Pahang Juara Piala Malaysia 2013
Tahniah buat Pahang kerana Menjuarai Piala Malaysia edisi 2013 pada malam tadi. Mengikut pada statistik dan prestasi malam tadi...Pahang memang layak untuk bergelar Juara. Mungkinkah tuah akibat hujan atau semangat berganda kerana kehadiran Datuk Siti Nurhaliza?
Walau apa jua telahan dan andaian, keputusan telah muktamat. Dalam sukan mesti ada kalah dan menang.
Kegembiraan diatas kemenangan Pahang juga dikongsi bersama oleh kakak kita ini di blog beliau di SINI
Amboi Kak Nah...bukan main gembira! Mana tidaknya, tumpang gembira sekali dengan Cik Man! penantian Pahang selama 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke 3 akhirnya tercapai juga malam tadi. Tahniah Pahang akhirnya Juara dengan kemenangan 1-0 menewaskan Kelantan.
Tuan punya blog hasnah60.blogspot.com ini hanya tumpang gembira sajalah kerana tinggal kat Setiawan, Perak...hari ini kerja ye, jangan nak suka-suka cuti pula...hehe
Kelantan Duka Berganda
Jika peminat Pahang sedang bergembira dengan kejuaraan Piala Malaysia. Peminat Kelantan pula sedang berduka kerana gagal mengekalkan kejuaraan mereka.
Lebih terasa buat keluarga anak saudara Ummiarissa empunya blog idazaidi.blogspot.com kerana Kelantan gagal menghadiahkan kemenangan buat anak kesayangan mereka iaitu Tuan Sharlene Zemelya bt. Tuan Mohd Zaini atau lebih dikenali sebagai Adik.
Siapa peminat cilik ini? Adik sering kali kelihatan di kaca tv kerana sering memimpin tangan pemain Kelantan jika pasukan Kelantan bermain di Kota Bharu sejak berusia 4 tahun. Beliau adalah peminat tegar pasukan Kelantan.
Namun Allah amat menyayangi beliau...Adik telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin, 28 Okt 2013 iaitu seminggu sebelum final Piala Malaysia berlangsung pada usia 9 tahun .
Kekecewaan berganda buat peminat Kelantan. Semoga Pasukan Kelantan dan peminatnya menerima kekalahan ini dengan redha dan cuba lagi di tahun hadapan.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adik Sharlene. Salam Takziah buat keluarga Adik dan Ummiarissa. Jika anda ingin tahu kisah selanjutnya mengenai Adik, silalah ke SINI, SINI dan SINI
Terima kasih Bersama Relaks Minda.... Tahniah Pahang dan Kelantan cuba lagi...
Admin...
39 comments - "Pahang Juara! Kelantan Duka Berganda..."
xoxo kawe dop layey bola semaley.. hehehe
nway Congrats Pahang!! :)
assalam...dh selalu juara ...tahun ni kalah xralat sangat kot...
al fatihah buat adik
tahniah buat pahang atas kejuaraan semalam
kelanton never give up, cuba lg di thn mendatang
typo...ahahahaks!
*kelantan...adoyai...
isi tabung nuffnang sini-inti international university
Tahniah semua....tahun depan jumpa lagi.
Tahniah Pahang..
tahniah buat pahang
seronok sgt pahang memang..terbaek la pahang
tahniah buat Pahang..dan takziah buat keluarga adik tu...
Memang Kelantan takda rezeki nak menang malam tadi. Main dah ok dah, cuma pertahanan Pahang semalam liat sikit untuk ditembusi.
Assalammualaikum...BM,
tahniah k... kepada pahang yang menang. Insaallah kepada yang kalah jgn berputus asa cuba lagi tahun depan. kalah dan menang adalah adat permainan.
mselim3
Apapun tahniah Pahang, Kelantan boleh cuba lagi. kalah menang adat sukan tu..Yg penting tak ada kekacauan yg berlaku semalam
KA tk layan bola, tapi en hubby & anak2 sedih bila kelantan kalah.. KA ccum aleh kata bola tu kan bulat ! hehehe
Done sedekah nuffnang !
Begitulah adat pertandingan ada yg menang dan ada yg kalah. Moga anakanda Sharlene itu tenang disana. Anak yg masih bersih dari dosa...
Tahniah Pahang ! penantian selama 21 tahun berbayar sudah...
Salam takziah untuk keluarga arwah Sharlene...
semua ahli keluarga dlm rumah akka ni kaki bangku...tak minat bola..tak kisah langsung sapa kalah,sapa menang hehe...
Yeah! Hidup Pahang!
adat permainan..ada menang ada kalah..tahniah pahang :)
Alfatihah.....
tahniah pahang !!
Tahniah Pahang, Tahun depan cuba lagi..gomo kelate gomo..
salam takziah buat keluarga adik sharlene . alfatihah.
tahniah kepada Pahang... Kelate tetap di hati weh...
Salam takziah buat keluarga. Al-fatihah buat adik....terima kasih banyak2 pada BM sebab sentiasa bagi sokongan pada blog knah.. terharu... =)
tahniah kepada pahang wpun dapat gol pada saat akhir ... kelantan , thn depan ada lagi ...
Tahniah Pahang... Kelantan cuba lagi..
Alfatihah buat adik..
Tahniah buat Pahang..Kelantan cuba lagi ya..and takziah buat keluarga adik. Allah lebih menyayangi beliau...
tahniah buat kedua pasukan...adat bertanding..kalau semua nak menang,siapa nak kalah kan?apapun semuanya terbaik.
dah adat perlawanan..ada menang dan ada yang kalah..pendapat ikhlas dari kakiblog
walaupun kak, 2 Abdul dan bapak Abdul bukan peminat bola, kami tetap ucap tahniah pada pemenang. sedih juga baca cerita anak saudara ummiarissa tu..
takziah utk kepada keluarga arwah. dan tahniah kepada Pahang yg begitu setia menunggu 21tahun lamanya..
Saya penyokong Kelantan..tp Pahang pun pantai timur.. tertarik dgn kisah adik Sharlene
tahniah kepada pasukan pahang.. :D
tahniah Pahang,memang Pahang layak dengan kemenangan itu berdasarkan corak permainan mereka,namun begitu Kelantan masih di hati,apa-apapun This is Pantai Timur,kemenangan masih berpihak di pantai timur,itu yang membanggakan,terima kasih juga BM,sudi berkongsi kisah duka keluarga kami,semoga segala kebaikan dibalas kebaikan...
Tahniah buat pasukan Pahang & syabas kpd Kelantan diatas semangat juang pasukan yg tinggi.. Semoga Allah sentiasa merahmati roh Adik & menempatkannya dikalangan org2 yg beruntung di akhirat.. Al Fatihah.. aamiin..
Hehe....baru perasan muka Tok Ti rupanya kat atas tu....
Apa pun tahniah buat team Pahang...alahhh....gilir le Kelantan oiii....
tahniah...dan alfatihah.
Debaran telah pun berakhir. Pemenangnya pun telah diketahui. Tahniah Pahang.
Takziah kepada keluarga Adik.
duka berganda..? hheheh..
saya berduka sikit2 je..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”