Assalamualaikum... Kita hidup ini bermula umpama sehelai kertas putih. Kosong.... tiada apa-apa pun, bersih dan suci. Sedikit demi sedikit ia di warnakan dan corakkan. Ada yang cantik dan ada yang kurang. Siapa yang mencorakkannya? Sudah tentulah ianya bermula dari ibu bapa kita. 

Dari merekalah kita mula mengenali hidup ini. Kita diberi makan dan minum. Kita dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Dari hanya tahu menangis, kita di ajar berkata-kata. 

Kita di jaga dari segala ancaman dan bahana. Kita di jaga dengan penuh kasih sayang. Permulaan yang cukup indah...Kertas putih mula berwarna dan bercorak dengan indahnya.

Kita di beri didikan dunia dan akhirat. Dihantar kita kesekolah dan mengaji. Kita mula dikelilingi oleh rakan-rakan. Ilmu semakin penuh didada dan pergaulan semakin luas. 

Kita telah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sedikit demi sedikit kita mula mencorak diri kita mengikut acuan kita sendiri. 

Kertas yang asalnya putih kini telah menjadi semakin bercorak dan berwarna-warni. Di kala ini, hanya kita yang mampu menjadikannya sama ada menjadi cantik atau sebaliknya. 

Gunakanlah segala ilmu yang telah kita pelajari, sama ada dari ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, gedung ilmu, pemerhatian mahupun pengalaman untuk mencorakkannya. Andai tersalah dalam mencorakkannya maka akhirnya kertas hanya akan di keronyok dan dibuang kedalam tong sampah!

kreativiti sehelai kertas putih

Seni Dari Kertas

Sehelai kertas putih begitulah kreativiti yang anda akan lihat. Relaks Minda anda dan lihatlah hasil seni kreatif hanya dari sehelai kertas putih tapi menghasilkan karya seni yang amat menarik!... 

Tanpa perlu sebarang warna untuk mencorakkannya, hanya perlukan sebilah pisau dan daya imaginasi... maka terhasillah hasil seni yang indah dan kreatif ini. 

kreativiti sehelai kertas putih
Lihatlah bagaimana dari sehelai kertas putih menjadi pelbagai rupa. Nampak mudah tapi ianya memerlukan seseorang yang cukup kreatif dan tinggi daya imaginasi...

Itu adalah keistimewaan bakat anugerah Ilahi namun, mungkinkah terhasil karya sebegini tanpa ada ilmu? Tanpa ada usaha dan bimbingan? 

kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih
Begitu juga dalam membentuk diri kita...perlu ada asas dan panduan yang kukuh untuk menjadi insan yang cemerlang. Hanya satu asas yang dapat mencorak dan mewarnakan kehidupan ini dengan sempurna. Hanya dengan beriman dengan Allah dan beramal soleh.

Jadikan Rasulullah dan Al-Quran sebagai panduan kehidupan didunia dan akhirat. Disusuli pula dengan usaha, berdoa dan tawakal .

kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih 
kreativiti sehelai kertas putih
Hasil seni kreatif yang menarik dan mengagumkan. Hanya dari sehelai kertas putih. Selain keunikannya...hayatilah ianya sebagai hasil dari corak kehidupan ini. Ukirkan sebagaimana yang anda mahu...Tepuk dada, tanya selera.

doa buat ibu bapa
Sebagai tanggungjawab kita...seorang anak yang soleh adalah penyambung amal jariah buat ibu bapanya. 

Jangan lupa untuk berdoa untuk kedua ibu bapa kita. Merekalah yang telah menjaga dan mula mewarna dan mencorak permulaan kertas putih kehidupan kita. Sayangi dan hargai pengorbanan mereka.

Admin...

42 comments - "Kreativiti Sehelai Kertas Putih "

aduhai....
kreatifnye diorang ni....

ibu dan bapa mencorakkan kita dari putih kepada berwarna dari kecil hingga dewasa... kemudian setelah dewasa kitalah yang bertanggungjawab mewarnakan ruang2 kosong di atas kertas putih tersebut... segalanya terletak di tangan kita untuk bagaimana mencorakkannya...

*memang kreatif hasil seni kertas putih yang dikongsi...

salam BM sungguh kreatif mereka ini, suka di kala gambar ini terselit peringatan yg sgt bermakne :)

miss yatie delete icon 10:12 PG

itulah BM, mereka ni kreatif, apa saja blh dibuat...

doa sentiasa buat mereka, al-fatihah buat ayah dan ibu

BinMuhammad delete icon 11:04 PG

Betul Ibu...Memang kreatif, sehelai kertas pun boleh jadi karya seni.

BinMuhammad delete icon 11:07 PG

Thx Farah, Itulah kehidupan...selepas ini, tugas kita pula mencorak dan mewarnakan anak2 kita pula...Adakah kita lebih bagus dari ibu bapa kita?

BinMuhammad delete icon 11:09 PG

Waalaikumsalam Acik,
Jika anda menyukai, saya berganda2 berterima kasih. Kadangkala buntu juga nak mengolah ayat2 dan penceritaan agar selari dgn gambar.

BinMuhammad delete icon 11:11 PG

Terima kasih KY, sama2lah kita berdoa buat kedua orang tua kita yg telah berjasa mencorak dan mewarnakan kita sehingga menjadi manusia yg berguna.

OKje delete icon 11:44 PG

kalau dipandang oleh orang seni harus mendalam maksudnya tu...tapi kalau dipandang oleh okje yg buta seni ni...hehe...entah apa pulak maknanya....

Bagaimanakah pulak kita mencorak anak-anak kita? Sudah terlepaskah tanggungjawab kita ? semoga sedikit sebanyak apa yg telah kita corakkan di kain putih itu dapat memberikan seribu manfaat kepada anak-anak kita

BinMuhammad delete icon 11:55 PG

Tidak semua orang mampu melihat dan mendalami apa yg tersirat. Perkongsian itu dpt memberi pandangan setiap orang. Kongsikan sahaja apa yg OKje dapat...tiada yg salah disini selagi ianya tidak terkeluar dari akidah.
Benar...Ibu bapa kita telah mencorakkan kita sebaik mungkin, tapi dapatkah kita mencorak anak kita sebaik atau lebih baik dari mereka?

Tanpa Nama delete icon 2:25 PTG

yg penting kena kreatif kalau idak , x jad apa pun hehehe. mmg selalu amalkan doa itu !

Unknown delete icon 2:36 PTG

Dalam sabar bumi meruntun,
Salam mekar Ummi berpantun..:)

Bertanak lama mendidih beras,
Betik dijolok terlurut peria;
Anak umpama siputih kertas,
Cantik dan elok mengikutlah is.

ANIM delete icon 3:57 PTG

hasil tangan mereka di kertas putih mengagumkan..

dalam hadis Nabi SAW pun ada sebut "setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya.ibubapa lah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.

dunia pertama seorang anak ialah rumah ibubapanya sendiri. kegagalan menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, akan menyukarkan mendidik anak2 mengikut acuan dan budaya Islam.

Unknown delete icon 4:04 PTG

sangat teliti orang yg buat tu.. halus seni nya~ segala PUJI bagi Allah :)

BinMuhammad delete icon 4:30 PTG

Nak jadi kreatif dlm hasil seni, itu adalah anugerah Allah kpd insan2 tertentu. Kita ini hanya menikmatinya sahaja le...
TQ KA

BinMuhammad delete icon 4:42 PTG

Dalam gembira sekalung budi,
Salam diterima pantun dibeli... :D

Mendidih beras kala masak,
Setelah tanak hilang gulana,
Seputih kertas mula dicorak,
Jadilah anak yang berguna...

BinMuhammad delete icon 4:45 PTG

Sungguh menarik kupasan Anim, itulah tanggungjawab sebagai ibubapa...mendidik anak agar jadi insan yg soleh dan berguna. Anugerah Allah yg tidak boleh kita sia-siakan.

BinMuhammad delete icon 4:47 PTG

Kehalusan dan ketelitian hasil kesenian juga dapat membayangkan akan keperibadian si pembuatnya...
Hanya Allah yg berhak mendapat pujian, terima kasih Mar.

kreatifnya...
kembali kpd fitrah...

THE AUTHOR delete icon 8:17 PTG

Hasil kreatif yang baik dengan imaginasi yang tinggi..

BinMuhammad delete icon 8:48 PTG

Kita kena sentiasa ingat dan kembali kpd fitrah. Buat pedoman dan panduan. Terima kasih Shaiful singgah kemari.

BinMuhammad delete icon 8:50 PTG

Tuan Hanif...selamat datang!
Kunjungan tuan amat saya nanti dan hargai...

Blog Santai delete icon 9:49 PTG

can't imagine how this creative people can come out with awesome stuff .. it is just a paper..besarnya kurnian Allah kepada mereka..

BinMuhammad delete icon 10:04 PTG

Betul tu, imaginasi dan kreativiti yg sgt tinggi...kurnian Ilahi.

kreatif nyer diorang...idea tu mesti selalu jer ada..

salam..
kreatif sungguh dioarang nie...
tak terfikir dek akal pulak...muehehe

Unknown delete icon 9:16 PG

sangat bagus karyanya dan kreatif sekali,

Mazni Azmi delete icon 9:34 PG

Assalamu'alaikum Tuan, orang akan jadi lebih kreatif kalau kekurangan sumber.

Contohnyalah, orang amerika berjaya hantar angkasawan ke angkasa dengan komputer yang jauh lebih primitif dari smart phone kita.

Handphone kita yang canggih hanya digunakan untuk main game.

Semu ada kaitan dengan sikap. Betulkan

Unknown delete icon 10:06 PG

ia*is

Unknown delete icon 10:17 PG

Salam Jumaat hari yang berkat,
Dalam sesaat ku kemari dekat.. =)

Pahat meranti terlebih keras,
Rapuh berkepuk papan terendah;
Jumaat ditunggu seputih kertas,
Penuh tawadduq lagikan indah.

BinMuhammad delete icon 10:20 PG

Idea itu adalah anugerah Allah buat mereka yg selalu berfikir dan berusaha. Namun xsemua bertuah mendapatkannya, bersyukurlah.
TQ Alin krn sudi singgah di sini :)

BinMuhammad delete icon 10:41 PG

Betul tu, mereka ni sgt kreatif.
Terima kasih krn menikmatinya :)

BinMuhammad delete icon 10:42 PG

Terima kasih Heru, kunjungan anda amat saya hargai.
Teruslah bersama Relaks Minda

BinMuhammad delete icon 10:53 PG

Waalaikumsalam...Satu pernilaian yg ada kebenarannya. Memang kita akan lebih kreatif jika kita dlm keadaan terdesak dan serba kekurangan. Otak kita akan berfikir kerana ingin mengikut kehendak diri.
Terima kasih Fairul krn berkongsi pendapat dan diatas kunjungan anda. Teruslah bersama Relaks Minda :D

BinMuhammad delete icon 11:14 PG

Waalaikumsalam,
Salam jumaat yang mulia,
Ummi kemari...saya suka :D

Kini semangat sedari hiba,
Berlatih keras harapan berjaya,
Hari jumaat kembali tiba,
Seputih kertas kesucian bercahaya.

BinMuhammad delete icon 11:27 PG

Biasalah...kesalahan typo, tapi masih boleh faham.
Terima kasih ummi...kunjungan anda amat disenangi :)

Unknown delete icon 6:36 PTG

Kreatif sungguh! Saya pernah buat macam ni; buat kad ucapan; pattern boleh dimuat turun dari laman sesawang.
Memang betul bayi dilahirkan umpama kain putih yang bersih; sangat suci. Yang mencorakkannya ibu bapa....tapi tak boleh 100% salahkan ibu bapa juga kalau tak betul hasil warnanya. Sebab kita hidup di satu persekitaran yang berkomuniti @ bermasyarakat. Selain itu, media juga memainkan peranan. Adakala kebingungan dengan masalah remaja masa kini...makin menjadi2 hmmmmm...

BinMuhammad delete icon 8:57 PTG

Betul, saya setuju dgn pendapat anda MG...ibu bapa hanya memberikan apa yg sepatutnya mereka berikan..tetapi akhirnya terpulang kpd diri sendiri bagaimana ingin mencorakkan seterusnya. Kehidupan skrg ini terlalu byk dugaan, kena bijak dan berhati2...

Unknown delete icon 6:13 PTG

Kreatifnya... gmbr atas paling menakjubkb..nmpk mcm seseorg sdg menyelamatkn org yg hmpir jatuh..

BinMuhammad delete icon 9:12 PTG

Seni nampak mudah tapi perlu imaginasi tinggi...
TQ Meiza

Akemal delete icon 1:22 PTG

kreatif. harap cikgu cikgu pendidikan seni dapat ambil contoh hasil kreatif ni. tak ada lah hanya bagi kertas kosong dan suruh lukis bukit. :p

BinMuhammad delete icon 1:50 PTG

Betullah Ikhmal, Tunjukkan pd cikgu...barulah anak2 murid lebih kreatif :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap