Assalamualaikum.... Salam Sejahtera.
Salam Lebaran...Selamat Datang kepada tetamu Relaks Minda :)
Anda semua pasti sudah puas menikmati makanan yang pelbagai sepanjang hari lebaran. Ada ketupat, lemang, rendang, lontong, sate dan macam-macam lagilah. Rumah Terbuka Relaks Minda... anda tidak dihidangkan dengan segala jenis makanan, tetapi santapan buat mata dan minda anda.
Sesudah puas perut anda di isi dengan pelbagai makanan kini masa untuk anda
mengisi seketika minda dengan santapan yang menenangkan.
Nikmati jamuan istimewa buat santapan mata anda seketika agar ianya memberi
ketenangan hati dan minda.
Nikmatilah santapan buat pandangan mata anda ini.
Nikmat yang tidak mampu mengenyangkan perut anda namun ianya dapat mengisi
ruang berserabut di fikiran untuk memberi ketenangan dan kedamaian.
Nikmat yang lebih bermakna dari hanya memenuhi nafsu selera anda.
Betapa berharganya ketenangan dan kedamaian yang kita kecapi ini.
Tanpanya mungkin kita tidak dapat mengecapi Hari Raya dengan penuh
kegembiraan dan keceriaan bersama insan-insan tersayang.
Nikmatilah santapan ini agar ianya mampu memberi anda ketenangan setelah letih,
melayan tetamu yang tidak putus bertandang,
menyediakan juadah dan minuman buat mereka,
berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah,
mengharungi kesesakan di jalan raya,
melayan kerenah anak-anak dan anak-anak saudara,
kekurangan tidur dan rehat,
mencuci dan menyidai pakaian yang berlonggok,
memikirkan kerja tertangguh yang menanti...
Apa pun yang anda sedang fikirkan dan lakukan, rehat seketika itu penting untuk mengembalikan kembali kekuatan dan kewarasan agar anda bisa terus melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan terbaik untuk diri anda dan orang lain.
Bersyukurlah dengan kemurahan rezeki yang di limpahi sepanjang menyambut Hari Raya.
Makanan yang melimpah ruah!
Duit Raya tidak henti di hulur dan di terima!
Menikmati keamanan dan kedamaian di bumi bertuah ini!
Dentuman meriam, mercun dan percikan bunga api yang meriah!
Bergaya dengan pakaian, kereta dan perhiasan baru yang mengujakan!
Bertemu ibu bapa, sanak saudara dan rakan taulan dengan penuh keceriaan!
Syukur! Syukur! Syukran! Alhamdulillah...
Jika anda bertandang kerumah terbuka mahupun apa sahaja majlis jamuan atau kenduri,
bacalah doa ini sebagai tanda syukur dan hadiah kepada mereka yang menjemput anda.
Semoga majlis mereka beroleh keberkatan dan anda juga mendapat ganjarannya.
Terima kasih kerana sudi datang ke Majlis Rumah Terbuka Relaks Minda.
Walaupun hanya santapan mata dan minda...semoga ikatan ukhwah sesama kita akan
terjalin kukuh dan mendapat keberkatan dari Ilahi.
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin
p/s: sedang mencari ruang masa untuk blogwalking raya...Insyaallah, akan saya jejaki anda semua =)
Admin...
35 comments - "Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Relaks Minda"
Great!!
Baru hari ni dapat berehat dan tumpukan pada blog.. SELAMAT KEMBALI BERBLOG..
Rumah terbuka 'virtual' rupanya
Selamat hari raya! =)
Subhanallah, cantik semua gambar2 tu..memang boleh buat rehat mata sekejap..
berhenti rehat disini..mencuci mata,merehat minda..
Alhamdulillah dah kenyang dgn santapan rohani..
Selamat hari raya ke enam BM..kita masih dalam mood raya..broadband pun sama..so slow..
assalamualaikum Bin Muhammad.. selamat berhari raya, mohon kemaafan jika terkasar bahasa atau tersalah komen..
Assalam bro BM =) igtkn rumah terbuka makan2 td..Alhamdulillah, thun ni xde mood sgt nk mkan..jd xdelh terlebih mkan..cukup la skdar jamah ape yg ptt..sejuk mata tgok gambar 2 semua..
Assalam BM, Subhanallah...cantik sungguh alam ciptaan NYA..
hmm sudah kenyang mata...hehe
selamat hari raya kepada BM...maaf sebab lambat baru sampai ke sini...
rumah terbuka alam maya rupanya :) alhamdulilah kenyang thanks BM ..cantik-cantik gambar di atas
cntik bunga matahri tu.... =)
btw..slmt hari raya bro BM..maaf atas salah kata spnjg pkenalan maya kita ye.. ^_^
maaf juga sbb lama x singgh ke sini =')
Waaaa, mata rasa sgt fresh. Serius cantik sgt hidangan yang sedia ada. Suka sgt yg purple tu..
Salam BM =)
alhamdulillah...segar mata nie dari makanan-makanan hari raya...
Terima kasih Zaza
Selamat kembali Mieza...Miss U hehe
Semoga selera dgn jamuannya...terima kasih krn sudi singgah :)
Salam Aidilfitri buat anda juga
Salam Aidilfitri Alyn,
Terima ksih krn sudi bertandang :)
Terima kasih krn sudi singgah seketika.
Selamat HAri RAya!
Terima Kasih Cikgu,
Salam lebaran!
Selamat Hari Raya RZ,
BW slow2 ye...
Waalaikumsalam MA,
SAlam lebaran, terima kasih krn sudi singgah. Maaf zahir & batin juga ye...
Waalaikumsalam Fais,
Puas memberi santapan buat perut, masa utk santapan mata pula.
Thx krn sudi singgah...salam lebaran
Waalaikumsalam Bunda,
Salam lebaran...terima kasih krn sudi singgah
Selamat Hari Raya HT,
Semoga ceria sentiasa...tiada yg lambat, kesudian berkunjung pun amat2 dihargai
Santapan mata sahaja di alam maya...Salam Aidilfitri Acik!
Selamat HAri Raya AL,
Maaf zahir & batin juge ye....Thx krn sudi berkunjung ke sini :)
Terima kasih BC....kunjungan anda amt dialu-alukan :)
Salam Aidilfitri!
Hanya santapan mata di alam maya di Aidilfitri ini...
Terima kasih krn sudi datang :)
Terima kasih untuk open house ni...seronok jamu mata..lagi-lagi tengok air terjun...lama dah tak mandi air terjun
Terima kasih krn sudi berkunjung...
Salam Aidilfitri!
salam
Lawatan ta di syawal ke7
Rumah Terbuka Relaks Minda adalah yang terbaik..dapat rehatkan minda melihat ketenangan alam
Suka tau macam niiii..... mata dah dijamu tapi perut masih lapo! macamana? hehe
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”