Assalamualaikum dan salam sejahtera... Anda sempat berkunjung ke Pameran Festival Bunga dan Taman atau Floria Putrajaya Fest 2013 yang berlangsung di Persisiran tasik Presint 2, Putrajaya minggu lepas? Apa yang menarik di Floria kali ini?
Bagi anda yang tidak dapat berkunjung, eksplorasi kali ini memperlihatkan kepada anda suasana di Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 ini. Floria kali ini lebih memberi tumpuan kepada tanaman bunga orkid bertepatan dengan tema festival kali ini iaitu "Orkid - Khazanah Tropika"
Bagi anda yang tidak dapat berkunjung, eksplorasi kali ini memperlihatkan kepada anda suasana di Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 ini. Floria kali ini lebih memberi tumpuan kepada tanaman bunga orkid bertepatan dengan tema festival kali ini iaitu "Orkid - Khazanah Tropika"
Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 yang berakhir semalam terganggu seketika dengan masalah jerebu yang melanda negara. Selalunya saya berkunjung di hari-hari awal festival, tapi kali ini hanya dapat berkunjung di hari terakhir festival...
Saya sebenarnya dah malas nak pergi, maklumlah bila hari-hari terakhir ni, orang ramai dan pameran pun dah tak sesegar di awal festival. Setelah di pujuk oleh isteri.. pergi juga lah....
Saya sebenarnya dah malas nak pergi, maklumlah bila hari-hari terakhir ni, orang ramai dan pameran pun dah tak sesegar di awal festival. Setelah di pujuk oleh isteri.. pergi juga lah....
(klik gambar untuk besarkan...loading lambat sedikit kerana saiz gambar yang agak besar)
Tiba di Tapak Floria Putrajaya jam 5.00 petang. Mentari masih terik tapi kuranglah panas sikit. Di pintu utama lagi sudah kelihatan pelbagai rekabentuk hiasan dan gubahan yang direka begitu kreatif sekali. Tugu-tugu dari pokok bunga pelbagai bentuk menyambut kedatangan kami.
Entri kali ini hanya menyajikan pengembaraan kami di sekitar Festival Floria. Kawasan pameran pertama adalah bahagian Taman Inovasi.
Disini barangan kitar semula seperti botol plastik digunakan dalam menghias seni taman. Cukup menarik dan kreatif, sesuai kepada pencinta alam sekitar.
Bersebelahan Pavilion utama juga terdapat hiasan taman yang menarik. Rekabentuk lanskap berskala besar yang unik dan kreatif di pamerkan.
Dari sekitar Pavilion, kami bergerak ke lokasi di sebelah kanan jalan utama. Disini tersergam sebuah gerbang yang menarik...untuk masuk ke Taman Di Raja.. Saya tak masuk pun kerana lebih tertarik di bahagian pameran pertandingan orkid.
Pelbagai spesis orkid di pamerkan. Ada yang besar, ada yang kecil. Rupa bentuk yang berbeza-beza dan bermacam warna. Sungguh mengasyikkan melihat kecantikan bunga okid ciptaan Ilahi ini. Bentuk yang pelik-pelik pun ada.
Kami terus pula ke bahagian pameran laman kreatif hasil dari gubahan para pelajar universiti dan sekolah. Menarik juga hasil kreativiti mereka dalam menghasilkan lanskap laman yang unik, menarik dan mempersonakan.
Kebanyakan sekolah yang menyertai Floria Putrajaya 2013 ini pula adalah dari Putrajaya dan sekitarnya. Pelbagai konsep dan bahan di gunakan.
Pening juga kepala juri nak memilih yang terbaik. Jika di lihat keseluruhannya...tidak banyak beza antara lanskap taman yang dihasilkan oleh pelajar sekolah dan universiti.
Pameran lanskap dan gubahan oleh agensi kerajaan antara yang menarik perhatian. Disini dapat di lihat kreativiti yang begitu menyerlah. Sungguh cantik dan unik gubahan yang dihasilkan.
Penggunaan pelbagai tema dan bentuk menjadikan pameran di bahagian ini sungguh mengagumkan.
Pejalanan di teruskan dengan melihat pameran gubahan lanskap di sepanjang pesisir tasik. Disini...ruang yang luas memberikan lebih kreativiti untuk gubahan lanskap.
Pelbagai bentuk dan rupa gubahan dan susunan pokok bunga dari pelbagai spesis tumbuhan di gubah dengan kreatif sekali. Binaan yang unik juga memberi impak yang mencantikkan bentuk lanskap yang di hasilkan.
Ditambah pula dengan lokasi di pesisir tasik yang menjadi latar yang sangat menarik. Replika juga merupakan tarikan unik yang menambah seri lanskap. Memang tidak di nafikan...bunga-bungaan segar cukup menawan ini menjadi santapan mata yang cukup sempurna untuk ketenangan minda.
Cuma kali ini kami tidak ke tapak gerai-gerai jualan. Disini anda boleh memborong pelbagai spesis bunga-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok herba.
Bukan itu sahaja..pelbagai cenderahati, pakaian, barang kraf, pameran, demonstrasi, baja dan racun dan macam-macam lagi terdapat disini. Itulah keistimewaan Festival Bunga Floria Putrajaya 2013....Segala yang berkaitan, semuanya ada di sini.
Terlalu panjang entri ini...saya berhenti dulu disini. Dibahagian kedua nanti saya akan perlihatkan pula eksplorasi di bahagian pameran di dalam pavilion di Festival Bunga Putrajaya Floria 2013 ini...
Terima kasih bersama Relaks Minda :)
40 comments - "Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (catitan 1)"
seronoknya dapat bunga-ugnasegar...
masyaAllah...cantiknya, KY teringin nak pergi, nak lihat sendiri suasananya...
Ya Allah... kalaulah dekat nak juga kakak pergi tapi itulah dahlah jauh masa pun tak ada. Kakak memang suka kalau ada kawan buat N3 ini dua-tiga kali kakak belek gambarnya. Kakak geram tengok pokok bunganya. Bunga orkid lagilah kakak geram sebab pokok orkid kakak degil sungguh nak suruh berbunga.
Nampak sangat meriah....Kalau okje dan anak anak pergi ni mesti tak sah kalau tak bergambar hehe....
Kalau lapang bolehlah jengah entri ni.....http://hainomokje.blogspot.com/2013/06/menulis-bukan-kerana-nama.html
Mau pitam tengok bunga kalau bawak mak pi sini lagipun dia penggemar orkid.
kalau dekat, mau saja saya diusung pergi oleh encik suami kerana dia peminat benda2 cam ni..
salam..teringin nak pi, tapi takdak cuti...cantik...
Memang seronok menikmati kecantikan bunga2 yg segar ni...
Sudah berakhir, insyaallah...tahun depan ada lagi. Cubalah plan utk pergi ye...
Mungkin tahun depan akak boleh plan utk pergi...Memang menarik dan puas hati. Kalau akak pergi, saya syorkan bawa diut lebih...mesti byk nak di borong hehe
Memang meriah! ramai sgt orang pun xbest juga nak bergambar, ade aje yg mengganggu...hehe
p/s:terima kasih diatas entri tu :)
Sesiapa yang penggemar orkid, mau satu hari membelek. Lepas tu borong habis-habisan le. Mcm2 jenis ade...
Kak Anim xminat juga ke? Kalau nak datang tahun depan, ambil cuti...datang hari biasa, xlah ramai sgt orang, terasa aman dan bebas skit.
Waalaikumsalam,
Mungkin boleh plan utk tahun depan...sesekali mai la ke Putrajaya :)
Saya tak sempat pergi tahun ni. Sewaktu belajar di UPM pernah juga pergi. Memang cantik dan kreatif. Saya suka bunga orkid.
Floria kali ini sama menarik spt tahun2 lepas. Bagi yg minat dgn orkid memang sesuai sgt...Mungkin tahun depan cikgu ada rezeki boleh pergi.
cantiknye, nie nak pegi nie :)
knah hanya tengok malam pembukaan tu kat tb.cantikkknya..mesti best kan kalau dapat pergi =)
Alahai Acik...nak pergi tahun depan ye, dah tamat semalam le.
Memang cantik melihat bunga2 yang cantik di laman yang indah. Tahun depan pergi ye
Wauu...hebat..bestnya kalau dapat pergi sana...suka tgk bunga dan snap2 gambar..
kalau lah dpt pergi..huhu..bestnyaaaa :)
Thanks BM coz kita tak berkesempatan nak pergi sini..nway I love all the orchids..especially the second one..
Tahun depan bodek2lah Mr K untuk datang Putrajaya. Memang menarik...dan tak rugi datang! Balik mesti berbunga-bunga...:)
Tak pe aisya...nikmatinya di sini ye, ianya diadakan setiap tahun...mungkin tahun depan anda berkesempatan :)
You are welcome :)
Tahun depan mungkin boleh datang...orkid tu sentiasa wajib ada setiap kali Floria ni.
Assalam bro B.M, masuk free ke ni?? byak gambar :) semuanya cantik2 dan menenangkn..dh lama tringin nk pergi, tp smpai2 jgak hu3
Waalaikumsalam Fais,
Masuk percuma ajer...Gambar ada banyak, kalau nak dimasukkan semua, takut terlalu berat sgt. Setiap tahun ada...mungkin satu hari nanti, insyaallah anda sampai le...
bestttnya mcm di eropahhhh... :))))))))))))
wow! memang cantik dan merehatkan minda. Suka sgt2 tengok :)
wah..semua gambar cantik semuanya.....akak xberkesempatan pergi...
Tak tau lah pulak...xpernah pergi eropah huhu...
Thanks ieta...kalau berkesempatan, next year boleh datang :)
Tak pe, akak tgok je kat sini :)
Tahun depan ada lagi, bolehlah pergi
very nice, tq share yer !
Thanks KA...semoga puas hati ye...
seronoknya tngok BM..cantik2 semuanya..kalau la dekat tempat ni BM..
Memang jauh buat Mamarey...tgok kat sini aje ye..
my mum dgn orkid mmg tak dapat dipisahkan.. floria, mmg tu lah kegemaran dia. best tgk gambar2 ni
Kalau begitu floria kali ini sesuai sgt dengan minat ibu anda...
pasti dia tidak melepaskan peluang keemasan ini kan.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”