Kreativiti Rekaan Rak Buku Di Ruang Tamu dan Bilik: Assalamualaikum... Entri kreativiti kali ini memperlihatkan kepada anda akan kepelbagaian jenis rekaan rak buku untuk simpanan buku mahupun cenderahati malahan apa sahaja barangan yang bersesuaian juga boleh di letakkan di ruang tamu mahupun bilik anda. 

Rekaan kreatif yang mencabar minda perekanya untuk menghasilkan sebuah rekaan yang menarik, kreatif, unik serta elegan untuk memuaskan citarasa setiap insan.

Rekaan rak yang mampu merubah ruang di rumah anda agar tampak menarik, unik dan eksklusif. Rekaan yang diluar kotak pasti mengujakan anda dan menawan tetamu yang datang. Memperlihatkan keanggunan, citarasa serta menonjolkan keperibadian istimewa pemiliknya.

Rekaan Untuk Idea Dan Ilham

Semoga kreativiti rekaan rak buku yang di perlihatkan disini dapat penyuntik idea dan ilham buat anda dalam mendekorasikan ruang di rumah anda sehingga dapat menggoda setiap mata yang memandang di samping berfungsi sebagai rak yang berguna buat anda.

kreativiti rekaan rak
Rekaan rak yang biasa tetapi di ceriakan dengan pelbagai warna untuk memberi mood ceria dan menawan.

kreativiti rekaan rak
Hanya dengan mengubah kecondongan, sebuah rak biasa di dinding kelihatan sungguh menarik dan unik. Inilah hasil dari idea yang kreatif 

kreativiti rekaan rakkreativiti rekaan rak
Susunan rak tidak semestinya sentiasa selari serta lurus menegak. Warna-warna juga tidak semestinya hanya satu warna dan gelap. Cubalah gabungan pelbagai warna serta jangan takut untuk bereksperimen dengan warna yang terang. 

Warna-warna penting untuk memberi kesan emosi atau kepelbagaian mood di ruang rumah anda.

kreativiti rekaan rak
Adakalanya rak mungkin tidak sesuai diruang yang sempit. Untuk menyimpan koleksi buku-buku anda, mungkin idea kreatif ini amat sesuai. kemas, simple dan menjimatkan ruang.

kreativiti rekaan rak
Rekaan rak juga sangat penting untuk menambah seri ruang anda. Ianya pasti menjadi tumpuan pandangan. Oleh itu, kreativiti rekaan rak yang anggun dan eksklusif mampu memberikan suatu pandangan yang mempersonakan di ruang rumah anda.

kreativiti rekaan rak 
kreativiti rekaan rak
Rak juga tidak semestinya berbentuk kotak. Rekaan rak juga mampu memberikan satu hasil karya seni yang menarik dan kreatif tetapi masih dapat mengekalkan fungsinya.

kreativiti rekaan rak
Begitu juga dengan kepelbagaian bentuk dan saiz untuk ruang rak, ianya juga jika digabungkan akan menghasilkan rekabentuk rak yang sungguh unik dan mengagumkan. 

Dapat memberi ruang untuk pelbagai barangan dengan pelbagai bentuk boleh diletakkan.

kreativiti rekaan rak
Kreativiti rekaan rak yang tergantung di dinding lebih sesuai buat ruang yang sempit. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot dan peralatan disamping senang untuk anda menyapu...

kreativiti rekaan rak 
kreativiti rekaan rakkreativiti rekaan rak
Jika inginkan kreativiti rekaan rak yang sedikit luar biasa dan unik. Rekaan rak diatas ini pasti sesuai buat anda. Rekaan menarik ini memberi daya tarikan buat sesiapa sahaja yang memandang. Menawan dan mengujakan!

kreativiti rekaan rak
Kreativiti rekaan rak yang menarik ini di reka untuk anda yang selalu inginkan perubahan bentuk dan susunan rak anda. 

Ianya mencabar minda anda untuk menjadi kreatif dalam menyusun rak untuk memberi hasil sebuah rekaan rak yang menarik dan menyeri ruang tanpa mengabaikan fungsi rak tersebut

kreativiti rekaan rak
Kreativiti rekaan rak yang menarik dan mempersonakan apatah lagi dengan rekaan yang unik dan kreatif pasti menjadikan ruang di rumah anda sangat menawan. 

Namun harus di ingat...rekaan rak tersebut mestilah berpadanan dengan suasana, tema, perabot serta peralatan yang terdapat di ruang tersebut agar tidak kelihatan terlalu janggal. 

Rak Untuk Kemudahan Dan Mencantikkan Ruang

Sebuah rak mungkin mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah dalam memilihnya. Jangan pula terlalu menekan kepada rekaan tapi kajilah juga fungsi dan kegunaannya agar tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja. 


Terima kasih kerana bersama Relaks Minda, semoga ianya dapat membuka minda anda dalam mendapatkan idea dan ilham untuk mencari rekaan rak yang sesuai untuk di letakkan dan digunakan di ruang rumah anda... :)

 Amalan untuk di kongsi bersama... 

Admin...

45 comments - "Kreativiti Rekaan Rak Buku Di Ruang Tamu & Bilik"

kreatif betul.. :D nnti leh tiru decorate bilik bacaan nih!! huk3.. :D suka y wrna putih... lawaa..

Unknown delete icon 2:59 PG

BM thanks for sharing this great idea. Nanti boleh kemas buku2 yang melambak dekat rumah yang lebih banyak dari kain baju ;)

mselim3 delete icon 8:17 PG

Assalammualaikum...BM,

Kreatif ...kreatif ... cantik pulak tu.....

mselim3

Semoga ianya dapat memberi ilham buat Aisya. Nak tiru...silakan :)

You are always welcome MG. Wah! Banyaknya buku...:D

Kunjungan anda juga amat saya hargai :)
Terima kasih.

Waalaikumsalam mselim3,
Terima kasih...semoga ianya dapat membuka minda dan memberi ilham buat sesiapa yg memerlukan.

OKje delete icon 9:15 PG

Sukalah rak rak yg kretif macam tu BM...
Tapi biasalahkan cost kena ambik kira.... nak cari kontraktor lagi...lastly pakai ajelah rak yg ada haha!

Emm emak BM macamana? dah sihat dah?

Kalau masih elok rak yg lama, eloklah digunakan saja. Jgn membazir, biar lama yg penting bersih dan kemas :)

Emak... keadaannya kurang memberangsangkan. Terima kasih krn bertanya :)

teringin nak decorate macam tu...cantik

Keinginan boleh saja di realisasikan utk menjadi kenyataan. Yang penting ada duitnya :D

Unknown delete icon 9:56 PG

Wahhh cantiknya rak buku..mana satu nak pilih ni? Memang tengah mencari-cari rak buku sesuai..buku berlambak dan tak tersusun lagi sejak pindah.. terima kasih BM..

umiawadah delete icon 9:59 PG

kat rumah ni tak banyak sangat buku bacaan,dalam tak banyak tu,banyak juga yang dah rosak sebelum masanya..maklumlah anak-anak kecil ada lagi...memang sesuai juga ada rak buku yang tinggi sedikit...

BinMuhammad delete icon 10:06 PG

Sebelum diminta baik saya buat entri ni...hehe
Biasalah, baru pindah rumah baru. Macam2 nak di buat...bilalah dapat menatap gambar rumah Meiza nih

BinMuhammad delete icon 10:08 PG

Sayang buku2 tu rosak, elok sgt dapatkan rak yg bergantung di dinding, barulah selamat :)

suri delete icon 11:00 PG

jika begini semangat membaca semakin menjadi2 hee..sy pula jenis ulat buku..silap2 blog pun blh terabai..

Bila kakak tengok macam nak buat utk rumah kakak aje BM. Kalau lekatkan penuh dinding dpt jimat ruang juga. Kreatif sungguh.. Kakak suka utk letak buku yg bentuk kotak-kotak macam boleh jimat ruang rumah dan buku taklah bersepah sana-sini semua bilik/meja ada buku...

BM sanggup cantik !! klau ada di rumah mesti best

Blog Santai delete icon 12:32 PTG

Gambar 8 & 9 tu jadi pilihan..simple tapi cantik & kreatif

BinMuhammad delete icon 2:44 PTG

Janganlah sampai terabai blog hehe

BinMuhammad delete icon 2:47 PTG

Betul tu kakzakie..rak didinding adalah pilihan yg terbaik utk menjimatkan ruang tapi pastikan di tempat yg sesuai krn sukar untuk di ubah2.

BinMuhammad delete icon 2:48 PTG

Acik tinggal di kampus ke atau rumah sewa? Kalau di rumah sewa..ianya amat sesuai krn dapat menjimatkan ruang dan lebih kemas.

BinMuhammad delete icon 2:49 PTG

Mungkin ianya juga sesuai di rumah akak :)

THE AUTHOR delete icon 8:02 PTG

Idea..idea...bilaler nak muncul idea buat projek macam ini..
memang kreatif

Unknown delete icon 10:36 PTG

Salam sesudu madu... :)

Pesona senja rembangnya tinggi,
Seri bumi hari kehari;
Kemana saja cik abang pergi,
Kemari Ummi tercari-cari.

Unknown delete icon 10:41 PTG

Tudia... :)

Pinang muda pinang bertiti,
Paluan alu tidak bergendang;
Tenang minda setenang hati,
Laluan dahulu hendak ku tandang.

Creative... Tap berapalah kos nak buat nie...

BinMuhammad delete icon 11:30 PTG

Terima kasih cik akak... semoga anda ceria sentiasa ye :)

Unknown delete icon 11:34 PTG

Tumpang lalu...

Suara balam menyerlah pagi,
Hinggap wak-wak di tepi dahan;
Rasa di dalam berbelah bahagi,
Setiap rak-rak menjadi pilihan.

BinMuhammad delete icon 12:04 PG

Salam sesuap madu :)

Letak sauh dipalang kiri,
Ditaman kalbu menyerah hati,
Tidak jauh menghilang diri,
Meneman ibu mencurah bakti.

BinMuhammad delete icon 12:07 PG

Pinang muda pinang bertiti,
Lantun sini ditendang pergi,
Tenang minda setenang hati,
Pantun ummi berkumandang lagi :)

BinMuhammad delete icon 12:09 PG

Jika hati sudah berkenan pasti kos bukan halangan :)

BinMuhammad delete icon 12:14 PG

Laluan buat Ummi sentiasa terbentang...

Bunga mekar dibarat dahan,
Sudah senja serlah paluan,
Jika sukar membuat pilihan,
Mudah saja buatlah undian... :D

BinMuhammad delete icon 12:36 PG

Tak habis2 lagi mencari idea tuan :)
Tak payah susah2...tiru ajer

Fais-SKA delete icon 12:54 PG

Assalam..kreatif diorang ni..minat yg bulat 2..tp kalau kt rumah kita byak space..mcm2 pun boleh jd dn bleh sumbat..jnji otak kreatif =)

Rumah besar banyak ruangnya, rumah besar pasti byk duitnya... perlu nak pikir2, suka aje..beli. Xsuka tukar lain.
Yg rumah sempit spt saya je perlukan tips dan ilham...huhu

eiela delete icon 9:04 PTG

suka rak yang last sekali. nampak kemas. lagi best kalau bleh dipusing2.

BinMuhammad delete icon 9:29 PTG

Setiap orang pasti mempunyai citarasa tersendiri... :D
Tq eiela

I will be read - jadi pilihan...
simple tapi bermakna

BinMuhammad delete icon 10:52 PG

Yes...i will be read too :)

Tanpa Nama delete icon 12:01 PG

nice one... done clik2 nuffng yer

BinMuhammad delete icon 12:09 PTG

Thanks KA... :))

Unknown delete icon 3:37 PTG

Nice info!

DandoeZ delete icon 1:59 PG

i like it....,
boleh tiru ye...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap