Hari Binatang Sedunia

Setiap kali 4hb Oktober, merupakan hari binatang sedunia. Haiwan juga ada hari sambutan ye! Begitu penting haiwan kepada kita..Mmmm...Kenapa agaknya? Haiwan adalah antara hidupan bernyawa yang berkongsi hidup dengan kita didunia ini. Haiwan melengkapkan ekosistem dan rantaian hidupan di dunia ini. Ia juga merupakan sumber makanan utama manusia.

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebarang sebab dan tujuannya. Untuk kali ini kita kenali salah satu haiwan yang cute dan unik, iaitu... Burung Penguin.... Berikut adalah penerangan serba ringkas mengenai Burung Penguin. Mari kita kenalinya...

Burung Penguin

Burung Penguin (order Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hanya hidup di tempat yang sejuk di hemisfera selatan terutama di Kutub Selatan. Walaupun ianya tidak mampu terbang tapi ianya amat cekap berenang dan menyelam.

Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. Bergantung pada pihak berkuasa mana diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili spheniscinae.

Berikut beberapa foto Burung Penguin yang menarik....

Burung Penguin
"Hi! Saya Penguin" 

Burung Penguin
Penguin in meeting... 

Burung Penguin
"Oh! Sesatkah aku?" 

Burung Penguin
Gangster in the house! 

Burung Penguin
Out from water... 

Burung Penguin
Nikmati keindahan.... 

Burung Penguin
Salam perkenalan... 

Burung Penguin
Terima kasih ayah dan ibu kerana menjaga ku...

Burung Penguin adalah salah satu haiwan unik yang mempunyai ketahanan untuk hidup disuhu sejuk melampau. Sesungguhnya setiap ciptaan itu ada keistimewaannya.

Terima kasih bersama Relaks Minda

Admin...

1 comments

Tanpa Nama delete icon 11:19 PG

Cute...& fun

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap