Assalamualaikum...Mata Anda Penipu Atau Anda Tertipu?? Mata anda menipu atau mengelirukan otak! Tidak mungkin...tapi terimalah hakikatnya yang ianya adalah realiti! Itulah yang di namakan ilusi optik.
Sesuatu gambar yang di lukis atau di ambil begitu unik sehingga adakalanya ia membuatkan anda terkeliru sejenak. Ianya menjadi satu ujian yang cukup menarik untuk anda melihat dan mentafsir sesuatu. Ianya juga dapat memberikan penilaian terhadap diri dan cara pemikiran anda.
Sesetengah dari kita menggunakan otak sebelah kiri yang membuat tafsiran secara terus tetapi fungsi otak sebelah kanan lebih abstrak...mampu memberi tafsiran yang lebih mendalam. Mata yang melihat juga perlukan penelitian yang lebih mendalam untuk mendapatkan sesuatu gambaran yang berbeza dan jelas.
Kita cuba beberapa ujian ilusi optik yang memerlukan anda membuat sedikit pemerhatian yang teliti agar fungsi otak anda dapat memberi tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu gambar atau tulisan.
Perhatikan kedua-dua gambar tingkap ini.
Gambar kiri : Adakah tingkap itu di kiri atau kanan dinding?
Gambar kanan : Adakah tingkap tersebut di sudut/bucu dalam atau luar dinding?
Pada pandangan yang pertama anda menilai, otak sebelah mana yang berfungsi dahulu. Jika anda nampak dinding kiri dan sudut luar bermakna otak sebelah kanan anda yang memberi tafsiran tersebut.
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar kiri : Anda melihat sekumpulan unta sedang bergerak...Mungkin anda menyangka ianya sebuah lukisan kerana unta tersebut berwarna hitam, perhatikan betul2...ianya adalah gambar unta yang di ambil dari udara...bentuk unta hitam itu adalah bayang-bayang unta tersebut!
Begitu juga gambar kanan...ianya gambar burung merpati dan bayang-bayang. Teknik fotografi yang sungguh menarik dan unik.
(klik gambar untuk besarkan)
Kedua-dua ini pula adalah gambar pemandangan...namun ianya memberi gambaran bentuk yang tersembunyi dan anda hanya dapat lihat apabila ianya bersatu dengan bayang di air. Ini mungkin mudah untuk anda kenal pasti.
(klik gambar untuk besarkan)
Ini pula merupakan hasil kreativiti seni yang membentuk sesuatu objek atau lukisan yang mustahil. Ianya adalah hasil dari pembentukan dimensi yang salah namun memberi satu karya seni yang menarik.
Gambar kiri : Lihat bagaimana terkelirunya pandangan kita dengan rupa bentuk set lego tersebut.
Gambar kanan : Bolehkah anda mengira berapa batang pensil yang terdapat pada gambar tersebut?
(klik gambar untuk besarkan)
Mata kita tidak dapat memberi pandangan yang betul dan tepat kepada otak jika ianya mempunyai warna dan bentuk yang mampu mengelirukan pandangan. Lihat kedua-dua gambar di atas...sesiapa sahaja akan melihat ianya tidak lurus!..Namun realitinya ianya lurus!
Ambil pembaris dan uji sama ada ianya lurus atau tidak...anda pasti teruja dengan keputusannya!
(klik gambar untuk besarkan)
Ini pula satu ujian yang menunjukkan sesuatu benda atau bentuk yang sama tetapi jika di susun dalam cara yang berbeza, ianya akan memberi nilai dan jawapan yang berbeza.
Sama seperti kita dalam membuat sesuatu keputusan, anda perlu membuat pelbagai teknik dan ujian agar anda mendapat keputusan yang berbeza sama ada ianya lebih baik atau sebaliknya agar anda dapat menilai yang terbaik sebelum keputusan muktamad di buat.
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar apa yang anda lihat... Kiri : seekor anjing yang sedang di hurungi serangga...tidak! ianya adalah gambar anjing di lantai...serangga tersebut adalah manusia! pengiklanan yang sungguh kreatif.
Kanan : Gambar seekor kucing sedang melompat...tidak! ianya hanyalah gambar seekor kucing yang sedang terbaring di lantai! teknik fotografi yang kreatif membuat kita tertipu...huhu.
(klik gambar untuk besarkan)
Ini merupakan trik biasa bagi sesuatu lukisan atau gambar yang memerlukan pemerhatian anda kerana terdapat gambar tersembunyi...Dapatkah anda jumpa gambar tersebut dalam 5 saat? Ianya menguji kecekapan otak anda mentafsir apa yang anda lihat.
Kiri : gambar bayi
Kanan : ada dua gambar muka
(klik gambar untuk besarkan)
Lebih kurang sama seperti lukisan sebelum ini, tetapi ini dalam bentuk gambar pula...
Di dalam kedua-dua gambar ini terdapat satu wajah. Dapatkah anda mencari wajah yang sedang memerhati anda itu?
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar kiri : Ini adalah ujian yang menarik untuk melihat bagaimana otak anda mampu mentafsir apa yang anda sebut sama dengan yang anda lihat...cubalah...adakah anda menyebut sama seperti warna yang anda lihat tanpa terpengaruh dengan perkataan tersebut? (Sebut dalam english juga)
Gambar kanan : Tidak kira bagaimana susunan huruf, yang penting huruf permulaan dan akhir mesti betul...anda pasti mampu membacanya...canggihkan otak kita!
(klik gambar untuk besarkan)
Gambar berikut ini merupakan ilusi yang di beri oleh pandangan mata yang di tafsirkan oleh otak. Otak kita tidak dapat memberikan gambaran sebenar kerana mata terkeliru dengan rupa dan warna yang membuatkan otak mentafsir yang ianya bergerak. (klik gambar untuk efek yang jelas)
Ini merupakan satu hasil seni yang sungguh mengagumkan! Ianya adalah satu lukisan yang di potong kepada tiga bahagian. Apabila 2 bahagian sebelah atas di tukar tempat, perhatikan perbezaanya. Kira jumlah 'wizard' sebelum (gambar atas) dan selepas pertukaran (gambar bawah). Bagaimana jumlahnya boleh berbeza??
(klik gambar untuk besarkan)
Cari kesalahan pada ayat di atas dalam masa 5 saat...
Buatlah penilaian dan ujian dengan teliti dan pelbagai agar anda mendapat pelbagai jawapan supaya anda dapat satu kesimpulan dan akhirnya tercapai satu keputusan yang terbaik... Dan jangan lupa memohon petunjuk dari Allah SWT...
Teruskan berilusi :
Ilusi Optik Distorsi
Optical Illusion...Words
Optical Illusion
Admin...
12 comments - "Mata Anda Penipu Atau Anda Tertipu??"
kenapa pemikiran dan pandangan kita sama.. ? sedangkan kita tertipu.. atau ada yang sedar akan ilusi optik tersebut?
Mata hanya memberi info apa yg dilihat kpd otak utk ditafsirkan. Sebab itu apa yg kita pandang sama dgn apa yg difikirkan.
Kelemahan pandangan atau ilusi optik ini terjadi kerana kelemahan pandangan mata yang memberi gambaran yg tidak tepat kpd otak utk ditafsirkan. Byk faktor menyebabkan ianya terjadi, antaranya adalah pandangan mata yg sudah lemah dan kurang fokus. Satu lagi adalah disebabkan fungsi otak kiri atau kanan yg mentafsirkan pandangan tersebut.
Ada pelbagai lagi faktor. Sebab itulah setiap orang mempunyai masalah ini, cuma tahapnya berbeza2 dan ada yg mampu mengesannya dan ada yg tidak.
Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak memberi anda kefahaman. Saya bukan pakar tetapi hanya memahami dari hasil pembacaan. Thx Mieza :)
mmg agak confius lah !
Thx KA...Menarik bukan Ilusi Optik ni
aah mmg failed la bab2 mata menipu ni.. yg mdh2 tu boleh lg tackle, jumpa la jgk.. tp yg rumit kemain tu berpinar2 mata.. dh la mata da 4 silap2 leh jd mata 8 hihi :D
Guna teropong pun boleh Mar...hehe
Thx
Assalammualikum....
Terima kasih relakss minda, memang menguji mata...masa pendidikan sains ini dinamakan illusi,,,
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih.....
mselim3
pls: mselim3 ambik lagu lirik nasyid nie...buat renungan ... relekss minda....
Waalaikumsalam Saudara Selim,
Kata2 yang sungguh mendalam maknanya...
Terima kasih :)
can you find THE THE mistake! p
Konfius saya dibuatnya.
Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
bikin pusing otak
Best!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”