Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day
Hari Lautan Sedunia
Setiap 8 Jun merupakan sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day). Laut dan lautan adalah air masin yang meliputi hampir 71% permukaan bumi manakala 97% air yang wujud dibumi ini adalah air laut dan lautan.

Kerana jumlah dan keluasannya yang amat besar, ianya amat penting kepada setiap hidupan, ekosistem dan cuaca di dunia ini.

Pentingnya Lautan

Laut dan Lautan berkait rapat dengan kesan sistem biospere bumi. Air lautan yang tersejat dari kepanasan mentari menjadi hujan yang menyumbangkan air tawar terpenting untuk hidupan didaratan. 

Suhu air di lautan memberi kesan besar terhadap haluan angin serta tekanan yang akan membawa perubahan pada cuaca di muka bumi ini.

Selain dari hidupan laut serta lautan yang menjadi sumber rezeki dan makanan utama, lautan juga merupakan sistem perhubungan yang sangat penting. Jaringan pengangkutan yang membawa perubahan dalam sejarah, ekonomi, budaya serta agama sesebuah kawasan. Di dasar lautan juga tersimpan dengan banyaknya hasil galian bumi yang amat berharga.

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day
5 buah lautan di dunia : Pasifik, Atlantik, Hindi, Artik dan Antartik

Kerana kepentingan Laut dan Lautan yang terlalu besar serta saling berkait dengan kehidupan semua makhluk dimuka bumi ini, maka sewajarnya kita menghargai dan memelihara laut dan lautan agar sentiasa bersih dan bebas dari sebarang pencermaran, aktiviti dan pembangunan yang tidak terkawal kerana ia akan memberi kesan dan bencana yang amat buruk kepada kehidupan kita semua.

Oleh sebab itu wujudnya Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day) bagi mengingatkan serta memberi kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga dan memelihara laut dan lautan kerana ianya adalah sebahagian daripada kehidupan kita. 

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Hari Lautan Sedunia - World Oceans DayHari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Latar Belakang Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)

Hari Lautan Sedunia atau World Oceans Day disambut pada 8 Jun setiap tahun bermula pada tahun 2008 oleh United Nations (UN) hasil dari usul negara Kanada dalam Earth Summit 1992 di Rio de Janeiro, Brazil. Ianya diletakkan dibawah kelolaan The Ocean Project dan The World Ocean Network. Ianya telah mendapat sokongan dari banyak negara dan berjalan dengan lancar.

Melalui dua badan ini, pelbagai program bersama yang membabitkan lebih dari 1,600 organisasi berkaitan diseluruh dunia telah menjalankan pelbagai program promosi dan aktiviti dalam menjaga serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan laut dan lautan kepada manusia. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersihkan laut dan pantai, pendidikan, kesenian, peraduan, festival, filem dan segala yang berkaitan dengan sumber ekonomi, hidupan serta makanan laut.

Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day
Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day

Selamat menyambut Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day). Cintai, kekalkan dan peliharalah kebersihan serta keindahan laut dan lautan kita demi kehidupan yang lebih sejahtera dimasa kini dan masa hadapan. Terima kasih bersama Relaks Minda....


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

22 comments - "Sambutan Hari Lautan Sedunia - World Oceans Day"

Khir Khalid delete icon 12:50 PG

Lautan asas sumber kehidupan insan.. sama2lah kita semua menghargai nikmat Allah dengan bersama2 menjaganya & prihatin terhadapnya... Salam ceria hari minggu buat BM sekeluarga.. :)

Selamat Hari Lautan Sedunia... Moga kita semua ada kesedaran untuk memelihara lautan ;)

PakMail delete icon 1:46 PG

Tahap kesedaran masyarakat dunia memang wajar dipertingkatkan dalam memberi kefahaman tentang kepentingan menjaga kebersihan kelautan dari dicemari. Pendidikan tentang perkara ini sewajarnya bermula dari peringkat persekolahan lagi. Aktivis pencinta alam juga harus berperanan pro aktif mendidik masyarakat berterusan dan memberi kefahaman tentang natijahnya kalau tidak dijagai.

Sekadar pandangan....

Owh! bunda baru tahu adanya Hari Lautan Sedunia... terima kasih berkongsi ilmu...

Selamat hari laut sedunia...maszie baru tahu...perkongsian yg hebat...

Assalamualaikum BM..baru tahu ada Hari Lautan Sedunia...Thanks.

Maria Firdz delete icon 11:29 PG

Nice sharing... Air adalah unsur terpintg utk semua makhluk..

Akif Imtiyaz delete icon 12:11 PTG

Selamat menyambut Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day).
Jangan lupa cintai dan peliharalah kebersihan serta keindahan laut kita ini ..
Kalau kita tak mulakan sekarang bila lagi ..
laut kita khazanah masa depan anak cucu kita akan datang..
Jom jagalah laut kita agar bebas PENYAKIT ...
Tq BM atas perkongsian ..SEYES tak tahu ponttg HARI LAUTAN SEDUNIA huhuhuhuhu ..
Tq tq tq ..nampak sgt tak CAKNA kan ??? hehehehe ........... nak buat camner byk bebnor nak kena fikir hari2 tak sempat nak fikir ttg laut hahahaa ..

arzmoha delete icon 1:05 PTG

saya tak tahu ada hari lautan sedunia.thanks for sharing

salam..mcm2 hari sambutan sedunia diadakan...bertujuan menyedarkan org ramai supaya menyedari pentingnya menjaga serta menghargai alam ini

ANIM delete icon 7:22 PTG

laut sumber rezeki dari Ilahi. jarang kita dengar laut tercemar (kecuali tumpahan minyak) berbanding sungai dan pantai.

Cintai alam kita

Baru tau ada hari laut sedunia rupanya....

Semlam baru je pgi lepak2 bwk anak2 mandi di Lumut...:)

Jie Susanos delete icon 10:32 PG

emm,jie bru tahu 8 jun ni sambutan hari laut sedunia..tq utk info ni bm.. jom kita sama2 menjaga laut dan lautan smogadpt diwarisi ke generasi yg seterusnya..

entri yang menarik ..sesama kita hargai

Selamat Menyambut Hari lautan Sedunia..

Sis Vee delete icon 1:41 PTG

memberi kesedaran kepada manusia supaya lebih mencintai alam . inilah sebenarnya tujuan sambutan seperti ini .

Yumida Huda delete icon 6:43 PTG

baru tahu ada hari laut sedunia
thanks bg pendedahan pd kami
cantik view kat beach, malah kat dasar laut pun cantik..subhanallah

Kathy R'bain delete icon 10:05 PTG

baru kathy tahu. tqvm pada BM sudi memberi pencerahan..

Selamat hari laut sedunia. SAma² kita pelihara khazanah laut kita dari tercmar.

yana yani delete icon 1:20 PTG

hari laut pun ada juga rupa nya
tak pernha tahu juga ni

Khazanah alam lautan sangat cantik dan perlu dipelihara.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap