Ciptaan-ciptaan kreatif yang sungguh menarik dan menakjubkan. Kadangkala tidak terfikir bahawa sesuatu benda itu boleh di permudahkan dan di pelbagaikan fungsinya. Kreativiti yang memerlukan daya fikiran yang kreatif dan berinovasi

Kita nikmati beberapa hasil rekaan yang kreatif, menarik dan unik ini yang pasti membuatkan anda tertarik dan ingin memilikinya...

kreativiti
Beg sandang yang boleh di jadikan kerusi rehat. Bukan sahaja menarik, ianya mudah di bawa di samping mengekalkan fungsi beg tersebut. Kini anda boleh berehat sambil menikmati keindahan alam di mana-mana sahaja yang anda suka.

kreativiti rekaan
Selalunya di penjuru kabinet dapur, terdapat ruang yang sungguh susah untuk di letakkan mahupun diambil  barang yang di letakkan di situ. Rekaan ini menghilangkan ruang tersebut dan di ganti dengan laci. Masalah anda selesai dan setiap ruang di kabinet anda dapat digunakan dengan mudah dan semaksimum mungkin. . 

kreativiti rekaan
Rekaan kreatif ini bagi mereka yang masih rindukan buaian semasa kecil. Menarik namun praktikal ke?

kreativiti rekaan
Pernahkah anda lihat kanak-kanak begitu susah untuk membuka pintu kerana tombol pintu yang terlalu tinggi bagi mereka. Rekaan ini menyelesaikan segala masalah tersebut. Terdapat pintu besaiz kecil pada daun pintu. Penyelesaian masalah yang cukup mudah dan kreatif sekali.

kreativiti rekaan
Minat bermain pingpong? Namun meja ping pong memerlukan ruang yang luas untuk bermain dan mejanya perlu di alihkan setiap kali ingin bermain atau di simpan. Rekaan meja pingpong mini ini menyelesaikan segala masalah tersebut. Pintu yang boleh berubah fungsi menjadi meja pingpong anda. Sekarang anda boleh bermain pingpong di rumah mahupun pejabat tanpa perlu ruang  yang besar dan bersusah payah mengusung mejanya. Pastikan anda menggunakan pintu yang jarang sekali menjadi laluan utama!

kreativiti rekaan
Rekaan katil dua tingkat dimana katil di bahagian bawahnya boleh di ubah menjadi set kerusi dan meja. Sesuai sekali untuk bilik yang mempunyai ruang yang sempit atau terhad. Satu rekaan yang sungguh menarik dan berguna sekali.

kreativiti rekaan
Seringkali jika anda berkelah, anda pasti suka masak BBQ tidak kiralah sama ada di pantai mahupun di air terjun. Seringkali juga tempat untuk BBQ menjadi masalah besar untuk di bawa mahu pun untuk di sediakan. Rekaan set BBQ ini memudahkan untuk anda membawa set BBQ anda kemana sahaja. Rekaan umpama sebuah beg begitu kemas dan mudah sekali di bawa dan di gunakan.

kreativiti rekaan 
Rekaan ini lebih kurang seperti rekaan yang pertama tadi. Cuma kali ini begnya lebih kecil dan ianya menjadi sebuah kerusi biasa. Rekaan yang cukup praktikal. Rasanya cukup sesuai bagi mereka yang ingin pergi memancing. Hanya dengan satu beg...Anda boleh bawa segalanya. Ia juga sesuai untuk di bawa beriadah atau kemana sahaja yang memerlukan anda untuk duduk berehat seketika. 

kreativiti rekaan
Rekaan ini hanya sesuai untuk hidangan minuman untuk 2 orang dan keatas yang genab bilangannya. Kreatif dan memudahkan kerja. Sesuai sekali jika anda ada ramai tetamu.

kreativiti rekaan
Rekaan unik dan kelakar. Rasanya tak perlu kot! Tapi jika ianya perlu buat anda, ianya merupakan satu rekacipta yang sungguh kreatif dan menarik sekali. Ianya satu rekaan yang mudah dan menyelesaikan satu masalah kecil yang kadang kala bagi sesetengah orang ianya amat perlu.

kreativiti rekaan
Rekaan yang sungguh menarik sekali. Ianya menggunakan setiap ruang untuk di jadikan kabinet dan laci. Ruang di bawah tangga sering kali menjadi kosong yang tidak berfungsi. Pereka ini ternyata sungguh bijak dalam mengekploitasikan setiap ruang binaan tangga lalu di gunakan untuk dijadikan kabinet atau laci yang tertutup dan berguna. Tiada pembaziran dan sesuai sekali untuk rumah yang sempit dan memerlukan tempat menyimpan yang banyak dan tersorok. 

Pelbagai lagi rekaan menarik (sila klik) :
- Rekaan Kreatif yang Menarik

Admin...

1 comments

nadia nurul delete icon 3:01 PTG

macan mana nak dapatkan brg ni?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap