بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Matlamat Kejayaan Seorang Blogger
Kejayaan Seorang Blogger Berbeza-beza Tafsirannya 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap hari anda menulis dan membaca... Itulah rutin biasa bagi seorang blogger.

Ada sahaja idea dan curahan coretan yang ingin dikongsikan. Membaca dan menerjah blog-blog menarik untuk menimba ilmu dan pengalaman disamping blog rakan-rakan sebagai ikatan jalinan persahabatan.

Ada yang baru bergelar blogger dan ada yang sudah bertahun-tahun lamanya. Adakah anda punya matlamat atau hanya sekadar minat dan suka-suka untuk berkongsi coretan kepada umum?

Tidak kira apa pun jua tujuan anda berblogging, itu adalah hak anda dan tiada siapa pun dapat menyangkal atau mempertikaikannya dan setiap orang wajar menghormatinya. 

Tujuan Anda Berblogging

Jika anda blogger yang punya matlamat, adakah kini anda sudah berjaya mencapainya? atau anda sudah berada dilandasan yang betul untuk menggapainya? ataupun sebaliknya... Ianya terlalu jauh dari jangkauan?

Maksud kejayaan sebenar seseorang blogger berbeza-beza dan ianya diukur apabila berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu jangan sesekali anda cemburu dan kecewa apabila melihat kejayaan dan pengiktirafan blogger lain kerana sasaran anda dan mereka adalah berbeza. Jadikan ia sebagai satu pencetus semangat dan contoh untuk menggapai kejayaan matlamat anda.

Jika anda blogger yang menulis hanya sekadar minat serta suka-suka untuk berkongsi coretan, adakah anda beroleh kepuasan dan bahagia melakukannya? Andai anda rasainya...Tahniah! Tetapi jika anda masih punya perasaan dan melakukan tindakan berikut :
  • Rasa terbeban untuk menerbitkan entri.
  • Resah apabila tidak dapat berblogging.
  • Cemburu melihat blog lain yang punya banyak komen dan trafik yang tinggi.
  • Berusaha untuk menambah follower
  • Masih melakukan blogwalking (mungkin ada yang kata sekadar membalas jejak tapi tidakkah itu satu usaha yang secara tidak langsung bermatlamatkan menjalinkan persabatan)
  • Ping serta share sana sini.
Mengakulah... sebenarnya anda punya matlamat dan ingin juga menggapai kejayaan kerana apa yang anda rasa dan lakukan itu adalah bukti jelas yang tidak boleh dinafikan.

Jika anda sekadar minat dan suka-suka kenapa perlu anda punya perasaan dan melakukan tindakan sedemikian? Ya... amat sukar untuk mengakui kebenaran apatah lagi bila ianya terkena tepat pada batang hidung sendiri.


Matlamat Kejayaan Seorang Blogger

Mengejar Matlamat

Mempunyai sebuah blog itu amat mudah. Hanya daftar...anda sudah pun punya sebuah blog. Namun begitu, untuk menjadikan sebuah blog yang disukai ramai dengan populariti, kualiti dan trafik yang tinggi itu bukan sesuatu yang mudah. Walau apa pun jua matlamat, pasti anda tidak akan dapat lari dari mengejar tiga sasaran utama tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan disini :
  • Setiap blogger punya hak tersendiri dalam menetapkan matlamat dan tujuan blog diwujudkan.
  • Kejayaan seseorang blogger bukan dari pengiktirafan tetapi apabila berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
  • Benarkah ada yang membuat blog dan menulis hanya sekadar minat dan suka-suka? Ya! Mungkin ada... tapi jujur dan ikhlaskah anda mengakuinya?
  • Untuk mencapai apa jua matlamat, anda tidak dapat lari dari mengejar populariti, kualiti dan trafik.
Artikel ini bukan untuk mencari salah sesiapa. Ia hanyalah pandangan peribadi yang tidak semestinya benar. Anda juga pasti punya pandangan yang berbeza dan kerana perbezaan itulah yang sebenarnya mencorakkan dunia blogging ini penuh variasi dan menarik untuk diterokai serta seronok diselami.

Matlamat Kejayaan Seorang Blogger

Terima kasih bersama Relaks Minda... Relaks tidak semestinya kosong, harus ada pengisian..


p/s: sebagai umat Islam kita telah diajar sebelum melakukan sesuatu mestilah dimulakan dengan niat dan ianya mesti ada matlamat... Tidak ada yang hanya sekadar suka-suka... 
Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

30 comments - "Matlamat Kejayaan Seorang Blogger"

HAMIDIsP delete icon 12:26 PTG

Buat blog kerana minat dan disitulah berrmula segalanya..:)

Yana Yani delete icon 12:32 PTG

wah, menarik persoalan yang ditimbulkan ni
perasaan jealous bagai tu memang tak ada, seriously memang suka-suka
tapi tindakan macam yang disenaraikan tu memang selalu buat...hehe
mungkin betul apa yang BM katakan

saya menulis untuk kenangan di masa depan
senang anak-anak saya nak buat projek sekolah mengenai keluarga...hehe

p/s - BM, jangan lupa bagi alamat

biarlah matlamat kita berblogging itu matlamat yang diredai

Menulis blog dan menjadi blogger hendaklah mempunyai matlamat. Tanpa matlamat usaha yang dibuat akan tersasar dan boleh kecundang di pertengahan jalan. Terima kasih perkongsian ini RM.

Cik Itah delete icon 12:46 PTG

salam. sy setuju dengan perkongsian ni..sy berblog kerana minat :)

Tanpa Nama delete icon 12:49 PTG

nice sharing..

1st dulu buat blog...sbb ikut adik...dia ada...sy pun nak juga...mula2 mmg tak tau konsep...dah lama2...ok la...matlamat tu....ada..tp masih kabur2 kot...buat masa ni...suka2 jer...nak kongsi2 resepi...or cerita2 anak...tak terlalu show off...sekadar biasa2 saje...segan juga kalau hari2 dok cerita pasal anak2...hehe...sekadar share2 resepi tu...ok la...sy suka dan minat...:)

titan delete icon 1:11 PTG

aku tulis blog memang untuk buat duit. hoho

Salam BM...mula2 suka2 buat Blog untuk anak jer ...Sekadar nak bercerita tentang anak2 jer ..Tapi lama2 dah ada sedikit perubahan ke arah lain ..Ke arah motivasi ..agama dan cerita semasa .. Semua dah masuk sekali dalam Blog... Dulu lain sekarang dah lain ..Dulu blog tak der buat kotak komen semua tu ..sekarang kotak komen sentiasa ada yang komen ..Semangat lagi nak berblogging..Suka baca komen2 drp sahabat blogger ..Lagi banyak yang komen lagi suka ...Suka TERJAH blog orang lain jugak bacaentri diaorg dan sekarang ni dah ramai kawan di kalangan blogger ..Dapat tambah sikit2 ilmu dan cedok ilmu drp mereka ..Alhamdulillah .. Blogging pon dapat hadiah ...Hehehe suka suka suka dapat join GA & Segmen pastu dapat hadiah ..Walaupon tak mahal tapi mmg suka sangat bila dapat ..Ada satu perasaan berbungga bila dpt hadiah drp BLOGGER ...Tq tq tq..Mak aii panjang bebenorr kita komen ..Sorry eaaa BM ..

BinMuhammad delete icon 1:47 PTG

Mesti minat anda sangat mendalam dalam berblogging... Blog anda pun sangat aktif! Bukan mudah tapi komitmen anda amat2 mengagumkan. Tahniah! Semoga sukses ya...
Terima kasih krn sentiasa menyokong RM.

BinMuhammad delete icon 1:53 PTG

Kan dah jelas matlamatnya tu... Tapi, Jika utk kenangan, kenapa blog menjadi pilihan ye? Ianya tidak privasi dan untuk tatapan serta komen orang ramai...

Pasti anda ada jawapan yg konkrit kan... Apa pun, semoga anda mencapai apa yg anda inginkan.

BinMuhammad delete icon 1:55 PTG

Tepat dan terbaik sekali... Setiap matlamat mesti ada garis sempadannya, semoga diredai dan diberkati Allah SWT.

ANIM delete icon 1:58 PTG

betul..betul..
bila ada niat, barulah langkah jadi mudah, idea senang diolah..
kalau tak.., tak de maknanyer kan...
dulu kak cam tulah masa mula2 berblog buat entry, kalau orang nak baca, baca. tak baca sudah..lepas tu barulah terfikir, sia-sia saja kalau takde matlamat .
walaupun bukan matlamat wang.. mudah2an ada pengajaran dan iktibar yang boleh diambil

BinMuhammad delete icon 1:58 PTG

Sebaik-baiknya begitulah... Tidak kiralah dalam apa jua perkara yang kita lakukan mesti ada matlamat agar ianya menjadi penentu arah tuju supaya tidak tersasar.

BinMuhammad delete icon 2:00 PTG

Waalaikumsalam.... Tidak kira apa pun... berblog akhirnya menemukan kita didunia maya ini... Terima kasih Cik Itah :)

BinMuhammad delete icon 2:01 PTG

Terima kasih Ija :)

BinMuhammad delete icon 2:07 PTG

Matlamat tu sebenarnya niat kita apabila kita menerbitkan entri... Jika ianya perkongsian resepi, sudah tentu niat kita utk berkongsi ilmu agar orang lain dapat merasai apa yang anda telah rasai. Takkan anda nak kongsi resepi yang tidak menjadi...betul tak? Oleh itu kenalah sebarkan dan dapat dicari entri resepi tersebut, jika tidak niat perkongsian anda tidak akan sampai dan berjaya.

BinMuhammad delete icon 2:10 PTG

Rasanya semua orang tahu matlamat anda Tuan Titan! Kejayaan anda byk memberi inspirasi dan panduan buat ramai blogger. Tahniah! kerana berjaya merealisasi matlamat berblogging anda! Aku pun nak cuba buat duit dgn blog... hehe...

BinMuhammad delete icon 2:15 PTG

Anda semakin mengorak langkah untuk menjadi blogger dalam erti kata blogger yang sebenarnya. Itulah blog... perkongsian, interaksi, komunikasi dan dapat imbuhan.

Komen panjang xpe, suka je membacanya....tapi sorry ye kalau replynya pendek jer. :)

Unknown delete icon 2:24 PTG

Bagus entry ni buat muhasabah matlamat dan perbetulkan niat.
Wan mmg minat dunia blog sudah lama. Cuma terpaksa belajar dan belajar mencari apakah dunia blog itu sendiri. Tak dinafikan mmg banyak silapnya bila belajar tanpa guru tauliah.
Tapi tak pernah terniat untuk berhenti berblog walau pernah lakukan kesilapan.
Cuma terpaksa harungi ujian kekeringan idea...korban masa untuk hasilkan entry dan lain-lain.

Apa pun yang pasti, kita yang pilih untuk berblog. Gunakan sebaiknya tanpa rasa ragu-ragu.

setuju dengan entri ini BM, apapun yang kita usahakan atau buat, mmg kena ada matlamat yang jelas, barulah ada hasil disitu.Islam sendiri melarang kita buat perkara yang sia-sia, maksudnya yang tiada tujuannya dan matlamat.Semoga hasrat dan matlamat kita semua tercapai dengan berblog.amin..:)

paridah delete icon 4:35 PTG

assalam ...kak ni sebenarnya xspt org lain...keupayaan sgt kurang...walau suka menulis sekadar biasa2 saja isi masa sambil menjalen prshbtan dgn kwn2 blog yg sudi...berblog tiada matlamat tertentu cuma suka2...

Khir Khalid delete icon 8:39 PTG

Saya berblog sebagai sokongan kerjaya.. disebabkan saya bekerja sendiri, tak salah saya jadikan blog utk berkongsi coretan disamping merapatkan hubungan sesama blogger. Sambil tu buat duit sikit2 sambil2 belajar & tinjau2 peluang utk kerjaya sekarang & masa hadapan... manalah tahu, boleh juga jadi full time blogger satu hari nanti. Blog mmg besar potensinya jika ada matlamat.
Apa pun saya mmg suka berkawan, menulis & bersosial secara beretika hahaa.. T kasih BM atas perkongsian ini. Sgt bermanfaat utk kita semua renungkan.. :) :)

Blog Santai delete icon 11:16 PTG

Yup Agreed BM..Berblog kena ada matlamatkan..Jangan paksa diri...kalau tak tension nanti..just follow the flow...

mselim3 delete icon 12:16 PG

Assalammualaikum... BM,

Bagi mselim3 pula.. mselim3 suka apa yang kongsikan itu disampai itu kepada golongan sasaran... soal traffik,populariti dan komen yang byk hanyalah bonus .. apa yang penting mselim3 memang suka berkomuniti dan berhubungan dengan rakan blogger yang lain. Memang mselim3 tak nafikan ada gak blogger yang tak suka... (mungkin) tapi mselim3 ada "Instinct" .. dapat merasakan itu semua.. tapi 'ignore' aje.
Dalam untuk maju dan berjaya nie dalam dunia blog nie.. memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita ranjau.. perasaan cemburu dengan kejayaan blogger lain itu adalah lumrah.. syaitan memang sentiasa meniupkan api kebencian dan iri hati dalam dua sahabat yang berkawan baik... tapi mselim3 think positif aje.. dan nusnuzan sesama blogger.
Mselim3 suka tgk kejayaan blogger lain dan jadikan motivasi...
Asal berblog ialah untuk berkongsi ilmu yang ada .. dan menjalin hubungan yang baik dengan semua blogger tanpa kira blogger lama atau baru...

mselim3

saya menulis blog kerana desakan menulis..bila dah ada blog ingin pula nak dapat pendapatan..cabaran yang dihadapi untuk mendapat trafik yang tinggi dan seterusnya menghasilkan income..dalam masa yang sama saya bersyukur kerana mempunyai ramai rakan blogger yang sangat setiakawan termasuk BM

Bunda_nora delete icon 7:58 PG

Selain minat untuk berblog...komitmen juga penting...kalau kita ingin jadi blogger yang berterusan...tapi bagi setengah orang payah untuk itu...

Yana Yani delete icon 12:18 PTG

tak tahu pula camne nak jawab bab tu
mungkin sebab suka menulis, sebab tu blog
kalau fb mana boleh membebel pepanjang =)

apapun terima kasih BM sebab buat saya berfikir =)

Bila ada matlamat dan tujuan pasti seseorang itu akan terus berusaha. Saya tak nafikan setiap blogger perlu bijak untuk menulis dengan langgam penyampaian yang berkesan. Fokus utama setiap entri haruslah mempunyai ilmu, maklumat atau perkongsian yang baik. Serampang dua mata, bukan mudah untuk menulis entri dalam erti kata berkongsi dan menggunakan strategi yang baik menerbitkan entri bermaklumat yang dicari oleh pembaca dan mampu meningkatkan trafik. Seperti apa yang saya perkatakan ini, blog BM sudah mencapainya.

Tanpa Nama delete icon 11:12 PTG

minat menulis ejak dari kecil.sejak zaman remaja lagi suka menulis diary so,bila ada kemudahan ini gunakan sebaiknya. tapi dulu sendiri tulis,sendiri tulis,sendiri baca. sekarang,ada pilihan. nak buat secara umum untuk tatapan dan komen pembaca atau tetapkan privacy..hehehehe..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap