Anda biasa melihat ikan pelaga atau ikan laga (Fighting fish/ Betta Splendens)? Sungguh cantik ikan ini, Keindahan ciptaan tuhan yang cukup mengasyikkan. Ianya merupakan ikan hiasan yang cukup mudah dijaga dan tidak memerlukan bekalan buih udara serta bekas yang besar. Ianya tidak boleh dicampur (sesama jantan) kerana ianya akan bergaduh, sebab itu digelar ikan laga.
Nikmati beberapa spesis, bentuk dan warna ikan laga yang pasti membuatkan anda terpukau dengan kecantikan dan keanggunan ciptaan Ilahi ini.
Daripada Wikipedia : Ikan Pelaga @ Ikan Laga
Pengelasan saintifik
- Alam: Haiwan
- Filum: Kordata
- Subfilum: Ikan
- Kelas: Actinopterygii
- Order: Perciform
- Famili: Osphronemidae
- Genus: Betta
- Spesies: B. splendens
- Binomial: Betta splendens
Ikan Pelaga @ Laga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan dengan ikan lain. Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air tawar yang dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.
Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai).Selain itu ikan pelaga juga dikenali dengan nama ikan laga.
1 comments
Wow...Betul2..Ikan nie mmg cantik dan mengasyikkan.. :D
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”