Eksplorasi kali ini kita ke Tanjong Karang yang terkenal di Selangor dan Malaysia dengan hasil tanaman padi. Antara kawasan yang mempunyai kawasan tanaman padi yang luas adalah di Sawah Sempadan, Kg. Seri Tiram.
Pemandangan indah kawasan sawah padi di sini mungkin tidak banyak beza dengan pemandangan biasa di kawasan sawah padi lain di Malaysia namun masih ada keunikan dan keindahan yang tersendiri.
Setiap kali pulang ke sini pasti akan rasa ketenangan dan kedamaian suasana desa yang jauh dari kesibukan dan pencemaran. Penduduknya yang ramah dan masih dengan semangat kejiranan dan muhibah yang kuat. Paling meriah tatkala kenduri kahwin yang masih mengamalkan gotong royong memasak dan rewang.
Nikmati gambar-gambar pemandangan sawah padi di Tanjong Karang dari juru kamera amatur ini...
Pemandangan Indah Di Sawah Padi
Sawah padi selepas bajak...air sedang memenuhi petak sawah bersiap untuk menabur benih. Dikala ini pemandangan umpama kotak-kotak kolam yang sangat luas...
Bagai di tepi pantai pun ada gak...
Proses menyulam padi... Ianya di lakukan untuk menyulam apabila ada anak padi yang tidak tumbuh, mati atau terjarak.
Proses penanaman padi di kala ini lebih cepat dan mudah di mana mesin mengambil alih tugas kuku kambing untuk menanam anak padi. Cara yang paling mudah di kala ini adalah dengan menabur benih terus ke petak sawah.
Padi yang menghijau umpama padang rumput yang luas...
Keindahan pemandangan di sawah padi diantara dua warna, bumi yang menghijau dan lagit yang membiru...
Pokok padi yang sudah mula berbuah menunggu masa untuk masak...
Sawah padi yang mula berubah warna kepada kekuningan...menandakan padi mulai masak
Lihat perbezaan warna antara petak sawah ini....Yang berwarna kuning itu menandakan padi sudah cukup masak dan sedia untuk di tuai...
Sawah padi yang cantik menguning...
Zaman telah berubah, tidak perlu lagi membanting tulang untuk menuai padi... Mesin memudahkan kerja dan menjimatkan masa.
Dari padi inilah terhasilnya beras yang menjadi makanan utama (ruji) bagi rakyat malaysia. Bersyukur dengan kesuburan tanah dan cuaca yang baik sesuai untuk penanaman padi yang memberi rezeki kepada penduduk desa.
Ketenangan Desa dan keindahan pemandangan dan suasana di sawah padi Tanjong Karang akan sentiasa menggamitku untuk pulang.....
Anda juga mungkin meminati :
Admin...
3 comments - "Pemandangan Sawah Padi di Tanjong Karang, Selangor"
makasih ya gan untuk infonya
bagus gan artikel nya
dan menarik untuk dibaca
dtunggu info selanjut nya gan
senang bisa berkunjung ke blog anda gan
keren dan bermanfaat sekali info nya
terimakasih, sukses terus
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”