Masjid di Pulau Pinang
Masjid Kubang Semang, P.Pinang
Pulau Pinang, Pulau Mutiara...merupakan sebuah negeri yang kecil tapi amat maju. Suatu ketika dulu merupakan pulau yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar kerana kedudukannya yang strategik sebagai pelabuhan dan pusat dagangan. Apabila Islam mula tersebar luas di Asia Tenggara, Pulau Pinang tidak terkecuali dan bila Islam mula bertapak maka masjid-masjid mula dibina.

Kini terdapat lebih daripada 270 buah masjid di Pulau Pinang. Pelbagai rekabentuk senibina masjid yang boleh dilihat. Ianya dipengaruhi oleh budaya dan senibina dari pelbagai negara. Sudah pastinya rekabentuk dan identiti masjid iaitu kubah dan menara tetap menjadi asas utama rekabentuk serta senibina masjid di Pulau Pinang dan diseluruh negara juga.

Keindahan Rekabentuk Dan Senibina Masjid

Berikut adalah rekabentuk beberapa buah masjid di Pulau Pinang yang dapat saya paparkan. Lihatlah senibinanya yang indah ini. Pelbagai senibina dan rekabentuk yang bercirikan Timur Tengah, India dan Nusantara yang menjadikan masjid-masjid ini kelihatan menarik dan indah sekali.

Ia juga menunjukkan betapa kepakaran orang Islam juga tidak terkalah. Mampu membina sebuah bangunan yang indah dan penuh kesenian yang tinggi. 

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Al Islah, Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Al Marbawi, Sungai Dua

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Daerah Barat Daya

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Jamek Sungai Pinang

Masjid Kapitan Keling adalah terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling atau dahulunya dikenali sebagai Pitt Street adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Masjid ini telah dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800. Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. 

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Kapitan Keling

Pada asalnya, masjid ini mempunyai tapak seluas 18 ekar yang diperuntukkan untuk komuniti India Muslim di Pulau Pinang oleh Gabenor Pulau Pinang iaitu Sir George Leith pada November 1801.

Masjid di Pulau PinangPada tahun 1910an, kerja-kerja penaiktarafan telah dilakukan dengan mengadaptasikan rekabentuk serta senibina Moghul iaitu penambahan kubah-kubah, menara-menara kecil, sebuah menara besar dan madrasah. Kerja-kerja penambahbaikan ini telah disiapkan pada tahun 1916.

Penaiktarafan seterusnya telah dilakukan pada tahun 1930 yang memberikan rekabentuk Masjid Kapitan Keling seperti rekabentuk sekarang ini. Pengubahsuaian tersebut telah dilakukan kerana rekabentuk asalnya dianggap sebagai kurang praktikal. Bagi mengekalkan ciri-ciri tradisi asalnya, masjid ini tidak dibina semula tetapi hanya diperbesarkan. sumber 

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Kampung Seronok

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Lama Merbau Kudong

Masjid di Pulau Pinang
Masjid At Taqwa, Bertam Indah

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas

Masjid Negeri Pulau Pinang adalah masjid negeri bagi negeri Pulau Pinang. Dibina pada tahun 1979. Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia, awal tahun 1968. Pembinaannya bagi memenuhi hasrat gigih umat Islam di Pulau Pinang, maka Y.T.M. Tunku telah mengesyorkan sebuah Masjid Negeri perlu didirikan di negeri ini dengan jaminan sebanyak sejuta ringgit sebagai bantuan dari Kerajaan Persekutuan. 

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Negeri Pulau Pinang

Cadangan tersebut disambut baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu. Ia juga disokong dengan sepenuhnya oleh Allahyarham Tun Syed Sheh Shahbudin dan Allahyarham Tun Datuk Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah, bekas T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Model rekabentuk Masjid Negeri ini disediakan oleh Jabatan Kerjaraya Pulau Pinang. Akiteknya ialah Encik E.B. Paz, yang berasal dari Filipina. Beliau seorang pakar dalam mereka bentuk masjid. Beliau telah mengkaji rekabentuk beberapa buah masjid yang terkemuka dan termasyur di Asia Barat sebelum membuat rekabentuk Masjid Negeri Pulau Pinangsumber

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Pakistan, Pulau Pinang

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Al Malik Khalid, USM

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Permatang Tok Gelam

Asalnya Masjid Tanjung Bunga adalah sebuah masjid kayu.  Pada tahun 1963, masjid kayu ini dinaiktaraf kepada masjid separuh batu.  Pada tahun 1980an, memandangkan penduduk sekitar Tanjung Bunga bertambah ramai dan masjid yang kecil tidak lagi mampu memuatkan bilangan Jemaah yang kian bertambah, masjid yang lebih besar diperlukan. 

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Terapung Tanjung Bunga

Masjid baru yang diberi nama Masjid Terapung Tanjung Bunga, Pulau Pinang mula dibina pada tahun 2003.  Pembinaanya siap pada awal tahun 2005 dengan kos sebanyak RM15 juta yang dibiayai Kerajaan Pusat.  Walaupun, namanya Masjid Terapung, tetapi sebenarnya bangunannya tidaklah terapung sebab asasnya terletak di atas cerucuk-cerucuk besi dan apabila air laut pasang, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung.

Walaupun begitu, masjid ini adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina didalam laut. Senibina dan rekabentuknya mengikut senibina Asia Barat iaitu Turki.  Masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu satu masa. sumber

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Permatang Sintok

Masjid di Pulau Pinang
Basjid Benggali, Pulau Pinang

Masjid di Pulau Pinang
Masjid Bukit Bendera

Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Pulau Pinang yang indah dan menarik senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan, rujukan dan panduan mengenai rekabentuk dan senibina masjid yang terdapat di Pulau Pinang

Ingatlah... Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang... marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Lihat lagi keindahan rekabentuk serta senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...


Terima kasih bersama Relaks Minda. Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkanlah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".


P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih

Author by Bin Muhammad

37 comments - "Pelbagai Rekabentuk Masjid di Pulau Pinang"

Satu pun tak pernah kakak sampai sebab masa ke sana solat di hotel. Perjalanan balik solat di Kedah. Agaknya masjid Benggali dan Pakistan org bangsa itu yg mulakan membinanya.

p/s: Masjidil-Aqsa salah satu masjid yg ingin kakak kunjungi.

Wafi Remli delete icon 9:41 PG

Nampak ada kesamaan dalam reka bentuk beberapa buah masjid tu...

Fiza Rahman delete icon 10:13 PG

Macam2 jenis rekabentuk kan. Tak pernah ke penang lagi...huhu..

Unknown delete icon 10:39 PG

masjid terapung pun ada rupanyer...
baru tahu ni..
credit pada BM sudi share semua senibina masjid di Pulain Pinang.
terbaek.

Senibina dan rekabentuk yg pelbagai namun masih ada persamaan

Assalamualaikum BM...maaf nak betulkan sikit..Masjid Kubang Semang..bukannya Seman.

BinMuhammad delete icon 11:16 PG

Waalaikumsalam cikgu, terima kasih diatas pemberitahuan. :)

paridah delete icon 12:00 PTG

pelbagai bentuk senibina masjid di pulau pinang ya...cantik2 semuanya semoga akan di situ diimarakkan muslimin muslimat...suka dgn bentuk masjid merbau kudung yg sederhana tapi cantik.

Tanpa Nama delete icon 12:05 PTG

cantikknya.. binaan yg menarik ! ada satu masjid di trengganu , lupa lak nama tempat dier.. pun sangat cantik, tgk aje hati rasa mcam tertarik2 nak singgah solat di sana !

Sheila Salim delete icon 12:16 PTG

Assalamualaikum BM, subhanallah. cantik-cantik masjid kat Pinang. sheila tak pernah mai sini.. harapnya suatu hari nanti dapat mai Pinang ~~~

Torascool delete icon 12:42 PTG

subhanallah sungguh cantik rumahmu ya Allah

Linda delete icon 1:38 PTG

Salam Jumaat :)

Blog Santai delete icon 1:45 PTG

salam Jumaat BM...Suka tengok senibina masjid-majid lama..Nilai traditional yang tinggi..

Masjid Kapitan Keling dah pernah solat kat situ.
ade bapa kawan yg meninggal kat situ.
solat jenazah sekali.

sitirohaida delete icon 3:38 PTG

tak pernah lagi sampai ke sana...cantik2 juga masjid di sana ye,,

emarieys delete icon 3:52 PTG

banyak juga masjid yang dibina di setiap negeri...

Unknown delete icon 4:39 PTG

truly, dgn gambar yang cantik with the green background... bila masuk je blog ni ada macam rasa damai di hati... :) good work! nanti tulis pasal masjid kg laut dekat nilam puri, kelantan. Itu pun cantik sgt...

Pha Is delete icon 4:54 PTG

eh, masjid permatang sintok.. kampung saya tu.. hehehe

PCL delete icon 4:55 PTG

Masjid Al Islah, Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal ; ...sy pernah dan banyak kali bersolat jumaat di sini sebab masa tu zaman sekolah asrama, terletak di antara tiga sempadan negeri..banyak kenangan manis terutamanya berebut makan pisang emas jumaat..haha.

Pha Is delete icon 5:07 PTG

sedikit sejarah pasal masjid permatang sintok tu..

sebelum ni kampung saya tu tak ada masjid, cuma ada 2 surau. satu surau yang agak besar yg bernama surau haji yunus (menurut arwah ayah saya, haji yunus merupakan seorang pendakwah dari pattani yg datang membuka kampung permatang sintok ni. dan menurut ayah saya lagi, saya ni datang dari sala silah keturunan Hj Yunus ni) dan satu lagi surau pokok cempedak.

dan disebabkan surau haji yunus ni agak besar, solat jumaat dilakukan dalam surau tu bermula sekitar tahun 1999 (kalau tak silap)... sebelum tu, kalau nk solat jumaat, kena solat kat masjid di kampung sebelah (masjid permatang rambai)

sekitar tahun 2003, masjid permatang sintok ni mula dibina dan bila dah siap, surau haji yunus tu dirobohkan (digantikan dengan masjid tapi di tapak yang berlainan)

Mizz Aiza delete icon 5:48 PTG

senibinanya semuanya unik dan berbeza antara satu sama lain..

Zawiah delete icon 6:47 PTG

alhamdulillah , ada juga mesjid di premis perniagaan .

Unknown delete icon 7:01 PTG

ada jugak nama kpg seronok..unik nama tu
cantik senibinanya..subhanallah...

cantik belaka.....saya suka..

Masjid Kapitan tu, nampak unik dari aspek binaannya. Seperti juga Masjid Zahir di Alor Setar.

weschairs delete icon 9:41 PTG

Dasyatnya info...I salute you

BinMuhammad delete icon 10:57 PTG

Terima kasih Pha Is, maklumat sejarahnya kini terpahat disini. Semoga bermanfaat buat rujukan mereka yg memerlukan.

Yana Yani delete icon 1:03 PG

baru je pergi penang,
memang maklum keunikan majid dia
lagi satu yang menariknya
masjid dekat sana berdekatan dengan tempat sembahyang
agama lain macam kuil, tokong dan gereja

Pha Is delete icon 10:09 PG

sama-sama..

Khir Khalid delete icon 9:19 PTG

Subhanallah.. ada beberapa masjid yg saya pernah pergi.. tp baru ini saya mengetahui ttg masjid terapung tu. Teringin rasanya nak singgah klu ada ke Penang nanti. T kasih diatas perkongsian yg sgt menarik ini.. :)

Bunda_nora delete icon 8:06 PG

Bunda tertarik dengan Masjid Lama Merbau Kudong tu...nampak lain ...cantik...tiang-tiangnya kelihatan macam kain langsir dari jauh..

subahannalah..yang masjid kubang semmang tu memang memory..klau nak nak tmpat blajar ..pmtang pauh..kleuar exit kbang semang mesti akan nampak masjid tu...
memang kbyakkan masjid kat ats saya pnah sampai..maklumlah blajar dan keja kat sana :P

Tanpa Nama delete icon 12:58 PTG

Cantik sangat..pernah jejak ke masjid negeri jer..

Unknown delete icon 5:27 PTG

Senibina Masjid Kapitan Keling tu paling menarik di pandangan mata ini...

Mohd Shubhi delete icon 5:01 PTG

Banyak lagi masjid kat Pulau Pinang yang saya belum singgah. Terima kasih atas maklumat. Masjid yang sering dikunjungi adalah Masjid Kapitan Keling, sebab suasananya sejuk sangat

OKje delete icon 10:18 PTG

Rumah Allah..... sangat tenang bila beriktikaf didalamnya....

Adi Pradana delete icon 10:53 PG

Subhanallah, indahnya masjid2 tu...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap