![]() |
Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan |
Keindahan sesuatu yang sangat subjektif. Ianya merupakan pandangan mata yang di tafsirkan oleh pemikiran sebagai cantik, menawan dan mempersonakan.
Keindahan alam semulajadi merupakan keindahan alam tanpa sebarang perubahan bentuk oleh manusia. Alam semulajadi sudah cukup indah dan menakjubkan, tidak perlu sebarang perubahan atau penambahan oleh manusia.
Melihat keindahan alam semulajadi yang memberikan anda ketenangan. Tidakkah anda terfikir, bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam semulajadi boleh memberikan anda ketenangan? Kuasa apakah yang ada pada alam semulajadi? Sambil menikmati keindahan ini... renungkanlah sejenak...
![]() |
Menakjubnya alam ini |
Namun setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Ada yang menjadikannya. Sebagai manusia kita di beri akal fikiran untuk mengkaji dan menyelami bagaimana ianya boleh terbentuk mengikut logik akal dan saintifik namun akhirnya pasti akan membawa kita kepada penciptanya.
Alam ini ada penciptaNya. Keindahan ini ada yang menjadikanNya. Kita sebagai insan yang lemah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan itu semua. Alam yang luas dan pelbagai bentuk dan rupa untuk kita merenung betapa kerdilnya kita berbanding dengan penciptaNya. Maka hanya Dialah menjadi keagungan kita.
Alam semulajadi yang indah ini untuk kita nikmati dan untuk kita pelihara. Ianya penting dalam menstabilkan ekosistem bumi ini. Kemusnahan dan pembangunan yang berlebihan dan tidak terkawal akan membawa ketidakstabilan yang akhirnya akan berlakunya bencana alam seperti gempa, letusan gunung berapi, ribut taufan, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya.
Keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan. Keindahan yang memberikan kita kenikmatan ketenangan, kedamaian, keamanan jiwa dan minda. Alam semulajadi sungguh menakjubkan, memberikan kita kesegaran dan nyaman. Pelihara dan cintailah alam semulajadi.
Relaks minda anda dengan keindahan alam semulajadi yang menkajubkan ini... Syukuri nikmat dari Ilahi
Admin...
3 comments - "Alam Semulajadi Sungguh Menakjubkan"
Keindahan semulajadi ciptaan Tuhan vs. keindahan buatan manusia. Manakan boleh manusia kerdil menandingi ciptaan yang maha kuasa. Namun sebagai manusia sering alpa....sedihnya!
P/S: Bercakap untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya ;)
Thx MG kerana menghayati entri ini...
Sesungguh kita insan yg lemah, sering lupa. Kerana itulah kita perlu saling ingat mengingati :)
ternyata masih ada keindahan alam didunia ini
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”