Eksplorasi kali ini menjejak kaki ke kampung ku...sebuah kampung di Bagan Datoh. Jika anda menyusuri jalan raya dari pekan Simpang Empat menuju ke Bagan Datoh, Anda akan dapati perkampungan hanya di sebelah kiri jalan manakala di sebelah kanan pula adalah ladang ataupun estet. Nama-nama kampung pula bemula dengan Parit...kemudian Tebuk...dan akhirnya Sungai...
Kampung ku seperti mana kampung lain di kawasan Bagan Datoh yang dipenuhi dengan pepohon kelapa, pisang dan sebatang parit di hadapan rumah. Kampungku tidaklah seindah mana namun ianya cukup indah dan nyaman bagiku. Nostalgia di waktu kecil kembali bermain diminda tatkala melihat gambar-gambar ini.
Teratak yang semakin usang...
Suatu masa dulu disinilah tempat mandi-manda yang paling menyeronokkan.
Pepohon nyiur bagaikan melambai-lambai kedatanganku..
Keadaan kebun dan keliling rumah yang semakin tidak terjaga
kerana semakin jarang-jarang pulang...
kerana semakin jarang-jarang pulang...
Bunga-bunga kertas yang menjadi kesayangan ibu ku kini semakin terbiar...
Pernah suatu ketika...parit ini tidak terjaga. Beginilah rupanya.
Parit yang banyak meninggalkan memori indah buatku
Hampir sepanjang jalan kampung di pagari oleh pepohon pisang...
Masih banyak ikan lagi diparit ini seperti ikan haruan, talapia, puyu, sepat, bulan dan macam2 lagi.
Sejauh mana pun aku merantau, kampungku tetap di ingatan.
Aku tetap akan pulang...Aku sayang kampungku...
Anda juga mungkin meminati :
8 comments - "Eksplorasi - Aku Sayang Kampung Ku..."
Kampung yang mendamaikan...rindu pula pd kampungku
Macam kenal jer tempat ni...apa nama kampung?
mcm dlm layar perak.. cantik la.
Thanks...
cantiknya kampung....
Biasalah keadaan kampung... Tenang dan sunyi. Penduduk pun semakin berkurang.
kampung sangat best :)
Kampunglah tempat yg paling best... Bilalah dpt tgok kampung Acik ni..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”