بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cinta Membuatkan Anda Sentiasa Kekal Sihat
Cinta Membuatkan Anda Sentiasa Kekal Sihat
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cinta adalah satu perasaan yang lahir dalam jiwa setiap insan terhadap sesuatu sama ada penciptanya, ibu bapa, pasangan, sahabat, binatang, alam dan apa sahaja sama ada yang nyata atau pun sebaliknya.

Cinta tidak boleh dilihat tetapi ianya boleh dizahirkan melalui pelbagai reaksi serta tindakan seperti menyayangi, kebahagiaan, memahami, mengambil berat, pengorbanan, kesetiaan, menurut perintah dan mempercayai.

Cinta mampu memberi satu kuasa atau tenaga sehingga anda mampu melakukan sahaja demi sesiapa yang dicintai. Namun cinta juga perlukan panduan dan bimbingan kerana terlalu menurut rasa cinta, janganlah sampai meminggirkan perintah dan hukum agama.

Salah satu keistimewaan dan kehebatan kuasa cinta adalah ianya dapat membantu anda untuk sentiasa kekal sihat dan seterusnya memanjangkan usia. Ianya telah terbukti melalui penyelidikan saintifik bahawa kesan positif cinta mampu menjadi pencegah dan penawar kepada pelbagai penyakit.


Kehebatan Sebuah Cinta 

Mengikut kajian, kehebatan sebuah cinta di antara dua jiwa boleh :

Mencegah penyakit.
  • Pasangan yang bercinta dan bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
Mengurangkan kesakitan.
  • Perasaan cinta dan kasih sayang antara dua jiwa mampu memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
Menurunkan tekanan darah.
  • Pelukan sesama pasangan yang bercinta boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
Menghilangkan kemurungan.
  • Hubungan jangka panjang sebuah ikatan percintaan mampu mengurangkan risiko untuk menjadi murung, cemas dan juga gejala membunuh diri.
Memberi rasa keseronokan semulajadi.
  • Kenikmatan dan rasa keseronokan dari percintaan adalah terapi terbaik untuk melayan perasaan di mana ianya jauh lebih selamat dan murah dari menagih dadah.
Cinta Membuatkan Anda Sentiasa Kekal Sihat


Curahkanlah Rasa Cinta Mu

Maka, tidak sukar sebenarnya untuk membuatkan diri anda sihat. Namun jangan pula anda hanya bergantung semata-mata dengan cinta untuk sentiasa kekal sihat. Cara hidup yang sihat melalui pemakanan dan penjagaan kesihatan jasmani dan rohani yang lain juga mesti diamalkan.

Anda perlu sihat untuk bercinta dan cinta mampu memberi anda kesihatan. Kedua-duanya saling memerlukan, oleh itu bukakan hati dan semaikanlah rasa cinta kepada sesiapa sahaja yang anda rasa wajib dan berhak mendapat cinta dari mu...

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

20 comments - "Cinta Membuatkan Anda Sentiasa Kekal Sihat"

cinta..perasaan yg dianugerahkan ALLAH pada hambanya..mencintaiNYA...Rasull Nya..hamba2NYA..

oppss...bila nak buat entri idea perjalanan gila tu lagi..:)

Betapa indahnya cinta sehingga mampu menjadi terapi terbaik utk kesihatan.
Oleh itu, jaga dan baja rasa cinta yg telah dianugerahkan buat kita
Rugi andai cinta yg diberi terabai.
Rugi juga jika tidak pandai memberi rasa cinta

paridah delete icon 10:36 PG

CINTA YG MENAIKAN SEMANGAT HIDUP...JIKALAU BERSEMANGAT PASTI SIHAT

Yana Yani delete icon 3:41 PTG

saya juga ternanti cerita tu kak
entah bila BM ni nak buat entri tu =)

Yana Yani delete icon 3:42 PTG

wow, hebat betul kehebatan sebuah cinta ye
tak sia-sia saya jadi sang pencinta..hehe

Unknown delete icon 3:46 PTG

Nikmatnya bila bercinta selepas berkahwin :)

HAMIDIsP delete icon 4:08 PTG

Cinta,. menjadikan kita muda dan remaja selamanya..:)

Tanpa Nama delete icon 5:17 PTG

Cinta... Begitu hebat sekali penangannya!

Bunda_nora delete icon 5:50 PTG

Hidup untuk saling cinta dan dicintai...
Namun cinta kita antara insan tidak boleh melebihi Cinta kita kepada Ilahi...

memutuskan silaturahim adalah satu bencana besar

BinMuhammad delete icon 10:02 PTG

Tak sangka pula ada yang menanti sambungannya...
Maaf ye. Lambat sikit nak sambung kisah tu...sbb perlukan masa utk mengarang dan sekarang ni agak sibuk le

Unknown delete icon 12:56 PG

berbicara ttg cinta ... cinta pd allah adalah segala2nya .

BinMuhammad delete icon 10:34 PG

Benar dan tepat sekali... tetapi kita juga perlu sihat utk melakukan segala perintahnya dengan sempurna...

Tanpa Nama delete icon 11:10 PTG

itulah cinta ;D

Nashgal delete icon 10:25 PG

Penangan cinta memang hebat ibarat satu terapi jiwa
Jom Dapatkan BP set Free Blog Giveaway Contest

Khir Khalid delete icon 11:24 PG

Kerana itu Allah jadikan cinta sbg pemanis kehidupan.. Allahuakbar...

Tanpa Nama delete icon 12:34 PTG

cinta itu anugerah terbesar..beruntungnya kita masih di berikan nikmat sedemikian..

Fiza Rahman delete icon 3:02 PTG

Tu yg rasa indah jer bila bercinta....hehehe...

Unknown delete icon 11:04 PG

Muga kita sentiasa mempertingkatkan usaha untuk merasai nikmat dan manisnya cintaNya..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap