Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas lebaran ni nak memulakan bicara pun susah. Otak dah beku mungkin sebab banyak makan lemang dan ketupat kot... Salam Aidilfitri buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Sekejap sungguh masa berlalu... kini sudah berada di bulan Ogos, Terima kasih dan selamat tinggal Julai...

Bulan Julai 2014 merupakan bulan dimana kita menyambut Ramadhan dan kebiasaannya bagi blog ini pasti akan mengalami kejatuhan trafik yang mendadak. Diikuti pula dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, maka bertambah-tambahlah berkurangnya tetamu Relaks Minda.

Terima kasih dan selamat tinggal Julai

Pencapaian Blog Relaks Minda - Julai 2014

Dari graf dan data statistik dibawah, jelas menunjukkan penurunan trafik namun hanya berlaku di minggu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Blog ini masih dapat mengekalkan pageview untuk bulan kedua berturut-turut melebihi setengah juta pageview. Syukur dan terima kasih diatas kunjungan anda semua.

Mungkin ini berikutan beberapa entri yang menjadi sasaran trafik berjaya menarik pengunjung mengunjungi blog ini disamping entri niche yang terus mendapat sambutan. Ada juga beberapa entri yang tidak disangka juga telah mengundang trafik yang amat baik sekali.

Keberkesanan widget entri terkini, terbaik, popular dan berkaitan pula amat menakjubkan. Ianya berjaya menarik minat pengunjung untuk melihat entri lebih dari satu. Data page/session menunjukkan secara purata setiap pengunjung akan melihat lebih kurang lima entri setiap kali singgah disini telah melonjakkan jumlah pageview.

Data Overview Relaks Minda dari Google Analytic
Graf & Data Blog Relak Minda - Julai 2014
Graf & Data Blog Relak Minda - Julai 2014

Entri Trafik Tertinggi

Setiap bulan pasti akan diterbitkan 2 atau 3 entri yang disasarkan untuk trafik. Pada bulan Julai 2014, kehangatan Piala Dunia menjadi lubuk trafik yang amat baik. Entri 'Keputusan Terkini Piala Dunia' berjaya bersaing untuk menyumbang trafik yang amat baik untuk blog ini. 

Begitu juga dengan entri yang menjadi target trafik iaitu 'Jadual Waktu Berbuka dan Imsak'. Sepanjang bulan Ramadhan ini, ianya menjadi entri yang amat bagus untuk menarik trafik yang tinggi. Selain dari itu, satu entri tentang MH17 juga menyumbangkan trafik yang baik.

Namun entri hangat semasa dengan kata kunci yang sama ini memerlukan kekuatan SEO untuk berada dimuka hadapan enjin carian untuk berjaya menarik trafik yang baik dan Alhamdulillah...entri tersebut berjaya.

Dari senarai Top 10 entri popular bulan Julai 2014, yang membawa tuah adalah entri 'Perodua Viva Terbaru 2014'. Entri yang diterbitkan dalan bulan April 2014 ini tiba-tiba melonjak naik pada bulan Julai ini. Mungkin ianya disebabkan ramai yang ingin mencari kereta baru untuk Hari Raya. 

SEO Meningkatkan Trafik Blog

Satu lagi entri yang juga berjaya menarik trafik adalah entri penyertaan 'contest buffet ramadhan casa ombak'. Belum pernah entri contest berjaya menarik trafik yang baik sebegini tetapi penangan contest SEO ini berjaya memberikan trafik yang diluar jangkaan. 

Inilah bukti jelas kenapa SEO itu amat penting untuk menyerlahkan entri anda dan mengundang trafik yang baik apabila ianya berada dikedudukan terbaik dihalaman enjin carian. Entri penyertaan ini berjaya berada ditempat kedua dimuka hadapan enjin carian google.my iaitu dibawah entri penyertaan sifu blogspot Malaysia, saudara HasrulHassan (sifu mana boleh lawan) pada hari penutup contest.

Top 10 Entri Popular Blog Relaks Minda - Julai 2014
Top 10 Entri Popular Blog Relaks Minda - Julai 2014

Terima Kasih Sahabat & Tetamu

Semua pengunjung, sahabat dan tetamu Relaks Minda amat-amat dihargai. Terima kasih! Selain dari berkunjung, mereka yang meninggalkan komen disetiap entri juga amat-amat dihargai. Komen-komen anda menjadi penyeri dan membuka ruang interaksi yang menunjukkan blog ini dikunjungi.

Sesungguhnya kerajinan anda untuk singgah dan meninggalkan komen bukan satu perkara yang mudah, ianya memerlukan masa dan komitmen untuk membaca serta menulis amat-amat dihargai. Terharu dengan jalinan ukhwah yang anda semua jalinkan. Semoga ianya berpanjangan.

Sebagai penghargaan dan terima kasih, top 20 sahabat paling mesra (komentor) bulan Julai akan berada di sidebar bloglist sahabat sepanjang bulan Ogos 2014 ini. 

Top 20 Sahabat Paling Mesra Blog Relaks Minda - Julai 2014
Top 20 Sahabat Paling Mesra Blog Relaks Minda - Julai 2014

Terima Kasih dan Selamat Tinggal Julai 2014
Julai telah berlalu dan kini Ogos pula menghitung hari. Semenjak selepas cuti Hari raya ni, mood berblogging pun macam kelaut jer. Jari macam kaku jer nak mengetuk keyboard ni. Pencapaian Julai 2014 yang pastinya tidak akan berterusanlah nampaknya...

InsyaAllah... Relaks Minda akan tetap dikemaskini... Terima kasih semua :)


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

28 comments - "Terima Kasih Dan Selamat Tinggal Julai"

sitirohaida delete icon 3:25 PTG

wah..tahniah pengunjung dan BM..moga terus success..

alhamdulillah..tahniah!keep it up! :)

Tahniah BM :-) Keep up the good work.

Traffik time-time dekat raya memang ada surut sikit. Maklum aje la, masing-masing sibuk dengan persiapan raya. Nak hadap blog pun dah tak sempat.

mselim3 delete icon 3:40 PTG

Assalammualaikum...BM,

semoga sahabat mselim3 nie sukses dalam dunia berblog ..k. Maju dan terus maju... pape mselim3 di bulan mulia nie minta maaf andai ada salah silap samada tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan .. maafkan mselim3 k... 0-0.

mselim3

Fiza Rahman delete icon 3:59 PTG

Tahniah. Smoga PV terus bertambah.

BinMuhammad delete icon 5:18 PTG

Terima kasih KSD diatas sokongan anda... amat2 dihargai!

BinMuhammad delete icon 5:19 PTG

Syukur...Alhamdulillah. Terima kasih idzwa

BinMuhammad delete icon 5:21 PTG

Terima kasih SY,
Betul tu... masa Hari Raya adalah utk beraya, lupakan blog dan segala gadget :)

BinMuhammad delete icon 5:23 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Terima kasih sahabat...semoga anda juga terus maju bersama! Maafkan saya juga...0-0

BinMuhammad delete icon 5:24 PTG

Terima kasih Fiza... Sokongan anda amat2 dhargai :)

Tahniah BM.moga terus success..

Assalamualaikum, BM. Tahniah atas pencapaian ini. Ohoooo... nampaknya saya tergelincir daripada 20 top komentator tu. Kesibukan dan kekangan yang melanda menyebabkan urusan berbloging perlu dikesampingkan.

Tahniah BM. Moga terus sukses...:)

paridah delete icon 11:03 PTG

tahniah BM..terima kasih selalu berkongsi ilmu blogging di sini..

Dunia Zumal delete icon 11:42 PTG

Zumal pun tersenarai gak yer... Masa Ramadhan dan awal Syawal blog zumal sunyi je sebab zumal pun kurang post. Al maklum la macam2 tugas kena buat. Minggu nie Alhamdulillah dah stabil ^_^

Terima kasih AB... Kehadiran anda tetap dihargai :)

Waalaikumsalam TM, terima kasih...
Saya pun kurang bw, samalah kita...kekangan melanda

Terima kasih Asyifa... sokongan dr anda amat2 dihargai

Terima kasih kak Paridah... Ilmu yg sedikit dikongsi bersama :)

Semua blog mengalami situasi yg sama... Almaklumlah...
Terima kasih Zumal, semoga ukhwah kita berpanjangan.

HAMIDIsP delete icon 12:55 PTG

Semoga terus sukses dan saling bantu membantu sesama blogger.

Khir Khalid delete icon 2:49 PTG

Alhamdulillah... masih tersenarai lagi di sini.. Tahniah kpd yg lain & juga kpd pemilik blog ni. Beberapa minggu ni mood saya utk berblog masih tak ke laut, cuma masa je yg membuatkan saya ke laut & tak berkesempatan utk betul2 berblogging spt kebiasaan. Syukur juga dpt menyelit masa utk terbitkan beberapa entri & berbw mana yg sempat tercapai walaupun berada di laut hehee... Apa pun tahniah buat BM, semoga terus sukses & mencapai segala yg dihajati... aamiin.. :)

ZaridaIshak delete icon 3:03 PTG

Terima kasih kerana menyediakan entri yang menarik dan berinformasi... walaupun saya semakin jarang meninggalkan jejak bertapak di sini. Good luck untuk bulan-bulan berikutnya.

ZaridaIshak delete icon 3:05 PTG

Agaknya mood nuff pun kelaut jugak lah... dari tadi keluar iklan churp2 tiada iklan yang menarik pun :-D

ZaridaIshak delete icon 3:05 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bunda_nora delete icon 11:58 PTG

Owh ! bunda pun tersenarai juga...rasanya jarang dah bunda menyinggah kesini dan bw seminggu dua ni..terima kasih...semoga relaksminda terus maju jaya..

Tanpa Nama delete icon 10:35 PTG

wah terbaik..tahniah BM..

Yana Yani delete icon 2:35 PTG

tahniah BM, teruskan usaha ye
saya akan menyokong =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap