Assalamualaikum...
Relaks seketika...Santai sambil menikmati keindahan alam ini... Nikmat Untuk Merawat Jiwa dan Minda. Berilah santapan buat pandangan mata anda sepuas-puasnya.
Indah, cantik dan mempersonakan... Itulah yang mampu kita ucapkan pabila melihat keindahan alam yang terbentang luas. Bagaikan ada kuasa yang mampu memberikan kita satu nikmat ketenangan dan kedamaian jiwa dan minda.
Tidak terfikir oleh akal fikiran...bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam mampu menghadirkan satu emosi dan perasaan tenang... Merawat jiwa yang kacau dan tertekan.
Itulah tanda kebesaran Allah SWT... Tanda KekuasaanNya yang tidak termampu kita rungkaikan. Alam yang terbentang indah ini adalah ciptaan Ilahi,
Kurniaannya kepada kita sebagai syurga di dunia, untuk kita nikmati sambil mengagungi KebesaranNya dan mensyukuri nikmat yang di beri olehNya.
Bersyukurlah diatas segala nikmat pemberian DariNya.
Berzikirlah sebagai tanda Mengingati, Memuji dan Mengagumi KebesaranNya
Ketenangan yang perlu buat setiap insan hanya diberi percuma oleh Allah SWT dengan cara yang paling mudah. Nikmati keindahan alam semulajadi yang mempersonakan.
Dari saat sinaran mentari mula menyinar menyinar menerangi alam, langit yang membiru di selaputi pula gumpalan awan. Laut yang terbentang luas, Angin menghembus lalu ombak menghempas pantai menandakan sempadannya dengan daratan.
Dari saat sinaran mentari mula menyinar menyinar menerangi alam, langit yang membiru di selaputi pula gumpalan awan. Laut yang terbentang luas, Angin menghembus lalu ombak menghempas pantai menandakan sempadannya dengan daratan.
Bukit dan gunung bagaikan memaksi bumi, dari ketinggian mengalirnya sungai membentuk tasik dan lembah. Pepohon menghijau di selikan pula dengan bebunga yang mekar berwarna-warni. Pabila mentari beransur menghilang, suasana kelam kemerahan lalu gelaplah alam.
Dilangit munculnya bulan dan bintang menyeri kegelapan. Seluruh isi alam berehat menanti munculnya kembali mentari di ufuk Timur.
Dilangit munculnya bulan dan bintang menyeri kegelapan. Seluruh isi alam berehat menanti munculnya kembali mentari di ufuk Timur.
Begitulah indahnya suasana alam yang sentiasa berubah setiap detik dan ketika. Nikmati ketenangan, kedamaian dan kesegaran untuk merawat jiwa dan minda dari sebarang tekanan dan kekusutan. Hargailah alam semulajadi, peliharalah ia kerana janganlah sampai ia bertukar membawa kepada bencana.
33 comments - "Keindahan Alam - Merawat Jiwa dan Minda"
singgah pagi jumaat , jamu mata dan membaca! tq share yer
Hari untuk menenangkan jiwa dan minda sambil merebut ganjaran berganda...Thx KA.
Baca sambil menjamu mata macam KA cakap...cantiknya tulips tu anyway...so fresh..
Ketenangan lahir dalam diri masing-masing; terpulang bagaimana kita gunakannya? Sangat cantik keindahan alam semulajadi. Thanks for sharing.
Selamat berhujung minggu dengan keluarga BM.
Terima kasih kerana sudi berehat seketika di Relaks Minda...
cantik..tenang serta menenangkan...
Terima kasih MG, semoga anda juga beroleh ketenangan dan kegembiraan di hujung minggu... :)
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Semoga anda tenang dan ceria sentiasa :)
Cantik dan menenangkan hati...
TQ Liza...Semoga gembira di hujung minggu...
Terima kasih diatas jemputannya :)
subhanaAllah mmg tenang :)
Terima kasih Acik...Semoga ketenangan dan kecerian buat anda di hujung minggu ini ;)
Subhanallah............ mmg cantikkk sgttt mane la BM jumpa gmbr2 ni... eh ke tangkap sdiri ? hehe Subhanallah mmg indah... siap ade bunga matahari, like3 :D
Malam bertirai muda lagi..
Salam ku sampai tanda nak pagi...=D
Pandai berenang di tepi selat,
Berjaga sengat si ikan pari;
Andai nak tenang tapi tak dapat,
Ku ingat-ingat hendakkan kemari.
Ummi berpantun lagi...
Membawa pinang bahu menyandang,
Badan berlelah lenguhlah sudah;
Berjiwa tenang mahu memandang,
Ciptaan Allah sungguhlah indah.
Bunga selasih belum direndam,
Pesona putiknya dimakan merpati;
Terimakasih seharum mempelam,
Kerana cantiknya berkenan di hati.
mmg damai rasanya..
Mana lah saya ada kemahiran dan dapat pergi tempat2 begini utk tgkap gambar2 ni. Hampir kesemuanya saya dapt dari FB. Thx krn sukakannya.
Terima kasih Izan, semoga anda tenang dan gembira sentiasa.
Salam...Subhanallah tenang je tengok gambar tu :) dpat mandi air trjun ngn pantai best jgak ni..
tenang je..tuan ni photographer ke???
Malam masih muda lagi,
Kusambut salam tanda belum pagi :D
Badai menyerang masa terhenti,
Serbuklah kari kutaburkan sebati,
Andai tak tenang rasa dihati,
Datanglah kemari kuhiburkan hati.
Senang hati, pantun dibeli... :)
Badan lelah lenguhlah sudah,
Gamat suasana tiada tandingan,
Ciptaan Allah sungguhlah indah,
Amat sempurna tiada bandingan.
Serilah kota bertahun menanti,
Pesona putiknya pastikan menjadi,
Darilah mata turun kehati,
Kerana cantiknya ciptaan Ilahi.
Waalaikumsalam...Hujung minggu ni luangkanlah masa beriadah, nikamati ketenangan bersama alam semulajadi.
Terima kasih berehat seketika di sini.
Saya bukan leh photographer, cuma seorang insan yg mengagumi keindahan alam ciptaan ilahi.
BM, dalam Quran ada sebut "namun hanya sedikit dari kamu yang bersyukur".. mudah2an kita semua tidak termasuk dalam golongan itu
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yg bersyukur....insyaallah.
Terima kasih Anim.
memang keindahan alam mampu membuatkan minda tenang, kerana pada lukisan alam itu terlukis keaggungan Tuhan
Subhanallah cantiknya pemandangan..sy suka letak gmbar2 mcm ni sbgai wallpaper kt hp..
Menarik sungguh kata2 cikgu...penuh makna dan berbahasa.
Terima kasih Etuza.
Pemandangan alam memang cantik, sempurna dan tiada bandingan.
Pemandangan yg menyegarkan dan tenang..
Salam...Datuk HI, muncul lagi mencari ketenangan...Terima kasih!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”