Sebuah taman bunga yang indah biasanya akan ada pepohon merendang, bunga-bungaan dan sebuah kolam atau tasik. Ada juga taman bunga yang mempunyai sungai dan air terjun. Aliran air sungai dan bunyi deruan serta percikan air terjun memberikan irama yang mengasyikkan memberikan impak taman bunga yang lebih beremosi dan dramatik. 

Jarang sekali taman bunga mempunyai sungai berbatu-batu atau air terjun semulajadi. Oleh yang demikian ianya di reka dan dibina untuk mewujudkan seakan-akan ianya adalah semulajadi.

Nikmati taman-taman bunga yang indah disamping mempunyai sungai dan air terjun yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Bukan sahaja terpesona dengan keindahan tetapi juga dengan deruan air terjun yang mendamaikan serta menngasyikkan. Relaks minda anda...dan nikmati ketenangan dan kedamaian di taman bunga yang indah ini....  

Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga 
Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga 
Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga
Apabila anda berada di taman bunga yang di penuhi pepohon rendang yang memayungi pokok bunga-bungaan yang mekar berwarna warni pasti pandangan mata anda akan terpesona. Di tambah pula dengan keindahan kolam yang tenang dan jernih memperlihatkan ikan yang berwarna-warni berenang-renang riang. 

Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga 
Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga 
 
Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga
Itulah nikmat pandangan mata....Nikmat telinga pula dengan menikmati alunan bunyi air yang mengalir di celah-celah batu dan percikan air terjun yang mendendangkan irama yang sungguh merdu dan mengasyikkan.

Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga 
Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga 
Deruan Air Terjun Mengasyikkan Taman Bunga
Dari mata turun kehati...Dari telinga menusuk ke jiwa... Itulah nikmat keindahan yang memberikan anda ketenangan hati dan jiwa... 

Keasyikan menikmati keindahan taman bunga disulami dengan alunan air terjun yang mendamaikan serta menyegarkan... sungguh mempersonakan. Syukurlah diatas nikmat yang diberi... Alhamdulillah


Admin...

1 comments

Unknown delete icon 1:07 PTG

dmn itu tmpatx?
keren tuh buat liburan
:)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap