Anda kenal siapakah blogger ini? Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Hari ini hari yang indah... Syukur kerana kita masih dapat menikmatinya... Alhamdulillah. Hari ini saya inginkan sesuatu dari anda.. para sahabat dan tetamu-tetamu Relaks Minda yang amat saya kasihi dan hargai...

Di dunia seorang blogger...selain dari menerbitkan entri, anda pasti akan terjerat dengan salah satu rutin seorang blogger iaitu blogwalking (BW). 

Menjengah ke blog-blog yang anda sudah setkan untuk anda lawati. Menghargai dan membalas kunjungan mereka yang sudi hadir dan meninggalkan komen berharga di blog anda.

Tanpa kita sedari ianya bagaikan membentuk satu komuniti yang menjalinkan satu ikatan tanpa perlu mengenali rupa dan jasad. 

Mengenali pelbagai rupa, penampilan, cerita, niche dan gaya penulisan blog umpama mengenali karektor empunya diri. Sedikit sebanyak ianya menyerlahkan perwatakan serta hati budi seseorang walaupun tanpa rupa, nama dan latar belakang yang jelas.

Anda Kenal Blogger Ini?

Bagaimana agaknya anda dapat menilai dan mengenali karektor seseorang blogger itu? dan apakah yang menjadi petunjuk utama anda sama ada ianya melalui penampilan blog, penulisan entri mahupun pun balasan komen serta komen di blog anda? 

Agaknyalah apa yang anda nilaikan, bayangkan, kenali dan fahami tentang karektor dan personaliti diri blogger ini? 

Berilah komen secara jujur dan ikhlas... tidak kira sama ada positif atau negatif. Jangan risau...saya seorang yang berfikiran positif dan terbuka. Saya boleh menerima apa jua kritikan dan pendapat. 

Ianya penting juga untuk saya memperbaiki diri dan bermuhasabah agar saya tidak melampaui batas dan tatasusila sebagai seorang blogger terutama sebagai seorang muslimin. 

Anda boleh mohon jika anda tidak mahu komen anda disiarkan... tapi anda tidak dapatlah balasan komen dari saya nanti. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menikmati hujung minggu di samping insan-insan tersayang...

Admin...

98 comments - "Anda Kenal Blogger Ini?"

salam
bg saya,bahasa melambangkan peribadi kita,melalui gaya bahasa,dapat digambarkan perwatakan seseorang itu..
BM...bg saya seorang yg jujur memberi komen,

Bagi saya BM seorg yg sangat sensitif, dan lembut hati.

baru-baru nak mengenali BM ni hehehe...salam kenalan En. BM (^_^)

EHem3.. Hmm.. Bagi saya, BM bila blogwalking dan memberi komen pada blog orang mesti ada ayat2 yang bagus dan kata-kata seorang yang berilmu. (Sbb sy sentiasa mengikuti komen anda di blog orang lain..ehekk). Setiap bicaramu ikhlas.. Bagi sy juga anda bukanlah 24 jam serius.. Ada ketika suka bergurau juga. BM suka pada pemandangan alam, benda yang kreatif. Bagi sy juga BM mungkin seorang yang agak pemalu..hhehehe

Sampai disitu saja.. ada lagi..tak boleh dedahkan kesemuanya..hahaha

pd pendapat saya, BM seorang yg cool sbb sll syer entry yg cool lg relax minda,tapi perlu kaji byk entry dan komen yg ditinggalkan kalau benar2 nak mengenali,,,

wahh..bagus idea post ni. BM telah buka satu lagi ruang taaruf antara blogger.Bagi CM, BM ibarat readers tetap kat blog CM, sebab hampir setiap entri yang CM update, BM mesti dtg dan tinggalkan komen.terima kasih.Melalui gaya penulisan dan kecenderungan minat, CM rasa BM seorang yang kritis, suka membaca, agak pemalu dan senang utk dijadikan kawan..heheh..ni ikut gerak rasa hati CM lah.apapun, CM doakan semoga BM terus suksess dan cemerlang dalam dunia penulisan blogging ni.aminn.

Saya pun nampak begitu...gaya bahasa dalam penulisan boleh menggambarkan perwatan seseorang. Terima kasih kak Kamsiah.

Kalau saya memberi komen memang mengikut pendapat/pengetahuan saya...tapi kadang kala tu bila terlalu jujur pun boleh membuat seseorang terasa...itu yg paling saya takutkan terjadi.

Sensetif...Ya, saya sensetif (lebih kpd maksud peka, tapi tidak mudah terasa). Lembut hati...ya, tgok pada keadaan dan situasi.

Terima kasih cikgu krn sudi beri pandangan.

Semoga dgn entri ini anda boleh mengenali saya melalui pandangan sahabat2 lama...
Salam perkenalan dan semoga ianya menjadi permulaan kpd jalinan persabatan yang lebih erat. Terima kasih Adie :)

Oo...pengintip ye, hehe! Benar, saya tidak selalu serius, ia bergantung pd blogger dan isu. Ya..benar juga, saya suka keindahan alam dan idea kreatif. Sebab itu blog ini lebih kepada niche utk Relaks...banyak gambar dan santai.

Saya memang seorang yang pemalu, malu-malu kucing...hehehe! Mieza Jhaa, anda memang selalu membuat saya geram! Apa yg xboleh didedah tu...huhu

Assalam.gaya bahasa dan cara penulisan membuat knah rasa senang dan selalu nak singgah di Relaks Minda.seorang yang pemalukah BM nie..=)

Ya, saya akui...sudah pastinya entri itu keluar dari idea dan naluri/emosi penulis, ianya dgn mudah dapat menelah karektor diri penulis.

Hmm...Izan tak nak kaji ke? (pasti jawapan anda, "buang mase aku jer!" hihihi..:D)

Ya..Saya akan cuba sedaya upaya utk datang ke blog di list Sahabat blogger dan My Bloglist. Tapi dalam meninggalkan komen itu bergantung kepada entri dan topik. Suka pada pandangan dari gerak hati anda...tulus dan ikhlas.

Terima kasih diatas pandangan dan doa anda. Semoga CK juga terus aktif dan berjaya di dunia blogging ini.

Waalaikumsalam Kak Nah, Seorang blogger yg saya hormati.
Begitu juga semua ibu2 yang bergelar blogger. Saya kadangkala terfikir bagaimana anda semua boleh mencuri masa utk berblogging (menulis entri dan BW) tetapi masa yg sama masih dapat menjalankan tugasan, kerjaya serta menguruskan rumahtangga dengan baik. Saya amat kagum dengan anda semua!

Ya..saya seorang yang pemalu bila bersemuka terutama pertama kali bertemu.

Mizz Aiza delete icon 8:28 PG

aiza pun baru mengenali BM.. bahasa dan gaya penulisan mencerminkan siapakah diri kita yang sebenar.. setakat entri BM yang aiza baca, semuanya memberi manfaat dan ada mesej tersendiri yang hendak diutarakan.. semoga BM terus bersemangat untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk tatapan semua..
p.s: aiza pun baru lagi dalam dunia blog ni (aktif tahun ini)., mohon teguran jika ada salah dan silap ya..

Rasa2 mcm kenal blogger ni. Bg wan, cara mengenali blogger adalah melalui gaya penulisan. Jelas menampakkan identiti blogger ni sebab ianya tampak serius kadang2 tetapi ikhlas. Selain drpd entry, melalui komen2 yg diberikan jugak menunjukkan kematangan yg jarang2 dijumpai dan ada makna disebalik kiasan.

Sebab, utk merealisasikan relax minda yg penuh warna-warni ini bukanlah suatu yg mudah. Rsnya ada sesuatu yg nak disampaikan melaluinya menggunakan identiti tersendiri. Terus trg wan akui dia ni seorng blogger creative dan bijak menulis.

Semoga terus maju dlm dunia blog...maaf komen yg terlalu panjang, bukan niat membodek atau ayat manis...ttp ikhlas dr hati ke hati sbg balasan seorng rakan blog yg menghormati penulisan dan komen anda. Keep it up ur good work, sahabat.

amir rofie delete icon 9:39 PG

Pada pendapat saya, BM ni seorang yang kreatif dan teliti berdasarkan dari segi bahasa dan tulisan. Bm cuba menulis sesuatu biar blogger senang untuk memahami dengan olahan bahasa yang tepat dan mudah difahami.

Anggaran saya umur BM adalah dalam lingkungan akhir 30an atau awal 40an kerana tidak menggunakan ayat-ayat seperti anak muda yang suka menggunakan short form yang sebenarnya susah untuk dibaca dan difahami.

ANIM delete icon 9:40 PG

susah sebenarnya nak menilai seseorang yang baru kita "kenali" hanya melalui penampilan blog (macam kaklah..upah orang suruh buat) dan entry. kadang2 hati nak tulis lain tetapi berhati-hati dan ambil jalan selamat kerana bimbang tersalah maksud (maklum, kita tak kenal sepenuhnya). contohnya, kita tahu apa yang dipublish kadang2 tak kena dengan syariat, kita boleh terjebak dengan "dosa percuma" tapi kerana dia rajin BW kita, kita tutup sebelah mata. Kita yessss kan saja, kita puji saja..(Maaf, tidak bermaksud sesiapa, hanya mahu jujur pada diri sendiri)

tapi..bila kita makin kerap BW, kerap drop komen..sedikit demi sedikit kita boleh imagine dan baca diri seseorang. ada yang sensitif, ada yang tak kisah. sepanjang mengenali BM, kak rasa BM banyak "sembunyikan" diri. Tengok sajale gambar.. bertopi. Sembunyi dalam "topi" tu. Penuh rahsia, hahaha...
Walaupun mesej ada unsur humour, tetap maksud tersirat penuh makna. Kalau tengok penampilan blog (buat sendirikan), kak dapat agak, orangnya tak suka kelam kabut, riuh rendah, bingat-bingit (wujud ke kata gandaan ini?) . Dan satu lagi, walaupun pemalu tetapi suka nak berkawan..

p.s kak dulu nak sambung study dalam psikologi tapi kementerian tetapkan ikut course masa kat kolej. (TESL). nampak gaya...boleh kuarkan skill tak diktiraf hari ni

S.K.A delete icon 10:57 PG

Assalam..bg sy bro BM mmg best =) entri blog ni pn best, bnyak nsihat dn info2 yg berguna, senang kata cra pnulisan bro BM senang dibaca dn mudah difahami..kdg2 sy pn pk jgak, bro BM ni cikgu ke???? he3..ttng bw 2 bro BM rajin terjah dn tinggalkn komen..smoga terus maju jaya =)

Yumida Huda delete icon 11:02 PG

kita baru je kenal..x silap dlm minggu ni jugak kot..ade 3-4 komen yg BM pernah drop kat blog yumida..dri segi penilaian komen..nampak spt BM ni jujur orgnya..org yg berterus terang..yg lain blom diketahui sgt

tp yumida pnh baca komen yg BM drop kat blog lain..bila lihat komen BM nampak spt BM seorg yg teliti..

sebab yumida berkeinginan singgah kembali ke blog BM:
BM blogger yg ramah..bila kita drop komen kat blog BM, BM buat terjahan kembali
komen BM kat blog yumida, yumida sukakan kejujuran pandangan drpd insan lain..dri situ blh memperbaiki dri drpd pandangan org lain
hmm..tu je la..nanti dah lama2 nanti dpt la kita mengenali personaliti seseorg sampai ke z..hehe

assalamualikum, pada pendapat acik, idea comment dan penulisan yang sangat baik struktur ayat dan olahannye, paling penting BM comment tu bersesuai dan bagi pendapat yang munasabah, tapi nampak BM ini banyak sembunyikan diri sendiri dalam dunia blogger,kenapa ?

dan acik suka entri Bm sebab kemas dan teratur setiap entri walaupon bergambar ada selitkan nasihat dan muhasabah diri, support blog BM :)

Abe Kie delete icon 11:42 PG

salam BM. jemputlah join segmen GiveAway di blog saya. hadiah istimewa menanti anda..Thanks...

Kakzakie delete icon 11:45 PG

Terus terang kakak mula terpikat dek kerana paparan bunga mak BM di kampung. First N3 yg 'trap' kakak untuk terus menjengah ke sini. Kakak 'org lama' lebih suka bahasa yg tersusun seperti BM buat. Jadi utk kakak itu dah jadi kakak terpikat. Bab sembunyi identiti kakak pun lebih kurang dgn BM. Malu nak tunjuk muka hihi... (kita macam sama kan )

Yg pasti kakak suka gambar dlm entri-entri BM. Memang kenalah pada nama blog relaks.

serius , pcl belum kenal sepenuhnya walau melalui penulisan blog Relakssminda..apa yg pcl dapat simpulkan di sini, BM adalah blogger yg berpandangan jauh..jauh disudut hati menilai erti persahabtan dalam arena blogging dengan cara tersendiri. Selamat maju jaya BM.

hainom OKje delete icon 12:38 PTG

Suka dengan entri ni....
Bagi okje BN seorang yg perahsia kot... Sangat berhati hati dlm menyuarakan pendapat...
Betul tak?
Tp tak tentu jugak tau sebab.... kadang tu ada jugak org yg bersembunyi disebalik tulisan....hehe
Nanti jangan lupa inform okje siapakah awak sebenarnya yeh!

zakirasli .. delete icon 12:46 PTG

Bg saya, saya bayangkan identiti seorng blogger tu melalui komen yg dberi dan cara posting entry d blog. :)

Raudzah Z delete icon 12:47 PTG

Kita rasa BM ni agak misteri orangnya. tapi kita tak boleh bagitau sekarang apa yang "misteri" tu coz nak kenal orang ambil masakan...Tapi kadang-kadang kita boleh agak macammana sesorang tu kat luar daripada gaya penulisan seseorang.. cuma tak semestinya ia betul..Mungkin lepas ni kita kena belajar psychology mengenai penulisan ni..

Nao Mei delete icon 1:05 PTG

Alhamdulillah mengenali BM sesuatu yang terindah bagi cik akak...walaupun cik akak baru dalam dunia blogging tapi BM sentiasa support cik akak...Melihat kepada itu...cik akak tahu BM seorang yang penyayang, baik hati, murah dengan ilmu, supporting dan seorang yang kuat bertanya.....sebab BM salu uji cik akak dengan pelbagi pertanyaan.....hihi...

Yang penting seorang santai bersama rakan blogger...:)

salam kenalan dari cik akak tau....walupun cik akak perangai mengalahkan budak-budak :)

Adui la. Penat baca semua komen pasal BM. Rasa cam rata2 betul lah. Hehe.. umur BM saya tau. Hampir 40. (Berdasarkan kpd satu komen pasal UTM di blog Liza). Nama penuh pun Liza tau tp xdpt la nak tulis kt sini. Mana tau BM memang nak rahsiakan pada semua. Hiks. Tp mmg sebijik nama adik Liza. :) sengaja komen semula setelah pk2 balik apa ug Liza tau tentang BM.

Jujur dan ikhlas dengan komen pun ya sbb ada gak satu entri tu terpaksa Liza padamkan komen Bm sbb terlalu ikhlas. Hahaha. Sori ya. Tp drp komen itu juga liza byk belajar tentang kesilapan di blog dan kemudian Liza betulkan. Itu kelemahan diri sendiri. Terima kasih atas 'nasihat' tersebut.

PerenLee delete icon 4:37 PTG

Saya tengok penulisan dan juga kemesraan blogger tu...kalau dia membalas kunjungan,maka dia seorang blogger sejati..

Rasanya baru sahaja kita berkenalan. Daripada entri yang diterbitkan BM gemar dan suka akan alam sekitar. Saya tidak nafikan bahasa yang digunakan dalam penulisan blog ini baik. Walaupun ada juga sedikit kesilapan tatabahasa. Mungkin boleh diperbaiki. Saya juga kadangkala terlepas pandang penulisan di blog saya. sama-samalah kita berkongsi dan menekur apa yang patut.

Bin Muhammad delete icon 11:15 PTG

Terima kasih M.Aiza, Saya lebih menekankan kepada entri santai dengan peggunaan byk gambar, mesej atau peringatan hanya sebagai selingan.
Bagi saya, ramai yang tidak suka kpd sesuatu entri yang terlalu berat (ilmiah) dan sarat dengan perkataan. Sebuah blog bagi saya hanyalah satu persinggahan seketika...maka perlu bijak menarik pengunjung melekat agar pengisian ilmu yg diberi tidak sia-sia.

Saya juga masih baru dlm dunia blogger ini, belum lagi setahun. Masih byk yg perlu saya pelajari. Sama2lah kita saling tegur menegur dan belajar.

Bin Muhammad delete icon 11:27 PTG

Anda kenal saya? Hmm...nampaknya tiadalah rahsia lagi :)

Terima kasih diatas pandangan anda. Amat2 saya hargai.
Terus terang saya katakan, tidak mudah untuk mengekalkan sebuah blog yang ada niche...Idea dan material yang semakin berkurang dan terhad. Kadang kala buntu sehinggakan entri kelihatan tidak berkembang. Sesekali perlu juga lari dari niche namun tidaklah jauh, cuba mencari sesuatu yg ada juga kaitannya. Mungkin satu hari nanti, jika sudah tiada pilihan...terpaksa juga keluar dari kepompong.

Saya juga mendoakan anda agar terus maju dan aktif dalam blogging ini. Terima kasih Wan

Bin Muhammad delete icon 11:34 PTG

Benar...saya cuba memberi suatu entri yang ringan tapi tidak mengetepikan penggunaan bahasa yang betul (walaupun tidaklah pandai sangat) dan senang difahami.

Ya..paling mudah utk meneka umur adalah melalui penggunaan ayat dan gaya bahasa.
Terima kasih Amir Rofie krn sudi memberi penilaian.

Zawiah delete icon 11:41 PTG

assalamualaikum , gaya penulisan yg kemas , susun atur blog juga taratur , maka punya pemikiran yg kemas juga . agak straight orgnya . mungkin krg pandai bergurau dan terlalu telus dlm melontarkan pandangan ... agaknya lah ...

Bin Muhammad delete icon 11:54 PTG

Kak Anim, anda antara yg saya paling tunggu memberi komen pada entri ini. Sejak mengenali Blog Kak Anim, saya amat suka dengan gaya penulisan dan entri Kak Anim. Mungkin pengalaman sebagai guru dan minat dlm bidang psikologi dan motivasi membuatkan entri Kak Anim begitu dekat di hati. (eh dah mcm saya pulak komen akak..hehe)

Saya juga sekarang ini kena berhati2 dlm memberi/menulis entri agar ianya benar2 sesuatu yg sahih apabila ianya berkait dgn syariat. Jika ada yg tersilap, saya amat berharap agar ditegur. Jgn malu2 dan takut ...saya amat positif dlm hal2 sebegini.

Benar, saya seboleh-bolehnya mahu merahsiakan identiti sebenar tapi kadang kala terasa spt kita ini tidak ikhlas dan jujur. Tapi dihati tetap berkata...bukan popular yg dicari, biarlah orang mengenali dan menerima isi kandungan Relaks Minda dan nama Bin Muhammad dari nama/jasad sebenar.

Penilaian kak Anim amat tepat, blog ini 100% saya buat sendiri...kaedah cuba jaya dan dari pelbagai sumber rujukan. Nama dan niche blog ini sendiri adalah sebahagian dari sikap saya.

Terima kasih diatas pandangan dan penilaian Kak Anim, amat2 saya hargai :)

Waalaikumsalam Fais,
Saya bukan seorang cikgu dan juga bukan pakar dalam bidang penulisan mahu pun bahasa. Bidang saya sebenarnya engineering... Jgn xpercaya! :) Saya hanya menulis mengikut gaya bahasa yang mudah dan direct mengikut apa yg terlintas di kepala. Memang saya cuba untuk menggunakan bahasa Melayu yg betul walaupun saya tak tahu ianya betul atau tidak...hehe

Terima kasih Fais...Anda memang best! Kalau mu adik saya, mesti selalu saya buli :D

Yumida Huda, unik nama ini... Ya, kita baru je behubungan di dunia blogger ini. Pandangan dan penilaian anda amat2 saya hormati dan hargai. Saya sebenarnya tidak memilih kawan, tiada kriteria khusus, cuma untuk meninggalkan komen, saya akan lihat pada entri. Jika saya faham dan tahu...saya akan komen. Jika tidak...sekadar baca je la. Seboleh2nya saya akan balas setiap komen dan cuba berkunjung semula.

Terima kasih YH, semoga kita akan terus berhubungan dan semoga anda terus maju dan berjaya dalam dunia blog.

Waalaikumsalam...saya amat nantikan komen dari Acik,
Acik antara yang mula2 menghargai blog ini secara terbuka. Terima kasih Acik.

Ya...semakin kita berahsia, semakin ingin orang mengenali. Tapi itu bukan tujuan saya... Saya tidak mahu menonjolkan diri, itu adalah sifat diri ini yg pemalu. Mungkin ada yg salah ertikan dan kelihatan seperti tidak ikhlas dan jujur utk berada di dunia blogger. Tapi nanti bila tiba masanya dan ketika...pasti akan terdedah juga. (Tapi xperlulah sampai jd isu besar spt Papagomo...hehe)

Terima ksih Acik kerana sudi dan sentiasa support RM. Insyaallah...ada rezeki, ingin juga bertemu muka :)

MaMa Rey delete icon 12:31 PG

err sy rasa BM ni seorang yg malu-malu kucing sbb sembunyi2..(sy sendiri jg mcm tu sembunyi2)hehe..
BM seorang yg rajin BW..selalu datang menjenguk walaupun kunjungan blm terbalas..tq BM..juga datang bertanya khabar d waktu blog lama x berupdate..Tq sekali lg BM..

sy suka cara penulisan BM yg tersusun tp adakala tak tau nak komen hehe..apapun tq sudi jadi sahabat sy..:)

Waalaikumsalam Abg Kie, Insyaallah...terima kasih krn sudi menjemput

Saya ternanti2 penilaian akak..Apalah agaknya pandangan akak terhadap diri saya...tapi, akak saje jer beri pandangan dan komen terhadap gaya penulisan dan entri...

Sajelah ni....nak selamat hehe...Maklumlah, Akak pun misteri, tapi hanya rupa. Kehidupan, keluarga dan personaliti sering di paparkan dalam entri.

Terima kasih diatas segalanya. Semoga jalinan ukhwah terus kekal terjalin

terima kasih pcl diatas penilaian anda walaupun masih belum mengenali sepenuhnya. Ianya cukup bermakna dan amat2 saya hormati dan hargai.

Semoga pcl juga akan terus bergerak maju dan menjadi seorang blogger yg berjaya!

Saya suka dengan OKje yg bersahaja, jujur dan sedikit over tp kena dgn tempat dan ketika. Ya...saya cukup berhati2 dlm memberi komen, takut sangat jika ianya menyinggung perasaan seseorang tambahan pula saya selalunya jujur dlm berkata2 dan kadangkala sinis.

Dalam realiti juga tidak jauh bezanya. Nak tahu saya sebenarnya... Hari Raya nanti jemputlah datang kerumah :)

Ya..itulah cara utk mengenali personaliti blogger, melainkan anda pernah bersua dengannya. Tapi bagi saya melalui entri dan komen, ianya lebih jelas menggambarkan sisi dalaman seseorang yg mungkin berbeza dr penampilannya.

Terima kasih zaki krn sudi berkongsi pendapat

Mungkin benar kata anda, tapi pendapat sayalah...penulisan lebih kepada keperibadian dalaman seseorang. Ianya tidak terserlah melalui penampilan luaran kerana.... itulah saya :)

Menarik juga tu...mana boleh belajar ilmu psikologi mengenai penulisan agaknya?

Wah! Cik Akak...melayang2 saya di buatnya kerana terlalu kembang, hehe. Itulah keistimewaan cik akak...memang bijak bermadah dan berjenaka dengan bersahaja :)

Tak taulah nak kata apa...kalau kata semuanya betul, mcm meninggi diri pula, nak kata tidak...itu pun xboleh juga.

Asal cik akak happy dan saya ceria, kira OK lah...:D

Terima kasih kerana merahsiakan nama sebenar saya dan kembali dtg utk komen lagi...

Itulah saya...kadang kala terlalu lurus, jujur, ikhlas, suka menegur dan sinis...hingga terlupa hati dan perasaan orang. Lain kali kena perlu berhati2. Mungkin Liza boleh terima tapi orang lain belum tentu...

Kepada yg lain juga...minta maaf kalau ada yg tersinggung/terasa ye.

Saya suka pandangan ikhlas anda. Tidak semua mahu menyatakan secara terus dan jujur...walaupun ianya kadang kala seperti pentingkan diri sendiri/berkepentingan tapi itulah hakikat sebenarnya.

Thx ParenLee, appreciate your support!

Komen dari sorang cikgu yg pakar bahasa memang amat saya nantikan. Benar, saya akui yg saya masih lemah dan perlu banyak belajar utk memperbaiki tatabahasa. Maklumlah...bidang ini bukan bidang saya, bidang saya adalah engineering...hanya minat yg membawa saya masuk kedunia ini.

Tunjuk ajar dari cikgu amat saya perlukan. Tegurlah jika ada kesilapan, jangan risau... saya seorang yg positif dan suka belajar..

Terima kasih cikgu krn sudi berkongsi pandangan.

Waalaikumsalam,
Memang kurang pandai bergurau, kadang kala cuba juga...tapi sering di salah ertikan, atau mungkin ianya menjadi sinis. Kerana itu saya hanya memilih blogger tertentu yg boleh saya bergurau.

Terima kasih diatas pandangan anda, saya hormati dan amat hargai. Tegurlah saya jika ada kesilapan atau terbabas dlm melontarkan kata-kata.

Gaya penulisan melambangkan peribadi seseorg. Walaupn xkenal berdpn sekurangnya mengenali melalui penulisan. Fizikal tidak memberi apa2 makna jika sifat peribadi x elok.

Kan seronok main sembunyi-sembunyi ni...betul tak Mamarey? hehe
Banyaknya tq...Saya rasa, apa yang saya lakukan tidak lebih, sama seperti blogger lain...

Saya pun nak ucapkan tq pd Mama kerana sudi menjadi sahabat dan sentiasa support Relaks Minda.

p/s: Saya amat rindukan entri2 Mama spt dulu... :)

Hahahahaa... nak ketawa sahaja..

memang bahasa melambangkan peribadi kita,melalui gaya bahasa,dapat digambarkan perwatakan seseorang itu. Daripada entri yang diterbitkan BM tu gemar dan suka alam sekitar. Saya tidak nafikan bahasa yang digunakan dalam penulisan blog ini baik je

salam BM,lama juga ye saya sudah mengenali BM di alam maya ni,walaupun wajah tidak kenal,namun dari segi penulisan ,anda sangat seorang yang mesra.Saya dapat lihat pengunjung anda cepat meningkat.Ini kerana sikap ikhlas dan peramah anda,satu yang saya suka sangat,apabila komen saya sering dibalas.Di situ saya seperti lama mengenali BM.Yang unik sekali ialah nama BM sendiri...Bin Muhammad....Ada nama lainkah di depan Bin itu?Saya suka bentuk penulisan ilmiah di selang selikan dengan ilmiah agama...seperti yang BM lakukan.

salam BM,saya ni seperti mengenali BM,namun demikian di alam maya je lah.Gaya penulisan BM memang seorang yang mudah mesra.Jika membalas komen pula memang sangat mesra blogger.Seolah-olah kita pernah berkawan.Saya sangat suka dengan ilmu yang disampaikan diselangkan dengan ilmu agama.Ini lah yang membuatkan kita tahu batas kita sebagai seorang muslim.Tidak keterlaluan sangat,namun Islam tetap di hati.Yang unik lagi nama BM sendiri...Bin Muhammad.Jika benar umur BM sudah ke 40an,janganlah memanggil saya kak(ada satu komen tu BM bahasakan saya kak)saya 3 tahun lagi baru umur 40an.hehehe...

Salam Tn... walaupun saya tidak mengenali anda, tetapi melalui entri yg anda publish, anda seorang yg kreatif dan menyukai keindahan alam sekitar.

ringkas...tp padat..!

assalam..bagi bunda bahasa jiwa bangsa..tagline yg perlu ada pada seseorang itu tak kira samada cara dlm bentuk penulisan atau kata2..Begitu juga budi pekerti...saling menghormati. Bak kata yang tua dihormati, yang muda disayangi.Walaupum hanya dialam maya kita bolih menilaikan hati budi seseorang. So far BM belum pernah mengecilkan hati bunda....Sebagai seorang ibu bunda dapat rasa keikhlasan dan kemesraan BM...terima kasih dari bunda....:)

baby comel delete icon 9:00 PG

saya dah nampak BM ni di laman2 komen blogger lain sebelum tapi tapi baru2 ni je saya kenal dgn Bm. kenal tu bukan lah apa cuma lately ni baru je cuba2 nk menjengah sini. maaf kerana terlewat mengenali blog relakssminda ni. tapi penghargaan utk blog ni kerana dtg sini mmg tenang terasa ketenangan tu. membaca tulisannya, dengan gambar yg mendamaikan.. luv it
cuma, siapa orang nya mmg seikhlas hati saya langsung tidak mengenali pemilik blog bernama Bin Muhammad ni.

baby comel delete icon 9:01 PG

moga persahabatan maya ni akan terus utuh, kekal hendaknya.. dengan hanya tulisan mampu buatkan seseorang itu tersenyum, ketawa, bahagia, tenang. dengan tulisan jugak mampu membunuh sekeping hati kan.. harapnya kita2 bukan lah yg dari kalangan pembunuh tu..

Pandangan anda amat benar, fizikal mungkin hanya tarikan sementara, yang penting sifat kperibadian yg mulia menjdkan ikatan berkekalan. Ianya boleh dinilai dari penulisan...

Terima kasih krn sudi berkongsi pendapat.

Keindahan alam sekitar...Ya, itu sudah tentu kesukaan saya. Dari segi gaya bahasa pula, saya cuba menggunakan bahasa mudah tapi cuba yg terbaik utk tatabahasa yg betul...walaupun sebenarnya xtahu ianya betul atau tidak...hehe

Ada dua kali Ummi komen, terima kasih... Penilaian Ummi sangat2 saya hormati dan hargai. Benarkah saya ni sangat mesra? Mungkin ya...tapi hanya di dunia blog, saya pemalu orangnya. Nama 'Bin Muhammad' itu hanyalah nama pena dialam maya ini.

Mengenai panggilan kak itu, ianya sekadar panggilan sebagai rasa hormat kpd anda sebagai seorang ibu. Perbezaan umur bukan masalah dalam panggilan gelaran, jika Ummi kurang senang, saya tiada masalah utk panggil Ummi shj :)

Salam ukhwah di bulan ramadhan ini, semoga ikatan sesama kita berkekalan.

Waalaikumsalam, Saya juga tidak kenal cikgu...tapi itulah keistimewaan dunia blog, jalinan persahabatan melalui penulisan dapat memberi gambaran seseorang.

Terima kasih cikgu, teruskan bersama RM dan kekalkan persahabatan ini.

Terima kasih... Apa yg ringkas dan apa yg padat ye?

Waalaikumsalam, sudah tentu bunda sebagai seorang yang banyak pengalaman hidup ini wajar sekali kami hormati. Tidak ramai wanita seusia bunda yg ingin bersama di dalam arus kemajuan teknologi ini. Kehadiran bunda amat bererti bagi mengimbangi dan berkongsi kisah, tips dan pengalaman buat panduan generasi sekarang dan akan datang. Saya kagum dengan bunda!

Gaya Bahasa saya mungkin sesuai buat bunda krn kita menggunakan bahasa melayu standard, kerana jati diri ini terhadap bahasa melayu...bahasa jiwa bangsa.

Terima kasih diatas pandangan dan penilaian bunda, Semoga bunda terus aktif berbelog dan maju jaya :)

Tiada yang terlewat selagi masih ada masa. Saya tidak mengharap dihargai apa tah lagi pujian, cukuplah sekadar kunjungan dan pandangan utk di kongsi menjadi kebaikan bersama.

Terima kasih juga baby comel (nak menyebutnya saya rasa kelakar skit...jgn ambil hati ye) krn sudi bersama Relaks Minda. Saya juga langsung tidak mengenali anda...tapi niat dan kehadiran kita di dunia blog ini mungkin serupa :)

Takut juga...semoga saya tidaklah sampai membunuh sekeping hati. Kita kadang kala tidak sedar, berilah teguran agar tidak terbabas.

Terima kasih BC, pendapat anda amat berguna. Semoga persahabat ini terus memberikan manfaat bersama.

insyaAllah.

hihi, mama boleh komen ker? mama belum mengenali en Bin dengan sepenuhnya. Mama baru berapa hari kenal en Bin kan.. melalui penulisan, mama dapat membayangkan en Bin seorang yang berjiwa tenang, santai .. sukakan keceriaan .. setakat tu jer lah.. hihihi

boni kacak delete icon 8:27 PTG

hurm.. biasanya kita akan dapat menilai personaniliti seseorang blogger adalah melalui gaya penulisannya. itu adalah fakta.hehe

dan , den dapat rasakan penulis blog relakssminda ni adalah seseorang yang berjiwa lembut, sensitif dan tenang orangnya. tidak sukakan pada keadaan yang kelam kabut dan serabut. dan amat suka pada ketenangan. ini sekadar penelitian selepas membaca entri2 bro. tak tau betul atau tak

Hanif Idrus delete icon 10:11 PTG

Salam...dah lama rasanya kita berkenalan dalam dunia sesawang ni cuma wajah tidak ketemuan...hihijihi.

Personiliti seseorang blogger tu boleh kita kenali melalui gaya penulisannya. Bagi saya tuan BM ini seorang yg serius dan jujur dalam segala komen.
Kalau tak btl..awak akan kata tak btl...hahaha.

AiSyA LiEzA delete icon 11:55 PTG

seorg y sukakan ketenangan.. kedamaian, keselesaan dan kekemasan...ahaks!

ieta delete icon 12:55 PG

Tu dia haih... 72 komen? BM memang hebat... dasat...
Komen saya tentang BM
1. Honest
2. Rajin BW
3. Rajin komen
4. Entri memang sangat2 merelaxkan minda
5. Ayat penuh tersirat di sebalik yg tersirat
Tahniah dan teruskan berblogging. Sy suka dgn blog BM

Yehhh.... sedikit over eh.... hehe... part mana tu BM? cercite...
cercite ...tak sabar nak rasa seram sejuk ni...hehe

salam.. saya kenal bM dari G+ ... daripada penulisan..seorang yang peka, banyak entri yang membina bukan yang sia2.. menarik.. dan sangat membantu.. teruskan...

Lebih kurang la macam reaksi dan ayat di atas ni...hehehe

Baru kenal lagi nak tau, bagaimana anda melihat diri saya sebelum anda mengenali saya lebih lanjut lagi.

Terima ksih diatas penilaian dan bayangan tersebut...Saya amat hormati dan hargainya. Teruskan bersama Relaks Minda dan semoga persabatan kekal terjalin :)

Seorang blogger otai spt anda pasti byk pengalaman dan pastinya penilaian anda juga berasaskan pengalaman. Ya...saya akui, dengan pengalaman anda juga anda dapat memberi penilaian yang hampir tepat.

Sudah pasti untuk membuat sebuah blog yg ada niche memerlukan pengetahuan, minat dan kecintaan di bidang yang di paparkan. Maka mudah untuk kita mengenal pasti personaliti seseorang...

Waalaikumsalam tuan HI,
Ya...anda merupakan antara blogger terawal yang sudi meninggalkan komen di blog ini. Terima kasih tuan kerana masih sudi support hingga ke saat ini. Insyaallah...ada rezeki, mungkin kita bertemu.

Ya...itulah saya, kalau bab komen, memang saya selalunya terus tepat pada point jer...hehe (inilah hasil dari kehidupan seorang engineeer) Tapi sekarang ni dah mula belajar berkias2...

OK, Good luck bro! Anda blogger yg bijak dan tahu arah tujuan!


Senang je kan nak menilai diri saya :)
Terima kasih Aisya kerana sudi beri pandapat. Amat2 saya hargai.

Ummi Kami delete icon 10:59 PG

Salam sewangi kuntuman gardenia,
Seorang sahabat yang penuh idea.. :)

Bersimpuh teman sedari tadi,
Bau parfume anggun sekali,
Bersampin chiffon duduk menanti,
Berlalu suami hampir kemari;
Sungguh budiman lelaki berbudi,
Walau belum setahun ku kenali,
Komen berpantun menusuk hati,
Selalu ke blog Ummi menghadir diri.

Dahan merbau mereng ke bumi,
Limau lebat tumbuh di sisi,
Nangka genting di lanyak sapi,
Sang kancil pun terbujur mati;
Kelebihan beliau berbanding Ummi,
Beliau sahabat yang penuh berinteraksi,
Suka blogwalking ke teratakku yang sepi,
Sambil berpantun menghibur hati.

Ummi suka datang sini... :)

Thx ieta, walaupun penilaian anda lebih kpd perlakuan saya di dunia blog, ianya amat2 saya hargai. Saya rasa apa yg saya buat itu adalah perkara biasa yg di lakukan sebagai seorang blogger, termasuklah anda. Cuma bab entri/ayat itu...pastinya itulah kelainan yg ingin saya sampaikan.

Terima kasih kerana suka pada Blog ini dan semoga anda terus bersama Relaks Minda, dan semoga anda juga terus aktif dan berjaya di dunia blogging :)

Waalaikumsalam, Terima kasih kerana sudi memberi komen dan pendapat anda. Support dari anda amat2 saya hargai... :)

Salam, saya menjadi takut dengan setiap komen anda semua...Benarlah, dialam maya yang penuh dengan kekaburan dan identiti yang misteri mengundang pelbagai persepsi. Penilaian hanya melalui entri dan komen bagaikan mentafsir segalanya baik dan bagus.

Bagaimana kalau realiti tidak seperti apa yang anda bayangkan?

diharapnya begitulah.. :) selamat berkenal-kenalan.. mama rasa mama nak buat entry mengenai diri mama sendiri, biar orang dapat tahu siapa disebalik blogger ini.. ermm.. sesuai ker? hihi..
berangan je..

hainom OKje delete icon 1:18 PTG

Ooo....gitu over namanya hehe...OK jerr....

sejujurnya saya suka n3 segar dan relaks dalam blog BM, selain BM antara yang KA tgk rajin ber BW, berkomen dan sentiasa komen yang dititipkan dengan ikhlas & jujur...

done sedekah nuffng juga yer !

Oh, saya tidaklah pakar bahasa. Cuma guru bahasa Melayu sekolah rendah sahaja. Bagi saya BM sudah cukup baik penulisannya, memandangkan bidang yang ditekuni engineering. Ada yang bidang bahasa pun, tunggang langgang lagi.

Saling tegur menegur, menjadi amalan mulia.

Ummi Kami delete icon 10:48 PTG

InsyaAllah kalau hati beralaskan keikhlasan, pasti ada kebaikan.. :)

KA juga antara yang terawal dan amat menyokong saya...terima kasih yang tidak terhingga.

Terima kasih Ummi kerana sentiasa menyokong. Maaf...kalau akhir2 ini tidak dapat nak singgah spt selalu...

PakcikLie PCL delete icon 12:53 PTG

terima kasih BM, kita di landasan yg sama..saling membantu dan ingat mengigatkan dalam segala hal yg bersangkutan walau kita tak pernah di alam nyata.

masih belum sempat kenal lebih dekat dgn BM ni....tapi first impression tu dah ada dah sikit2....hehehe....kalau ikutkan, cara penulisan tak dapat nak menggambarkan diri seseorang tu secara tepat...maklumlah bila menulis kita boleh padam dan betulkan ayat...bila marah kita boleh cool down dulu sebelum menulis kata2 balas....kalau nak tahu kena tgk seseorg tu dgn mata kepala sendiri mcm mana dia handle sesuatu situasi....apa2 pun, mcm mana pun ciri2 individu tu tak penting...yg penting kita terima dia seadanya sebagai rakan blogger...

Bin Muhammad delete icon 11:40 PTG

Saya suka pandangan anda yang lebih kepada umum...yg penting adalah apa yg disampaikan.
Thx Hatimi :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap