Anda mungkin pernah melalui jalan persekutuan dari Teluk Intan ke Slim River, Perak. Anda pasti akan melalui Pekan Bidor. Jika di hujung minggu atau cuti umum, pasti Pekan Bidor akan mengalami masalah jem yang teruk. Ianya amat menyiksakan.
Itu dulu, segala kenangan pahit serta kesukaran kini menjadi sejarah mana anda tidak perlu lagi untuk menempuh Pekan Bidor kerana sudah ada jalan pintas. Jika anda bergerak dari Bandar Teluk Intan, anda akan masuk simpang sebelah kanan sebelum anda sampai Pekan Bidor untuk melalui jalan pintas ini dan ianya akan keluar sebelum Pekan Sungkai.
Sepanjang jalan pintas ini anda akan melalui satu kawasan yang cukup indah pemandangannya yang berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa... Anda akan melalui kebun buah-buahan, tasik bekas lombong dan biasalah pemandangan di Malaysia, tidak sah kalau tidak ada kelapa sawit. Yang menariknya ada sebahagian jalan ini betul-betul membelah sebuah tasik lombong.
Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pemandangan indah dan menarik sepanjang jalan pintas Bidor ini yang pasti memukau pandangan...
Pemandangan Indah Jalan Pintas Bidor
Jalan raya yang membelah tasik lombong
Tasik lombong tinggal yang menarik pemandangannya
Air tasik yang tenang umpama cermin
Keindahan di kala mentari mula terbenam
Pemandangan menarik di kejauhan dikala hujan turun
Banjaran Titiwangsa yang berdiri megah menjadi latar belakang yang sungguh indah
Perjalanan yang pendek tapi penuh dengan suasana indah.
Awan bagaikan menyelimuti gunung-ganang yang memukau pandangan
Inilah jalan pintas di Pekan Bidor yang sungguh menarik dan indah sekali pemandangannya. Jika anda kesini, jangan lupa menikmati keindahan ini.
Terima kasih bersama Relaks Minda
Anda juga mungkin meminati :
5 comments - "Indahnya Pemandangan Jalan Pintas Bidor, Perak"
Nice and awesome photo...
Kwn2 sekerja selalu gi mancing kt sini
senang bisa berkunjung ke blog anda gan
keren dan bermanfaat sekali info nya
terimakasih, sukses terus
hi ini jalan dari sungkai ke kampong cold stream ke?
hi, jalan sungkai ke kampong cold stream ke?
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”