.

7. Menara Jam Lumut
Puas meronda di sekitar bandar Lumut namun tidak di temui menara jam ketujuh Menara Jam Kemerdekaan Malaysia #VMY2014 ini. Akhirnya seorang penduduk tempatan memberitahu bahawa Menara Jam Lumut ini sudah di musnahkan kerana pembangunan Pelabuhan Lumut suatu ketika dulu. Maka hilanglah satu monumen sejarah yang menjadi lambang kemerdekaan negara Malaysia ini.

Menara Jam Lokasi Tarikan
Kembara bersejarah mencari menara jam kemerdekaan Malaysia #VMY2014 ini berhenti disini. Semoga ianya dapat memberi pengalaman dan maklumat berguna buat anda. Tahun hadapan, sekali lagi negara kita menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Semoga lokasi-lokasi ini menjadi tarikan pelancong untuk persinggahan bersejarah dan merasai semangat perpaduan dan cintakan negara dengan satu matlamat iaitu sebuah negara Malaysia yang bebas merdeka.

Jelas sekali bahawa Menara jam adalah simbol kemerdekaan negara yang paling popular dan tepat. Ianya kini menjadi lokasi tumpuan dan mercu tanda utama bagi sesebuah kawasan. Kenali Malaysia...Cintai Malaysia, bersama kita memeriahkan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Sila ke http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia untuk lebih informasi. Tonjolkan keunikan, kebudayaan dan keharmonian kita yang hidup aman sentosa di bumi bertuah ini.

Jika anda beminat, anda boleh lihat lagi pelbagai menara jam yang terdapat diseluruh Malaysia di SINI


Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia


Admin...

57 comments - "Menara Jam Kemerdekaan Malaysia"

Menara jam di Ipoh tu BM snap sendiri ke? Banyak gak rupanya menara jam kemerdekaan ni. Tiba2 teirngat negeriku Perlis, Ada ntah menara jam seperti ini.. :)

kakiblog delete icon 6:33 PG

menara jam itu memberikan kita simbolik kemerdekaan negara...

terbaik bro..semoga ramai pelancong akan dapat info pasal tempat2 bersejarah dalam negara kita ni

Mizz Aiza delete icon 8:39 PG

di samping ianya unik, pastinya ia juga akan menjadi salah satu daya penarik untuk pelancong singgah di negeri yang berkenaan..

Unknown delete icon 9:32 PG

wah, cantiknye
membuatkan hati yumida membuak2 nak ke sana
menara jam tu mmg sesuai sgt utk bergambar, penuh sejarah
yumida isi tabung Nuffnang sini - sony - selamat menabung :)

Aimacomel delete icon 10:18 PG

fuhh, saya orang perak. tapi saya sendiri tak pernah tau ada banyak menara jam seperti yg BM cerita ni. Yang selama ni femes hanya menara condong je. terima kasih BM,
suka sgt dengan entri ni. Bangga kita jadi anak jati Perak =)

jam menara Taiping dan Parit Buntar tu saya banyak kali juga lalu dekat situ.

Blog Santai delete icon 11:12 PG

Good luck untuk segmen ni BM...

Kluim,Kedah pun ada menara jam jugak...

Khir Khalid delete icon 12:36 PTG

Menara dibina bagi menghargai waktu.. waktu dahulu, kini & masa hadapan, diantara pengorbanan, cita-cita, harapan & masa hadapan. Syabas saudara BM diatas keperihatinan & penghargaan "demi masa".
Semoga terus maju jaya & all the best utk segmen ini.

mama pernah sampai satu tempat tu je, menara condong tu.. di teluk intan, mama takut nak naik.. hiihihih

Wah, macam-macam jenis menara jam yang ada rupanya! Cantik dan menarik apabila dikumpulkan dalam satu entri seperti ini. :)

BinMuhammad delete icon 4:55 PTG

Bukan gambar sendiri... Belum pernah tau pula di Perlis ada menara jam..
Liza buatlah satu...hehe

BinMuhammad delete icon 4:57 PTG

Catatan masa oleh jam itulah yg membawa makna. Masa bagaikan berulang semula bila tiba tarikhnya...

BinMuhammad delete icon 5:00 PTG

Terima kasih bro...entri yang sukar sebenarnya, perlu membuat byk rujukan.
Semoga dpt memberi manfaat.

BinMuhammad delete icon 5:01 PTG

Itulah matlamatnya...daya penarik yg perlu di perkenalkan.

BinMuhammad delete icon 5:02 PTG

Sesekali singgahlah di salah satu menara jam dan abadikan gambar bersamanya. :)

BinMuhammad delete icon 5:03 PTG

Ramai orang Perak yang tak tahu...hehe
Semoga entri ini dapat dijadikan bahan rujukan kpd yg memerlukan

BinMuhammad delete icon 5:04 PTG

Dekat dgn anda tapi jauh dari saya... :)

BinMuhammad delete icon 5:05 PTG

Terima kasih Raudzah :)

BinMuhammad delete icon 5:07 PTG

Ya...menara jam itu ada dlm koleksi, boleh lihat di entri2 menara jam di seluruh Malaysia.

BinMuhammad delete icon 5:08 PTG

Terima kasih Khir...semoga mendapat maklumat dan manfaat dr entri ini, itu yg lebih penting.

BinMuhammad delete icon 5:10 PTG

Saya pun xpernah naik...macam xkonfiden je. hehe

BinMuhammad delete icon 5:11 PTG

Semoga dapat memberi maklumat kpd mereka yg belum dan ingin mengetahui dan tertarik utk melawatnya... :)

Unknown delete icon 5:51 PTG

Kalaulah dapat dijelajah semua.. ;)

Assalam. Salam menyinggah.
Kerap terlepas pandang melihat menara jam ketika berkunjung ke negeri-negeri. Lepas ni nak fokuslah..
Okay. Itu jer :)

Penulisan sangat sangat komunikatif. Habat! Gaya penyampaian sangat menarik dan memikat. Semoga berjaya BM.

syamsul delete icon 9:55 PTG

Bnyk juga jam kt Perak... Perak sngt menghargai masa...terbaik. JOM MELAWAT PERAK...

Haha. Nanti2 liza buat dpn rumah. ;p

Zawiah delete icon 11:58 PTG

tips bro hasrulhassan yg berjaya diterjemahkan ... good luck BM

Moga beroleh kejayaan BM.
Di JB pun ada menara jam di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Tapi kakak nampak dari N3 BM ni banyak betul menara jam di Perak ye..

mselim3 delete icon 8:56 PG

Assalammualaikum...BM,

banyaknyer menara jam... nie kan... blom masa menara jam di JB.. kota kota tinggi,mersing, dan dll...

mselim3

pls: banyak kan... sebenarnyer pembinaan menara jam ini adalah untuk senang jaga masa...kalau kita ziarah sesuatu tempat tu kan,.. tp itu dulu.. kecanggihan dan kemodenan telah membuatkan kita byk gaget2..untuk jam nie kan...

OKje delete icon 9:15 PG

Bukan dah pernah buat entri pasal menara jam ni ke?

sitirohaida delete icon 11:10 PG

kalau boleh nak jelajah semua negeri...baru dapat 3 atau 4 buah negeri jerk...yang lain belum...tu pun tak pernah nampak menara2 tu

Unknown delete icon 11:19 PG

Wauu byk rujukan yang perlu BM buat ni..olahan menarik karangan terbaik..tahniah..

BinMuhammad delete icon 12:52 PTG

Boleh saje...buat pelan2. Kalau tak dapat, jelajah saje di blog ini :)

BinMuhammad delete icon 12:54 PTG

Waalaikumsalam, terima kasih krn sudi menyinggah...
Semoga mendapat spt yg anda inginkan. Maaf jika ada kekurangan ye...

BinMuhammad delete icon 12:55 PTG

Terima kasih cikgu, cuba nasib krn terfikir ada topik yg menarik utk di utarakan. Sukar membuat artikel sejarah ni...byk rujukan perlu dibuat.

BinMuhammad delete icon 12:57 PTG

Ya...Jom kita Melawat Perak!...Bukan sekadar menara jam, tapi byk lagi yang menarik di Perak...Macam2 ada! :)

BinMuhammad delete icon 12:57 PTG

Belajar dan cuba apply...semoga berhasil hendaknya :)
Vee xnak cuba ke?

BinMuhammad delete icon 12:59 PTG

Johor pun ada banyak menara jam, boleh lihat di entri2 berkaitan sebelum ini. Yang ini khusus utk menara jam kemerdekaan di Perak.
Terima kasih Kak Zakie..

BinMuhammad delete icon 1:02 PTG

Waalaikumsalam mselim...
Di Malaysia ni banyak menara jam...pelbagai bentuk dan rupa. Kerana fungsi jam itu amat bermakna...simbolik dan berguna, maka menara jam adalah binaan yg sangat menarik dan bermanfaat.

BinMuhammad delete icon 1:05 PTG

Memang ada, tapi entri ini diolah khas utk segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014 anjuran hasrulhassan.com. Ianya hanya tertumpu kepada Menara Jam Kemerdekaan di Perak

BinMuhammad delete icon 1:08 PTG

Lepas ni, jika berpeluang ke suatu2 tempat/bandar di mana2 negeri...cubalah cari menara jam, biasanya mesti ada sekurang2nya satu. Ianya menjadi mercu tanda yg menarik utk lokasi gambar kenang-kenangan.

BinMuhammad delete icon 1:12 PTG

Meman payah...banyak sekali rujukan perlu di buat serta memerah idea utk mengarang, berbaloi rasanya jika ada yg menghargainya.
Terima kasih Meiza :)

wahhh entri yang sangat bagus, baru tahu banyak juga menara jam yang ada :) ini semua gambar ambil sendiri ?

Tanpa Nama delete icon 3:08 PTG

info menarik ni tq share yer ... done nuffnangx3 dah !

Perak memang ada banyak Jam menara, dan yang paling famous tentulah menara jam condong di teluk Intan tu..

Unknown delete icon 3:55 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
OKje delete icon 5:59 PTG

Ooooo.....baru opah faham ...jangan disangka opah dah hilang ingatan hehe ....

Sukma delete icon 10:21 PTG

satu entry yg menarik...pernah sampai di menara condong teluk intan, lumut, taiping tapi yang lain-lain tu lalu tapi tak singgah......lepas ini saya nak buat menara jam di Melaka tapi rasanya kat Melaka tak banyak ler macam kat Perak.......

Fais-SKA delete icon 5:32 PG

enrti yg mnarik..suka bca yg kembara tu..xsngka plak bnyak menara jam kt Perak..bnyak pula tu yg bersejrah..spt mnjdi 1lndmark utk sesebuah kawasan..

Tanpa Nama delete icon 5:41 PTG

semuanya penuh seni reka tersendiri..

hafizmd delete icon 8:47 PG

as salam,

menarik2! mmg Malaysia penuh dgn keindahan tersendiri....rugi plak rasa tak sempat singgah byk tempat...hehe

selamat berjaya bro!

Unknown delete icon 3:40 PTG

penulisan BM juga sangat bagus.. kalau sy cikgu, sy bagi A++++ berbintang-bintang.

Unknown delete icon 3:41 PTG

Ishh takkan lah BM nak pergi ambik gambar semua menara kat Malaysia ni..hahah

saya suka entri awak....kreatif..tahniah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap