بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri ringkas dan santai sebagai persinggahan setika anda di blog Relaks Minda buat santapan mata, hati dan minda di hari Jumaat yang mulia dan istimewa ini... Semoga kita semua beroleh nikmat dan rahmat di hari ini...

Keistimewaan Hari Jumaat 

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda : "Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: "Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya."

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari JumaatSantapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: "Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"


Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari JumaatSantapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Daripada Abu Abdullah Jabir bin Samrah as-Sawa`I r.anhuma katanya "Telah bersembahyang bersama Nabi s.a.w beberapa kali. Nabi bersembahyang dan berkhutbah adalah dalam keadaan sederhana(tidak pendek dan tidak panjang)"

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti)."

Santapan Mata, Hati & Jiwa Di Hari Jumaat

Abu Hurairah meriwayatkan apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang keutamaan hari Jumaat beliau bersabda : "Pada hari itu ada suatu saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah dapat memberinya". Imam Muslim meriwayatkan dari hadith Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari bahawa saat yang paling mustajab pada hari Jumaat ialah saat diantara duduknya imam di atas mimbar hingga selesai sembahyang Jumaat". 


petikan hadis dari JAKIM

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

17 comments - "Santapan Mata, Hati & Minda Di Hari Jumaat"

yangbaik delete icon 10:03 PG

semoga beroleh keberkatan di hari Jumaat yang mulia.
gambar yang menarik... sejuk mata memandang !

Mengharap jumaat ini bukan jumaat terakhir buat kita. Banyak peristiwa terjadi dan banyak ganjaran di hari Jumaat ni.

Kakak sambil membaca sambil tak kelip mata tengok bunga yg cantik-cantik. Macam kakak nak keluarkan dari monitor pc rasa. Cantik sangat.

alhamdulillah..

Salam Jumaat BM.. semoga Jumaat ini lebih bermakna dari Jumaat sebelum2nya.. geram nampak keindahan bunga2 tu :)

Shahrul Yusof delete icon 12:21 PTG

Salam Jumaat BM :-)

Hari Jumaat ni biasa kat tempat kerja mood masing-masing dah cool je. Maklum aje la, nak masuk hari cuti besoknya.

Unknown delete icon 12:55 PTG

salam jumaat pokcik...hihi...bunga tu cantik eh...pakcik snap sendiri ke..kiki..

Unknown delete icon 3:26 PTG

salam jumaat BM..
moga kita mendapat keberkatan di hari mulia ini..
pic bunga2 iyu menyesujkkan mata..teringat bunga2 ibu di kampung..

HAMIDIsP delete icon 6:41 PTG

Mulianya hari Jumaat. Kalau tiada kesempatan beriktikaf didalam masjid, sebaik-baiknya kita banyakkan zikir dan istighfar..

Hero Borneo delete icon 12:20 PG

cantiknya gambar bunga..sejuk mata memandang dan hati juga beroleh ketenangan

Unknown delete icon 5:45 PG

Jumaat dan orang Islam sangat sinonim sebab sangat bermakna. Tapi gambar bunga-bunga tu memang sejuk mata memandang.

penghulu sgala hari...banyak ibadah sunat yang boleh lakukan

paridah delete icon 9:49 PG

SEMARAKAN HARI JUMAAT SEINDAH BUNGA2 DI BLOG BM INI...

jie susanos delete icon 11:29 PG

hari jumaat yg pernuh dgn keberkatan.. smoga kita stiasa mengingatinya..

mrhanafi delete icon 5:56 PTG

hari jumaat adalah penghulu segala hari..

Unknown delete icon 10:12 PTG

semoga kita sentiasa manfaatkan kelebihan jumaat itu dlm hidup kita ...

Tanpa Nama delete icon 3:21 PTG

Jumaat hari yang penuh di berkati... Salam Ahad BM..

Fiza Rahman delete icon 10:49 PG

Thanks atas perkongsian. Jumaat yg penuh rahmat.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap