Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Pasti zaman kanak-kanak anda semasa di kampung memberi sejuta kenangan manis dan indah yang sungguh mengasyikkan jika di imbas kembali. Segalanya manis bak madu menjadi sejarah hidup yang begitu berharga yang tidak akan dapat di ulang kembali.
Cuba anda bayangkan kembali satu persatu kenangan manis itu.... Jika ada album gambar dizaman kanak-kanak anda, bukakanlah ia...tatapilah satu persatu...pasti anda ketawa sendiri dan seterusnya akan merindui saat-saat manis itu...
Di kala ini pasti anda akan tersenyum sendiri....dan pasti juga di hati akan berkata, "kalaulah dapat aku menikmatinya kembali..."
Bukan niat dihati untuk membuat anda merindui tetapi untuk anda mengingati keceriaan dan kegembiraan saat manis anda semasa membesar di kampung agar dapat diluahkannya dalam ruangan komen nanti... :D
Perhatikan gambar ini....
Apakah yang membuatkan mereka sungguh ceria?
Titipkan ayat-ayat mahupun dialog menarik anda...
Hiburkan kami dengan ayat-ayat atau dialog menarik yang terbaik dari anda agar ianya menjadi kenangan manis seumpama kenangan di zaman kanak-kanak anda.... :)
Paling menarik dan terbaik, ada ganjaran istimewa buat anda....
p/s: berakhir pada 28.6.2013 jam 9.10am
Admin...
29 comments - "Kenangan Manis di Zaman Kanak-kanak"
memang rindu zaman kanak2 walaupun zaman kanak2 KY dulu tak seceria orang lain...
sorry tak pandai nak buat dialog hee
Ali : Wahh kita dah dapat ikan!
Abu : Bestnya ujan-ujan ni makan ikan bakar. Yeaa!
Aiman : Nah ikan untuk kau!
Malik : Yeaa sukanya dapat ikan!
Heheh..tengah fikir lagi ni..
"Saksikanlah...
Saksikan olehmu wahai sang hujan
Aku yang telah jatuh
Dilanda... asmara...
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan
Berdua jalan kaki saat turun hujan
Basah baju kita basah hati kita
Mesranya berpayung daun pisang"
"Kau ni asyik nyanyi je.. nasib baek dapat ikan..kalau tak,,sia-sia je.."
MAN : ehhhh jangan geletek aku la, aku tengah mancing ikan nie hahaha
amir : mana ada aku geletek aku kan tengah pegang daun pisang nie
Mna dan amir : hurrreyy dapat ikan gembiranya hati lallalala
eh ada abang nak snap gambo kita ,jom ketawa kuat hahaahahhaa
rindu sangat dengan zaman kanak-kanak..
I love my childhood life very much. surrounded by full of love..Its amazing..nway suka gambar kat atas tu BM, comel
tengok depa gelak sakan pon dah tahu betapa gembira dan bahagianya mereka.maaf, tak reti nak tulis dialog yg sesuai, cuma saya rasa gambar tu memang patut tak pyh ckp apa2...biar gambar berbicara..ceh..:)-
Abang: Ikan oh ikan kenapa kau yg cenonit tangkap joran aku? Aku nak tangkap mak atau ayah engkau bukan engkau.
Adik: Jadilah bang boleh juga kita pais dia dgn daun pisang ni.
zaman kanak-kanak dulu suka pegi mandi sungai lepas balik sekolah dari thari sampai ke ptg..ibu pn terjerit2 panggil balik rumah hehe
Bukan mudah menjalin benang persahabatan, berbanding mencarikkan kain persengketaan. Biarpun berlainan peranan, kita ukhwahkan dengan satu perasaan kegembiraan. Bersatu meneduh kasih, bersatu mengail harapan. Nikmat keindahan ialah perkongsian kurniaan-Nya.
Saya rindukan zaman kanak-kanak. Zaman di mana saya menggunakan seluruh anggota badan untuk bermain. Saya tak pernah risaukan hujan dan panas kerana Bonda tak pernah mengatakan "jangan bermain hujan atau berpanas, nanti demam". Saya bebas berjalan atau berbasikal walau jauh dari pandangan Bonda kerana dia tidak pernah mengatakan "jangan main jauh-jauh, nanti ada orang culik". Zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan permainan tanpa perlu duit. Galah panjang, polis entry, kejar-kejar, main sembunyi2, capteh...aduhh...saya bersimpati dengan kanak-kanak zaman sekarang.
p/s rasanya komen kak ni dah terkeluar tajuk..heee...
Timi: dah 3 jam baru dapat sekor, kita buat goreng tiga rasa nak..
Man: banyaklah ko punya 3 rasa..1 rasa pun belum tentu, celah gigi jer beb..
Timi n Man: ha! ha! ha!
teringat zaman kanak2 KA bila tgk pic ni, pernah lemas 2 kali di sungai deras dan diselamatkan... seb baik 2 kali kata mak , kalau masuk kali ke 3, dah duduk di batu 2 lah KA gamaknyer.. apapun ajal maut ditangan tuhan kan BM.. mmg minat & hantu terjun sungai bila balik kg dulu2 hehehe
Zaman kanak-kanak memang best. Fikiran hanya untuk bermain bersama rakan-rakan sahaja. Tiada masalah yang hendak difikirkan.
Salam gerimis hujan nan turun...
Alamak Li, hujan dah turun laa....tapi takpa, aku ni memang suka pantun sambil memancing, hendaknya hujan-hujan macam ni...jom kita berpantun, tengok! anak ikan sudah mengenaaa..heheh, Li, kau dengar pantun aku ya..
Seng : Sepatu sebelah berbutang sendeng,
Sungguh, hendak berlari menghala kampung;
Kailku hanyalah sebatang ranting,
Waduh, anak tenggiri rela bergantung... haha
Ali : Kau bagi empat, aku bagi enam, dengar aku jawab..
Ali : Hamis badan lepas berakit,
Turun memasang tali pendayung,
Rentap tali ternyata lencun;
Gerimis hujan rebas sedikit,
Daun pisang pengganti payung,
Sekejap lagi kita terjun.....hahaha..
Seronoknya...hehehe
Aaron Aziz : Weh, kau tau tak?
Fahrin Ahmad : Aku tak tau..
Aaron Aziz : Aku nak cerita, bukan tanya kau lerrr.
Fahrin Ahmad : Eh? Laa aku ingat kan kau tanya aku td. Haa, pe bendenye?
Aaron Aziz : Sebenarnya.. sebenarnya.. errm sebenarnya..
Fahrin Ahmad : Kau ni pehal sebenarnya sebenarnya??
Aaron Aziz : Sebenarnya.. Okey sebenarnya dragon ball ada 8 biji tau semuanya.
Fahrin Ahmad : Seriously? Owhh, aku terharu sangat. okey-okey terima kasih sbb kau sudi berkongsi cerita ni dgn aku.
Aaron Aziz : Kita r family right?? =)
Teringat mandi kat Parit Besar belakang kg.... Tu jelah nak berendam zaman tu.... Mana ada water park bagai....itu pun banyak pokok kiambang ... Gatal belakang kira hehe budak sekarang mmg sangat beruntung!
Dialog-
Seluar biru - lama lagi ke dowh..... naik lenguh lengan aku pegang daun pisang ni
Seluar merah - Seekor je lagi ni, pas tu gymrama le kita dowh .....hoho
Zaman kanak-kanak saya tak berapa best bro..selalu kena buli..huuu~ kesian bah saya ni..
zaman bebudak dl mmg ler best sangat,...ingat gak dl akak pernah mancing ikan dapat sekor terus balik sbb tak reti buka ikan dari mata kail..hihhi
sekeping gambar,seribu makna...melihatkan keceriaanyg terpancar pada wajah kedua2nya...sudah cukup membuktikan betapa mereka gembira dgn aktiviti yg dilakukan...
he3..zaman kanak2 la yg pling best..dunia ni mcm kita je yg punya..Alhamdulillah la sbb kita brada di Malaysia yg aman =) dak2 tu suka sbb dapat mndi sungai nk2 dpat pulak ikan he3..
betul!kita akan tersenyum dan sangat ingin kembali ke zaman tanpa masalah..:)
setiap masa ada kenangan, setiap masa ada kebahagiaan. masa2 kanak-kanak awal penuh keceriaan
zaman kanak-kanak memang seronok tetapi saya tak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata. rasa macam nak menangis bila ingat kembali
Abang: kau pergi tutup kepala aku dengan daun pisang kenapa?
Adik : alaaa takpela, kan kau yg tolong pancing. mesti penat kan
Indah! Secarit senyuman di bibirmu menjadikan aku turut tersenyum kerna ia satu kebahagiaan buat diriku. ^_^
rindu nye kenangan dulu dulu kat kmpung main ngan kawan kawan tpi skang
niy dah tak boleh dah msing msing bawa haluan masing masing jumpe pum time raya
jerr...
Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”