Selamat berhujung minggu, hujung minggu di hari raya... Pastinya hujung minggu ini hari yang sibuk buat anda. Hari dimana anda di penuhi dengan pelbagai undangan, majlis kenduri kahwin, bertunang, rumah terbuka dan sebagainya.
Mungkin juga anda sibuk kerana andalah juga penganjurnya. Masa untuk anda bergembira dan bersyukur.
Bukan itu sahaja, hujung minggu ini juga hujung minggu terakhir cuti sekolah, pasti ada yang sibuk menyiapkan persiapan anak-anak dan menghantar mereka kembali keasrama.
Tidak kurang juga mereka yang masih berkunjung kerumah saudara mara dalam menyambut kemeriahan berhari raya. Jalan raya pasti akan sentiasa sibuk dengan kenderaan. Utamakanlah keselamatan.
Bagaimana pula dengan dunia blog? Tidak kurang juga meriahnya. Masa untuk berkunjung dari satu blog ke satu blog. Ada yang menggelarnya Rayawalking.
Entri pula tidak putus-putus berkaitan kemeriahan sambutan Hari Raya sehingga ada yang menamakan serangan virus Aidilfitri.
Bersama kita nikmati kemeriahan Hari Raya di hujung minggu tidak kiralah di alam siber mahupun realiti. Kunjungan anda seketika di sini saya hidangkan dengan sedikit santapan mata.
Ada yang kata sudah puas...tapi di alam siber ini, saya tak mampu untuk memberikan lebih dari ini. Hanya santapan buat ketenangan hati dan minda.
Rehatkan minda anda dan nikmatilah...
Sambil mata menikmati, dapatkan juga sedikit santapan jiwa dan rohani...lafazkanlah...
"Alhamdulillah"...kerana diberi nafas untuk terus menikmati hidup ini
"Alhamdulillah"...kerana dikurniakan kekuatan dan kesihatan
"Alhamdulillah"...kerana di beri keamanan dan kedamaian ini.
"Alhamdulillah"...kerana dimurahkan rezeki
"Alhamdulillah"...kerana dikurniakan insan-insan tersayang di keliling kita
"Alhamdulillah"...kerana masih di kasihi dan di sayangi
"Alhamdulillah"...kerana masih mempunyai waktu...
"Alhamdulillah"...kerana kita diberi ingatan untuk bersyukur.
"Subhanallah...begitu besar sekali nikmat yang diberi kepada kita,
"Lailahaillallah"...Hanya Kau yang satu, Hanya padamu aku berserah.
"Allahuakbar"...Kaulah yang berkuasa memberikanku segalanya...
Semoga nikmat sementara ini terus kita nikmati dan akan kekal selamanya.
Ya!...kekal selamanya di Syurga. Insyaallah...
Semoga anda menikmati hujung minggu di Hari Raya yang indah, ceria dan penuh makna di samping insan-insan tersayang. Bergembiralah... kerana anda perlu menikmatinya =).
Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda..."Bergembiralah sambil Bersyukur"
Admin...
38 comments - "Bergembira dan Bersyukur di Hujung Minggu di Hari Raya"
Terasa setiap hidangan yang disediakan. Sementara harum wangiannya meyerbak ke kalbu.
Tabrokallah... syukur alhamdulillah terus memberikan ingatan.
Moga kebaikan diberikan dimanfaatkan sepenuhnya. Sayu bila mengenang saudara kita di Syria dan Mesir sana kan...
Syukran BM.. jom beraya :) hari ini masih lagi mood beraya
alhamdulillah ya Allah...
sejuk hati memandang gambar yang indah2 itu...Allahu Akbar..
Syukur Alhamdulillah atas segala nekmatNya..
Hujung minggu yg indah bila tgk buah2 tu..nk mkn je
Alhamdulillah cantik semuanya...
alhamdulillah.... tersenyum bila baca entri ni... salam raya ya bin muhammad..
Pelam harum lebat di taman,
Seraga ditatang diambil Pak Jabbar;
Assalamu'alaikum sahabat budiman,
Hamba datang mengumpil khabar.
Malam membelah tirai purnama,
Bumi digali selaut kawah;
Alhamdulillah sampai bersama,
Ummi kembali meraut ukhwah.
Terima kasih cikgu...boleh dapat bau sekali, dasat tu :)
Ingatan bersama...Betul tu, sedih mengenangkan keadaan di Mesir, semoga Allah melindungi mereka yg benar.
Jom kita beraya! Jemputlah datang rumah :)
Ya, syukur alhamdulilah...
Terima kasih Kathy,
Itulah harapan saya...
Terima kasih Kak Nah, bersyukur kita padaNya...Alhamdulillah
Semoga anda gembira dan bersyukur dgn nikmat di Hari Raya
Thx JS
Terima kasih Raudzah...sekadar santapan mata dan hati
Terima kasih Mia,
Rayawalking bersama Mia :)
Pelam harum lebat ditaman,
Pak Jabar pungut bukan buang,
Waalaikumsalam sahabat budiman,
Kabar disambut dengan riang...
Bumi di gali selaut kawah,
Terjun bersama terubat luka,
Ummi kembali meraut ukhwah,
Pantun bergema mengubat duka :)
Sejuk mata, hati memandangnya.. Alhamduillah kita masih diberi kesempatan itu
Masih mood raya ya. Esok lusa sudah mau kerja. Yeah!
Amin =) inshaaAllah..Alhamdulillah..hjung mggu ni xsbuk dh..virus syawal ttp xboleh lawan virus ramadhan..smoga kita dpt lagi bertemu bulan ramadhan thun depan..
MOod beraya dah tiada..biskut raya je ada lagi..
Terimakasih BM... :)
singgah untuk refresh minda...
Alhamdulillah...terima kasih
Selamat kembali cik akak...terima kasih krn sudi bertandang :)
Cuti lama sangat nih! hehe...untung jd cikgu.
Ya...Gembira menyambut Syawal tapi sedih meninggalkan Ramadhan. Semoga kita dpt bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.
Rumah Mieza hari2 ada biskut dan kek... :)
Terima kasih cikgu, selamt kembali bertugas ye :)
alhamdulilah... ada pengisian walau gambar bungga... suka datang sini :) remind about my self
alhamdulillah ... masih bernafas utk menikmati , menghargai , menginsafi , mentaati , mensyukuri ...
peluang bercuti hujung minggu wajar digunakan sepenuhnya..
Alhamdulilah sebab masih dibri peluang tuk Rayawalking hehe....
Biasalah BM, kalau anak dah sekolah ni.....sambil beropen house menggosok baju sekolah si kecik dan di bapak tu tak leh di abaikan huhu
pic2 yang segar & cantik, KA x dapta nak ber BW sepjng cuti raya, teramat2 busy hehehe
nukilan yg bagus dan mnyedarkan!, ya, "bersyukur kerana masih disayangi dan menyayangi dan bersyukur kerana diberi waktu..." ada masa anggap nikmat ni sprt diangin lalu je..Allah Akbar..Astaghfirullah..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”