Februari - Semanis Buah Beri |
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Februari kini telah berlalu, menjadi lipatan sejarah yang tidak mungkin akan berulang. Februari juga telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis. Diharapkan segalanya adalah manis, semanis buah beri.
Hari ini adalah hujung minggu yang sedikit suram buat warga Selangor dan Kuala Lumpur kerana catuan bekalan air telah bermula di Zon 2 bagi setiap kawasan terlibat.
Walau apa pun jua dugaan yang melanda, diharapkan anda semua sentiasa sihat dan sejahtera selalu. Sama-samalah kita berdoa agar keadaan segera pulih sediakala.
Perkara yang lepas jadikan kenangan. Segala yang baik, jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan... Sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Semoga bulan Mac ini membawa lebih sinar kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua dan semoga juga setiap hari kita akan menjadi lebih baik dari semalamnya...
Seperti biasa, setiap awal bulan... Entri prestasi blog dan penghargaan untuk bulan yang lepas menjadi entri perasmian bagi bulan Mac 2014 ini. Data berikut adalah 'print screen' dari Google Analytics untuk Blog Relaks Minda dari 1hb hingga 28hb Februari 2014.
Prestasi Blog Relaks Minda - Februari 2014
Data Overview - Relaks Minda - Februari 2014 |
Alhamdulillah... Ada sedikit peningkatan dalam jumlah pengunjung berbanding Januari 2014. Semoga pada bulan Mac ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan prestasi seperti ini. Terima kasih kepada semua tetamu Relaks Minda. Semoga anda berpuas hati dan mendapat apa yang dihajati.
Data Popular Post Relaks Minda - Februari 2014 |
Artikel berkaitan kreativiti dan kitar semula masih menjadi pilihan tertinggi pengunjung blog ini. Carta ini masih tidak banyak berubah berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Data Top Referrals Relaks Minda - Februari 2014 |
Paling mengejutkan apabila pingbusuk.org tersenarai di tempat ketiga. Ini sebenarnya berikutan artikel "Puisi Terakhir Imam Syafie" yang terpilih sebagai artikel wajib baca di Ping Busuk.
Data Pengunjung Relaks Minda mengikut 'Gender' |
Satu data baru untuk untuk tatapan anda. Tidak dapat disangkal lagi, hampir 70 peratus pengunjung Relaks Minda adalah wanita. Jelas sekali, ramai wanita yang celik IT berbanding lelaki!
Data Pengunjung Relaks Minda Mengikut Usia - Februari 2014 |
Satu lagi data yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda. Nampaknya pengunjung teramai Blog ini adalah dari kalangan remaja dan belia. Ya! Sudah tentulah generasi ini yang paling celik IT kerana mereka, generasi Y yang membesar di zaman teknologi dan multimedia yang sedang berkembang pesat.
relakssminda.blogspot.com |
Tidak termasuk entri ini, Blog Relaks Minda telah berjaya menerbitkan sebanyak 619 entri. Inilah sahaja yang termampu diterbitkan selama setahun lima bulan lebih Blog ini wujud. Hanya berusaha melakukan apa yang termampu...tanpa memaksa diri.
Penghargaan Dan Terima Kasih
Kebetulan pula sebelum entri ini di draft, saya berjaya membuat 'print screen' untuk jumlah G+ Following. Terima kasih kepada semua yang sudi 'follow'. Alhamdulillah... '2,000 followers' kini bersama. Ribuan terima kasih sahabat-sahabat ku.
G+ Followers Counter |
Berikut pula adalah senarai Top 10 Komentor untuk bulan Februari 2014. Anda semua memang "awesome!" Jutaan terima kasih kerana sudi mencoretkan catatan anda diruang komen disetiap entri. Semoga anda semua terus kekal bersama dan ikatan persahabatan semakin erat terjalin.
Juga ribuan terima kasih kepada pengomen lain yang terus memberi sokongan walau pun hanya sekali dan sebaris ayat, tetap saya hargainya. Tidak kira sahabat lama atau baru, semoga kita terus kekal bersama.
Anda semua memang paling mesra! |
Terima kasih kepada semua sahabat dan tetamu yang mengunjungi Relaks Minda. Sokongan anda semua teramat-amat saya hargainya. InsyaAllah...selagi ada daya, Blog ini akan terus aktif menerbitkan entri untuk perkongsian bersama. Jika ada salah dan silap harap ditegur. Ampun dan maaf saya pohonkan.
Februari telah kita tinggalkan, Mac akan ditempohi dengan pelbagai lagi pahit manis yang menanti. Semoga segalanya akan manis, semanis buah beri. Semoga juga kita semua akan dipermudah segala urusan dan diberkati... InsyaAllah, Amiin.
Terima kasih sekali lagi kerana sudi bersama Relaks Minda.
Author by Bin Muhammad
51 comments - "Februari... Semanis Buah Beri"
tahniah.... memang memberansangkam...
BM dah kena catuan air ye
sabarlah ye, dugaan ALLAH buat kita semua
semoga hujan cepat turun
ramai sungguh pembaca relaks minda
usia blog saya lebih tua dari blog ni pun
memang tak dapat nak tandingi
jauh dah ketinggalan =)
hehe...terima kasih untuk BM juga =)
nampaknya pengunjung wanita memonopoli blog ni..:)
Tahniah, Bm. Satu pencapaian yang baik. Sangat teliti dan rajin BM buat analisis.
Saya takde? Ingatkan dah rajin komen kat sini...huhu
Assalammualaikum...BM,
semoga anda terus sukses selalu.. kekalkan niche agar terus disayangi dan dihargai.. TERBAIK...
mselim3
pls: sedih mselim3 rupa nyer mselim3 blom berapa tegar komen di sini yer..hheheehe
Tahniah BM...is always good to see good numbers kan walaupun ramai yang kata ianya bukanlah segalanya..he..he. happy weekend anyway!!!
Assalam
Blog Tuan BM sememangnya berkualiti tinggi. Amat mengkagumkan . Tahniah atas pencapaiannya ya.
alhamdulillah.. tahniah di atas pencapaian blog relaks minda.. aiza doakan semoga BM terus success.. :D
tahniah BM.. saya yg dah 3 tahun berblog pun masih x dapat nk kejar PV tu.. hehehe
Assalamualaikum.. tahniah diatas pencapaian BM dalam dunia penulisan blog.Semoga kuasa magnet blog relakssminda mampu menarik lebih ramai pengunjung baru dimasa akan datang.. cuma satu jer nak komen, statistik mengatakan wanita lebih ramai dari lelaki tambahan pula dunia blog lebih diminati golongan mereka dari lelaki.Betul tak? Kalo salah harap maaf... ^_^
assalam tahniah pencapaiannya...ramai yg berminat membaca relaks minda...sy yg blogging lbh dulu pun xde peminat sebanyak tu...tah bila nk capai angka sebegitu...
tahniah Bm moga terus maju ke hadapan ^_^
tahniah...
Tahniah. Semoga Mac membawa seribu lagi kebahagiaan.
tahniah BM..Mac buah apa pulak ye.....
Tahniah BM, proud of You..:) nak tanya BM sikitlah,macam mana BM boleh tengok segala data ni dalam Google Anlytic eh, kena daftar ke, atau mcm mana ya..?
Tahniah... Mmg terbaiklah rekod nih...
Kena reda dan tabah menempuh ujian ini, Ini baru sikit...mungkin utk menyedarkan kita dari kesenangan sebelum ini. Bersyukur...
Ya! Begitulah nampaknya... Agaknya kebanyakan blog pun begini situasinya, hehe
Statistik adalah antara subjek kegemaran... hehe
Terima kasih TI
InsyaAllah...komen banyak2 bulan 3 ni ye...
Anda tetap dihargai :)
Waalaikumsalam sahabat,
Tidak mahu ianya jadi tekanan, terus blogging seperti biasa...dan lakukan sekadar termampu.
p/s: Jgn bersedih...anda boleh! Sahabat tetap dihargai
Benar RZ, ia bukan segalanya...tapi jika ianya angka positif, tidak dinafikan pasti akan ada perasaan teruja dan gembira.
Terima kasih krn sentiasa menyokong.
Waalaikumsalam,
Terima kasih diatas sokongan anda, amat2 dihargai :)
Terima kasih Ayu,
Sokongan anda amat2 dihargai :)
Ya...Alhamdulillah, saya doakan juga Aiza akan bertambah success!
Terima kasih yg tidak terhingga diatas sokongan selama ini.
Anda pun boleh Pha Is...tiada yg mustahil. Entri informasi pasti mengundang trafik berterusan. Lihat kembali entri popular anda dan cuba kembangkan topik yang sama.
Terima kasih diatas sokongan, amat2 dihargai!
Waalaikumsalam,
Mungkin ada benarnya pandangan anda. Lihatlah kepada list Follower, Group Ping di FB dan G+, semuanya majoriti wanita...itu sudah jelas mengesahkannya.
Terima kasih diatas sokongan anda, amat2 dihargai :)
Tenggelam timbul cik akak...hehe
Terima kasih diatas sokongan cik akak selama ini, semoga ianya kekal berterusan. Amat-amat saya hargainya :)
Waalaikumsalam,
Kadangkala angka tidak dapat dicapai tapi kepuasan dan kenikmatan berblogging lebih memberi makna. Jgn putus asa...teruskan enjoy dan nikmati keseronokan berblogging. Pastinya perkongsian bermanfaat dan jalinan ukhwah itu lebih tinggi nilainya.
Terima kasih paridah, kunjungan anda sentiasa dihargai :)
InsyaAllah Acik...Kejayaan Acik sentiasa menjadi inspirasi. Terima kasih krn sentiasa menyokong. Amat2 saya hargainya... :)
Terima kasih MKL...kehadiran anda sentiasa dihargai :)
Lama tak muncul... :)
InsyaAllah...semoga doa anda menjadi kenyataan. Terima kasih diatas sokongan selama ini, kebahagiaan juga untuk Liza ya!
Terima kasih Maszie, sokongan anda amat2 dihargai. Teruskan bersama RM :)
Terima kasih CM.
Kena daftar dulu dgn Google Analytic. Bila dan daftar...barulah ada data Blog tapi kena tunggulah sebab ia tidak akan dapat mengesan data tarikh sebelum daftar.
Saya tak buat entri tutorial (bukan kemahiran saya). CM boleh cuba tutorial ini : http://www.mialiana.com/2013/02/tutorial-letak-google-analytics-id-di.html
Terbaik BM.. alhamdulillah tahniah!! Ada juga terselit nama saya ye hehee.. t kasih & semoga BM terus berjaya... aamiin.. :)
Terima kasih Maria, ianya adalah dari anda semua!
Teruskan menyokong dan pastinya anda amat saya hargai... :)
Andalah yang terbaik kerana sentiasa menyokong! Terima kasih Khir...kehadiran anda amat2 saya hargai.
salam BM..semoga terus sukses sokmo. abe kie ni plak baru bertatih. perjalanan masih jauh...
tahniah bro, semoga bro terus berjaya, dan sabar pasal masalah air tu, ujian juga tu hihi
tahniah BM, akan sentiasa support u always yer !
tahniah ye BM..hebat lah blog relakssminda ni..adik kathy pun mengalami catuan air ni..inshaAllah akan ada jalan keluarnya nanti..alhamdulillah tersenarai jua..lama tak blogwalking sebab line internet meragam.
hmm..tahniah buat BM..prestasi yang sangat baik..aduhai,,susahnya nak blogwalking bila line prob..loadingggg jer..hehehe..apapun,moga ada jalan keluar untuk masalah air ni,inshaAllah.adik kathy pun terkena juga sebab duduk di taman botanik.. :(
selamat ya...sukses selalu
Tahniah BM.. Well Done..! :D
keep it up bro ;)
memang hebat lah BM!, mama tabik spring.. toink! toink!
Orang suka buah mangga....buah tembikai ke....buah beri tak pernah makan...mesti masam masam manis yek!
tahniah..tahniah..banyaknya trafiknya itu.
Ramai wanita yang meminati BM nampaknya..hahaa
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”