Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sambutan hari keluarga dan sukaneka adalah merupakan salah satu aktiviti sihat yang dapat mengeratkan perpaduan dan ikatan sesama masyarakat dan ahli keluarga. Anda boleh lihat kemeriahannya di Sambutan Hari Keluarga Taman Rasa Indah. Aktiviti komuniti yang bukan sahaja mampu menghiburkan tetapi dapat merehatkan minda agar lari jauh dari segala belenggu rutin harian serta melupakan seketika akan masalah dan tugas.
Sambutan hari keluarga dan sukaneka ini bukan sahaja untuk aktiviti kanak-kanak tetapi kepelbagaian pemilihan acara penting agar setiap golongan dan peringkat usia dapat terlibat sama dalam kemeriahan ini.
Salah satu acara sukaneka yang amat menarik dan pastinya mengundang keceriaan untuk golongan/ orang dewasa yang sudah berkahwin adalah acara permainan 'Kanda! Dinda!'.
Bagi sesiapa yang sudah tahu, pasti akan mengatakan permainan ini cukup menarik dan menghiburkan. Ia bukan sahaja dapat memeriahkan suasana tetapi dapat melihat bagaimana eratnya hubungan pasangan suami isteri.
Bagi yang belum tahu bagaimana permainan kanda dinda ini dimainkan? Anda boleh ikut panduan dibawah ini.
Cara Bermain Kanda Dinda
- Penutup mata
- Bola
- Wisel
3. Bilangan peserta : tiada had, bergantung kepada keluasan tapak permainan dan pastikan peserta selesa bergerak
4. Lokasi permainan : kawasan lapang, rata dan tanpa sebarang halangan.
5. Cara bermain :
- Setiap pasangan akan ditutup matanya.
- Peserta dibawa berjalan disekelililng kawasan permainan sehingga mereka keliru lokasi dimana mereka berada. Lokasi setiap pasangan mestilah lebih kurang sama jaraknya agar ianya adil.
- Bola diletakkan didalam lokasi permainan.
- Permainan bermula apabila wisel ditiupkan. Isteri sahaja yang dibenarkan bergerak dan dikehendaki mencari suami dengan hanya boleh menyebut perkataan "KANDA". Suami pula tidak dibenarkan bergerak tetapi boleh menyahut panggilan isteri dengan menyebut perkataan "DINDA".
- Apabila isteri berjaya menyentuh suami dan pasti yang itu adalah suaminya, isteri perlulah segera membuka penutup mata dan melihat dimana kedudukan bola berada. Isteri tidak dibenarkan bergerak dari tempat pertemuan.
- Isteri akan memberi arahan kepada suami untuk mengambil bola tersebut dan arahan hanya boleh diberi dengan menyebut perkataan "KIRI" "KANAN" "DEPAN" "BELAKANG" dan "BAWAH"
- Wisel akan ditiup apabila ada pemenang iaitu apabila salah seorang peserta berjaya memegang bola dan permainan pun tamat.
Urusetia yang sedikit ramai diperlukan untuk memantau permainan agar peserta tidak terlanggar, terpegang, teraba atau terpeluk pasangan lain... maklum sajalah, mata tertutup. Takut-takut juga kalau ada yang saja nak ambil kesempatan pula...hehe! Oleh itu, kenali betul-betul suara pasangan anda!
Permainan sekaneka ini pula bukanlah sahaja untuk permainan orang dewasa tetapi boleh juga dimainkan antara ibu bapa dan anak-anak serta guru dan anak murid.
Permainan sekaneka ini pula bukanlah sahaja untuk permainan orang dewasa tetapi boleh juga dimainkan antara ibu bapa dan anak-anak serta guru dan anak murid.
Namun begitu terpulanglah...kerana pasti ada yang akan menganggap suakaneka di atas sesuatu yang negatif, maka buatlah penilaian sendiri dan jangan sekadar meletakkan hiburan dan keseronokan sahaja. Jika ianya mengundang sesuatu yang tidak elok, maka wajarlah jangan bermain acara sukaneka ini. Ianya hanya sekadar perkongsian idea.
Sukaneka Bukan Sekadar Hiburan
Hidup sihat dan cergas serta penuh harmoni. Itulah matlamat sambutan hari keluarga dan sukaneka ini dianjurkan. Sama ada sesama komuniti masyarakat, ahli keluarga atau sesama rakan sekerja, aktiviti ini pasti dapat memberi hiburan dan mengeratkan jalinan ikatan. Jangan lupa selitkan permainan kanda dinda ini jika anda menganjurkan acara sukaneka...
Author by Bin Muhammad
66 comments - "Acara Sukaneka - Dinda! Kanda Di Mana?"
menarik juga permainan ni
tapi kalau tersentuh pasangan lain mau jadi cerita lain BM...hehe
hehe..pastikan betul2 mengenali suara pasangan anda..
menarik ni BM, tapi jangan salah identify sudahlah nanti lain pula ceritanya nanti jadi...he he he...
wah.. menarik permaianan kanda dinda ini BM.. baru pertama kali aiza mendengarnya.. bagus sukaneka begini diadakan..
Betul2.. setuju sgt.. dulu saya pernah main waktu darjah 1 huhu.. lama dah. Mmg seronok ni.. T kasih atas perkongsian BM.. sgt menarik.. :) :)
raba punya raba sekali teraba pulak tok janggut.. hahahaha
skali tersalah laki daaa pffftt
Actually bestkan game ni.. boleh mengeratkan hubungan laki binik..
Kandaaaaaa yer Dindaaaa.. Auuuwww romantic jg kita berdua kan BM ;p
Assalamualaikum BM.. wahh menarik ni.. nak jadikan aktiviti hujung minggu la. hiewhiew. sheila singgah sambil menabung sini ~~~
okay, 1st time dengar pasal permainan ni.. tapi macam bahaya je.. kang jadi macam dalam citer musang berjanggut.. terpeluk bini orang lain.. x ke naya.. hehehe
Heee... bestlah game macam ini. Jgn salah tangkap kanda-dinda org sudah. Kalau dehem ke bunyi hihi... kan boleh dapat kenal juga - tapi pengelatlah ye.
Kakak dah senyum-senyum pula membaca N3 ini sebab membayangkan org dewasa teraba-raba mencari pasangan masing-masing:)
salam. waa..macam best ja game ni..tapi memang naya la kang terpeluk orang lain..malu tuu hihi
Sebab itu dah dinyatakan, perlukan lebih urusetia dalam permainan ini...
Itu hang la...saja ambil peluang, haha!
Sebab itu perlunya ramai urusetia dlm permainan ini agar menghalang perkara sebegini terjadi.
Takkan suara suami sendiri tak cam...hehe
Tak dapat bayanglah kalau Cik Jah main game ni...hahaha! Kalau buat family day, jgn lupa game ni ye!
Kadang2 saje je suami tukar suara lain...hehe
Nanti kalau jadi urusetia...syorkan acara ini ye
Siapa yang pernah main, pasti kata..."best!"
Waalaikumsalam... Tapi Sheila jgn main ye...tunggu lepas pantang baru buleh.
Kalau akak main mesti suka ngelat ni...hehe
Terbayang2 takpe jangan sampai termimpi2 mengigau sebut kanda! kanda! dah le...haruuuu :D
Terpeluk ka...atau saja peluk...hehe (gurau ye)
Sebab tu game ni perlukan ramai urusetia utk menghalang dr perkara tersebut berlaku.
Assalammualaikum...BM,
mselim3 baca sampai habis..syok lah game macam nie boleh mengeratkan hubungan suami isteri disamping adab2 dititik beratkan..
mselim3
pls: kalau terpegang suami atau isteri orang kes naya... nasib ada urusetia yg kawal.. bagus2.
Menarik permainan ni..mesti riuh panggil pasangan masing-masing..
wah menarik permainan nie ^_^ mesti seronok ^_^
Ada ye game ni, slm singgah ptg2 ni !
Good idea & menarik permainan ni ☺
Ingatkan uncle cari cik akak tadi.
Maklumlah lama menghilang nie hihi.
Hebat gak permainan nie.
Tapi takut juga tersalah orang hahah.
haha.. nasib mama tak jadik cikgu tadika lagi. kalau tak mama main permainan ni dengan budak-budak, dorang kalau mama ajar bab main ni, laju betul ... sebab mama pun kaki main jugak...
risau takut tersalah orang la pulak...hehehe
Waalaikumsalam... Kalau terpegang tu memang saja nak pegang le tu, hehe
Sememangnya riuh dan kecoh! Mana satu suara yang nak didengar...Orang kat luar pun sebok mengacau!
Itu namanya masih tak cam suara suami...hehe
Budak2 pun suka mainan ni... memang happening!
dia punya tajuk ... mengancam ! baru ni saya tahu permainan nih .
best permainannya.
Itu kalau salah pegang suami tu...bengang je..hehe
Wah tajuknya bikin panas BM. Dah macam tajuk lagi.....Nway first time dengar game ni..menarik gak...
macam menarik jer permainan ini....agak-agak boleh buat dekat anak2 juga nie... nak tau kalau2 anak2 boleh kenalpasti tak suara mak bapaknya... hehehe
Baru tau ada permainan yg begini. Jgn terpeluk pasangan org lain sudah. Haru jadinya nnti.
Saya dah agak, mesti isu terpeluk aje yg selalu dibangkitkan... :)
Sudah diterangkan, sebab itu perlu ada ramai urusetia dlm game ni utk mengelakkan kejadian spt ini...
Game ini bukan sahaja sesuai utk pasangan suami isteri, game ini juga sesuai utk ibu bapa dan anak... Ianya sekadar acara sukaneka tapi tidaklah sampai berlaku perkara yg tidak diingini.
Ya! Memang sesuai dan boleh dimain antara pasangan ibu atau bapa dgn anak2. Pasti menghiburkan! :)
Tak pula perasan tajuk ni panas... huhu, rasanya kena dgn game ni...
insya-Allah BM..
Ni kalau zirafah yg main, mesti risiko tinggi nak terpijak hippo ke.....tenuk ke....rusa ke...maklum ajelah kat zoo hehe....
menarik juga permainan ini..cuma perlu berhati-hati takut benda lain boleh jadi!
Nampak menarik permainan ni... cuma yang risaunya takut terpegang pasangan orang lain... hehe... telinga kena betul2 peka dgn suara pasangan... ^__^
sy merupakan salah seorang urusetia program... mcm besttt je.. seronok ni kalau buat kat budak2.. hehehehe sy cedok ye... tqqqq
Main dengan anak-anak pun ok juga kan..hehehe
Nampaknya zirafah terpaksa diharamkan dari bermain permainan ini...haha!
Dalam setiap apa jua permainan pun...kita perlu berhati2. Risikonya ada tapi perlulah ada kawalan dan pemerhatian yg sewajarnya...
Ya...tidak dinafikan ianya akan berlaku, jika itu dibimbangkan berlaku...tukarlah utk acara anak2 bersama ibu bapa. :)
Semoga ianya dapat menambah kemeriahan acara anda... :)
hahaa baiklah ~~~
seronok juga permainan ni kan?tentu penuh gelak ketawa sepanjang permainan di berlangsung...
boleh di syorkan pada jabatan nanti..selalu family day sukaneka utk suami isteri buat bola beracun..kaki tiga jer..
Pernah dengar permainan ni, tapi tak pernah main lagi.
Pernah tahu tapi xpernah tengok orang main. Saya fikir permainan ni 'bahaya' sikit...
Panas tu coz kita tak expect artikel ni pasal games..he..he..Nway apasal entry first tu tak ada kotak komen..Hilang ya?
Macam menarik jer tapi tapi jgn tersilap sudahh..
haru biru jdnyerr nanti ...
Nape tak leh komen kat entri depan tu ha.....mmg sengaja tak bagi org komen yeh....
Apa salahnya terngigau sebut kanda ...kandakan ada kat sebelah tu ha....terkam aje le hehe
mama nak komen artikel kemaafan tu tak boleh.. kenapa ni BM??.... hihi
hahaha.. mana ada.. kira kena fikir worst case scenario.. expect the unexpected.. heheh
Sesaja la tu BM nih...poyoo..hehehe..
Laa permainan rupanya.. Tp saya dan Mr.K xmunkin dpt main ni..hahaha.. sebab.. Masing2 malu nak sebut kanda dinda..hahahahaa
Hish....mcm berisiko jer permainan ni, tak mo main ar.....kalau terpeluk pasangan orang tak pasal pasal bedosa weyh...
risiko untuk berlaku perkara yang tak sepatutnya adalah besar.
baik tak payah
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”