Ramadan Bulan Mulia Dan Istimewa: Assalamualaikum...Salam Jumaat. Semoga anda semua sihat hendaknya. Sedar tak sedar...hanya tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menikmati bulan yang mulia dan istimewa, Bulan Ramadan

Ramai yang tidak sabar untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan ini. Selain menambah dan meningkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ini, 

Bulan Ramadan juga mengingatkan kita dengan beberapa perkara yang cukup sinonim dengan Bulan Ramadan ini... 

Antaranya adalah buah kurma... buah seribu khasiat yang menjadi jamahan pertama tatkala berbuka. Sebut kurma sahaja pasti teringat jenama ini...Kini siapa yang tidak kenal dengan jenama Yusuf Taiyob...

ramadhan muncul lagiramadhan muncul lagi

Selain dari itu... Bubur lambuk, bazar Ramadan, meriam buluh, pelita, buffet berbuka dan banyak lagi... Kalau anda pula apa yang istimewa yang menjadi sesuatu yang cukup sinonim menjadi ingatan di bulan Ramadan? 

Itulah keunikan dan keistimewaan yang menjadikan bulan Ramadan ini cukup istimewa dan sentiasa sahaja dinanti kemunculannya.

Ramai juga yang mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambahkan pendapatan. Selain berniaga makanan di bazar ramadan, ada yang menerima tempahan untuk membuat kuih, menjahit baju dan langsir, perhiasan diri mahupun di dalam rumah dan berbagai lagi. 

Semoga tiada yang sekadar mengambil kesempatan...berniagalah dengan jujur dan ikhlas disamping beramal. Semoga rezeki anda bertambah murah dan berganda.

Bagi yang berkemampuan dan mempunyai masa...menyambut Ramadan di Kota suci Mekah pasti menjadi pilihan. Ganjaran berganda melakukan ibadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pasti menjadi idaman setiap insan.

ramadhan muncul lagi

Berbuka puasa pula pasti saat yang paling dinantikan. Sama ada di rumah, masjid mahupun di restoren atau pun hotel. Pelbagai juadah menjadi pilihan. 

Semoga tahun ini kita berubah agar tidak terlalu mengikut nafsu mata sehingga banyak makanan tidak habis dan terbuang. Makan sekadar perlu...janganlah membazir.

Banyak lagi kisah Ramadan yang boleh kita kongsikan bersama. Anda sambunglah lagi ye.... Semoga kita di beri kesempatan dan kesihatan untuk menikmati Bulan Ramadan, bulan yang mulia dan istimewa ini...Insyaallah. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik transformasi untuk kita berubah...

----------------------------------------------------------------------

Terima kasih bersama Relaks Minda di hari Jumaat yang mulia ini... Rebutlah ganjaran berganda hari ini...


sunat jumaat


Admin...

17 comments - "Ramadan Bulan Mulia Dan Istimewa"

xsabar nak menunggu ramadhan...bulan yang mulia..

Fais-SKA delete icon 10:33 PG

Assalam..Alhamdulillah :) nice sharing bro BM, Yusuf Taiyub ni kaya kot..sbb ada je iklan dia nk2 dkt puasa.. smoga kita smpat mrasai rmadhan kali ni :) sama2 kutip phala ramadhan thun ni

he hehe... nak sebut yusuf taiyoob tu kena bisik dulu ek... menjadi betul trademark tu...

*tiba2 terbayang bubur lambuk...ekekekeke....

Kakak masih senyum lagi walau dah baca sampai habis tetap teringat iklan 'yusof taiyoob' tu. Bila nak puasa aje katun ini mesti keluar kan hihi...

Kakak kalau berbuka tak pernah ke hotel atau restoran. Beli bawa balik memang selalu..

Unknown delete icon 12:01 PTG

hihi...BM selamat menyambut ramadhan ya...:)

Bulan yang menawarkan kemuliaan untuk direbut sesiapa sahaja yang bertakwa kepada-Nya. Lakukan tuntutan hanya kerana Allah Swt. Moga yang buruk dapat diperelokkan. Moga yang baik terus dipertingkatkan.

subhanaALLAH ,tak sbar nak ke bulan ramadhan

Blog Santai delete icon 1:07 PTG

Salam jumaat BM. Indahnya Ramadhan yang sentiasa di tunggu setiap tahun...

PerenLee delete icon 4:26 PTG

Selamat berpuasa kepada semua orang islam di Malaysia..

mselim3 delete icon 4:36 PTG

ramadan bulan yang mulia, datangnya dinanti..perginya ramadan ditangisi...

mselim3

OKje delete icon 6:15 PTG

Jangan lupa pulak shopping baju raya utk anak bini, baju sendiri tak beli pun tak pe...hehe...
Yang penting moga bulan ini sebagai latihan utk meneruskan amalan dibulan selepasnya....

Unknown delete icon 6:50 PTG

YEAAa ada seminggu lagi.. hahah...yusuf tayyob rupanya nak kirim..

ANIM delete icon 11:31 PTG

semoga iman terus kekal hingga ke petang. waktu pagi, okay. bila petang digoda dengan nafsu makan. makanan yang tak pernah muncul dihari lain, muncul pula pada bulan Ramadan. jihad nafsu makan ni, BM...

rusydi delete icon 1:07 PG

ramadhan bulan yang ditunggu setiap insan. bulan penuh berkah, penuh kebahagiaan. semoga bulan ramadhan kita dirahmati Allah, amal ibadah kita diterima Allah.

miss yatie delete icon 11:04 PG

setiap tahun, ada saja kenangan yang sentiasa diingati, apa lagi masa zaman kanak2, berbuka bersama ibu dan ayah, tapi seingat KY, hanya beberapa tahun saja dapat bersama ayah, kerna ayah terlalu cepat di jemput ilahi, semoga Ramdhan tahun ini lebih bererti buat KY..amiin..

Tanpa Nama delete icon 3:40 PTG

tq x sabar rasa nyer menunggu ramadhan tiba !

Aimacomel delete icon 10:14 PTG

azam saya ramadhan tahun ni tak nak membazir, nak elakkan pergi bazar ramadhan. kalau boleh nak tambah bilangan terawih tak mau mcm lepas2 yg asyik lubang je :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap