Kita lihat lagi beberapa Menara Jam yang ada di seluruh Malaysia. Pelbagai rekabentuk dan senibina yang menarik. Lokasi nya juga tidak spesifik...ada di tengah bulatan, di padang, di taman reakrasi, di bangunan kerajaan dan macam-macam lagi.  

Pembinaan menara jam itu sendiri pasti punya sebab dan nilai sejarahnya yang tersendiri, maka tidak hairanlah rekabentuk binaannya juga agak unik dan tersendiri. Ada yang bercirikan budaya, keagamaan, kolonial dan sebagainya amat menarik bagaikan menyimpan pelbagai catatan memori bersejarah untuk generasi masa kini dan hadapan menilai serta mentafsirkannya.

Keindahan rekaan yang terus menjadi kajian dan rujukan akan betapa indah dan hebatnya hasil ciptaan dan senibina masa dulu yang kekal teguh berdiri merentasi masa. 

Kenali dan nikmatilah beberapa buah lagi keunikan dan keindahan rekabentuk Menara Jam di Malaysia... 

menara jam
Menara jam di Kuala Kangsar, Perak

menara jam
Menara jam di Bangunan Majlis Daerah Bera, Pahang

menara jammenara jam
Gambar kiri : Menara jam di Kuala Lipis, Pahang        
Gambar kanan : Menara jam di Kuala Selangor, Selangor

menara jam
Menara jam Lavender Height di Senawang, Negeri Sembilan

menara jam
Menara jam di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur

menara jam
Menara jam di Lubuk Antu, Sarawak

menara jam
Menara jam Maharani di Muar, Johor

menara jam
Menara jam Mahkamah di Kuching, Sarawak

menara jam
Menara jam di Kota Bharu, Kelantan

menara jam
 Menara jam di Kota Tinggi, Johor

menara jam
Menara jam di WP Labuan

Binaan Menara Jam merupakan mercu tanda dan warisan yang harus di jaga dan dikekalkan. Banyak kenangan dan sejarah berlaku di hadapannya. Ia juga merupakan hasil kepakaran dan kreativiti anak tempatan dalam bidang senibina dan rekabentuk. 
  

Admin...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap