Kesenian Islam terserlah dengan senibina indah sesebuah Masjid. Ciri-ciri utama senibina masjid yang berkonsep senibina Timur Tengah biasanya mempunyai kubah dan menara. Ianya semakin menarik dan unik andai senibinanya di gabung dengan senibina kebudayaan tempatan. Oleh kerana masjid terdapat di seluruh pelusuk dunia, maka kita dapat lihat pelbagai rekabentuk senibina yang sungguh menarik.
Masjid menjadi lambang kemegahan dan keagungan syiar agama Islam di sesuatu kawasan atau komuniti. Ianya menjadi satu tempat di mana komuniti Islam dapat berkumpul dan beribadat. Amat bangga melihat sebuah masjid berdiri megah di sesebuah kawasan atau negara yang penduduk beragama Islam merupakan komuniti yang minoriti.
Senibina Islam Terserlah
Keindahan masjid menjadi satu hasil kesenian senibina Islam yang sungguh indah dan menjadi tarikan dan rujukan setiap pencinta seni. Ianya melambangkan agama Islam juga maju dalam rekacipta, senibina dan keindahan serta kehalusan karya seni.
Kita nikmati dan kenali lagi beberapa masjid yang indah dan menarik senibinanya yang terdapat seluruh pelusuk dunia.
Masjid Besar Baru di Moscow, Rusia
Masjid di Jeddah, Arab Saudi
Masjid Ortakoy Mecidiye di Istanbul, Turki
Masjid Oussama Ibn Zatif di Setif, Algeria
Masjid di Paris, Perancis
Masjid Piyale Pasha di Istanbul, Turki
Masjid Rahman di Aleppo, Syiria
Masjid Rahmatul Islam di Bangkok, Thailand
Masjid di Mombasa, Kenya
Masjid Faisal di Conakry, Guinea
Masjid di Chiunda, Malawi
Masjid di Jeddah, Arab Saudi
Masjid di Karakol, Kyrgyzstan
Masjid di Portland, Amerika Syarikat
Masjid di Salaye, Liberia
Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.
Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #17 - Keindahan Senibina Masjid
Admin...
3 comments - "Post #18 - Keindahan Senibina Masjid"
amin..
memang cantik dan menarik senibina masjid-masjid ni.
alhamdulillah semua senibina masjid ni cantik2..
Terima kasih MamaRey dan Cik Tom kerana sudi singgah... Love U
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”