Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah
Cinta itu indah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap orang pasti mahukan cinta dan dicintai. Itu adalah lumrah seorang manusia yang punya hati dan perasaan, pasti tidak dapat dipisahkan dari kasih dan sayang.

Cinta, kasih dan sayang juga sering dibicarakan kerana ianya sesuatu yang disukai, seronok dikupas serta punya pengertian yang sangat luas dan universal.

Cinta Anugerah Terindah

Keindahan sebuah cinta, itulah yang dibicarakan oleh Azlealee Bashir. Walaupun tampak agak clise tapi tiada siapa yang dapat menafikan bahawa topik cinta itu tetap menarik untuk dikupas dan dibahaskan.

Melalui artikel pilihan terbaik beliau di Blog ChenaChenis Stories, Azlealee mengupas tentang cinta anugerah yang terindah.

Kisah cinta dua jiwa antara teruna dan dara yang akhirnya terikat dengan ikatan yang halal. Ianya sebuah perjalanan kisah cinta yang sempurna dan semuanya itu adalah ketentuan dariNya, pemilik cinta yang agung, cinta nan satu dan abadi... Allah swt. Adalah hak kita kita untuk mendapatkan dan menikmati cinta dan dicintai.

Kali ini segmen Komen Entri untuk artikel Azlealee sangat istimewa walaupun tanpa ulasan yang panjang dari saya tetapi telah terkait mesra dan bagaikan diberi kesinambungan pula melalui salah satu anugerah sebenar erti sebuah cinta yang cukup bermakna daripada entri pilihan terbaik Blog The Other Side of Kesuma Angsana.

Kekuatan Cinta, Kasih Dan Sayang 

Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah
Selamat hari lahir... Adik!
Kisah cinta anugerah terindah ini diteruskan oleh Kesuma Angsana melalui kisah anugerah sebenar sebuah cinta dengan kelahiran seorang cahaya mata yang cukup istimewa iaitu Adik.

Munculnya adik dalam hidup Kesuma Angsana benar-benar mendambakan sebuah kasih sayang yang memerlukan pengorbanan yang sangat besar.

Membesarkan adik penuh dengan dugaan dan cabaran yang benar-benar menguji ketabahan dan menyerlahkan betapa kuatnya ikatan kasih dan sayang antara ibu dan anak.

Adik sudah pun berusia 8 tahun (18 April 2014). Beliau adalah bukti yang jelas dan nyata akan cinta itu satu anugerah terindah! Adik kini seorang kanak-kanak riang, ramah dan petah. Bijak berbicara...tidak sepadan dengan usianya. Punyai bakat melukis dan bercerita...walaupun ianya tidak seindah dan semanis madu dipermulaannya. Inilah keagungan dan kehebatan cinta, kasih dan sayang... satu anugerah yang terindah.

Kisah cinta anugerah terindah oleh Azlealee diakhiri dengan ungkapan indah ini : 
"Hargailah cinta, positifkan cinta, muliakan cinta, raikan cinta dan seimbangkan cinta. Jauhkan diri dari segala kemungkaran. Hayatilah kasih Allah kepada kita, kelak kita tidak akan alpa mencari cinta."
Kesuma Angsana pula mengakhiri kisah cinta, kasih dan sayangnya dengan catatan buat adik :
"Andainya suatu hari nanti Adik baca balik catatan ini, Ummi nak Adik tahu, kasih sayang Ummi dan Abah tetap bersama adik sampai bila2 even pada waktu itu mungkin Ummi dan Abah sudah tiada disisi Adik yer. We love u so much Adik."
Jika anda ingin mengetahui keseluruhan kisah anugerah cinta, kasih dan sayang yang terindah ini, anda bolehlah ke entri Azlealee, Cinta Anugerah Yang Terindah dan entri Kesuma Angsana, Terima Kasih Untuk 8 Tahun Ini Adik! 

Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah     Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah

Cinta, Kasih Dan Sayang Yang Sejati Dan Abadi

Cinta, kasih dan sayang itu tidak dapat dilihat dan disentuh. Ianya hanya dapat dirasa didalam hati. Namun tiada siapa yang dapat menafikan kewujudannya. Begitulah juga dengan yang Maha Esa.... Jika kita yakin akan kewujudan cinta, kasih dan sayang...sudah pasti kita yakin akan kewujudan Allah SWT. Jika cinta, kasih dan sayang itu anugerah terindah...pastinya yang menghadirkan cinta, kasih dan sayang itu lagi indah! 

Walaupun cinta, kasih dan sayang kita didunia ini tidak akan kekal selamanya. Namun tanpa cinta, kasih dan sayang di dunia ini, kita tidak akan dapat mengenali dan memahami apakah erti sebenar akan cinta, kasih dan sayang yang sejati dan abadi.

Cinta, kasih dan sayang kita kepada Rasul, ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat, guru dan seluruh umat lah yang mengajar kita mengenal dan memahami erti cinta, kasih dan sayang nan agung, kekal dan abadi... hanya kepadaNya, Allah SWT yang satu...

Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah  Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah

Salam Kasih dan Sayang Kerana Bersama Relaks Minda.


p/s: Terima kasih Azlealee dan Kesuma Angsana diatas penyertaan anda di segmen Komen Entri Pilihan Terbaik Anda. Semoga berpuas hati dengan ulasan ini dan dapat memberi manfaat bersama.

Author by Bin Muhammad

32 comments - "Cinta, Kasih Dan Sayang Itu Anugerah Terindah"

kisah cinta dari pelbagai perspektif...bkn hanya teruna dan dara...kisah cinta yg tak pernah jemu dibaca...sepanjang masa..

kisah cinta ni hebat sangat, tak jemu mendengar dan menonton.. :) satu kupasan menarik BM..

Tahniah. Kupasan menarik dari bm.

Wafi Remli delete icon 8:42 PG

Indahnya kalau cinta kerana Allah

Nao Mei delete icon 9:53 PG

Cinta

Kupasan yg menarik.. syabas & tahniah buat Azlealee & Kesuma Angsana. T kasih BM atas perkongsian ini... Salam ceria hari minggu... :)

Sememangnya tiada yg lebih berharga & indah daripada anugerah cinta, kasih & sayang... subhanallah...

Cinta.. ;)

Indahnya cinta jika ianya kerana Allah ...
Thanks BM atas perkongsian kisah2 ini ..

Moga lebih mengenali erti cinta sebenar, terima kasih atas perkongsian BM :))

Kathy R'bain delete icon 12:53 PTG

all about love...

Cinta itu sungguh luas maknanya.... semoga tiada yang memberi tafsiran yang salah untuk maksud cinta yang suci...

kupasan yang sangat menarik BM.. suka membacanya ^_^

Zawiah delete icon 3:40 PTG

cinta itu anugerah Allah . walaupun tiada bentuk tapi amat terasa di jiwa .

nyanyisunyi delete icon 5:49 PTG

Tanpa cinta kasih sayang memang hidup akan suram..mendapat cinta dari Allah dan Rasul adalah anugerah paling terindah..

Cinta sangat abstrak..

cinta indah untuk diperkatakan..

Terima kasih BM..saya suka dan berpuas hati dengan ulasan tuan..

ayat ni saya suka...tiada rupa tetpai terasa dijiwa...indahnya,tulusnya,syahdunya hanya dirasai oleh mereka yg menyintai dan dicintai..

tq so much BM , kupasan yng simple but padat & menarik,. sejujurnya kasih sayang itu hanya yang merasainya akan memahami kan !.

paridah delete icon 10:13 PG

tahniah KA n AZALEA...kupasan BM sangat menepati...

Fiza Rahman delete icon 1:40 PTG

Cinta...datang tanpa diundang, pergi tanpa dirancang. Sebab tu kalau cintakan seseorang, tak boleh letak 100%. Bila kecewa, terus rasa nak melayang nyawa. sebab dah takder simpan utk diri sendiri. Biarlah cinta 100% tu pada PENCIPTA kita.

Tahniah buat mereka kerana terpilih ☺

RDZ Z delete icon 2:04 PTG

Perasan cinta itu indah. Kurniaan Allah yang sangat berharga untuk kita semua sebagai manusia. Cuma kadang-kadang pengertian cinta ti terlalu sempit. Ianya hanya ditujukan kepada manusia. Sebab itu ramai yang jadi gila kerana vcinta. Kita lupa ada cinta yang lebih Agung...

yana yani delete icon 5:46 PTG

menarik kupasan ni BM
nanti saya terjah blog mereka =)

acik idah delete icon 6:07 PTG

So Sweet... :)

Nurul Hidayah delete icon 12:14 PTG

Sangat tertarik dengan pengolahan BM.. superb!

Nurul delete icon 4:01 PTG

Menarik... :)

pertama CINTA Allah, kemudian CINTA Rasulullah...kemudian CINTA Ibu Ayah...kemudian CINTA semua nya...

Moga Cinta kepada Allah SWT melebihi segalanya. Satu cetusan entri soal Cinta yang sangat luas.

hainom OKje delete icon 6:28 PTG

Entri ni lah yg KA ucap terima kasih kat awak yeh BM .....awakkan mmg pandai bermain kata kata bermadah bagai....kupas entri mcm kupas buah!

Nurul Shuhada delete icon 11:32 PTG

so sweet.. :)

Reza_ delete icon 3:56 PTG

cinta gak bisa di ungkapkan,,

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap