بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cintai dan Kekalkan Hutan Di Malaysia : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hutan di Malaysia merupakan antara yang tertua di dunia. Ianya telah wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu. Hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna liar yang sangat berharga.

Cintai dan Kekalkan Hutan Di MalaysiaApakah yang dimaksudkan dengan kawasan hutan? Kawasan hutan didefinasikan sebagai kawasan tanah yang meliputi kawasan melebihi 0.5 hektar dan mempunyai pokok-pokok berketinggian melebihi 5 meter serta litupan kanopi/silara melebihi 10 peratus, atau pokok-pokok yang mampu mencapai had-had di atas secara ‘in-situ’ (dalam habitat asalnya). Ianya tidak termasuk tanah yang didominasi di bawah kegunaan pertanian atau perbandaran.

Definasi ini hanya boleh diguna pakai di Malaysia kerana setiap negara mempunyai definasi kawasan hutan mereka yang tersendiri.

Terdapat beberapa kategori jenis hutan yang terdapat di Malaysia. Ianya dibezakan mengikut rupa bentuk muka bumi (ketinggian dari aras laut), perbezaan flora dan fauna, habitat, iklim, tanah dan biotik. Berikut adalah jenis-jenis kategori hutan yang terdapat di Malaysia.

Jenis-Jenis Hutan Di Malaysia 

1. Hutan Darat
Hutan Darat merupakan kawasan hutan yang bentuk muka buminya berbukit dan beralun-alun yang tingginya sehingga 1000 meter dari paras laut

Jenis-Jenis Hutan Di Malaysia - Hutan Darat
Hutan Darat

2. Hutan Paya Gambut
Hutan ini terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6m yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai. Antara spesies yang biasa terdapat ialah seperti Kempas, Bintangor, Meranti paya, Ramin, Nyatoh, Geronggang dan Resak.

Jenis-Jenis Hutan Di Malaysia - Hutan Paya Gambut
Hutan Paya Gambut

3. Hutan Paya Laut
Satu ekosistem hutan yang toleran terhadap air masin di kawasan air pasang surut di sepanjang pantai tertentu (Hamilton & Snedaker 1984). Hutan Paya Laut merupakan ekosistem yang terbentuk daripada saling tindakan antara unsur fizikal dan biologi yang telah lama terubahsuai untuk kemandirian tepi pantai yang berfungsi sebagai benteng kepada kesan ombak bagi mengawal hakisan pantai dan menapis bahan-bahan pencemaran.

Jenis-Jenis Hutan Di Malaysia - Hutan Paya Laut
Hutan Paya Laut

4. Hutan Simpanan Kekal (HSK)
Mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai HSK untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan semua hasil hutan dalam kawasan ini adalah milik Kerajaan Negeri. Di bawah seksyen 10 (1) Akta yang sama,

HSK dikelaskan kepada dua kategori yang utama iaitu :
  1. Hutan pengeluaran dan 
  2. Hutan perlindungan.

5. Ladang Hutan
Kawasan yang ditanam dengan pokok atau tumbuh-tumbuhan hutan sama ada dari spesies tempatan atau dagang dengan kaedah tanaman secara terbuka yang luasnya tidak kurang dari 50 hektar. Ia merangkumi kawasan yang terletak di dalam atau di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK)

Sumber : mygeoportal

Kekalkan Hutan Di Semenanjung Malaysia

Pada tahun 1954, hutan di Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9.5 juta hektar. Namun, berikutan dari kegiatan pembalakan yang tidak terkawal serta pembangunan untuk kediaman dan pertanian maka ianya telah semakin berkurangan.

Menurut laporan Pelan Fizikal Nasional Kedua yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 2010 telah mendedahkan bahawa keluasan hutan di Semenanjung Malaysia telah menyusut dengan drastiknya kepada kurang dari 6 juta hektar pada tahun 2000 iaitu hanya meliputi 45 peratus tanah daratan Semenanjung Malaysia!

Status keluasan hutan Semenanjung Malaysia
Status keluasan hutan Semenanjung Malaysia

Jika hutan yang tinggal ini juga terus-terusan berkurangan, maka sudah pastilah generasi masa hadapan akan kehilangan harta yang tidak ternilai harganya ini. Malah, lebih buruk lagi apabila kestabilan alam juga akan terganggu akibat perubahan rupabentuk, suhu dan iklim menjadi tidak menentu lalu akan mengakibatkan pelbagai bencana dan malapetaka alam semulajadi.

Program Save Our Rainforest Race 2015 (SORR 2015)

Berikutan itu, sebuah badan NGO pencinta alam iaitu Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) akan mengadakan program Save Our Rainforest Race 2015 (SORR 2015) yang bermatlamat memberi kesedaran, liputan meluas serta tekanan untuk membantu menyelamatkan khazanah alam semulajadi terutamanya hutan hujan di Malaysia di samping menjadi suara rakyat yang prihatin untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang pengekalan, pemuliharaan dan kecintaan terhadap alam sekitar kepada masyarakat.

Save Our Rainforest Race 2015 (SORR) - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA)
Save Our Rainforest Race 2015

Agenda Penuh Program SORR 2015

  Tarikh:
  • 28 Mac 2015
  Masa:
  • 7:00 am – 2 .30 pm
  Lokasi:
  • Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak
  Tapak Program:
  • Padang TnB, Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak
  Laluan larian:
  • Sejauh 10 km merentasi Hutan Lipur, jambatan, kawasan Orang Asli dan jalan tar.
  Jadual Masa Program:
  • 7.00 am - Pendaftaran dan Jamuan
  • 8.00 am - Doa, Race briefing, Safety Briefing & Warm-Up
  • 9.00 am - Larian SORR 2015 bermula
  • 1.00 pm - Tamat larian, Jamuan dan Majlis Penutup.
  • 2.30 pm - Bersurai
Maklumat lanjut di : PEKA FB

Cintai dan Kekalkan Hutan Di Malaysia
Cintai dan Kekalkan Hutan Di Malaysia

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Artikel : Cintai dan Kekalkan Hutan Di Malaysia KSsXzmhtRnGtBt754XbA

21 comments - "Cintai dan Kekalkan Hutan Di Malaysia"

hutan diborneo saat ini mulai rosak padahal ia adalah paru-paru dunia

mrhanafi delete icon 1:55 PG

kalau hutan tidak diterokai mana nak dapat tanah untuk penghidupan...untuk buat ladang kelapa sawit,padang golf dan taman perumahan

paridah delete icon 9:55 PG

hutan perlu dijaga pelihara sebaiknya demi kesejhteraaan alam dunia jikalau kita merosakannya kita pasti kehilangannya..setelah kehilangannya nk salahkn siapa lagi walhal kelancangan tgn2 kita juga...

BinMuhammad delete icon 11:06 PTG

Penerokaan hutan untuk tanaman kelapa sawit telah menjadi satu punca kemusnahan hutan. Tapi kalau tak teroka... nak tanam kat mane? [-(

BinMuhammad delete icon 11:09 PTG

Betul juga kan... Namun ianya perlu juga dikawal kerana hutan juga punya peranan utk kesejahteraan hidup.

BinMuhammad delete icon 11:13 PTG

Manusia menjaga tetapi manusia juga memusnahkannya... Semuanya adalah ditangan kita dan ianya adalah satu tanggungjawab...

Hutan boleh diteroka tapi dengan kawalan yang baik, penerokaan haram untuk tanaman sayur atau penempatan atau pembalakan merosakkan khazanah alam yang memakan masa berpuluh malah beratus tahun untuk pulih.. kerakusan pada kemodenan meranapkan hidupan lain, kita lupa yang alam ini bukan hanya milik manusia.. :((

Unknown delete icon 5:58 PTG

saya suka tpt yg masih pior suasana hutan mcm hulu langat . bunyi unggas dan cengkrik buat saya rasa nak membina rumah di situ ...

Khir Khalid delete icon 8:47 PTG

Hutan penting utk kestabilan ekosistem.. sesetengah org tak kisah ttg hutan ni. Akhirnya, kita sbg manusia akan terima kesannya utk jangka panjang. Bila dah berlaku, kesal pun tak berguna. Sekarang ni pun, bumi dah semakin panas.. bersamalah kita cintai dan kekalkan hutan di malaysia ni..

p/s: wahh.. blog dah baru BM. Tahniah.. lama tak singgah sbb baru abis cuti huhu.. :D

pensyarah sy di Eropah sangat berminat dengan hutan di borneo, dan pernah dia datang berkunjung masa cuti semester. dan dia kata dia sangat kecewa bila dapat tahu hutan semakin berkurangan. banyak species menarik yg boleh jadi kajian, sayanglah kalau hutan dah rosak, banyak species yang tak mampu survive. T_T

saya suka menjelajah hutan...

semakin hari semakin banyak hutan yang ditarah...tak lain hanya untuk mengaut untung sesetengah pihak...khazanah yang tersimpan musnah dan mungkin tiada ganti lagi di masa akan datang

ANIM delete icon 5:30 PTG

lama tak masuk hutan. tempat paling tenang utk mahasabah diri

Hero Borneo delete icon 7:15 PTG

saya berharap pihak berwajib jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata..generasi akan datang perlu difikirkan juga terutama yang melibatkan hutan

mselim3 delete icon 8:51 PTG

Assalammualaikum... BM,

suka mselim3 tgk kecantikan dan ketenangan hutan nie. Hutan perlu diperlihara kerana hutan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting dalam menangani masalah banjir.

mselim3

pls: tenang aje tgk gambar hutan nie... kan. Pape terima kasih BM bantu mselim3 settle masalah double post .. lama jugak tak buat entry..

Semakin pupus hutan di Malaysia ni sebab dikorbankan atas nama pembangunan

Tanpa Nama delete icon 8:44 PTG

macam baca buku teks geografi pulak bila baca entri BM ni..

Yana Yani delete icon 5:49 PTG

satu ketika dulu penah hafal nama-nama hutan tu
tengok pada keluasan hutan tu sungguh mengerikan
apa yang tinggal untuk generasi akan datang?

Fiza Rahman delete icon 11:19 PG

Sedih tengok hutan² yang ada ni. Banyak yang dah gondol disebabkan kerakusan manusia sendiri.

Farina delete icon 11:00 PG

info yang menarik

syahmiyami95 delete icon 12:39 PTG

Mohon share gambar tuan untuk digunakan dalam kompedium PLANMalaysia,untuk dikongsi bersama. Tq

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap