Promosi-Buffet-Ramadhan-Casa-Ombak
Buffet Ramadhan Casa Ombak
Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak - Casa Creatives Kuala Lumpur. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak dari sebelum Bulan Ramadhan lagi pelbagai premis, katering, hotel dan restoren sudah mulai sibuk mempromosikan hidangan Buffet Ramadhan yang menarik sebagai tarikan dan pilihan terbaik untuk anda berbuka puasa.

Pelbagai cara dan teknik dilakukan untuk bersaing menarik pelanggan berkunjung menikmati Buffet Ramadhan yang ditawarkan. Persaingan sihat ini memberi banyak kelebihan buat kita (pelanggan) untuk memilih Buffet Ramadhan yang terbaik, menarik, berbaloi bagi memenuhi citarasa dan selera masing-masing.

Dari beratus-ratus tawaran dan hidangan Buffet Ramadhan dipelbagai tempat dan lokasi di tengah kota raya Kuala Lumpur, pastinya ada beberapa tempat yang paling menambat hati anda untuk dikunjungi malah ianya seringkali menjadi lokasi rutin atau kebiasaan setiap kali ingin berbuka puasa diluar rumah.

Bulan Ramadhan kali ini mungkin anda perlu berubah angin dan selera. Hidangan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang sangat istimewa di lokasi yang sangat menarik ditengah-tengah Kuala Lumpur ini wajar dipertimbangkan untuk menjadi lokasi dan hidangan Buffet Ramadhan pilihan terbaik anda!

selamat datang ke buffet ramadhan casa ombak
selamat datang ke buffet ramadhan casa ombak
Ditengah Kota yang penuh sesak,
Tersembunyi kedamaian nan selesa,
Buffet Ramadhan Casa Ombak,
Menggamit tetamu berbuka puasa.

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Menikmati Buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Ombak Creatives adalah satu pilihan tepat dan terbaik untuk anda menikmati hidangan berbuka puasa di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Sudah pasti menu hidangannya yang enak, menarik dan terbaik menjadi tarikan utama. Dengan konsep hidangan menu utama: masakan ala kampung, ianya sudah pasti menggamit selera anda yang rindukan keenakan masakan ibu di kampung.

Menu-Buffet-Ramadhan-Casa-Ombak

Sabar menanti bergemanya azan,
Hidangan Buffet pelbagai pilihan,
Rambang mata memilih makanan,
Masakan kampung tetap diutamakan.

Ditambah pula dengan hidangan juadah sampingan yang pelbagai jenis serta rasa, sedia untuk dinikmati. Minuman sejuk dan panas yang pelbagai perisa pula melengkap hidangan berbuka puasa. Tidak cukup dengan itu, stall-stall makanan juga disediakan untuk hidangan makanan yang panas serta segar yang sudah pasti memberikan aroma yang menambat selera anda. Jangan pula salahkan saiz meja jika tidak muat untuk anda meletakkan hidangan!

Suasana Di Buffet Ramadhan Casa Ombak
Suasana Di Buffet Ramadhan Casa Ombak
Selain dari menu hidangan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang terbaik, anda juga dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan tenang dan nyaman kerana dikelilingi oleh suasana damai nan indah didalam taman di halaman Banglo Casa Ombak. Ianya pasti akan menambat hati dan naluri anda.

Lokasi yang tersorok ditengah-tengah kesibukan kota, Casa Ombak Kuala Lumpur memberikan suasana kedamaian dan ketenangan yang sukar untuk anda nikmati ditempat lain di ibu kota Kuala Lumpur ini.

Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah pilihan tepat dan terbaik anda untuk berbuka puasa. Dengan tawaran harga yang berpatutan, pasti anda akan dijamin puas hati dan berbaloi!

Dalam keasyikan menikmati keenakan makanan disuasana nan indah dan nyaman, jangan lupa pula untuk bersolat. Disini, sebuah Surau yang amat selesa juga disediakan untuk kemudahan anda.

Suasana Di Buffet Ramadhan Casa OmbakSuasana Di Buffet Ramadhan Casa Ombak

Casa Ombak melengkap puasa,
Makanan enak di suasana tenang,
Tempat bersolat teramatlah selesa,
Perut kenyang hati pun senang.

Makanan Di Buffet Ramadhan Casa OmbakSuasana-Buffet-Ramadhan-Casa-Ombak
Suasana di Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak @ Ombak Creatives

Tiada keraguan terhadap status halal makanan Buffet Ramadhan Casa Ombak kerana ia dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera Islam dibawah Ombak Creatives.

Sebuah syarikat perkhidmatan dan pengurusan katering, event bagi majlis korporat, persendirian serta majlis perkahwinan termasuklah hantaran, andaman, dekorasi, kanopi, pelamin dan rekaan pakaian pengantin yang sungguh berpengalaman dan terkemuka di Kuala Lumpur.

Buffet-Ramadhan-Casa-Ombak oleh Ombak-Creative
"YOUR TRUE EXPERIENCE" - Ombak Creatives
Ombak Creative Syarikat terkenal,
Pengalaman bertahun kemahiran terbukti,
Tiada apa yang dapat disangkal,
Segala yang terbaik jaminan diberi.

Ombak Creatives dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun sudah cukup membuktikan kepakaran dan kemahiran mereka dalam bidang masakan dan pengurusan majlis yang pastinya memberikan perkhidmatan dan hidangan istimewa serta terbaik untuk anda nikmati di Buffet Ramadan Casa Ombak!

Menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sudah tidak sabar untuk menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur oleh Ombak Creatives? Berikut adalah butiran lengkap untuk informasi dan maklumat anda :

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak
  • Dewasa : RM 55.00nett
  • Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )
Untuk maklumat, hubungi Casa Ombak @ OmbakCreatives :
  • Tel No : 03 2181 8750
  • Call/Whatsapp : 013 268 0001 (Akma Omar)
  • Call/Whatsapp : 013 624 1417
  • Call/Whatsapp : 012 662 1062
  • Facebook page : Ombak Creative page 
  • Website : www.ombakcreatives.com
  • Lokasi : Casa Ombak, No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
  • Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak untuk individu, berkumpulan, keluarga serta syarikat juga sediakan. Anda boleh hubungi Casa Ombak Kuala Lumpur @ Ombak Creatives dengan kadar segera untuk membuat tempahan.

Di Casa Ombak indah mendamaikan,
Sabar menanti iftar dengan senyuman,
Buffet Ramadhan enak menyelerakan,
Pilihan terbaik tiada tandingan. 

"Nikmati hidangan berbuka puasa yang istimewa, enak dan menyelerakan dilokasi yang sungguh damai dan menenangkan ditengah-tengah ibu kota kuala Lumpur. Buffet Ramadhan Casa Ombak - pilihan terbaik anda!"

Buffet-Ramadhan-Casa-Ombak

Terima kasih bersama Relaks Minda... Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H

70 comments - "Buffet Ramadhan Casa Ombak - Pilihan Terbaik"

selesa berbuka dirumah ja...)

FaizAlias delete icon 5:21 PG

Semoga berjaya... :)

Buffet ramadhan yang disediakan oleh casa ombak memang terbaik. Salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimah.

akmaomar delete icon 6:33 PG

Assalam...terima kasih sudi join & support contest saya ni, semoga berjaya ya :)

Alhamdulillah TERBAIK la ..All the best BM

Kita belum lagi berbuka di luar rumah sendiri. Seandainya ada jemputan boleh kita pergi ke sana.... itupun percuma :P.
Semoga berjaya.

takat ni masih berbuka dirumah lagi...all the best BM

Tanpa Nama delete icon 8:36 PG

boleh try ni. tq for ur info. salam ramadhan BM

mselim3 delete icon 9:19 PG

Assalammualaikum.. BM,

review pasak buffet ramadan casa ombak nie memang terbaik. Good review suka baca.. kalau ada pelanggan nak gi ke casa ombak mesti tertarik..

mselim3

Fiza Rahman delete icon 10:04 PG

Buffet disana sini. Harapnya makanan setanding dgn bayaran.

jie susanos delete icon 10:46 PG

rasa nak pergi je bila baca review dr bm..hihi..all the best

AUC delete icon 11:26 PG

salam ramadan al mubarak

Sis Vee delete icon 12:56 PTG

semoga berjaya ... selamat menjalani ibadah puasa .

Salam Ramadhan. Thanks for the info BM :-)

OKje delete icon 1:50 PTG

Untung menang yek BM...hehe dapat makan free...
Salam Ramadhan BM...Ampun maaf andai terlepas kata hingga buatkan tuan hamba terkecil hati sampai tak sudi nak menjengan ambe lagi huhu

Montana delete icon 2:35 PTG

menarikk...selamat berjaya broo

Yana Yani delete icon 3:54 PTG

jujurnya saya tak pernah p bufet
agak mahal =)

Salam Ramadhan BM..

KHALID delete icon 4:55 PTG

Nice entry :)

Jom ramai2 kita berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD

BinMuhammad delete icon 6:38 PTG

Salam Ramadhan buat anda juga... :)

BinMuhammad delete icon 6:40 PTG

Waalaikumsalam... Terima kasih kerana terima penyertaan saya ini. Semoga adalah rezeki... :)

BinMuhammad delete icon 6:42 PTG

All the best buat Lya... Anda juga TERBAIK!

BinMuhammad delete icon 6:43 PTG

Samalah...hanya mengharapkan jemputan barulah merasa makan buffet ni... hehe

BinMuhammad delete icon 6:44 PTG

Air tangan akak juga yg terbaik! :)

BinMuhammad delete icon 6:45 PTG

Thanks MKL ")

BinMuhammad delete icon 6:45 PTG

Terima kasih Faiz ")

BinMuhammad delete icon 6:46 PTG

Samalah kita... Terima kasih KSD :)

BinMuhammad delete icon 6:47 PTG

Cubalah...lepas tu sertailah contest ini, ada rezeki boleh dapat duit raya... :)

BinMuhammad delete icon 6:48 PTG

Waalaikumsalam mselim,
Ye ke? Jangan sampai ada yg mengidam pula dah le...hehe
Terima kasih sahabat...

BinMuhammad delete icon 6:49 PTG

Betul tu... Tapi selalunya perut yg tak mampu... hehe

BinMuhammad delete icon 6:50 PTG

Jangan rasa jer... pergi terus, hehe
Lepastu boleh karang entri contest ni...ada rezeki boleh dapat duit raya :)

BinMuhammad delete icon 6:51 PTG

Salam Ramadan Al Mubarak.... Terima kasih AUC

BinMuhammad delete icon 6:52 PTG

Semoga Ramadan ini membawa kejayaan dan keberkatan buat kita semua...amiin

BinMuhammad delete icon 6:53 PTG

Salam Ramadan SY.... ")

BinMuhammad delete icon 6:57 PTG

Salam Ramadan OKje...
Bukan kecil hati dan bukan OKje seorang sahaja....semua blog sahabat xsempat nak singgah. InsyaAllah...selesai segala masalah, kembali spt biasa... OKje pun janganlah kerana saya xmenjengah, OKje pun xmenjengah saya pula...

BinMuhammad delete icon 6:57 PTG

Terima kasih Montana... InsyaAllah.

BinMuhammad delete icon 7:23 PTG

Saya pun kalau bukan atas sponsor... jgn harap le nak makan buffet. :)

BinMuhammad delete icon 7:24 PTG

Salam Ramadhan AB... :)

BinMuhammad delete icon 7:25 PTG

Jom! Jom! kita berombak di Casa Ombak... :)
Terima kasih Khalid

Tanpa Nama delete icon 9:36 PTG

all the best BM..

Selalu lalu di kawasan ni... mmg kena singgah juga nanti. Semoga berjaya BM.. :)

from the same contest ^^ good luck

arieon delete icon 3:47 PTG

Semoga berjaya. Saya pun ada sertai peraduan ni juga.. Hehe

titan delete icon 8:16 PTG

hoho..

ada cendol ke tidak kat buffet nih?

CIKGU NAMAN delete icon 11:16 PTG

salam ramadan

semoga berjaya ;)

BinMuhammad delete icon 11:23 PTG

Terima kasih Kathy

BinMuhammad delete icon 11:25 PTG

Oh ye ke... Boleh lah cuba dan join contest ni...

BinMuhammad delete icon 11:26 PTG

Thanks Precious Cla... Good luck 2U too

BinMuhammad delete icon 11:34 PTG

Semoga berjaya buat anda juga... Terima kasih arieon

BinMuhammad delete icon 11:35 PTG

Cendol banting tak laku di tengah2 KL...haha!
Nampaknya sifu tengah bw cari idea nak cantas ni... :)

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Salam ramadan cikgu dan semoga anda berjaya!

salam ramadhan BM. semoga berjaya. blog BM ada peluang baik nak rank google malaysia ni. :)

Bunda_nora delete icon 8:58 PG

Salam RAMADHAN AL MUBARAK..

terbaik larh

Assalamualaikum BM, semoga berjaya dan murah rezeki ya. hehehe bestnya, teringin gak nak ke sini~~~

Lizz delete icon 11:58 PTG

cantik-cantik gambar dekat entry ni

Blog Santai delete icon 5:24 PTG

Memang ramai yang join kan...semuanya bagus-bagus. Kalau ada rezeki adalah kan...Nway Good luck BM..

Admin delete icon 5:22 PG

Entri buffet ramadhan casa ombak naik elok je untuk blog ni dalam SERP. Bagus tul cara penulisan SEO blog ni sampai dah berjaya pintas banyak artikel lain ....

Pastinya seronok berbuka puasa di buffet macam ini.

Unknown delete icon 4:17 PTG

all the best!nice entry..jom berombak..hihi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Matt Fitt delete icon 12:24 PG

Review yg menarik. Mcm nak pergi tgh mlm ni jugak :)

Salam bro...terjah kembali..ekekeke... gudluck jugak bro... :D
http://www.shamphotography.com/buffet-ramadhan-casa-ombak/

Unknown delete icon 11:57 PTG

wah not bad....best juga entry ni, mana tahu boleh menang wang besar nanti ? ... anyway All the best ye.. saya ada hantar entry juga nanti boleh lah awak cekidout hehe

brohantu delete icon 12:09 PG

Tahniah.. semoga berjaya

Fendy delete icon 7:15 PG

Imej grafik memang tak terkalahkan! Mohon ziarah blog post saya dan bagi sedikit nasihat, http://lamansesawang.com/review/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

Ismail N delete icon 7:58 PG

Wah, gambar menu masakan kampung memang snap kat Casa Ombak ker? Menyelerakan betul.

Dunia Zumal delete icon 11:38 PTG

Semakin menjadi bualan orang tentang Casa Gombak nie... Teringin nak try ^_^

KamilSalleh delete icon 5:52 PTG

Wah lengkap dengan pantun lagi. Sungguh menarik-menarik...semga terus berada di kedudukan terbaik... peluang nak menang semakin cerah.

Jom Terjah Entri Berkaitan:

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sekian, terima kasih.....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap