hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
Hujan - Sumber Kehidupan dan Rahmat Ilahi: Assalamualaikum... Hujan, satu fenomena alam yang sungguh menakjubkan. Apakah itu hujan?

Hujan merupakan kerpasan cecair. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Ianya adalah salah satu kitaran air di alam ini, menjadi sumber penting kelangsungan kehidupan semua makhluk di muka bumi...Rahmat dari Ilahi

Titisan air yang berguguran dari langit ini juga boleh menjadi bencana andai ianya turun dengan luarbiasa banyaknya. 

Hanya sedikit informasi ringkas mengenai hujan buat tambahan ilmu. Sekarang ini cuaca cukup panas dan terik, seringkali kita mengharapkan hujan turun di siang hari.

Pabila hujan turun...kita pula sibuk melarikan diri untuk berteduh... Ye lah...siapa yang ingin dibasahi hujan...

Maka, dari situ jualah terciptalah payung dan baju hujan untuk kita tidak basah dalam mengharungi hujan. Dapatkan maklumat cuaca ditempat anda di SINI

 hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Ketika hujan turun...suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun membasahi bumi menyejukkan bahang udara yang panas. Suasana menjadi suram dan kelam. 

Cahaya mentari dilindungi oleh awan hitam. Kebanyakan aktiviti luaran akan terhenti seketika. Binatang juga tidak terkecuali. Masing-masing perlukan perlindungan dari kebasahan.

Dikala inilah masa yang sesuai untuk kita menikmati ketenangan sambil merenung titisan hujan yang turun. Suasana kelam yang dingin dan nyaman memberi rasa kedamaian dan keinsafan. 

hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Masa untuk merenung seketika akan kekuasaan Ilahi... Menjadikan hujan, titisan air yang turun dari langit. Menjadikan hujan untuk menyejukkan udara yang panas. 

Menjadikan hujan untuk memberikan semua makhluk sumber  air untuk kehidupan. Menjadikan hujan sebagai sumber pertumbuhan pepohon dan tanaman. 

Satu kitaran yang kompleks dalam aturan alam...secara ringkasnya, air di bumi meruap naik ke udara lalu membentuk awan dan akhirnya kembali jatuh semula kebumi sebagai hujan... 

hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini, bak air hujan... DariNya kita datang...dan akhirnya kepadaNya jua kita kembali. Begitulah aturannya... Sebagaimana hujan, kita juga mempunyai sebab dan tanggungjawab dalam mengharungi kehidupan ini. 


hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
 hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi
hujan sumber kehidupan dan rahmat ilahihujan sumber kehidupan dan rahmat ilahi

Pabila turunnya hujan...anda renungkanlah seketika. Hujan yang turun memberi seribu rahmat dari Ilahi buat setiap makhluk dan hidupan di muka bumi ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan menghargai setiap kejadian dan jangan anda lupa...berdoalah.

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata: ”Semoga hujan yang bermanfaat.”

Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga ianya dapat memberi anda santapan buat mata dan hati. 

Admin...

40 comments - "Hujan - Sumber Kehidupan dan Rahmat Ilahi"

Aku baru belajar blogging. Aku senang datang di sini ... Tampaknya banyak informasi yang besar di sini dan saya benar-benar menikmati ini. Hari yang bagus!
Saya hanya ingin memberikan jempol besar untuk info yang Anda miliki di sini dalam tulisan ini. Saya mungkin akan datang kembali . Terima kasih!
Saya juga mengklik iklan sobat karena dengan itu tujuan kita bersama membangun dan mendatangkan pengunjung blog

cntik pemandangan ketika hujan renyai2 :) subhanallah

Bila cuaca panas macam sekarang, hujan sememangnya rahmat yang amat besar..kurang-kurang boleh redakan sedikit panaskan..

Unknown delete icon 8:34 PG

Buah mangga tangkai bertompok,
Mempelam jua diberi nama;
Ukhwah dijaga dibelai dipupuk,
Salam ku sua di hari pertama..... :D

Unknown delete icon 8:43 PG

Di waktu petang turun curahan,
Basah menggigil mencuri halia;
Daku datang berpantun belahan,
Mengasah skil mencari idea.

Fais-SKA delete icon 8:52 PG

Assalam bro Bm~ hujan 2 mmg 1rahmat dr Allah..bla hujan je tenang rasa hti sbb sjuk je..Alhamdulillah kt kg ambe ni tiap2 mggu hujan :) btw gmbar kt atas cun2 blaka..

Unknown delete icon 9:47 PG

comel2 pic2 berpayung ni..suka tengok..:)
hujan itu satu rahmat..sejuk cuaca bila hujan turun..

Unknown delete icon 9:47 PG

Ololo cutenya mereka berpayung.. bila teringat hujan akan teringat Mr.k yang selalu sediakan payung sebelum hujan..hihi

Gambar-gambar yg BM tepek mampu buat kakak senyum - indah/harmoni sungguh!!
Apa yg nyata bila hujan kakak pasti pokok bunga kakaklah yg paling suka.
Kalau tanam pokok baru pun bila musim hujan cepat subur tau:)

BinMuhammad delete icon 10:12 PG

Terima kasih Mr. Pratama kerana sudi singgah di sini. Kunjungan anda amat2 saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 10:13 PG

Terima kasih aisya...sejuk mendengarnya :)

BinMuhammad delete icon 10:14 PG

Betul tu, cuaca disiang hari terlalu membahang, syukur jika hujan turun...

