Assalamualaikum wbt....Nikmati alam yang indah dengan warna kehijauan. Jika mata anda keletihan...memandang skrin komputer berjam-jam, rehatlah seketika. Pandanglah keluar jendela. Lihatlah pepohon yang menghijau. Pasti mata anda mendapat kerehatan. Itulah  antara keistimewaan melihat warna hijau.

relaks minda hijau alam

Melihat keindahan alam yang menghijau sungguh menenangkan dan menyegarkan jiwa dan minda. Kehijauan alam menyejukkan mata memandang... Kehijauan alam memberi kedamaian...hati, jiwa dan minda. 

relaks minda kehijauan alam

Hijau Warna Ketenangan

Kenapa warna kehijauan itu cukup menenangkan? Istimewanya warna hijau kerana ia merupakan warna pilihan yang ada didalam syurga... Ia menjadi warna simbol agama Islam di seluruh dunia. 

1. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.” Ar-Rahman: Ayat 76

2. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.” Al-Insan: Ayat 21

Malah Nabi Muhammad SAW sendiri amat menggemari warna hijau... Lihatlah Kubah Masjid Nabawi itu sendiri berwarna hijau. 

Begitu istimewanya warna hijau sehinggakan tertulis di dalam Al-quran. Mari kita nikmati pelbagai keindahan alam yang menghijau kerana ia menyejukkan, menenangkan dan mendamaikan hati, jiwa dan minda.... Sambil menikmatinya...bersyukur diatas nikmat yang beri. Mengagumi kebesaran dan kekuasaan Ilahi...Allah SWT yang Maha Esa.

Alam Yang Menghijau

Rehat seketika dan nikmatilah suasana alam yang menghijau... Menyegarkan pandangan anda, merehatkan minda, menenangkan jiwa... (klik gambar untuk besarkan...ada akan terasa lebih nikmat)
relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam
Subhanallah... 

relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam
Alhamdulillah...

relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alamrelaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam
Laa ilahailallah...

relaks minda kehijauan alam 
relaks minda kehijauan alam 
 relaks minda kehijauan alam
Allahuakbar...

relaks minda kehijauan alam

Di ciptakan Allah SWT akan alam yang menghijau ini untuk kita nikmatinya bersama. Peliharalah keindahan semulajadi ini... Jagalah ia agar generasi akan datang juga dapat menikmatinya. Ingatlah...pepohon yang menghijau inilah yang menjadi sumber kehidupan setiap makhluk yang bernyawa... 


Admin...

20 comments - "Nikmat Keindahan Warna Kehijauan Alam..."

Hanif Idrus delete icon 12:10 PG

Gambar yang menenangkan minda

Begitulah hendaknya...
Terima kasih HI.

UmmiKami delete icon 7:10 PG

Salam kelip-kelip cahaya fajar :)

Cantiknya....sejuk mata memandang...Subhanallah!

UmmiKami delete icon 8:34 PG

Salam manis di pagi hari :)

Tumbuh seroja di dahan mati,
Pesona pagi bercermin biru;
Sungguh teruja bisikan hati,
Ke mana pergi komen yang dulu. :)

Waalaikumsalam...Ummi :)

Itulah nikmatnya bila melihat keindahan ciptaan Ilahi.

Waalaikumsalam Ummi,

Entahlah...intense debate ni problem, boleh hilang tiba2 jer.
Xtaulah kenapa? Sekarang ni pulak account pun xboleh buka.
Balik ke asal ler...

Enaknya nasi berlauk kuah,
Makan bersama ulam pegaga,
Dah tak de gading bertuah,
Tanduk pun berguna juga.

daniel delete icon 12:26 PTG

Salam

Memang kena dengan nama blog.. setiap N3 boleh relaks minda.. di samping menyelitkan nasihat yang bermanfaat.

Bin Muhammad delete icon 12:42 PTG

Waalaikumsalam daniel,
Terima kasih diatas kesudian anda singgah disini.
Berkunjunglah selalu untuk merehatkan minda barang seketika....;)

Subhanallah ! cantiknyaa... Subhanallah hijau memang mendamaikan... tenanggg,, suke wrna hiau :D

Alhamdulillah tenangkan bila tengok all the green..so cool and calm..

Salam,
Alhamdulillah...gembira bila mesej dan objektif dapat sampai pd anda.
Terima kasih Mar.

Tetima kasih...
Semoga ketenangan sentiasa bersama RZ

yeah, bila stress elok la tengok gmbar pemandangan yg hijau.
blog saya pun kaler hijau jugak..heheh

Hijau itu warna yang memberi ketenangan...
Betul lah...xperasan background hijau le.
Thanks Nick.

alhamdulilah tenang bila tengok gambar nie :)

Alhamdulillah juge krn samapi maksudnya...
Terima kasih Acik

mmg suka warna hijau ni... indah sgt!

Bin Muhammad delete icon 12:01 PTG

Warna hijau memang warna kesukaan ramai,
Ianya memberi ketenangan. Thanks KA

syahirah delete icon 9:36 PTG

subhanAllah. sejuk mata haa ~
minda pun relax je.
nice sharing

Alhamdulillah...itulah matlamat saya.
Terima kasih berkunjung kesini.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap