Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
Buah Nipah antara buah yang kita kenali namanya
tetapi tidak tahu rupanya
Kadang kala anda biasa mendengar nama buah ini tetapi anda tidak pernah melihat bagaimanakah rupa buah tersebut. Itu adalah biasa bagi generasi sekarang kerana mereka lebih mengenali buah-buahan yang biasa terdapat di pasaraya dan popular sahaja

Buah-buahan yang hanya boleh kita dapati di perkampungan mahupun di hutan. Ada diantaranya kini semakin digemari ramai dan mula popular.

Buah-buahan ini wajar kita kenali kerana ianya adalah buah-buahan asal negara kita yang menjadikan negara ini cukup kaya dengan hasil dan spesis pokok yang unik dan menarik.

Kenali lagi beberapa spesis buah-buahan yang selalu juga kita dengar namanya tetapi tidak pernah kita lihat rupa asal buah dan pokoknya.


Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
        Gambar kanan : Ini pula rupa Buah Mas Cotek... Cukup terkenal sebagai herba untuk kesihatan

Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
        Gambar kiri : Buah apakah ini? Anda biasa minum...Inilah Buah Kacang Soya.

Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
Buah ini rasanya masam-masam manis...Ianya dikenali sebagai Buah Kundang atau Buah Staq.

Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
Buah yang banyak sekali khasiatnya....Buah Mengkudu.

Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
Cukup enak jika di buat sambal belacan....Buah Binjai 

Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
Nama satu tempat di Johor mendapat nama sempena nama buah ini....Buah Tampoi 

Buah Yang Biasa Dengar Namanya.. Bagaimana Rupanya?
Buah ini sudah mula banyak di jual, rasanya yang kelat-kelat manis dengan aroma yang sangat unik 
Inilah Buah Salak.

Di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja dari buah-buahan tempatan yang unik dan sukar di dapati tetapi biasa kita dengar namanya. Buah apa lagi ye? Mungkin anda boleh kongsikannya disini. Jangan sekadar tahu nama tapi tidak mengenali rupanya... nanti tersalah pula, kan malu sendiri...

Anda juga perlu mengikuti post berkaitan :


Admin...

1 comments

wantie delete icon 11:25 PTG

Alahai..... Dah lama tak mkn buah binjai tu. Pokoknya pun tinggi. Tumbuh dlm hutan plak.

Kat mana boleh dpt buah tu sekarang ni? Sib baik tak ngandung

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap