Mentari semakin jauh dan jatuh di ufuk barat... Cahayanya cerah dan terang kini beransur-ansur bertukar menjadi jingga kemerah-merahan. Suasana menjadi semakin suram.... Senja pun menjelma...

Senja adalah satu ketika yang tidak lama dimana suasana yang berubah menjadi semakin gelap, menjadi sempadan antara siang sebelum bermulanya malam.

Pada waktu ini alam akan mengalami perubahan suasana.... Keindahan mentari merah di ufuk barat yang seketika ini amat mempersonakan. Warna alam mulai berubah dari terang menjadi semakin kelam... Langit membiru menjadi jingga kemerah-merahan dan beransur-ansur menjadi gelap. Mentari dengan perlahan menyorokkan diri tenggelam di ufuk barat...

Keindahan Alam Di Kala Mentari Terbenam

Relaks dan nikmati keindahan alam yang amat mempersonakan di kala senja mula menjelma. Keindahan alam dikala mentari mula terbenam... memberikan anda ketenangan jiwa dan minda sambil mengagumi kekuasaan Ilahi yang mengatur setiap aturan alam dengan amat sempurna sekali.

Keindahan Alam Di Kala Mentari Terbenam Di Ufuk Barat 

Sambil anda menikmati keindahan tatkala mentari TERBENAM di ufuk BARAT... Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai masa untuk bertaubat dan beramal kerana apabila mentari TERBIT di ufuk BARAT....anda sudah TERLAMBAT.... 

Mulakan bertaubat dan beramal pada hari ini juga, di saat ini kerana kita tidak tahu...mungkin mentari hari ini adalah yang terakhir terbenam di ufuk barat... Wallahualam...

Terima kasih bersama Relaks Minda

Admin...

2 comments - "Mentari Merah di Ufuk Barat...."

Hamba Allah delete icon 8:23 PTG

Terbaik...indah dan menginsafkan

Fendy delete icon 11:42 PTG

indah ciptaan Allah...subhanallah

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap