Iklan yang kreatif memberikan impak yang cukup berkesan kepada pengguna. Ianya tidak semestinya hanya paparan pada sebuah papan iklan atau bunting yang digantung dan dilekat pada dinding. 

Sebuah pengiklanan yang kreatif, bijak mengeksploitasikan keadaan dan suasana sesuatu tempat tersebut yang mana mempunyai kaitan dengan mesej atau produk yang di iklankan.

Hasil pengiklanan yang kreatif ini juga menghasilkan satu hasil karya seni yang amat menarik dan akan segera menarik perhatian sesiapa sahaja... Lihat sahaja beberapa pengiklanan kreatif di bawah ini yang dihasilkan secara cukup kreatif dan menarik dalam menyampaikan mesej atau promosi....

iklan kreatif
Lihat bagaimana iklan ini menggunakan latar belakang alam semulajadi 
untuk membuatkan papan iklannya nampak berubah di kala suasana dan keadaan alam berubah.

iklan kreatif
Iklan "liquid paper" ini menggunakan kesempatan dari warna belang dijalan
 untuk menghasilkan pengiklanan yang cukup menarik dan kreatif 

iklan kreatif
Iklan ini pula merubah sebuah hentian bas lau menjadikannya umpama sebuah ketuhar 
untuk menggambarkan kesegaran dan kepanasan makanan yang di sediakan...

iklan kreatif
Nampak cukup bersahaja...Iklan bateri duracell ini menggambarkan sebuah tangga bergerak 
seakan-akan dijana tenaga olehnya...

iklan kreatif
Jika anda terlihat...pasti anda akan menoleh! Itulah yang kaedah pengiklanan yang berjaya....
 Iklan pengeluar pisau ini berjaya melakukannya...

iklan kreatif
Iklan kit kat ini meggunakan kerusi tersebut umpama bar coklat... 

iklan kreatif
Tidak seperti tempat pemegang di dalam sebuah bas atau komuter yang biasa... Pengiklanan pembuat jam ini menggunakan kelebihan yang ada untuk mempromosi jam nya dengan cukup berkesan.

iklan kreatif
Satu lagi contoh pengiklanan yang menggunakan alam semulajadi untuk menarik perhatian dan memberi gambaran kegunaan produk dengan amat menarik sekali.

iklan kreatif
Pengeluar produk ini mengeksploitasikan keadaan dan rupa tempat dengan cukup berkesan untuk mengiklankan produknya...

iklan kreatif
Tidak terfikir akan sebuah suiz boleh dieksploitasikan untuk mempromosi sesuatu produk... Kreativiti dan idea yang cukup megujakan. Pasti sesiapa sahaja akan tertarik dan faham akan jenis produk yang di iklankan...

Oleh itu pengiklanan bukan hanya menjadi satu bahan promosi tetapi juga sebuah hasil karya seni yang sungguh kreatif dan menarik untuk dilihat. Ianya memerlukan idea dan kreativiti yang tinggi dan wajar dihargai.

Admin...

6 comments - "Pengiklanan... Hasil Seni Kreatif Yang Menarik"

Irkab delete icon 4:35 PTG

iklan yang last tu....cukup simbolik!

Anisa Anuar delete icon 10:02 PG

npe tak de kat malaysia ek

Mungkin pembuat iklan diMalaysia belum cukup kreatif atau kurang budget kot

Tanpa Nama delete icon 4:26 PTG

kt malaysia byk iklan bodek kerajaan yg menyampah...keterlaluan...yg meloyakan tekak

Unknown delete icon 2:09 PG

Iklan yang tip-top; a class of its own. Kalau dekat sini buat macam tu akan jadi satu isu @ kontroversi. Adakala kesian juga dengan nasib pengiklan tempatan. Kewibawaan, kepercayaan & kreativiti tersekat akibat banyak campurtangan. Kos juga salah satu faktornya.

BinMuhammad delete icon 10:24 PG

Setuju dgn pendapat anda MG. Sebenarnya orang kita tidak kurang kreatifnya tp ada saja yg menghalangnya...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap