Iklan di Media Cetak

Pengiklanan di media cetak masih memainkan peranan penting walaupun berada dalam zaman multimedia dan eletronik sekarang ini. Media cetak masih menjadi pilihan ramai dan akan terus berkembang.
Pengiklanan di media cetak tidak lagi seperti dulu yang menulis cerita yang berjela-jela yang sudah pasti mengundang kebosanan dan kurangnya daya tarikan. Tapi kini...hanya dengan sebuah gambar, sesebuah iklan mampu menarik minat dan perhatian serta dapat menyampaikan maksud dengan tepat dan jelas.
Iklan perlu kreatif, unik dan mudah diterjemah agar dapat menarik pengguna dan orang ramai untuk melihat dan seterusnya berminat dengan produk atau mesej yang ingin di sampaikan. Biasanya ianya tidak menyampaikan maksud dan produk itu secara terus tetapi bermain dengan gambar-gambar yang simbolik yang menjadi perhatian dan menarik minat tetapi jelas maksudnya.
Berikut adalah beberapa contoh bagaimana dengan mengeksploitasi sesebuah gambar lalu menjadi sebuah iklan yang cukup menarik perhatian dan dapat menterjemahkan dengan baik sesuatu produk, jenama dan perkhidmatan serta mesej dengan cukup berkesan.
Berikut adalah beberapa contoh bagaimana dengan mengeksploitasi sesebuah gambar lalu menjadi sebuah iklan yang cukup menarik perhatian dan dapat menterjemahkan dengan baik sesuatu produk, jenama dan perkhidmatan serta mesej dengan cukup berkesan.
Seperti gambar diatas... Iklan kasut itu berjaya menyampaikan maksud seksi walaupun gambar itu bukanlah menggunakan model yang seksi. Pasti sesiapa sahaja yang memandang...akan menoleh semula untuk melihat dengan lebih jelas...
Sesebuah iklan yang baik tidak semestinya menonjolkan sesuatu produk dengan jelas, lihatlah iklan pisau ini, ia tidak perlu memaparkan gambar pisau dengan besar tapi kita faham akan betapa tajam dan bagusnya pisau tersebut.
Gambar kiri : Lihat betapa kreatifnya ia menggunakan medium yang ada bertepatan dengan media cetak yang digunakan untuk pengiklanan.
Gambar kanan pula memaparkan gambar yang sekali pandang anda akan faham akan kepentingan ubat gigi dan memberus gigi.
Gambar kiri : Anda jelas dengan maksud iklan ini? Ya! ...penyembur racun serangga itu amat berkuasa sekali!
Gambar kanan : Iklan yang menarik dengan unsur lucu...tetapi memberi maksud yang amat jelas akan betapa berkuasanya syampu itu melembutkan rambut.
Aksi yang bertepatan dengan slogan NIKE tersebut!
Iklan DHL ini berjaya menyampaikan slogannya dengan begitu kreatif sekali.
Bagaimana? Inilah teknik pengiklanan media cetak masa kini yang amat bijak bermain dengan kemahuan dan mudah menangkap perhatian pandangan serta minda. Itulah matlamat sebenar sesebuah iklan.
Para pengkarya iklan media cetak pasti memerlukan seseorang yang cukup kreatif dan mempunya idea yang canggih dan segar untuk menghasilkan sebuah iklan yang menarik dan bermutu. Kadangkala ianya membuatkan kita terfikir bagaimana mereka mampu mengeluarkan idea-idea yang cukup kreatif dan unik itu... Itulah anugerah Allah kepada mereka...
Anda pasti ingin mengikuti post yang berkaitan :
Admin...
12 comments - "Iklan Menarik Minat Untuk Di Lihat..."
bukan mudah nak menghasiklan iklan yg terbaik & menarik perhatian org ni kan BM !
hehehe..spiderman pun boleh mati..sebab dia termasuk dalam kategori serangga...tapi versi manusia..hehehe..
Colgate terbaik.. hehee. :D
Tergelak tgk gambar singa tu. Ada cerita di sebalik iklan tu. Nostalgia2.. haha.
setuju,,,colgate terbaik...
pasal iklan yg menarik ni, suka tengok iklan tv dari siam.. memmang kreatif2 belaka..
yang ayam dengan syampoo tu terbaik! haha
Bila tengok gambar2 ni tergelak sendiri.
Memang menarik iklan-iklan ni.
Banyak lagi idea yang orang boleh buat.
iklan yang lucah
iklan jorok ko0k hebat
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”