Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi: Alam semulajadi ciptaan Ilahi tidak terbanding indahnya. Keunikan dan kepelbagaian rupa alam sungguh mempersonakan. Di hias pula dengan kecantikan bunga-bungaan yang mekar berwarna-warni...sungguh mengasyikkan dan memukau pandangan. Dari pandangan mata terus menusuk ke hati, mendamaikan jiwa dan menenangkan minda.

Tiada ciptaan sesempurna ciptaan yang Maha Esa. Relaks Minda anda dan nikmati keindahan warna-warni bunga-bungaan dan alam yang sungguh menawan pandangan dan kalbu. 

Ciptaan Sempurna

 

Bunga-bunga yang berwarna-warni menyempurnakan lanskap alam yang sungguh indah. 

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi 
Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Air yang mengalir lembut dari pergunungan menuruni lurah melintasi halangan di celah2 batu yang mengalunkan irama yang merdu bagaikan pelengkap kepada keindahan pandangan mata. Nikmat kedamaian yang tiada tolok bandingnya.

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam SemulajadiKeindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Langit petang yang mewarnakan awan dengan warna jingga kemerahan menukar suasana alam yang cerah menjadi kelam dan suram, namun membawa satu keindahan yang sungguh mempersonakan. Nikmat keindahan yang seketika ini mampu meruntun jiwa yang dalam kesedihan.

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi 
Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Sinaran mentari membawa cahaya menyinari alam. Bunga-bunga mula mengembangkan kelopaknya bagaikan menadah nikmat yang di beri. Keindahan alam terserlah nyata... Warna-warna yang mencorakkan langit dan bumi... Terpaku dan terpukau olehku dengan keindahanmu

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi 
Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Nun tinggi di atas...langit terbentang luas... Di kejauhan, gunung dan bukit menjadi latar belakang. Di lembah pula, sungai dan tasik mengukir bentuk daratan... Dan lukisan alam yang indah ini diserikan pula oleh bunga-bunga mekar berwarna warni...sungguh mengasyikkan.

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi 
Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Hamparan permaidani indah bunga-bunga yang berwarna warni mencorakkan dataran di kaki banjaran yang tidak ternilai harganya, menyerlahkan keindahan alam semulajadi yang menusuk hati dengan nikmat ketenangan...

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi 
Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Bunga-bunga mekar menguntum...berwarna warni, menggamit setiap makhluk yang terpesona dengan kecantikan dan keindahanmu. Menjadi pujaan setiap insan dan melengkap keindahan alam.

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi 
Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Indahnya bunga-bungaan yang subur mekar...menyerikan alam yang suram. Menceriakan hati dan jiwa yang lara. Mencairkan ego dan melembutkan ketegangan... 

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Syukur ku dengan anugerahMu, bunga-bungaan yang cantik menawan 

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Bertasbihku dengan kebesaranMu menciptakan segala tumbuhan yang pelbagai bentuk, rupa, warna dan bau. 

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Bertakbir ku dengan kesempunaan alamMu yang saling memerlukan siang dan malam. Keindahan yang tiada batasan waktu... 

Keindahan Warna-Warni Bunga dan Alam Semulajadi

Bersujud ku padamu Ya Allah.... Keindahan ciptaan mu tidak terbanding. Bunga-bunga yang cantik menawan di latari lanskap alam semulajadi yang mempersonakan... Warna-warna indah memukau pandangan. Keindahan yang memberikan ketenangan, kedamaian dan keamanan hati, jiwa dan minda. 

Subhanallah... Alhamdullilah... Lailahaillallah...AllahuAkbar... 
Syukurku di atas nikmat dari Mu Ya Allah. 

Keindahan yang perlu anda nikmati:
- Keindahan Bunga dan Alam
- Anda Terpukau! Aku Terpaku

Admin...

1 comments

obat mata minus delete icon 29 Januari 2014 11:57 PG

cantiknyaaa....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap
Template By. Catatan Info - Edited By BM