بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Teknologi Hijau Memelihara Alam SekitarAssalamualaikum dan salam sejahtera. Alangkah nyamannya jika persekitaran kita masih kekal dengan keindahan alam semulajadi yang menghijau. Buka sahaja pintu rumah... terus menyedut udara bersih dan segar. Di sapa pula oleh angin bayu lembut yang membisikkan salam menyambut kehadiran kita di pagi nan indah ini.

Di sekeliling rumah, pelbagai pepohon tumbuh subur menghijau menyejukkan mata yang memandang.

Terdengar suara kicauan burung yang riang keluar mencari makan. Terlihat pula rama-rama pelbagai warna bebas berterbangan sambil sesekali singgah di bebunga yang mekar berkembang. Sayup-sayup pula kedengaran deruan air terjun, umpama melodi indah menjadi terapi yang menenangkan.

Namun... ianya hanyalah satu mimpi yang indah dan tidak mungkin menjadi kenyataan andai kita tinggal di kawasan bandar dan kotaraya. Walaupun kita tidak dapat menikmati kehijauan, ia tidak bermakna kita tidak boleh dapat menikmati udara yang bersih dan nyaman.

Teknologi Hijau Memelihara Alam SekitarTeknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar
 kediaman idaman setiap insan

Teknologi Hijau

Dunia semakin moden dan ianya tidak dapat dielakkan. Semua orang mahukan hidup yang lebih mudah, canggih dan menyeronokkan. Teknologi terus berkembang namun kita tidak boleh mengabaikan kebergantungan kita ke atas alam sekitar.

Teknologi bukan sahaja untuk kemudahan tetapi juga untuk memelihara dan menjaga kehidupan kita dan alam sekitar. Disinilah bermulanya istilah 'Teknologi Hijau'.

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Teknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar


Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
  1. Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
  2. Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kerosakan atau kemusnahan alam sekitar.
  3. Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan 
  4. Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.


Objektif Teknologi Hijau
  • Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; 
  • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; 
  • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; 
  • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan 
  • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 

Teknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar


Sektor Utama Pelaksanaan Teknologi Hijau

1) Sektor Tenaga
  • Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan 
  • Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
  • Menggunakan sumber alam semulajadi seperti air, angin, cahaya matahari dan ombak untuk menjana tenaga

2) Sektor Bangunan
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan  pemusnahan bangunan
  • Mengetatkan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pembukaan penempatan baru serta penerokaan tanah.

3) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
  • Membudayakan amalan kitar semula bagi mengurangkan sisa buangan

4) Sektor Pengangkutan
  • Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. 
  • Menggunakan sumber tenaga yang mengurang pencemaran alam sekitar seperti solar, hidrogen, bateri, hibrid dan sebagainya. - sumber

Teknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar

Cintailah alam sekitar dan semoga teknologi hijau ini akan terus berkembang dan murah untuk diaplikasikan agar ianya menjadi satu keperluan dan kebiasaan dimasa hadapan demi kehidupan yang lebih sihat, aman dan sejahtera.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

29 comments - "Teknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar"

alam dan sekitarnya memang rusak karena dosa manusia semoga kita bukan penyebab kerusakan alam tersebut

Kalaulah semua kita mampu bebuat seperti itu kakak rasa denggi, taun, kecing tikus dan apa-apa penyakit dari binatang/unggas tak akan terjadi. Sekarang ni denggi sana-sini salah satu sebabnya kerana tak mampu berbuat seperti entri BM inilah..

Itu belum masuk panas berdenting sekarang ni sebab pokok dah makin kurang kan..

paridah delete icon 3:16 PTG

CINTAI ALAM SEKITAR AGAR ALAM JUGA MENCINTAI KITA N ALAM SEKITAR MELIMPAHKN BNYK FAEDAH KPD KITA...

sama2 kita cintai alam yang hijau..kalau bukan kita siapa lagi yg nak kekalkan keadaan ni..sama2 kita hijaukan bumi kita untuk warisan anak cucu kita akan datang...

Khir Khalid delete icon 9:49 PTG

Saya berpendapat memang sudah waktunya kita patut mempraktikkan segala pengetahuan yg ada utk memajukan teknologi hijau ini. Klu kita sekadar bergantung kpd kemajuan tanpa mempedulikannya... semakin teruk bumi kita.. sekarang pun dah mula terasa perbezaannya berbanding waktu kanak2 dahulu... banyak yg sudah tercemar... Bersama kita semua menyokong kemajuan teknologi hijau ini...Dunia sudah tua & semakin tua...

memang berlaku konflik antara mengejar kemajuan dan mengekalkan alam semulajadi

Unknown delete icon 10:07 PTG

susah juga klu kita sahaja yg nak praktikkan teknologi hijau . perlu ada kerjasama dari semua pihak ... impian utk memiliki rumah di atas bukit yg dpt melihat keindahan alam yg menghijau ...

Unknown delete icon 11:26 PTG

Hopefully sikit demi sikit negara akan berubah menjadi negara yang mementingkan keindahan alam dan berkempen untuk hijaukan kembali bumi kita.
Jika sekarang hanya sesetengah kawasan sahaja yang menjalankan kempen hijau ni...tp masih tak mencukupi. Satu negara patut bergerak di landasan yang sama.

natura delete icon 5:20 PG

Seharusnya manusia dan alam perlu bergabung.
Kena saling memahami fitrah alam itu sendiri.
Apabila tidak bergabung, tue yang semakin banyak terjadi bencana alam.
'

teknologi hijau atau rumah hijau..cuma belajar kat sekolah sahaja..
sekarang hanya ada kesedaran bahawa kurangkan pencemaran alam demi memelihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang..

Bersama memelihara alam sekitar dan hidupan. Praktik penggunaan tong sampah kitar semula masih di tahap rendah. Moga kita prihatin terhadap alam ini.

seronok nyer kan...lagi-lagi kalau kiter pegi kat padang golf tuh terus ternampak semua nyer menghijau..

HAMIDIsP delete icon 6:23 PTG

Malangnya pelaksanaan teknologi hijau menelan kos yang tinggi. Kalau tahap di Malaysia ni rasanya perlukan pendedahan dari peringkat sekolah. Siapa tahu 30 tahun akan datang, kita akan hidup dalam rimbunan kehijauan seperti 30 tahun lalu..:)

Unknown delete icon 3:23 PTG

Alangkah cantik dan damainya bila tinggal dirumah yang dikelilingi suasana alam semulajadi yang tidak tercemar macam ni...

BinMuhammad delete icon 11:39 PTG

Semoga tidak tergolong dalam golongan yang melakukan kerosakan itu... InsyaAllah...

BinMuhammad delete icon 11:46 PTG

Segala yang berlaku bukan disebabkan oleh makhluk lain... Ianya angkara manusia juga. Apabila musibah melanda...barulah tersedar namun tidak semua orang yg mengambil ikhtibar darinya...

BinMuhammad delete icon 11:46 PTG

Bersama kita cintai alam sekitar...semoga kehidupan kita lebih aman dan sejahtera :)

BinMuhammad delete icon 11:47 PTG

Ya! Untuk warisan kita! Bersemangat sekali Lya :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PTG

Teknologi dan kemajuan itu perlulah menyeluruh dalam segala bidang agar ianya seimbang. Kita telah merasai kesannya...apatah lagi dimasa akan datang... kasihan anak cucu kita...

BinMuhammad delete icon 11:51 PTG

Berlaku konflik apabila sesetengah manusia hanya pentingkan diri sendiri untuk mengejar nikmat duniawi... :(

BinMuhammad delete icon 11:52 PTG

Memang benar namun ianya amat mustahil... Jika kita mampu lakukan, lakukanlah...jgn peduli akan orang lain.

BinMuhammad delete icon 11:55 PTG

Biar sedikit dari langsung tak ada... dan bersama kita teruskan dan kempenkan... InsyaAllah, niat serta usaha yg ikhlas dan murni, pasti akan dipermudahkan...

BinMuhammad delete icon 11:57 PTG

Sudah tentu kita dan alam ini saling perlu memerlukan... Manusia & Alam bergabung... Meletop! :)

BinMuhammad delete icon 11:58 PTG

Kesedaran sahaja belum mencukupi jika tidak disusuli dengan tindakan dan perbuatan. Bersama kita pelihara dan cintai alam sekitar...

BinMuhammad delete icon 12:00 PG

InsyaAllah... jika dari anak2 kecil dan di sekolah2 ditekankan dan diamalkan... Akan datang, program kitar semula ini pasti berjaya!

BinMuhammad delete icon 12:04 PG

Padang golf! Haha... macam2 bayangan kalau ingatkan hijau :)

BinMuhammad delete icon 12:06 PG

Ya... Biar lewat dari tidak melakukan apa2... Walaupun bukan sekarang, mungkin masa hadapan ianya menjadi kenyataan

BinMuhammad delete icon 12:06 PG

Kediaman idaman setiap insan... :)

Sama² lah kita pelihara Peringatan utk diri sendiri juga nih.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap