Assalamualaikum... Alhamdulilah, sudah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Sudah hampir separuh perjalanan kita menuju kemenangan. Semoga kita dilanjutkan usia dan diberi kesihatan untuk menikmati Ramadhan yang mulia ini hingga ke hujungnya.

salam ramadhan - kisah ramadhan dan dunia blog

Ini adalah pertama kali BM merasai bulan Ramadhan sebagai seorang 'blogger'. Dari pemerhatian, terdapat beberapa perbezaan suasana dan entri di blog di bulan Ramadhan ini. 

Masa berblogging juga ada sedikit perubahan. Waktu puncak adalah di waktu tengahari dan tengah malam dan waktu entri di terbitkan pula sudah tidak mengira waktu.

Topik Bulan Ramadhan

Ini adalah rumusan BM dan ianya adalah pandangan peribadi berkaitan entri-entri di sepanjang bulan puasa ini.


1. Entri berkaitan Agama
Ramai yang mengambil peluang untuk merebut ganjaran amal jariah dengan menerbitkan entri sebegini. Memberi nasihat, ganjaran, pedoman, panduan, peringatan dan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah puasa dan amal ibadat yang dilakukan di bulan Ramadhan. 

2. Entri berkaitan Ramadhan.
Ini merupakan paling popular. Mengeluarkan entri berkaitan aktiviti yang sinonim dengan Bulan Ramadhan iaitu kisah puasa, berbuka, terawih, bersahur, rancangan tv, perubahan waktu bekerja dan lain-lain lagi. 

Menceritakan kisah kenangan dan pengalaman berbuka dan bersahur bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasi-lokasi menarik untuk berbuka terutama tawaran-tawaran istimewa buffet Ramadhan. 

Pengalaman dan situasi di bulan Ramadhan yang pelbagai ragam sama ada menarik, manis, lucu, sedih, pelik, unik dan sebagainya di kongsi bersama.

3. Entri berkaitan Makanan
Di kala ini, setiap kali anda blogwaking pasti ada sahaja blog menerbitkan entri berkaitan makanan. Masing-masing ingin berkongsi gambar juadah berbuka dan bersahur. 

Kadang kala pelik juga, lagi di larang...jangan meletakkan gambar makanan, makruh... lagi banyak pula entri berkaitan makanan dengan pelbagai gambar yang cukup menyelerakan.  (Pasti ada yang terasa...hehe, maaf ye) Biasalah... 

Disamping itu, ada juga yang menyelitkan pelbagai tips dan petua yang berguna. 

4. Entri berkaitan Bazar Ramadhan
Cerita kisah Bazar Ramadhan ini sudah tentunya hanya akan terlihat di Bulan Ramadhan. Berkongsi kisah akan suasana dan kemeriahan di tapak Bazar. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman membeli, harga, bahan jualan dan lokasinya.

5. Entri berkaitan  Segmen dan GA
Menariknya..dunia blogging ini tidak sunyi dari pelbagai segmen dan GA yang dianjurkan, cuma di bulan Ramadhan ianya lebih banyak kepada bertemakan Ramadhan dan Hari Raya.

6. Entri berkaitan Persediaan Hari Raya
Kisah-kisah persediaan Hari Raya seperti pergi ber'shopping', baju raya, kuih raya, resepi dan juga pulang beraya. Tidak kurang juga kisah mencari rezeki tambahan di bulan Ramadhan ini.

7. Entri berkaitan Berita Semasa
Berita-berita berkaitan Ramadhan juga menjadi pilihan untuk diterbitkan seperti suasana Ramadhan di luar negara. 

Kisah mercun, ditangkap tidak berpuasa dan pelbagai kisah yang terkait dengan Bulan Ramadhan pastinya menjadi pilihan.

Blogging Di Bulan Ramadhan

Sudah tentu suasana blogging bagaikan dilanda demam Bulan Ramadhan. Entri-entri yang diterbitkan dan dikongsi pasti ada sahaja yang berkait dengan suasana di bulan ini. 

Setiap dari anda yang aktif berblogging, pasti ada paling kurang satu entri berkaitan salah satu dari 7 perkara di atas. Betul tak? 

Masuk sahaja hari puasa ke 20 dan keatas ...kisah-kisah Ramadhan akan mula beransur-ansur berkurangan. Pastinya kisah Raya akan mengambil alih kebanyakan entri di blog. 

Begitulah dunia blogging... Tidak banyak bezanya dengan dunia realiti. Meriah dan seiring dengan keadaan dan suasana semasa...


Nikmati lagu menarik ini buat hiburan anda di Bulan Ramadhan

Admin...

50 comments - "Kisah Ramadhan dan Dunia Blog"

Zawiah delete icon 9:38 PG

meriahkan Ramadhan tanpa mengurangkan pahala serta mengabaikan ibadah di bulan mulia nih sambil eratkah ukhwah . dpt juga tambah pengetahuan dan dpt ceriakan hari kita ... heeeee

hurmm pendapat saya, saya tak suka mmpamerkan gmbr makanan dibulan ramadhan samada mkanan saya bila bersahur & berbuka.. hukumnya makruh.. days y saya tak mempamerkan gambar makanan di bulan ramadhan.

bab penyediaan pakaian raya plak, ada sesetengah tu dah siap2 tunjuk gambar baju raya.. hahaha klakar pun yer jg.. excited kot ;)

betul, sy ada terbitkan entri edisi khas Ramadan lagi di Blog saya..:)

mungkin itu satu perkongsian untuk tetamu yang membacanya...why not diorang kongsikan...dari situlah perkongsian pendapat wujud dan dapat kenal antara satu sama lain..apa pun entry yang diorang pilih itu adalah hak mereka.

selamat pagi

ada benarnya di situ, kisah-kisah ramadhan mengambil tempat seawal 15 hari berpuasa, selepas tu kisah raya lah pulak..

seronok baca kisah mereka menyambut ramadhan dan raya.. hihi

bergantung pada niat jugak la kan..saya berkongsi gambar makanan sbg selingan pada petua yg diberi...

Entri makanan tu mungkin ada yg mahu kongsikan resepi atau idea utk menyediakan juadah berbuka. Cpt2 tutup kalau terliuq. kihkihkih.

umiawadah delete icon 10:39 PG

ha'ah lah lagi dilarang lagi menjadi-jadi tayang gambar makanan termasuklah saya,sebenarnya saya sekadar memberi cadangan,bukan setiap hari pun saya tayang gambar makanan,sekadar berkongsi idea...semoga saya akan kurang kan tayang gambar makanan bulan-bulan pose ni ye...hehehehe

salam...

skrg byk entri berkaitan Ramadhan, tak lama entri ttg raya pulak..

mselim3 delete icon 11:43 PG

Assalammualaikum...BM,

Insaallah, memang begini lah lumrah dunia blog ia seiring dengan dunia realiti....

mselim3

pls: selamat menyambut ramadan al-mubarak...

Mizz Aiza delete icon 11:48 PG

penulisan entri di blog pun mengikut perubahan semasa.. pelbagai kisah/resipi/cerita yang dikongsikan seronok untuk dibaca..

Fais-SKA delete icon 12:00 PTG

Assalam bro BM =) he3 tulah suasana ramadhan kt blog ni, ambe pn 1st time jgk merasa suasana ramadhan kt blog..mmg ramai yg share mkanan, segmen pn makin btmbah je...yg pntg, hrap ramadhan kali ni terbaik la bt kita

PCL delete icon 12:28 PTG

Blog personal memang gayanya sebegitu..selagi ada kisah selagi ada khudrat selagi itu karyanya beterusan sehingga apa yang dikatakan bila 'tiada mood utk blogging' melanda...mungkin blogger akan berehat seketika...bila ramadhan tiba, maka ia menjadi sumber inspirasi , idea datang mencurah , blogging sampai 'muntah' ..dan inilah hakikatnya.

Tanpa Nama delete icon 1:02 PTG

setuju sgt, tpi N3 KA bulan posa tahun ni kureng gambar2 makanan sikit, makruhlah kalau yg len terliur nanti hehehe

Blog Santai delete icon 1:43 PTG

Salam 14 Ramadhan BM...seronok ya jadi Blogger tegar ni..he..he

ANIM delete icon 2:21 PTG

Tengah trend Ramadan, kita pun buatlah entry yg ada kaitan. Nnti dah masuk Syawal, baru nak cerita..alamak, mengingau ke apa kak nim ni...hee...seronok aper baca...

OKje delete icon 3:32 PTG

OKje tahun yg ke dua BM.....sebab bukan jenis org yg suka mengkaji ....so tak perasan pulak pasal tu...hehe..

BinMuhammad delete icon 5:40 PTG

Ye la, Tanpa entri berkaitan, pasti kurang kemeriahan Ramadhan.
Terima kasih Vee

BinMuhammad delete icon 5:44 PTG

Itulah bestnya ada blog, macam2 boleh share ikut pada suasana dan ketika. Namun tatasusila tetap terjaga :)

BinMuhammad delete icon 5:46 PTG

Edisi khas lagi...meriah ramadhan di blog! :D

BinMuhammad delete icon 5:48 PTG

Benar...tiada menjadi kesalahan selagi tidak melakukan kesalahan. Dengan perkongsian2 yg pelbagai inilah yg memeriahkan dunia Blog dan sama2 merasai suasana Ramadhan!

Terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 5:53 PTG

Ya...tak lama lagi, entri2 berkaitan Raya akan memeriahkan dunia blog pula

Selalunya begitulah, blogger tak akan melepaskan peluang untuk memperkatakan apa-apa saja tentang isu semasa.

Selamat berbuka.

BinMuhammad delete icon 6:09 PTG

Betul...entri bergambar makanan itu kadang kala perlu. Niat kita pun hanya sekadar selingan utk entri, tapi yg membaca kita tak tahu pula niatnya bagaimana...kan

BinMuhammad delete icon 6:12 PTG

Ye la, resepi tanpa gambar bagaimana nak lihat hasilnya kan...

Unknown delete icon 6:14 PTG

hehe..yumida pon terjebak membuat entry beberapa perkara di atas
ambik aura ramadhan katakan
sbg penulis blog...segala pengalaman akan diadaptasi ke entry...

BinMuhammad delete icon 6:40 PTG

Jangan le terasa Ummi... Rasanya xde yang terbatal posanye dgn melihat gamba makanan. Kalau tanpa gambar, xmenariklah pula...hehe

BinMuhammad delete icon 6:41 PTG

Waalaikumsalam,
Begitulah...kita kenalah juga mengikut keadaan dan suasana semasa.

Pha Is delete icon 11:00 PTG

kalau nk tulis entri berkaitan agama di bulan ramadhan ni, kena jaga spaya tak sebarkan hadis2 palsu berkenaan ramadhan.. banyak sekarang ni saya lihat orang sebarkan kebaikan ramadhan yg tidak bersanadkan dari nabi. kena jaga2.. wallahu a'lam..

Unknown delete icon 11:11 PTG

salam 14 Ramadhan BM.n3 yg menarik nie..=)

Waalaikumsalam mselim3

Ya, setuju sgt dgn anda...selamat menjalani ibadah puasa

Ya..benar sekali, kepelbagaian ini menjadi warna warni dunia blog namun masih sealiran dgn situasi semasa

Waalaikumsalam Fais,
Pengalaman baru bagi kita..Ya, semoga Ramadhan kali ini yg terbaik

Bila sesuatu keadaan dan situasi yg baru tiba, ianya menjadi idea dan bahan utk blogger...inilah yg sebenarnya! agar entri sentiasa berterusan dan dunia blog terus meriah!

Ya..elok dikurangkan tapi kadang kala ianya jugalah penyeri dunia blog! hehe

Ya...baru menikmati kehidupan sebagai blogger, ada pro dan kontra jugelah! hehe

Itulah realitinya seorang penulis/blogger...blog tempat mencurah segala! Mesti menarik kisah raya dari kak Anim :)

Dah tahun kedua, xheran sgt kan...dah biasa dgn dunia blog. Kalau diimbas kembali setiap entri pasti senyum sendiri.. :)

Betul tu cikgu, isu semasalah sumber idea berterusan bagi sesebuah blog. Kalau asyik dgn niche saja pun bosan juga :) Kering idea!

Pengalaman sendiri itulah yg menjadikan cerita bervariasi walaupun di satu suasana yg sama.

Eh...itulah keistimewaan cik akak! Anda amat berbeza dan perbezaan itu yg memikat.. Teruskan, jadilah diri sendiri...

Setuju pha is, saya pun ada menegur juga tentang perkara ini. Itulah tugas kita...kalau kita tahu, kita cuba tegur dgn baik. Jgn biarkan ianya terus tersebar, tanggungjawab kita bersama tu.

Waalaikumsalam kak nah, terima kasih dan salam Ramadhan #15... =)

Tanpa Nama delete icon 1:22 PTG

kathy suka juga berkongsi resipi simple untuk perkongsian bersama..

Nina Mads delete icon 7:22 PTG

setakat ni tak kongsi gambar makanan berbuka lg..

Unknown delete icon 12:20 PG

sy pon baru first time melalui bulan puasa sebagai blogger...

Aimacomel delete icon 5:56 PTG

blog saya nasib ler mmg jarang pamer pasal makan makan ni. entri pulak entah, suka dia je nak publish pasal apa. xde yg spesifik masa bulan puasa ni.
tahun ni masuk tahun kedua puasa dan raya as a blogger

jie susanos delete icon 11:46 PTG

best kn bulan puase ni..mcm2 entry bleh baca

Unknown delete icon 12:23 PG

ada juga kongsi resepi..sekadar kongsi idea nak masak apa nanti hehe..
nanti lepas ini mesti meriah dgn cerita2 raya yg tak lama lg kan..:)

OKje delete icon 6:36 PG

Betul.... Tak sangka pulak mampu menulis.....hehe

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap