Aku Mahu Berubah! Bagaimana mahu berubah? Hari-hari yang berlalu sentiasa sama, tiada perubahan... Kenapa anda harus menghadapinya? Masa terus berlalu... terasa seperti sia-sia. Masa tidak akan menunggu. Tidakkah anda mahukan perubahan?
Ya! Berubah! Berubah dari keadaan mu sekarang! Berubah dari kebiasaan! Mengorak langkah untuk mencari sesuatu yang akan merubah anda agar hari-hari yang mendatang tidak lagi menjadi seperti biasa!
Katakan..."Aku Mahu Berubah!" Jom bersama-sama kita mulakan!
1. Mulakan dengan Niat
Hanya dengan niat yang ikhlas mampu memberi anda keyakinan. Niatkan matlamat dan hala tuju anda!
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar-Ra'd : 11
2. Lakukan sekarang juga!
Ya...Jangan bertangguh, kerana masa tidak menunggu kita. Mulakan disaat ini juga! Mari kita mengorak langkah.
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pun) mempercepatkannya." Al-A'raf : 39
3. Bergaullah bersama insan yang Soleh
Hanya dengan memilih sahabat yang soleh dan baik dapat memberi anda semangat dan aura positif yang menambahkan keyakinan dan sebagai pendorong.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi, jika kita tidak membeli darinya tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan bau busuk darinya."
4. Lakukan Istiqamah
Lakukan secara berterusan dan ikuti segala peraturan. Jangan sesekali menyimpang dan jauhi segala laranganNya.
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai sekelian umatku, lakukanlah amalan mengikut keupayaanmu, sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
5. Bersifat Tawaduk
Jangan riak, takbur mahupun mengeluh apatah lagi mengharap balasan. Lakukan dengan ikhlas dan amanah hanya kerana Allah.
Fudhayil ibn 'Iyadh berkata, "Jika kamu boleh membuat dirimu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu di keji oleh manusia tapi dipuji si sisi Allah SWT?"
6. Berdoa dan Tawakal.
Setelah segala usaha di lakukan, berdoalah sesungguhnya Allah Maha Mandengar dan Maha Mengasihani. Mohonlah kepadaNya...Hanya dia, Allah SWT yang satu dan bertawakallah... Sesungguhnya setiap apa yang terjadi pun atas kehendaknya dan pasti ada hikmah disebaliknya.
Berdoalah, "Ya Allah...terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif dan fahamkanlah aku perihal agama. Berikanlah aku hidayah, ketakwaan, kesucian dan kekayaan agar hidupku bahagia di dunia dan akhirat."
Keluarlah dari kepompong kebiasaan anda yang melemaskan. Berubahlah demi kehidupan yang lebih baik dan demi masa depan yang lebih cerah, bahagia serta ketenangan di dunia dan akhirat.
Semoga hari-hari anda akan berubah. Kehidupan lebih sempurna dan kenikmatan lebih dirasai. Berubahlah... Tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan diri anda sendiri!
Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga Minda anda terbuka dalam mencari arah hidup ini.
Admin...
41 comments - "Aku Mahu Berubah! Bagaimana Hendak Mulakannya?"
Ya.. aku mau berubah *ckp pada diri sendiri*
perubahan kdgkala perlu mulai yg kecil2 dahulu,kmdn istiqamah dan teruskan kpd perubahan yg lebih besar.terima kasih mengajak kpd perubahan yg baik..:)
Terima kasih Rileks Minda....
Aku sentiasa berdoa agar sentiasa berubah menjadi lebih baik walau pun kita tidak sempurna.
At least kita menuju ke arah pembaikan diri samada secara zahir atau rohaniah...
setiap hari sentiasa berdoa agar segalanya akan lebih baik dari semalam dan setiap hari tidak putus berdoa semoga diri terus menerus berubah ke arah kebaikan...
Saya setiap hari fikir, kenapa kenapa dan kenapa. Yes, I have the answer tapisaya tak mampu nk mencoretkan menjadi ianya suatu kepastian. Sebab keadaan sekeliling saya yg mcmni. Mmg saya perlukan perubahan, sbb saya dah cukup lemas dgn keadaan skg.
thanks BM, really appreciate that.
Assalammualikum....BM,
wahh...hebat lah entry nie... suka mselim3 siap dengan pemandangan yg mendamaikan...
mselim3
pls: mselim3 bukan ingin berubah ... menjadi yang baik kepada lebih baik..doakan mselim3 yer BM.
Insya Allah..Istiqamah tu yg penting
Aku mahu berubah...... takut hanya mulut je berkata BM tapi yang lainnya masih berat nak berubah...huhu
Harapnya tidak.... Moga mulut, hati dan perbuatan kita seiring! Sekurang2nya mulut telah memulakan langkahkan BM....
Mana gambar RAYa?
ye la bro bm..slalu memoeringatkan diri..
berubah menjadi insan lbh baik dari hari semalam..esok lbh baik dari hari ni...
Ya...sama2 kita berubah!
Tidak kiralah, walaupun ianya kecil...asalkan untuk kearah yg lebih baik dan istiqamah itu sudah amat baik :)
Betul tu HI, sentiasalah dan istiqamahlah utk menjadi lebih baik walaupun sedikit...
Benar, Kita ini insan yg lemah lagi tidak sempurna.
Ya..semoga kita menjadi insan yg lebih baik setiap saat dan ketika.
Saya mendoakannya untuk anda dan rakan2 yg lain.
Kita kena sentiasa berfikiran positif, itulah pentingnya orang2 disekeliling kita, disarankan bergaul dgn insan2 soleh.
Semoga kita sama2 beroleh peningkatan dan perubahan yg positif dlm hidup ini.
Waalaikumsalam mselim3,
Saya doakan anda dan semua rakan2 beroleh perubahan dan peningkatan yg lebih baik setiap masa dlm kehidupan ini...
Ya...semoga kita sentiasa berubah menjadi lebih baik dan kekal berterusan
Berubah utk menjadi lebih baik, walaupun hanya dengan niat telah mendapat ganjaran dariNya...Semoga segalanya di permudahkan dan janganlah berputus asa...Insyaallah, mulakanlah...
Ops! Gambar raya =)...hanya kuih agar2 kering yg sempat di ambil, hehe
Sama2lah kita saling mengingati...
Pastinya itulah yang terbaik...semoga kita sama2 berjaya melakukannya, insyaallah.
Saya pelan2 cuba berubah walaupun cabarannya sangat kuat.
Aku Mahu Berubah!!
insyaAllah BM, acik sedang baiki diri... dari semasa ke semasa ... semoga di permudahkan Allah
hari hari dok berubah lebih baik
mg makin tua makin elok perangai
muhasabah diri sll
in shaa allah.. semua org nk berubah :)
Lets do it..In Shaa ALLAH dipermudahkan..
sy pn msti nk berubah kearah yg lebih baik =) inshaaAllah smoga semua dipermudahknNya
setiap masalah pasti ada penyelesaian..berlajar utk beristiqamah..:)
alhamdulillah..nice sharing..kengkdg kan niat nak berubah tu dah de..tp konsistensi tu yg membuatkan cabaran bg diri kita
moga diri ini sntiasa beristiqamah
jemput baca & komen entry yumida ni BM:
http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html
pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)
Terbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?
subhanallah cantiknya...tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)
Tak Mungkin Benar
InsyaAllah..moga hari ini lebih baik dari semalam..moga kita sentiasa bermuhasabah diri..
Alhamdulillah, seseorang yang lakukan kerana Allah SWT pasti sentiasa beringat dan akan cuba lakukan yang terbaik. Jika yang terpesong segeralah betulkan kiblat keimanan.
Emmmm.....masih misteri lew tu! Huhu...
terima kasih,artikkal ini benar-benar manbantu menyadar kan saya,,
Sy kalau kata nak berubah mmg masa tu jugak berubah..tp tak lama..haha..
sentiasa tanamkan azam utk berubah kepada yang lebih baik
Susahnya nk berubah......:(
Rasa tenang je....ya Allah bantulah hambaMu yg lemah agar aku mampu berubah lebih baik dari semalam....:(
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”