PerenLee delete icon 10:22 PG

Kiutnya gambar-gambar tu...kalau ada pet camtu kat rumah kan bagus...

BinMuhammad delete icon 10:26 PG

Madah lembut tangan dihulur,
Segan dibawah renungan mata,
Salam disambut dengan luhur,
Ikatan ukhwah sesama kita... :)

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Sami datang berambut perang,
Muka berubah tiada berdarah,
Ummi datang kusambut girang,
Skil bertambah ilham mencurah... :D

BinMuhammad delete icon 10:39 PG

Waalaikumsalam SKA... Di sini, panas membahang, hujan pula kurang. Rahmat dan nikmat jika hujan turun di siang hari.

BinMuhammad delete icon 10:41 PG

Memang menanti hujan di siang hari ni...ingin benar menikmati kesejukannya. PAnas sgt skrg ni.
Thx Mamarey

BinMuhammad delete icon 10:43 PG

Amboi...romantiknya Mr.k, patutlah Mieza terpikat :)

BinMuhammad delete icon 10:45 PG

Ketika ini hujan kian jarang turun, panas pula begitu membahang... pokok bunga, kalau xdisiram...akan layu. Mengharap hujan turun agar sejuk suasana...
Terima kasih kakzakie :)

BinMuhammad delete icon 10:47 PG

Thx ParenLee...dapatkanlah satu, tapi jangan pula gajah tu...hehe

Bunda_nora delete icon 10:52 PG

assalam,

kekadang kita ni selalu merungut...hujan pun merungut , panas pun merungut...seakan membelakang kejadian tuhan dan fenomena alam...sentiasa tak puas hati...sebalik nya kita patut bersyukur segala kejadian adalah rahmat dari Nya...

subhanaALLAH cantiknya,..sape yang ambil gambar ini memang hebat !!! kadang itu satu rahmat untuk makluk di dunia ini :)

BinMuhammad delete icon 12:05 PTG

Tepat sekali apa yg dikatakan Bunda, Terima kasih kerana memberi kesinambungan yang amat bermakna :)

BinMuhammad delete icon 12:06 PTG

Sememangnya setiap kejadian itu pasti ada rahmat dan petunjuk buat kita. Terima kasih Acik krn menyukainya :)

Tanpa Nama delete icon 12:17 PTG

rasa segar & fresh tgk pic2 ni , tq share yer

BinMuhammad delete icon 1:44 PTG

Sama2 KA...Thx sudi berkunjung :)

ya allah itu keren banget gambarnya... adeemmm :D

ANIM delete icon 5:27 PTG

bukankah doa ketika hujan itu antara waktu doa mustajab doa..
kat mekah, bila hujan, tok2 arab semua keluar tawaf masa hujan..hujan rahmat kata depa sebaliknya orang kita, tunggu teduh baru tawaf..takut baju basah..

mmg seronok tgk air hujan...tp ciktom kl kena air hujan mudah demam..

my notes delete icon 6:14 PTG

suka tgk katak tuh tolak daun , comel . saya suka hujan sebab 1- tak perlu siram pokok / tanaman saya . 2- time doa mustajab ...

BinMuhammad delete icon 9:34 PTG

Terima kasih diatas kunjungan anda :)

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Itulah...kita ni terlalu takut dgn kebasahan hujan tanpa mengetahui akan rahmat disebaliknya.
Thanks kak Anim...berkongsi panduan.

BinMuhammad delete icon 9:48 PTG

Tapi betullah...hujan sekarang ni macam tercemar jer, mungkin sebab udara yg kotor.

BinMuhammad delete icon 9:49 PTG

Betul tu...banyak rahmat dari hujan yang turun. Terima kasih Vee :)

Pha Is delete icon 6:31 PTG

org selalu membayangkan hujan dengan kesedihan.. sedangkan hujan itu rahmat..

BinMuhammad delete icon 8:51 PTG

Setuju dgn anda, Persepsi yg perlu di ubah...

OKje delete icon 9:41 PG

Apa yg diturunkan oleh Allah itu satu rahmat, walaupun kadangkala macam bencana, tapi ia tetap menyimpan satu hikmah disebaliknya

BinMuhammad delete icon 10:31 PG

Akhirnya dapat mendengar ungkapan madah yg cukup indah dan bermakna dari OKje...Saya sukakannya :)

Unknown delete icon 11:44 PTG

Nak jadi girly2 ckit....eeeihhh comei2, suka suka, tomeinya. Hahahah...
Anyway good post BM; hujan itu satu rahmat, tapi saluran2 yang tersumbat buat banjir berlaku.
Hmmm...salah siapa ya???

Setiap kejadian itu ada rahmatnya...samalah juga dgn banjir. Hanya mereka yg mengkaji dan mengambil iktibar yg tahu akan hikmahnya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap