Relaks Minda anda seketika...Berbuai Bersama Keindahan Alam Semulajadi: Bayangkan di saat ini anda berada di suatu tempat yang nyaman dengan udara yang segar, tenang dan damai....sambil berbaring berbuai di atas buaian.
Di kelilingi pula dengan keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan. Tidakkah anda ingin berada di tempat sebegini? Merasai nikmat alam kurnian ilahi sambil berbuai umpama bayi yang di dodoi didalam buaian... :)
Terbuai Bersama Keindahan Alam Semulajadi
Berbuai sambil menikmati menghembus lembut bayu yang sejuk dan segar. Nyamannya bertiup, menyapu lembut ke wajah, bagaikan dibelai-belai dengan penuh kemesraan.
Tatkala mentari bersinar terang, menerangi alam dengan bahang kepanasan, anda pula di payungi pepohon merendang yang subur menghijau. Menyejukkan bahang kepanasan, menyegarkan jasad yang sekian lama rindukan kerehatan yang mendamaikan...
Pepohon yang melambai-lambai bagaikan menari-nari memberikan hiburan tatkala anda sedang asyik di buai menikmati alam semulajadi yang tiada bandingan keindahannya. Tidak pernah jemu memberi perkhidmatan secara percuma...Nikmatinya sambil berbuai di buaian...Sungguh nikmat hiburan alam ini...
Di kala ini, anda hanya di temani alam yang indah, jauh dari kesibukan, kebisingan dan kekalutan. hanya nikmat ketenangan dan kedamaian. Pastinya berbuai di tepian pantai menikmati langit dan laut yang membiru bagaikan tiada penghujungnya menmberikan anda kerehatan maksimum buat jasad dan minda.
Sedang enak di buai, di temani pula nyanyian merdu deruan ombak menghempas pantai. Bersaksikan langit membiru dan pantai yang memutih, begitu mengasyikan dan pastinya anda tidak mahu kehilangan nikmat yang beri ini. Anugerah dari Ilahi.
Alam semulajadi yang indah buat santapan mata, kerehatan jasad dan ketenangan minda. Kesemuanya menjadi lebih nikmat dengan berbuai di buaian sambil merasa nyamannya hembusan angin yang menyegarkan disertai pula keasyikan melodi ombak yang berlagu merdu diiringi tarian pepohon yang meliuk-liuk dan melambai-lambai. Kesempurnaan rehat yang tidak terucap!
Begitulah nikmat nya alam. Memberi kita ketenangan, kedamaian dan kesegaran. Hargailah dan limpahkan kasih sayang kita kepada alam dan penciptanya.... Bersyukurlah diatas nikmat yang diberi...Lafazkanlah Alhamdulillah.
Hanya Allah selayaknya menerima segala puji-pujian dan ucapan terima kasih diatas kurniaan yang tidak ternilai ini. Hanya dialah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa mencipta segalanya buat hambanya menikmati sambil mengagung akan Kebesaran Ilahi...AllahuAkbar!
Pergilah bercuti...dapatkan kerehatan yang jauh dari kesibukan dan kehidupan harian anda. Nikmati ketenangan dan kedamaian berbuai bersama keindahan alam semulajadi.... Relaks kan Minda anda... :)
35 comments - "Berbuai Bersama Keindahan Alam Semulajadi"
Hmmmm.... seronoknya dapat bersantai2 kat tepi pantai....
memang akan rileks minda kita.
btw , nak tahu cara dapatkan kesihatan dengan lebih baik ?
baca sini ,
http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/03/buang-toksin-dari-badan-anda-untuk.html
tenang dan mendamaikan...
Pastinya aktiviti yg amat kita ingin nikmati di waktu cuti sekolah ini.
Ibu xpergi bercuti?
Terima kasih Wana krn sudi berehat minda seketika di disini :)
Thanks Najihah...Semoga anda terbuai tenang :)
wahhhh seronoknya, tahun lepas punya vacation semua pantai. tahun nie semua panjat bukit pulak :D
Salam semanis-manis madu :D
Ketumbar dan pandan sudah di tangan;
Dalam gerimis sedikit rindu.
Khabar badan apakah gerangan.
Kelam syahdu dingin sepetang,
Syahdu meruntun titis melanda;
Salam merindu di angin melintang,
Rindu berpantun di Relaks Minda.
Sulam kebaya minta dijual,
Bersantun-santun irama lama;
Di alam maya kita berbual,
Berpantun-pantun bersama-sama.
Melangkah ke pasar kemana arah,
Mula menjual delima mempelam;
Alangkah segar pesona anugerah,
Bila berbual bersama alam.
Kalaulah rapat bumi berlaut,
Takkan laut berundur petang;
Kalaulah dapat Ummi berpaut,
Akan ku paut di nyiur sebatang.
Terimakasih, gambar pemandangan terlalu cantik...:D
Aduhai, cukup2 mendamaikan, membayangkan keadaaan ini rasa nak pejam mata sekejap kat office ni hehehe
Bestnya berdua saja bersama suami tercinta kt tmpat damai mcm ni..
Tenang... Lupa nak bgtau. Ur name sejibij nama adik saya. :)
Wah! Menarik tu... Panjat bukit! Aktiviti yg sungguh menyeronokkan!
Eh! Jgn terlelap di opis...Naya nanti. Tapi itu tandanya dah lama xberehat dan bercuti...hehe! Apalagi KA, luangkan sedikit masa, pergilah melancong, jgn melencong pule..
Elok sgt Meiza...Apa salahnya honeymoon lagi...
Gunakan peluang semasa masih berdua lagi ni sepuas2nya!
Eh...ye ke? Nama sama itu biasa tapi orgnya xserupa... :)
assalam, indahnya alam ciptaan Ilahi..
Salam Ummi...Lama menanti akhirnya muncul kembali :)
Sungguh teruja! Rindu berpantun terubat jua...
Dalam gerimis seulas rindu,
Lembar balik terpahat sentosa,
Salam manis berbalas madu,
Khabar baik sihat sentiasa.
Syahdu meruntun titis melanda,
Gigil meruntun terkenangkan tawa,
Rindu berpantun di Relaks Minda,
Sambil berpantun menenangkan jiwa.
Sulam kebaya minta dijual,
Didada hampa lupa mengira,
Dialam maya kita berbual,
Tiada rupa tanpa suara.
Lenguh kepasar kemana arah,
Mengukur kertas dengan talipita,
Sungguh segar pesona anugerah
Syukur diatas Keagungan Pencipta
Takkan laut berundur petang,
Berlabuh dijeti mengolek kolek,
Jangan di paut nyiur sebatang,
Terjatuh nanti tergolek-golek...hehe
Terima kasih Ummi... :)
Waalaikumsalam...Semoga ianya dapat membuai Bunda dan memberi ketenangan buat seketika.
Bila tengok gambar-gambar ni, rasa kena aje dengan nama blog ni..relakss minda..memang relax !!!!
Itulah matlamatnya...Alhamdulillah ianya dapat menepati tema...
hari biasa, dok kedah puas nampak bendang terbentang..nampak laut, nampak sungai.
cuti kali ni terbalik pulak, ke bandar, nampak jammed di jalan, nampak bangunan saja
bestnya kalau ada berehat di buaian dan sambil di temani deru ombak wow..
Teringat masa kecil dulu , ada buaian kat pokok rambutan dan di bawah rumah . Bila tengahari , kat situ la cari kedamaian . Angin bertiup sepoi - sepoi sangat mendamaikan ... kini, hanya tinggal kenangan ...
Melihat gambar ini ...
terasa muncul aura positif aku ...ehhehehe
Bila dah selalu dgn suasana damai dan tenang, menjengah sahaja ke bandar pasti pusing kepala dibuatnya. Tapi sekali sekala pastinya membuka minda dan dapat merasai pula keindahan dan kesibukan suasana kota.
Sesekali Acik kenalah juga keluar dari kepompong kehidupan harian (masa cuti semesta ke), pergilah menikmati ketenangan dan kedamaian bersama alam semulajadi...Refresh your mind!
Kenangan suasana di masa lampau tidak akan dapat kita nikmati sekali lagi...kenangan meninggalkan memori indah buat ingatan...
Tuan HI,
Aura positif macammane tu? Pelik dan menarik bunyinya :)
Salam berupeh pinang semayang.. :D
Bersiar ke laut bercucur petang,
Pantai berkolek selayang ribut;
Biar berpaut di nyiur sebatang,
Andai tergolek ada yang sambut.
hmm, memang sungguh mendamaikan bila tengok gambar2 tu semua...
Waalaikumsalam... Selamat datang,
Salam disambut dengan riang... ;D
Candak selayang ditepi laut,
Gula halwa terlekat di rambut,
Tidak terbayang Ummi berpaut,
Leka ketawa tak sempat sambut... hehehe!
Thx Alyn krn sudi relaks seketika di sini :)
Blog Ummi ada Malware! Sila check! Mungkin dari salah satu URL Bloglist. Selagi ada, pengguna Chrome xboleh masuk blog Ummi!
Subhanallah awattt comel sgtt gambar2 ni.. Subhanallah Wabihamdihi :)
Jika inginkan ketenangan seketika, jgn lupa ke mari ye :D
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”