Perlukah Blogger Perkenalkan dan Memperlihatkan Diri? Assalamualaikum... salam sejahtera. Syukur Alhamdulilah... Saya tak menjangkakan entri berkaitan mengenali blogger ini... mendapat maklum balas yang sangat baik. 

Pelbagai andaian dan penilaian melalui komen-komen sangat menarik dan cukup mengujakan telah diberikan. Jutaan terima kasih dan amat saya hormati dan hargai di atas setiap pandangan, pendapat dan penilaian anda. 

Saya akan cuba balas setiap komen anda sebaik mungkin... Anda boleh lihatnya di SINI

Berikutan dari entri tersebut timbul pula satu persoalan. Perlukah seorang blogger untuk memberikan sepenuhnya informasi tentang dirinya seumpama perkenalan yang nyata terlihat seperti dialam nyata?

Dalam mengharungi perjalanan hidup kita di dunia ini. Setiap hari kita akan bertemu dengan pelbagai manusia yang berlainan rupa, bangsa dan agama. Yang biasa anda kenali dan temui setiap hari, ada yang jarang-jarang di temui dan ada yang baru pertama kali ditemui. 

Adakah anda mengenali mereka luar dan dalam?


Ada juga orang yang ditemui setiap hari. Bergaul bersama, menjadi teman sehidup semati. Sentiasa bersama di kala suka dan duka, susah dan senang, sehati dan sejiwa. Namun fahamilah bahawa ada kalanya masih juga anda tidak dapat menilai dirinya 100%. 

Ada juga sifat yang masih tersembunyi dan hanya diketahui oleh dirinya dan orang lain pula. Kenapa? Kenapa pula orang lain yang mengetahuinya? Bukankah anda.. orang yang paling rapat dan setia? 

Jangan anda kecewa. Lihat pada diri sendiri...adakah anda juga 100% di kenali oleh orang lain? Adakah penilaian mereka terhadap anda juga semuanya tepat? 

Adakah anda juga jujur dan langsung tidak mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh mereka? Anda renungkanlah... Sesungguhnya kita ini insan yang lemah. Tiada yang 100% sempurna.


Inikan pula dengan orang yang di sekeliling anda, yang hanya anda temui dikala anda menjalankan tugas, aktiviti mahupun disekitar kediaman anda. 

Penilaian kita terhadap mereka pastinya mengikut apa yang kita lihat dan setakat apa yang kita ketahui. Oleh itu jangan terkejut jika mereka mempunyai sisi lain dari apa yang anda pernah ketahui.

Bagaimana pula dengan mereka yang pertama kali anda temui? Pastinya rupa dan penampilan adalah penilaian pertama anda terhadap mereka. Tapi penilaian anda pasti akan berubah apabila anda mula mengenali mereka. 

Oleh itu...selalulah bersangka baik di saat kali pertama bertemu walaupun penampilannya tidak seperti keperibadian sebenar. Berilah penilaian setelah anda mengenali mereka. 


Di dunia nyata, sudah pasti kita dapat melihat dengan jelas orang di depan mata. Bagaimana pula dengan dunia maya di internet ini? P

elbagai media sosial menjadi bahan perhubungan sesama manusia. Kalau di blog...pasti ada pelbagai gaya dan rupa penampilan. Ada penulis yang menonjolkan diri dan ada yang misteri. 

Uniknya disini...walaupun ada yang menunjukkan rupa, tapi benarkah itu orangnya? Ada yang bercerita kisah kehidupan dan pengalaman...tapi benarkah ia? 

Terlalu banyak yang menjadi persoalan dan ianya amat kabur. Tapi.. ada juga yang benar dan personaliti yang di kenali oleh ramai orang. Hanya yang benar-benar mengenali sahaja boleh mengesahkannya. 

Tapi anda tetap mesra untuk bertegur sapa dan hanya masa dan pergaulan yang berterusan akan menjadi penilaian anda. 

Oleh kerana hubungan yang unik inilah sebenarnya yang menyebabkan media sosial ini mendapat sambutan. Anda lebih mudah meluahkan kata-kata, emosi, pendapat dan sebagainya tanpa ada batasan. 

Sebenarnya juga hubungan tanpa jasad ini memberikan hubungan yang lebih mendalam kerana ianya adalah luahan dari hati, bukannya dari mulut. 

Maka tidak mustahil bila ada yang terperangkap dan mempercayai dengan apa yang di ceritakan dan pasti ada juga yang mengambil kesempatan dari luahan hati ini. Kita perlu ingat... "mata pena itu lebih tajam dari mata pedang"


Apa yang penting di sini adalah penilaian anda terhadap maklumat, ilmu, hiburan, pengalaman dan sebagainya yang anda dapat dari apa yang paparkan oleh penulis. 

Adakah ianya memberi faedah, sesuatu yang berguna atau pun anda dapat apa yang dicari. Interaksi anda merupakan soal jawab yang pasti akhirnya menjadi jalinan persabatan agar hubungan (kunjungan) ini akan berkekalan. 

Apa pula tujuan anda sebagai penulis... Adakah untuk bacaan anda sendiri? Jika begitulah... lebih baik anda buat private diari tanpa perlu di baca oleh orang lain. 

Tentunya setiap apa yang anda tulis adalah untuk tatapan anda dan orang lain, maka penting bagi anda untuk menjaga adap dan tatasusila perhubungan sesama manusia. 

Oleh kerana orang tidak mengenali anda, itu tidak bermakna anda boleh membuat dan meluahkan mengikut sesuka hati anda.


Setelah melihat impak positif dan negatif hasil dari perkenalan dan penilaian anda terhadap seseorang, kini berbalik pada persoalan asal... 

Perlukah seseorang blogger itu memberi pengenalan dan memperlihatkan diri mereka? Tidak cukupkah dengan hubungan melalui entri dan soal jawab? Perlukah anda mengenali secara mendalam penulis sebagaimana anda ingin mengenali seseorang di dunia nyata? 

Buat blogger pula, Adakah dengan identiti yang terlindung ini memberi anda lebih kebebasan? Adakah dengan berselindung, anda mampu memberi ilmu dan panduan kepada orang lain sedangkan anda sendiri kelihatan tidak ikhlas dan terbuka dalam memperlihatkan diri anda sendiri? 

Banyak lagi persoalan-persoalan yang anda juga boleh huraikan. 

Maaf... Jika entri ini tidak memberikan anda dengan sesuatu yang santai dan relaks. Hanya gambar-gambar itu di harapkan dapat mengurangkan isu berat yang saya utarakan. 

Tepuk dada tanyalah selera....berilah pendapat anda kerana tiada yang salah didalam mengutarakan pendapat... Terima kasih bersama saya... :)

Admin...

37 comments - "Perlukah Blogger Perkenalkan dan Memperlihatkan Diri?"

Mama Amirul delete icon 10:27 PG

kalau menulis dengan hati yang ikhlas, mesti pembaca pun akan baca dengan hati yang ikhlas, tiada syakwasangka atau ragu2 sama ada tulisan tu benar atau tidak.

Unknown delete icon 10:44 PG

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Wr. Wb.
Betul Sekali Sahabat Kadang kita tidak mengenali orang yang setiap saat kita jumpai bahkan orang terdekat sekalipun, tapi sebaliknya seakan-akan kita sudah mengenal dekat walaupun tak pernah bertemu.
Seperti judul postingan ini...Perlukah Seorang Blogger Memperkenal dan Memperlihatkan Diri?

aku menulis bkn kerna nama....:)

kalau membeca entri seseorang yg suka mencarut,maki hamun bila marah..apa perasaan dan tanggapan anda?walaupun mungkin tak kenal secara langsung,kita akan menanggap penulis mmg begitu perangai sebenarnya..

don't judge the book , by its cover :)

Bukan mudah nak mengenal seseorang. Mengenal anak-anak sendiri pun ada kalanya sukar terjangkau dek akal dan pemerhatian kita apa lagi andai sekadar di alam maya. Pembaca juga pasti punya persepsi berbeza. Mungkin ada pembaca kata kita sombong, ada pula kata kita peramah Terpulang pada pendirian masing-masing. Realitinya kita sendiri pun belum tentu tahu 100% keperibadian kita..

Unknown delete icon 11:22 PG

Salam sekapur sireh... :)

Suami kini penat berkebun,
Mencari tikar hamparan basah;
Ummi ini minat berpantun,
Entri sekadar lembaran berkisah.

Buah delima di pagar papan,
Selasih diambil belumpun sekarung;
Berkisah tema sekitar kehidupan,
Masih ku kecil setahun jagung.

Kerap bertemu di Sungai Besi,
Hampir berhari pulang tak tentu;
Mengharap ilmu sampai dikongsi,
Hadir kemari bergalang waktu.

Purnama cantik seindah cuaca,
Terang sejemput Saturn di angkasa;
Lama ku telek sudah ku baca,
Orangnya lembut penyantun berbahasa.

Cenderawasih turun ke kebun,
Ke kebun hampir terlepas satu;
Terimakasih selalu berpantun,
Pantun mu ku ukir di atas batu.

* Pantun khusus ikhlas buat sahabat Ummi.. :)

Unknown delete icon 11:23 PG

Terimakasih BM kerana selalu berpantun di blog Ummi.. :)

BM.. Ini pendapat Liza. Tonjol atau tidak terpulang kepada individu. Yang pasti penulisan yg ditulis haruslah dari hati, atau tepat maklumat yg diberikan kalau berniat utk dikongsi umum.

Penulis yg mencorakkan bagaimana pandangan org lain terhadap diri penulis di alam maya. Kerana benar kata BM mata pena leih tajam... penulis boleh nampak hebat, sedih teramat2 sedih, bahagia hanya kerana entri yg ditulis. Tapi sebenar2 nya apa yg ditulis di blog hanyalah 10% atau mungkin kurang daripada itu kisah sebenarnya di alam nyata.

Mungkin seloka ini boleh menggambarkan dunia blog. (mungkin)

Boleh tayang muka comel zaman remaja, kiut miut, comel katanya
Boleh sembunyi muka tembun, gemuk yang dah naik kilonya

Boleh tayang rumah cantik, bersih dan kemas
Boleh sembunyi bilik semak, baju tak berlipat dan berlipas :p

Boleh tunjuk kebahgiaan hidup berumahtangga
Boleh sembunyi saat dan tika bergaduh, bermasam muka dan bertikam lidah.
Seminggu sekali tak sudah-sudah...

Boleh kongsi resepi baru, nampak sedap dan menyelerakan
Boleh sembunyi kek senget, tom yam cair dan yang memualkan.

Boleh tulis apa saja yang best, menarik di mata mereka
Boleh sembunyi yang jelek, yang tak best dan meluatkan sesiapa

Jadi....
Tulislah dengan penuh hati-hati.
Tulislah dari hati
Untuk kebaikan,
bukan menyakitkan

Jangan bermegah di atas kelebihan
Tapi bermuhasabah di atas kelemahan

Peace!!

Blog Santai delete icon 12:21 PTG

Wah ada sequel..anyway pada kita pengenalan diri tu tak penting sangat BM..sebab tu kalau visit blog kita jarang tengok profile pun..yang penting kita baca apa yang di tulis...rasanya itu lebih baik kot.

Unknown delete icon 12:24 PTG

Kadang-kadang kita rasa macam dapat menilai seseorang, tapi sebenarnya jauh dari sifat sebenar. Sebab menilai melalui cara penulisannya sahaja.

susah juga nak menilai orang, kadang-kadang perwatakan mereka berubah-ubah. apa yang penting, jangan ambik kisah sangat lah pasal orang, asal dia ok pada pandangan kita cukuplah.
lagipun kita siapa nak menilai orang melalui penulisan dia semata...
tu pendapat mama lah.. :)

mama rasa elok juga blogger itu memperkenalkan diri. tak salah.. dan takde sebab nak berselindung.. hihi

OKje delete icon 1:33 PTG

Setuju....banyak persoalan yg perlu dijawab!

Sebenarnya bila kita sorokkan identiti kita berada di zon selamat.... Orang tak akan mengenali kita dan kita bebas menulis apa saja yg kita suka tanpa effect kpd sesiapa pun! Walaupun kelihatannya kita tak jujur disitu...

Dan begitu sebaliknya....
Masing masing mempunyai persepsi yang berbeza.
Tapi bagi OKje pulak ... mana mana pun takisah....OK jerrr tapi lebih BEST bila dapat berbicara dengan mengenali rupa....

Tanpa Nama delete icon 1:42 PTG

apapun terpulang msg2 . Kita berhak menentukan arah kita sebagai blogger samada secara direct atau tidak. KA lebih terasa dekat dengan N3 & komen yang ditulis dan mengenali rakan blogger secara in person tu rasanyer satu bonus !

umiawadah delete icon 3:22 PTG

hehehe bersambung-sambung topik ni...menarik juga...saya tak kisah dikenali atau tidak,tapi saya suka bila ramai yang suka nak berkawan dengan saya.Tapi setakat ni saya tidak suka terlalu bersosial dengan rakan blogger,biar sedang-sedang sahaja perhubungannya,nasib baik boleh jadi rakan baik,nasib tak baik bermusuh pulak...itu yang cuba dielakkan...kadang-kadang ada blogger yang perlu privacy dalam perhubunga sesama blogger,tidak suka dihubungi selalu,sekali sekala okaylah..lain padang lain belalang....(sila sambung)

Mizz Aiza delete icon 3:46 PTG

mengenali seseorang tu mengambil masa yang lama.. walaupun seorang ibu yang melahir dan membesarkan anaknya, ada sikap anaknya yang dia tidak tahu.. jangan menilai seseorang secara luaran sahaja kerana di dalam hatinya siapa yang tahu.. jadi soal orang kenal atau tidak tak penting, yang penting menulis untuk kepuasan..

acik setuju, setiap pekara yang kita lakukan itu perlukan proses :)

hehehhe..betul tu.... tapi kdg2 org y kita kenal di alam realiti pun susah nak fhmi inikan maya.. tapi cuba je fhmi seadanya.. =)

Unknown delete icon 4:49 PTG

bagi knah, terpulang pada tuan punya diri..kalau rasa selesa dan berada di zon selamat dengan tidak memperkenalkan diri sebenar pun tak menjadi masalah, persahabatan alam maya memang unik..terjalin bukan kerana nama dan rupa paras. tidak tahu nama sebenar, tidak tengok gambaran wajah, tak pernah berjumpa dan saling mengenali, pun begitu tetap mesra dan saling bertegur sapa.tapi sekiranya mempamirkan identiti sebenar beserta gambar tuan punya diri, ia adalah satu bonus buat kawan2 yang datang singgah =)

Unknown delete icon 5:59 PTG

bak kata kak nah kat atas tu..yumida kategori zon selamat
x pernah mempamer gambar sendiri n memberitahu secara terperinci mengenai details peribadi yumida
yumida lebih selesa begini
sronok beramah mesra dgn kengkwn maya hingga menjalin hubungan erat
bila sehari x update..ade gak yg mencari..kikiki

Fais-SKA delete icon 6:04 PTG

ambe berblogging pn skdar berkongsi dgn pmbaca =) kalau baik boleh ambil, tp stiap orang berhak menilai kita, hrap semuanya positif la..

"Mata pena lebih tajam daripada mata pedang".

Jadi, setiap tulisan kita haruslah memperlihatkan kewibawaan seorang yang memegang akauntabiliti. Jika ditulis tentang fakta atau sesuatu berita, pastikan sumbernya dan kebenarannya betul sebelum diterbitkan di blog.

Menyentuh hal perlukah seorang blogger memperkenalkan dirinya, terpulang pada diri sendiri. Bagi saya cukup sekadar mengetahui nama dan beberapa maklumat asas.

Jika tidak keberatan bolehlah berjumpa di luar atau sebagainya. Di sana mungkin hal-hal yang bersifat peribadi boleh dibincangkan. Tapi, bagi yang suka bercerita tentang peribadinya di blog, pembaca boleh mengenal pasti seseorang itu dari tulisannya itu.

(Sekadar pandangan).

rusydi delete icon 9:10 PTG

sangat perlu, karena banyak perkongsian dan pertemuan berawal dari sosial media cam ini. bloger haruslah jujur dg identitinya

Zawiah delete icon 9:50 PTG

assalamualaikum ... bagi saya mudah jer . kita menulis sebab kita suka . juga sebab kita nak kongsi dgn org lain . menampilkan diri sebagai penulis itu hanya sampingan . Adakalanya tercari - cari identiti . ada kalanya juga tersasar daripada landasan . Asalkan tulisan kita tidak mengaibkan , menyusahkan serta menggangu orang lain serta tidak melanggar kehendak islam , maka ianya sudah memadai . saya menulis bukan kerana nama , bukan juga untuk mencari publisiti tapi sekadar berkongsi apa yang saya perlu tahu dalam hidup . Atas asbab itu , ada kalanya kita tak perlu sangat nak fikir sensitif ke tak , ada yg marah ke tak atau sesuai ke tidak . semuanya terpulang kpd diri sendiri . kita bukan wartawan yg perlu ikut etika yg ditetapkan . kita cuma menulis ikut jiwa . Malah blog ini milik kita sendiri . makanya sudah tentu kita punya hak dan kebebasan atasnya . Cuma kalau kita tak setuju dengan tulisannya , kita hanya layak mempertikaikan tulisannya bukan peribadinya . apa yg ada pada sekeping gambar pengenalan pemilik . ianya gambar mati yg kita mmg x blh nak tafsir apa yg ada di minda dan jiwanya . Tapi gaya penulisan , ye ... mmg blh dan sgt mdh utk kenal drp sudut psikologinya . cukuplah setakat ini ...

Izzat Eshak delete icon 9:57 PTG

terpulang kepada penulis blog tu sendiri
salam perkenalan bro =)

Unknown delete icon 10:44 PTG

Salam...Ummi datang lagi

Pengisian sesebuah entri tak perlu pengenalan pun sebenarnya, memadailah
dengan penelitian komen-komen yang diberi, dari situ kita dapat membaca sedikit sebanyak personaliti seseorang....tetapi, terpulanglah kepada seseorang itu...asalkan tidak over expose.. :)

Nina Mads delete icon 12:38 PG

susah nk menilai seseorang tu dr segi penulisannya.. menulis blog dengan ikhlas dan bukan populariti yg dicari :)salam kenal..

boni kacak delete icon 2:15 PG

menulis dengan berselindung atau memperkenalkan diri adalah perkara yang sama je. yang penting isi dan penyampaian tu :)

Penulisan yang ikhlas lahir dr hati yang tulus utk berkongsi, walaubagaimanapun, perkenalkan diri atau tidak terpulang kpd individu masing2..tp bagi sy perkenalkan diri lebih baik utk bkenalan bukan saja diala maya tapi di alam realiti.. salam

Unknown delete icon 9:10 PG

Di alam maya, adalah lebih baik kalau diperkenalkan diri melalui penulisan dan perkongsian di blog. Tak salah utk memperkenalkan diri kepada umum. CUma ia mungkin akan lebih bersifat menunjuk-nunjuk pula.

Jika melalui penulisan, ramai org akan lebih mengenali sejauh mana ikhlasnya dia menulis di blog dan semakin ingin mengenali siapakah tuan punya blog tersebut.

Rasanya ini adalah lebih baik dan berkesan utk alam maya kerana kita bukan berpeluang bertemu muka dgnnya dan tidak tau apakah terselindung di sebalik seseorg.

Unknown delete icon 12:41 PTG

Betul tu Kak Nah...Ummi sokong.. :)

PCL delete icon 1:01 PTG

kalau perlu dari alam maya ke alam nyata, ukhuwah blogger dipanjangkan mejadi penghubung silaturrahim ...namun tak semua manusia sama mahunya, perlu ada batas norma yg perlu dipatuhui.
.tiada salahnya menyembunyikan identiti , bahkan menjadi manusia 'pemalu' adalah sebaik sifat baginda Rasulullah saw. .

Unknown delete icon 3:37 PTG

fae tgk gambar2 lak hehe cantik :D

ANIM delete icon 4:14 PTG

manusia ni kan macam iceberg, BM. 10% saja yang terlihat dek pandangan mata. 90% lagi tersembunyi. Jalan selamat, berbaik sangkalah

Unknown delete icon 11:31 PTG

rasanya blogger tak wajib nak tonjolkan diri utk buktikan keikhlasan menulis....sama jugak mcm media cetak...bukan org kenal pon dgn penulis artikel, sajak, syair, cerpen dan sebagainya...cuma bila nama dah popular barulah org mula cuba utk mengenali wajah penulis misteri tersebut....

cuma bezanya bila berblog ni kita akan meninggalkan komen di blog2 lain...mungkin sebab itu ramai yg nak lihat dan cuba kenali org yg meninggalkan komen tersebut secara lebih dekat...agaknya lah kot....hehehe

wahh..kraetif BM cari topik untuk dibincangkan..Akhirnya entri ini beri peluang untuk blogger buka mata dan minda dan takdelah asyik komen pendek2 je kan, barulah terserlah karisma dan kredibiliti diri seorang blogger..hehhe..

Bagi CM,Bersederhanalah dalam apa sahaja yang kita lakukan.Memperlihatkan diri atau tidak itu hak individu, tentu si blogger ada sebab utk tidak memperlihatkan diri.Bersangka baik pilihan bijak.Tapi hakikatnya, apa yang kita tulis, itulah yang kita fikir dan itulah yang kita tahu, secara tak langsung keperibadian akan terserlah melalui penulisan kan..

kak tie delete icon 6:40 PTG

terpulang pd penulis..erk..segan gak bila orng tempat sekerja yg perasan blog akak...bukan apa jika dibandingkan dengan mereka,siapalah akak...hanya pekerja bawahan yg dipandang hanya sebelah mata...ibarat langit dan bumi

shraqs delete icon 2:55 PTG

Saya melihat dari sudut blogger sahaja..

Saya berpendapat, persoalan ini tidak ada sebarang jawapan YA atau TIDAK (subjektif). Semuanya terpulang kepada tujuan dan niat asal setiap individu (blogger) itu sendiri..

Dalam masa sama, setiap orang ada had privacy masing - masing. IMOP

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap