Sepanjang perjalanan anda menjadi seorang blogger mesti ada pengalaman pahit manis yang pernah anda tempuhi. Begitu juga dengan diri ini. Ingin aku kongsikan secebis pengalaman yang pasti ku kenang sampai bila-bila. Pengalaman yang membuatkan aku tersentak dan menyedarkan aku akan realiti sebenar seorang Blogger. 

Pengalaman... Seorang Blogger Baru
Antara header terawal Relaks Minda.

Permulaan aku menjadi seorang Blogger bukanlah semanis gula. Dengan ilmu dan pengetahuan yang cetek, aku memulakan langkah dengan penuh semangat untuk merealisasikan page Facebook Relex Minda dikembangkan kepada sebuah Blog Relaks Minda. Aku dapat melihat potensi Blog dimana ia merupakan platform media sosial terbaik untuk perkongsian yang lebih mendalam, mesra, kreatif, meluas dan tanpa sempadan.

Keghairahan Menjadi Seorang Blogger

Bulan pertama menjadi blogger, keghairahan dan semangat begitu berkobar-kobar. Setiap detik, setiap ketika melihat Blogger Overview untuk melihat perkembangan jumlah pageview.

Bila ada komen menerjah, dengan segera aku membalas! Masa terluang tidak kira dimana...pasti digunakan untuk memantau status blog dan mengarang entri untuk diterbitkan.

Kejadian berlaku apabila aku mula mengenali apa itu blogwalking. Tips dari ramai blogger mengatakan blogwalking adalah langkah terbaik untuk promosi blog, membuat backlink, meningkatkan follower serta trafik dan mendapat kunjungan balas. Ya...tidak dinafikan, ianya sangat berjaya! 

Kekecewaan Seorang Blogger Baru

Namun aku mula rasa sangat kecewa apabila melihat hampir kesemua kunjungan ku ke Blog-blog otai, terkenal dan popular, pasti komen ku tidak berbalas dan tiada kunjungan balas. Maklumlah waktu itu aku pasti membalas setiap komen dan menerjah kembali setiap pengomen di blog aku dan aku berharap perkara yang serupa akan berlaku...Namun aku hampa...

Pengalaman... Seorang Blogger Baru
Tolong! Tolong!
Aku benar-benar kecewa dengan sikap sombong mereka yang tidak mengendahkan blogger baru seperti aku. Aku terlalu marah dan beremosi... Sehingga akhirnya aku meninggalkan satu komen pedas disatu blog otai yang sangat terkenal, meluahkan kekecewaan ku diatas kesombongan blogger tersebut serta blogger popular lain kerana tidak membalas komen atau tiada kunjung balas.

Tidak lama... komenku terus berbalas! Jawapan yang diberikan membuatkan aku tersentak dan termenung seketika... Jawapan yang mengubah terus persepsi aku terhadap mereka. "Dik...     ....bersambung....

....Ikuti sambungannya di SINI

Author by Bin Muhammad

64 comments - "Pengalaman... Seorang Blogger Baru "

umiawadah delete icon 9:40 PG

adui...ada sambungan pulak ni...saya sering juga berada di situasi sedemikian,namun saya pasrah...huhuhu

Linda delete icon 9:52 PG

Wahhh...x sabar ni nak baca sambungan cerita ni huhu....yup mmg x dinafikan ada blogger yg x layan kita hehe

Unknown delete icon 10:24 PG

hahahah..saja je buat bersambung....

BM ni tau... buat kakak suspen pulak dah. Kakak nak tahu juga apa kesudahannya.
Alahai... kakak pun dah kena bila mana kakak follow blog dan komen selalu blogger lelaki terkenal yg seorang ini tapi usah kata dia balas, kakak rasa mungkin dia tak baca pun. Mungkin juga dia tak tahu pun kakak follow dia. Walhal kakak jumpa dia dlm pertemuan sesama blogger lagi... tapi kakak dah tak kisah.. lumrah kehidupan manusia tak sama..

Unknown delete icon 10:43 PG

Iskhh BM nie orang tengah sedap2 baca.. dia sambung pulakkk... haish... :P

huwarrrgghhhh potong lah BM.. baru sedap2 nak baca apa reply komen dari blogger otai tu.. hahaha ok tak sabar nak tggu sambungan tu :)

Entry ni, Zaza tertarik utk komen lebih lanjut tajuk "Kekecewaan Seorang Blogger Baru: Actually mmg selalu terjadi.. kita sebagai blogger ciput ni bila pergi blog2 otai & komen, diorang haram tak layan.. cuba kalau "kaum kerabat" atau "kawan2" dia yg komen.. lajuuuuuuuuu je diorang layan! phuiii
Ini bukan di blog saja.. malah di fb & IG pun diorang buat tak layan... nyampah!

Ala...sentap tau! Bole sambung plk...

Sy pun penah BM...kengkonon gitu le...nak harapkan backlink dri bloger pemes...penat2 sy komen...mcm buat x nmpk je dia....last2..malas dah sy nak menyapa dia......dia x kenal sy pun...sian kan...

BinMuhammad delete icon 11:31 PG

Pasrah itu berserah... :) Sabo jer la...

BinMuhammad delete icon 11:33 PG

Siapa blogger yang tak layan Linda tu memang rugi ler... :)

BinMuhammad delete icon 11:39 PG

:D

hahahaa...aku dah sama mcm zaza tu..punyer la baca sekali alaaaa bersmbung daa..

ehhh....sama gak dgn zaza jugak..komen aku haram mmg tak jawab sudah nyer dah tak pegi dah blog diaorg....hahahaha...

BinMuhammad delete icon 11:42 PG

Macam dah boleh agak siapa blogger itu... :)
Permulaan menjadi blogger, keghairahan menyempitkan minda...terlupa bahawa ianya lumrah manusia.

BinMuhammad delete icon 11:43 PG

Jangan marah ye... saja menguji kesabaran...hehe

Yana Yani delete icon 12:28 PTG

alahai sejak bila pula ada episod ni
bikin suspen ni

cepatlah, nak tahu ending ni

BUNDA delete icon 12:57 PTG

Tak sabar nak tunggu sambungannya....

BinMuhammad delete icon 1:22 PTG

Terdengar suara jeritan Zaza!! hehe
Kita kan blogger ciput...mana lah diorang nampak, jeling pun tidak...sabo je le

BinMuhammad delete icon 1:24 PTG

Jangan sentap ye...bawak bersabo... bebawak istighfar, hehe
Lumrahlah...orang femes...

BinMuhammad delete icon 1:26 PTG

Patut le terdengar2 suara menjerit...hahaha...

Kalau orang dah tak layan, buat tak tau je la...

BinMuhammad delete icon 1:28 PTG

Sabar... sabar... sabar... Ariana Rose lagi kan boleh tunggu... :)

BinMuhammad delete icon 1:29 PTG

Sabar ye Bunda... :)

Unknown delete icon 1:35 PTG

adoi uncle...cik akak sekarang nie berada di mana ya...huhu..
Hilang semua keghairahan berblog..huhu....

biar lah pentas blog mereka dengan alunan muzik dan tarinya...
Biarlah melody lirik mereka tak sama dan setaraf kita....
yang penting...kita belajar....
dan kita datang dari posisi mana...hihi...

amboi komen cik akak nie uncle...hahaha

Blog Santai delete icon 2:02 PTG

Tak tau nak komen apa..rasanya lumrah semua blogger baru kot BM..cuma sentap tu kita belum pernah lagilah...nway akan ku tunggu sambungan seterusnya..siapakah si polan itu..he..he

Tanpa Nama delete icon 2:33 PTG

wah..tak sabo nak tau sambungan entri ni..suspen,suspen...

Khir Khalid delete icon 2:41 PTG

Saya pun baru dlm berblogging & kurang sikit nk menerima istillah seniority & juniority ni sbb ini istillah yahudi.. dlm Islam dah mengajar kita hormat menghormati & sudah pastinya yg otai kita hormati. Kdg2 budaya tu yg terbawa2 dlm dunia kita skrng sejak dari zaman sekolah.. junior tak dipandang & senior kena faham2lah.. budaya apa ni?
Tp alhamdulillah, saya tak kisahlah semua tu yg penting saya hormat semua sbb itu tuntutan agama.. menarik sgt nk tau kisah BM ni.. :) :)

mselim3 delete icon 3:00 PTG

Assalammualaikum..BM,

BM kekadang admin tak balas bukan sombong hehehe.. macam mselim3 punya reply ada masalah... sampai sekarang tak settle..hehehe. tapi siapa yg komen mselim3 akan ziarah balik.. ini prinsip mselim3..

hihi, BM sudah melepaskan sesuatu nampaknya,...
takpe, dengan pengalaman itu kita akan belajar...

Tanpa Nama delete icon 3:45 PTG

hehehe mmg potong betullah dah jadi ala2 akasia dah ni hehehe, KA pun ada pengalaman yng sama juga, yelah siapalah kita dibanding merekakan.. apapun bg KA akan cuba sehabis baik utk terjah balik teman2 blogger yang sudi menyinggah walaupun kdg2 kebusyan sgt2 !

Alamak apa jawapan nyer? biasalah Blogger Otai mestilah tak layan blogger baru cam saya juga, entri pun bukan2 silap2 mereka tak nak baca kan..

Macam saya, tak kisah sangat bw juga lah ker Blog Otai2 nie, cari pengalaman..tapi biasanya saya tak komen...kadang2 je lah tinggal komen..

akak delete beribu posting dulu2..waktu mula2 berblog..malu membacanya semula hehe...dgn gambar dan cerita yg ntah apa2..

Nurul delete icon 4:27 PTG

Alamak, tengah syok baca ni, terhenti kat "Dik... x sabar nak baca sambungannya... :)

MZ rasanya lumrah semua blogger baru termasuklah yg menaip nie..fikir positif pengalaman itu mematangkn & mrupakan guru dan buku teks terbaik.Namun saya tidaklah ambil hati...kerana saya juga akui blogger otai termasuklah blogger tersebut jugalah yg banyak memberi panduan dan pengajaran buat kami bloggger baru. Terima Kasih buat anda semua Blogger Otai...

Setuju....blogger baru bijak :)

alamak .. baru tengah feeling membantu.. terbantut lah.. tak sabar nak tunggu next story

Zawiah delete icon 6:44 PTG

saya tak tgglkan komen kat blog blogger femes nih . cukup sekadar membaca entrynya . saya juga x follow mrk ... saya faham keadaan mrk . bila byk sgt follower , mrk hanya akan baca entry yg menarik minat mrk je . dah tentu mrk tak sempat nak balas kunjungan pengomen mrk klu yg komen tu beratus jumlahnya kecuali mrk melantik admin utk membalas komen ...

SaBAR MENUNGGU ENTRI ANDA SETERUSNYA...

BinMuhammad delete icon 8:53 PTG

Sentiasa menanti komen ceria cik akak...inilah cik akak yg sebenarnya!
Tiada bezanya kita dgn mereka... sama2 manusia juge, tak taulah kalau ada blogger robot...hehehe

BinMuhammad delete icon 8:56 PTG

Siapakah si polan?...hmmm 'biarlah rahsia' :)

BinMuhammad delete icon 8:58 PTG

Suspen...Hmmm... bukan kisah action triller pun, hehe
Sabo ye Kathy...

BinMuhammad delete icon 9:01 PTG

Menarik sekali pandangan anda, ya...hormat-menghormati, itulah sepatutnya kita sebagai umat Islam.... Itulah yg saya telah pelajari

BinMuhammad delete icon 9:03 PTG

Waalaikumsalam...
Pengalaman lah yg banyak mengajar dan membuka minda akan hal yg sebenarnya...masing2 ada cara dan prinsip tersendiri dan wajar dihormati.

BinMuhammad delete icon 9:05 PTG

Belajar dari pengalaman dan kesilapan...itulah sepatutnya!

BinMuhammad delete icon 9:07 PTG

Bukan mudah memenuhi kehendak dan memuaskan hati semua orang...lakukanlah sekadar yg termampu...

BinMuhammad delete icon 9:19 PTG

Nantikan sambungannya ye... :)
Ya, itulah sepatutnya, mencari pengalaman...

BinMuhammad delete icon 9:23 PTG

Sayang pula...akak tak perlu delete, jadikan draft aje...mungkin boleh diolah dan diterbitkan semula. Dah terlambat pun... :)

BinMuhammad delete icon 9:26 PTG

Sabar ye...tunggu sambungannyaaa :)

BinMuhammad delete icon 9:28 PTG

Pengalaman itulah yang memberi pengajaran...positif atau negatif, ianya tetap satu pengalaman yang berguna... :)

BinMuhammad delete icon 9:40 PTG

Feeling2 dulu ye Acik sementara menunggu... :)

BinMuhammad delete icon 9:42 PTG

Pengalaman byk mengajar dan memahami... oleh itu sentiasa bersangka baik adalah yg sepatut kita lakukan.

BinMuhammad delete icon 9:43 PTG

Terima kasih MKL... Nantikannya....

Unknown delete icon 9:55 PTG

cam ada kene mengena pulak dgn rakan blogger fizi..huhu
x per..x nak buat eputusan lagi,.bila agaknya sambungnya bro ?

ingat ada entri baru....suspen je.

Abam Kie delete icon 10:02 PTG

kdg2 abe kie pun kecewa dgn blogger yg biasa2 ni pun. bkn famous pun. beria2 kita follow mrka dan tinggalkan komen. tp haram satu pun x dibalas. last2 abe kie unfollow mrka...x ada faedahnya follow atau komen di blog mrka yg x reti nak hargai kita. abe kie guna prinsip senang je: i follow u, u must follow me. I comment on ur entry, you must comment on mine back. harap jgn sape2 terasa atas ketegasan ayah kie ni. baru last week follow 20 blog tp 2 je yg follow back. tgh geram ni...

Aerill Hassan delete icon 10:51 PTG

ada sambungan pulak??Walau apa pun..sama jugak cerita kita.Masa awal-awal dulu rasa excited.Tapi start rasa kecewa bila hal yg sama terjadi.

OKje delete icon 11:09 PTG

Menci tau....suka buat entri berepisode....pantang zirafah bila tgh syok baca tetiba bersambung...kang zirafah kena sawan kang...hehe...
Tapi agaknya gitulah jadi blogger femes yek...tak suka komen kat entri blogger kecil kecilan ni....redho ajelah ....

titan delete icon 11:19 PTG

sabar ajelah. diorang sibuk kot.

Unknown delete icon 12:35 PG

err..ada sambungan ke pula..ermm nak tau cerita selanjutnya ni

Unknown delete icon 2:22 PG

Seronok baca.. tapi To Be Continue lak adoiii

kok di sambung artikelnya, lagi asyik baca nih, ayo gan terusin ngeblog nya.

Pernah jg rsa mcm ni..

Bahrain delete icon 1:12 PTG

Bersambung-sambung pula..haha, ala, mungkin dorang lupa nak balas balik komen. Sangka baik. Jangan terlalu mengharap.

Satu teknik pancingan yang bagus ni BM. Saya pun tak sabar nak tahu, walaupun dalam fikiran ni ada beberapa jawapannya.

asam garam macamni akak dha alami dulu dah ..banyakkan bersabar nak perkenalkan blog yer

Unknown delete icon 11:25 PTG

Tengah menunggu smbgnnya

Aimacomel delete icon 12:31 PG

Permulaaan nk menjadi blogger, serius mmg perit. Skrg pun masih perit lagi. Tapi, lama2 baru lah faham. Semua org ada halnya. Aima sendiri pun dgn kebizian melanda, blog sendiri pun xteratur apatah lagi nk ke rumah org lain.,

Unknown delete icon 6:31 PTG

baru nak follow citer..nak ikuti kisah selanjutnya

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap