Kenali 2 buah masjid yang sangat terkenal di Negeri Selangor ini:

Masjid di Raja Sultan Suleiman

Masjid di Raja Sultan Suleiman ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke-5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda Sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhurkan sebagai Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.

Masjid Terkenal di Negeri Selangor

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.

Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini.

Masjid Terkenal di Negeri Selangor

1 comments

Khir Khalid delete icon 1:01 PTG

Sedari 1988 sehingga kini pernah dtg melawat ke masjid Shah Alam bersama2 keluarga, rombongan lawatan sekolah & kini singgah Jumaat & membawa keluarga pula.. sungguh bnyk kenangan tersimpan.. T kasih diatas perkongsian ye saudara BM. Mengembalikan nostalgia pulak bila baca entri & tngok gambar masjid Shah Alam tu.. :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap